You are on page 1of 4

TUGASAN 2 : PENULISAN AKDEMIK

1) MENILAI PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU YANG DITEMUBUAL

Berdasarkan Teori Trotter (1986), terdapat lima peringkat perkembangan yang telah
digariskan iaitu peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir
dan peringkat pakar Hasil analisis temubual dengan guru tersebut, saya dapati beliau berada
pada tahap pakar kerana telah berkhidmat selama 30 tahun dan hanya ditempatkan di dua
buah sekolah sahaja. Satu tahun pertama di sekolah jenis kebangsaan cina kemudian
dipindahkan ke sekolah kebangsaan pada tahun kedua perkhidmatan sehinggalah kini. Hal
ini jelas membuktikan beliau seorang yang pakar dalam bidangnya iaitu subjek Bahasa
Melayu Sekolah Rendah.

Namun begitu, berdasarkan lima peringkat perkembangan tersebut iaitu pada


peringkat novis. Hasil analisis terhadap temubual bersama beliau, saya dapati pada peringkat
ini beliau mula mempelajari cara-cara mengajar dengan betul sebagai seorang guru. Beliau
mula mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran bagi subjek yang diajar.
Kemudian bagi peringkat novis lanjutan, beliau berusaha untuk menambah dan memantapkan
kefahaman fakta, konsep, prinsip yang berkaitan dengan subjek yang diajar. Seterusnya
peringkat cekap. Pada peringkat ini beliau telah Berjaya memiliki kelayakan ikhtisas dan lebih
memberikan fokus kepada pembelajaran murid. Beliau memahami prinsip dan kosnep
pembelajaran dalam pelbagai situasi samada yang umum ataupun khusus. Pada peringkat ini
beliau sudah memiliki pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran serta mampu
menyesuaikannya mengikut keperluan murid yang berbeza. Beliau telah berkhidmat selama
30 tahun, sememangya sudah menagajar pelbagai jenis murid daripada pelbagai latar
belakang. Pada peringkat mahir pula, beliau menceritakan ramai bekas murid-murid yang
telah diajar pada suatu ketika dahulu masih mengingati dan menyanjungi dirinya sebagai
seorang guru yang telah mengajar mereka membaca dan menulis Bahasa Melayu. Manakala
bagi peringkat pakar, saya dapati beliau sudah memahami dan menangani maklumat yang
banyak dan pelbagai sepanjang perkhidmatan sebagai guru. Tambahan lagi, beliau boleh
disifatkan sebagai seorang gruru yang berautoriti dalam profeson ini kerana sepanjang
perkhidmatan beliau tidak pernah timbul masalah dengan ibu bapa, murid, rakan sejawat
mahupun pihak pentadbir.

Hasil penilaian saya terhadap kelima-lima peringkat perkembangan guru tersebut,


saya dapati beliau sudah menguasai tujuh teras pengetahuan. Pertama adalah isi kandungan,
kedua adalah pedagogi am, ketiga adalah kurikulum, keempat adalah kandungan pedagogi,
kelima adalah penguasaan tentang murid dan ciri-ciri murid, keenam adalah penguasaan
tentang konteks pendidikan dan ketujuh adalah penguasaan Tentang falsafah, matlamat dan
nilai pendidikan. Pada pendapat saya pengetahuan kandungan pedagogi merupakan
kebolehan seseorang guru untuk menyampaikan kefahaman isi kandungannya melalui
pelbagai strategi dan kaedah pengajaran agar pelajar dapat mencapai kefahaman dan
menunjukkan pencapaian dalam pembelajaran tersebut.

Jika dilihat daripada segi perbandingan kandungan pengetahuan pedagogi guru ini
pada peringkat novis dan peringkat pakar, Semasa beliau menjadi guru novis, pengetahuan
isi kandungan adalah terhad. Bahkan pelaksanaan pedagogi juga adalah terhad, menjurus
kepada kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi pengajaran

Manakala semasa beliau menjadi guru pakar, pengetahuan isi kandungan yang
dimiliki lebih mendalam dan dapat mengaitkan dengan keperluan subjek yang berbeza secara
bersepadu. Pelaksanaan kaedah pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai. Semasa
peringkat ini beliau mengajar dengan mengambil kira cara murid belajar. Beliau sudah
memiliki fokus kepada pengetahuan sedia ada, pemikiran murid dan mampu mengubahsuai
perancangan kurikulumnya agar bersesuaian dengan keperluan pengajaran murid.

