You are on page 1of 2

PENGENALAN

Pengacara majlis merupakan individu yang mengidupkan suasana semasa


sesuatu majlis itu sedang berlangsung. Pengacara majlis berperanan memudahkan
kelangsungan majlis mengikut atur cara yang telah ditetapkan oleh penganjur.
Sesuatu majlis mungkin akan lebih berseri dan menarik jika pasangan lelaki dan
wanita ditugaskan untuk mengacarakan majlis tersebut. Sebelum memilih seseorang
pengacara, pastikan individu itu mempunyai kriteria yang cukup baik supaya layak
menjadi pengacara majlis.

DEFINISI MAJLIS RASMI


Saya telah memilih untuk membina tekas pengacaraan bagi majlis rasmi. Untuk
pengetahuan umum, majlis rasmi adalah majlis yang keseluruhan perbelanjaan
ditanggung oleh pihak kerajaan. Majlis rasmi pula terbahagi kepada tiga jenis.

Pertama, Majlis Rasmi iaitu sesebuah majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang mendapat kelulusan peruntukan Kerajaan.
Kedua, Majlis Rasmi dan Formal iaitu majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari
Kerajaan seperti hari bekerja dari Isnin sehingga Jumaat di pejabat, di luar pejabat,
majlis penuh istiadat, majlis jamuan (malam atau hujung minggu iaitu di luar waktu
rasmi bekerja) dan majlis yang melibatkan pembesar negara. Ketiga, Majlis Rasmi
dan Tidak Formal iaitu majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti
program turun padang, lawatan dan majlis perasmian. Terdapat sedikit kelonggaran
dari segi protocol.
DEFINISI PENGACARA MAJLIS

Secara umumnya, dapat difahami bahawa pengacara majlis adalah juruacara


atau Master Ceremony (MC). Menurut Noresah Baharum et al. (2010), beliau
menakrifkan pengacara majlis sebagai orang yang megendalikan persembahan
acara-acara dalam satu pertunjukan, majlis dan lain-lain manakala majlis pula ialah
perjumpaan orang ramai atau keramaian. Pengacara majlis juga boleh didefinisikan
sebagai seseorang yang dilantik secara rasmi untuk dipertanggungjawabkan
mengendalikan sesebuah majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan merujuk
kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukan arahan Pegawai Protokol.
Pengacara majlis ini penting untuk mengendalikan sesebuah majlis bagi memastikan
kelancaran majlis tersebut. Pengacara majlis ini biasanya disebut sebagai MC iaitu
singkatan bagi perkataan master of ceremony dalam bahasa Inggeris.

You might also like