You are on page 1of 11

PACE – UUM VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT ll

1.0 PENGENALAN

Protokol berasal daripada gabungan dua kata dasar Bahasa Yunani iaitu protos dan
koll. Protos bermaksud yang pertama dan koll membawa maksud pelekat, iaitu yang
"pertama" merujuk sehelai kertas yang ditampalkan pada dokumen undang-undang untuk
membuktikan kesahihannya. McCaffee dan Innis (1977). Manakala, Kamus Dewan
mendefinisikan protokol sebagai peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi dan surat-surat
rasmi bukan keputusan perundingan (persetujuan). Secara umumnya, protokol adalah
panduan yang digunapakai dalam menentukan bagaimana sesuatu majlis atau acara perlu
dilakukan bagi memastikan semua perkara dijalankan dengan betul, sistematik dan
teratur. Peraturan dan tatacara majlis adalah penting bagi memastikan sesuatu majlis itu
berjalan secara lancar dan dapat menggembirakan hati semua pihak, terutamanya tetamu
yang diundang. Istilah protokol berubah mengikut kesesuaian tempat dan masa, dimana
dahulu protokol dikenali sebagai surat cara atau surat rasmi yang asal, yang berkaitan
dengan keputusan perundingan atau persetujuan dalam perjanjian manakala, kini
protokol merujuk kepada peraturan-peraturan dalam sesuatu majlis atau acara rasmi.
Amalan protokol dalam sesuatu majlis diikuti bagi memberi penghormatan kepada
tetamu kehormat dan para jemputan, di samping memberi garis panduan kepada
penganjur dalam menyempurnakan sesuatu majlis. Kelancaran majlis yang dianjurkan
akan melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan penganjur tersebut dalam
menganjurkan sesuatu majlis.

Etiket sosial atau lebih dikenali sebagai etiket, merupakan peraturan–peraturan


tingkah laku dalam kehidupan harian atau sesama manusia di dalam majlis yang
berbentuk formal atau tidak formal. Etika diungkap dari perkataan Greek iaitu “ethos”
yang membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada
perlakuan sosial. Seseorang individu dianggap mempunyai nilai etiket yang tingggi,
apabila perilaku yang dilakukan sentiasa mengikut peraturan atau norma yang diterima
oleh masyarakat.

Terdapat beberapa jenis majlis yang memerlukan elemen –elemen penting protokol
dan etiket mengikut kesuaian majlis tersebut. Jenis-jenis majlis yang berlangsung di
negara ini mengikut klasifikasi protokol dan etiket ialah :

ELEMEN-ELEMEN PENTING PROTOKOL DAN ETIKET


PACE – UUM VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT ll

1.1 Majlis Rasmi


Majlis ini secara kebiasaannya akan dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri dan mendapat kelulusan peruntukan Kerajaan. Contoh majlis
adalah: Majlis Pertabalan DYMM Sultan Negeri, Majlis Penganugerahan Darjah
Kebesaran dan Majlis Menangkat Sumpah.

1.2 Majlis Rasmi dan Formal


Majlis atau Acara yang mendapat sumber peruntukannya dari Kerajaan dalam
menjalankannya samada diadakan pada hari bekerja di pejabat atau di luar pejabat
dan juga majlis yang jamuan rasmi yang diadakan di luar waktu bekerja. Majlis ini
selalunya melibatkan pembesar Negara atau Negeri dan menepati aspek protokol
dan etiket scara penuh. Antara contoh majlis ialah: Majlis Jamuan Makan Malam
anjuran Perdana Menteri untuk Ketua Negara Luar, Majlis Konveksyen Universiti,
dan Majlis Sambutan Maal Hijrah

1.3 Majlis Rasmi dan Tidak Formal


Majlis yang diadakan melalui sumber peruntukan dari Kerajaan dan mempunyai
kelonggaran dari aspek protokol. Contohnya, Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang, Majlis MOA/MOU, Majlis Anjuran Badan Swasta atau Kerajaan.

1.4 Majlis Tidak Rasmi dan Tetapi Formal


Majlis yang dianjurkan oleh badan-badan swasta dan tidak melibatkan sumber
kewangan dari Kerajaan tetapi memerlukan aspek protokol yang sepenuhnya.
Sebagai contohnya, Perasmian Bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri dan
Majlis melibatkan pertandingan.