Oleh sebab itulah, semasa proses perkembangan guru daripada peringkat novis
sehinggalah pakar, sokongan dan bimbingan oleh mentor dan gruru-guru lain sangat penting
semasa program keguruan. Guru haruslah menjalani latihan atau aktiviti yang lebih menjurus
kepada perkembangan pengetahuan spesifik terhadap subjek yang diajar. Selain itu, guru
mestilah melibatkan diri dalam kursus-kursus yang ditawarkan dalam program latihan
keguruan kerana kursus itu penting untuk menyeimbangkan teori dan amali. Tambahan lagi,
guru perlulah ada penghayatan dalam proses pengurusan bilik darjah sepanjang
perkhidmatan beliau.

2) Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya

Setelah membuat penilaian terhadap guru tersebut berkenaan perkembangan


profesion beliau, saya dapati peracangan awal tentang pelan pembangunan diri dan kerjaya
saya adalah amat penting. Kini saya merupakan guru pelatih tahun akhir yang menerima
latihan perguruan sepenuh masa di Insitut Pendidikan Guru (IPG). Kemudian saya akan
diserap masuk ke dunia pendidikan sebenar iaitu di sekolah kebangsaan sebagai guru
akademik dengan gred 41.

Seperti yang diketahui umum, ada tiga laluan kerjaya bagi guru iaitu laluan PdP,
kepimpinan dan kepakaran pendidikan. Bagi pembangunan kerjaya, saya memilih dua laluan
PdP kerana saya ingin terus melaksanakan tugas dalam PdP di sekolah. Saya berpeluang
memohon kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi hingga ke gred khas tanpa perlu
meninggalkan bilik darjah. Bagi laluan kedua adalah laluan kepakaran pendidikan. Pada
laluan ini saya akan sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme dalam bidang
kepakaran khususnya serta menjadi sumber inspirasi, sumber rujukan, penasihat dan
pembimbing kepada rakan sejawat disamping membuktikan kecemerlangan keberhasilan
yang diperakui oleh organisasi.

Secara spesifik, saya bermula sebagai guru akademik biasa dengan gred 41 yang
bertindak sebagai pelaksana. Pada peringkat ini saya perlu memahami dan melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan. Berdasarkan lima teori
perkembangan guru oleh Trotter, saya boleh menyifatkan bahawa diri saya akan melalui tiga
fasa iaitu novis, novis lanjutan dan cekap pada peringkat ini. Kemudian setelah lapan tahun
perkhidmatan saya akan naik ke gred 44. Pada peringkat ini saya adalah sebagai penggerak
iaitu seorang yang sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan
bimbingan yang minimum serta mampu menyelesaikan masalah. Seterusnya, saya akan ke
gred 48 selepas lapan tahun perkhidmatan. Bermula daripada gred 44 hinggalah 48,
perkhidmatan saya adalah selama 16 tahun. Hal ini menunjukkan saya telah melalui fasa
perkembangan guru yang mahir dan pakar berdasarkan teori Trotter.

Bermula pada peringkat gred 48, laluan kedua saya iaitu laluan kepakaran pendidikan
bermula. Ketika ini saya bertindak sebagai pembimbing dan mentor. Pada peringkat ini saya
akan menjadi seorang yang berpengalaman luas, mampu menyelia dan membimbing serta
berkebolehan melakukan educated guess masalah organisasi yang mungkin timbul dan
melaksanakan langkah pencegahan. Setelah enam tahun, saya akan meningkat ke gred 52.
Pada peringkat ini saya bertindak sebagai peneraju perubahan yang akan menjadi pakar
rujuk, mentor dan pembimbing serta berkebolehan merancang dan melaksanakan
penambahbaikan berterusan dalam bidang-bidang tertentu. Bagi menuju peringkat gred khas
saya perlu melepasi satu sahaja lagi gred iaitu gred 54 yang akan saya lepasi setelah tiga
tahun berikutnya. Sebagai pemegang gred 54, saya adalah seorang pemikir strategik dalam
pembangunan pendidikan negara. Saya akan menjadi seorang yang memiliki kepakaran
khusus dan berkebolehan mengurus perubahan secara cekap dan berkesan.

Bagi mencapai apa yang saya rancangkan untuk kedua-dua laluan ini, saya perlu
melalui pelbagai latihan pembangunan profesionalisme sepanjang tempoh tersebut agar
mencapai penilaian prestasi yang menepati standard pencapaian yang berkualiti. Jika dilihat
daripada tempoh mula perkhdimata sehingga saya mencapai gred 54, saya memerlukan 25
tahun perkhidmatan bagi merealisasikan pelan pembangunan kerjaya saya sebagai guru.
Saya lebih memilih untuk berada di peringkat guru akademik sahaja tanpa sebarang kenaikan
ke peringkat pentadbiran.
Kesimpulannya, walaupun saya telah melalui pengalaman pembelajaran di institusi
pendidikan namun pengetahuan dan kemahiran saya perlu sentiasa ditingkatkan sejajar
dengan cabaran tugas dan sentiasa bersedia menerima sebarang bentuk perubahan.

You might also like