1.5 Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal


Majlis yang dianjurkan oleh Agensi Kerajaan atau Swasta dan tidak melibatkan
peruntukan Kerajaan serta tidak memerlukan aspek protokol sepenuhnya.
Contohnya, Hari Keluarga dan Gala Dinner Agensi Swasta

ELEMEN-ELEMEN PENTING PROTOKOL DAN ETIKET


PACE – UUM VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT ll

2.0 ELEMEN – ELEMEN PENTING PROTOKOL


Dalam perancangan dan pengurusan sesuatu majlis terdapat 20 elemen penting
protokol yang perlu dititkberatkan bagi kesempurnan majlis yang diadakan. Kesemua
elemen-elemen ini mempunyai kepentingan yang tersendiri dan digunakpakai mengikut
kesesuaian jenis majlis yang diadakan. Berikut merupakan elemen –elemen penting
protokol sesuatu majlis :-

 Anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri;


 Susunan Keutamaan Persekutuan dan Negeri;
 Panggilan Hormat bagi Orang-Orang Kenamaan;
 Senarai jemputan majlis
 Pengurusan kad jemputan;
 Penyusunan tempat duduk bagi pelbagai majlis
 Penyusunan tempat duduk bagi majlis
 Susunan bendera;
 Atur cara majlis/acara di dalam dewan dan di luar dewan;
 Pengacaraan majlis/acara formal;
 Fungsi pegawai protokol dan pegawai pengiring (liaison officer);
 Peranan penyambut tetamu dalam majlis/acara formal;
 Pemilihan sajian;
 Penggunaan Lagu Kebangsaan mengikut majlis/acara;
 Penyusunan gambar Orang-orang Kenamaan di dinding (jika berkaitan)
 Bahasa dan kesopanan Istana (jika berkaitan);
 Kesempurnaan pakaian di dalam majlis/acara tertentu;
 Pemakaian Anugerah Darjah Kebesaran (jika berkaitan);
 Urusan menandatangani surat perjanjian (jika berkaitan); dan
 Program dan atur cara pentadbiran.

Elemen –elemen diatas merupakan aspek keseluruhan sesuatu majlis, bagi perbincangan
ini terdapat lima (4) elemen penting protokol yang dipilih. Elemen –elemen ini didapati
berguna dalam penganjuran majlis yang diadakan oleh agensi Kerajaaan.

ELEMEN-ELEMEN PENTING PROTOKOL DAN ETIKET


PACE – UUM VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT ll

2.1 Susunan Keutamaan


Susunan Keutamaan Persekutuan adalah satu senarai kedudukan kekananan
antara pelbagai golongan masyarakat masuk pegawai kerajaan, bukan pegawai
kerajaan dan orang awam. Susunan keutamaan sekarang ialah Susunan Keutamaan
Persekutuan yang ke-20 telah digazet dan mula berkuat kuasa pada 13 November
2014 melalui P.U. (B) 506. Susunan Keutamaan Negeri pula ialah mengikut
susunan Keutamaan Negeri yang diluluskan oleh pihak negeri. Susunan ini mesti
digunapakai di pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi yang diadakan, semua
pegawai protokol serta mereka yang terlibat perlu mengetahui formaliti ini dalam
pengendalian majlis. Terdapat beberapa pengunaan susunan keutamaan dalam
sesuatu majlis:
 Susunan tempat duduk pelbagai majlis formal
 Susunan atur cara pelbagai majlis
 Tertib ketibaan tetamu kenamaan dalam majlis formal
 Tertib kepulangan tetamu kenamaan dalam majlis formal
 Panggilan penyampaian ucapan dalam majlis

2.2 Panggilan Hormat


Panggilan hormat merujuk kepada sebutan sebelum nama tetamu kehormat
dan para jemputan yang digunakan bagi menghormati tetamu kehormat
berdasarkan kedudukan mengikut jawatan atau Anugerah Darjah Kebesarannya.
Panggilan ini juga diamalkan dalam teks juruacara, kad jemputan, teks ucapan,
serta surat. Antara contoh-contoh panggilan hormat yang digunakan di dalam
majlis adalah seperti berikut:-

Gelaran Panggilan Hormat Gelaran Panggilan Hormat


Yang Di-Pertua Seri Paduka Raja Permaisuri Seri Paduka
Agong Baginda Agong Baginda
Kebawah Duli Sultanah Negeri Kebawah Duli
Sultan Negeri Kedah
Yang Maha Mulia Kedah Darul Yang Maha Mulia
Darul Aman
(KDYMM) Aman (DYYMM)
Duli Yang Maha Raja Permaisuri Duli Yang Maha
Paduka Seri Sultan
Perak Mulia (DYMM) Perlis Mulia (DYMM)

ELEMEN-ELEMEN PENTING PROTOKOL DAN ETIKET


PACE – UUM VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT ll

Duli Yang Maha Raja Perempuan Duli Yang Maha


Raja Negeri Perlis
Mulia (DYMM) Perlis Mulia (DYMM)
Duli Yang Maha Tengku Ampuan Duli Yang Maha
Sultan Selangor
Mulia (DYMM) Selangor Mulia (DYMM)
Kebawah Duli Kebawah Duli
Raja Perempuan
Sultan Kelantan Yang Maha Mulia Yang Maha Mulia
Kelantan
(KDYMM) (KDYMM)
Yang di-Pertuan Tunku Ampuan
Besar Negeri Duli Yang Maha Besar Negeri Duli Yang Maha
Sembilan Darul Mulia (DYMM) Sembilan Darul Mulia (DYMM)
Khusus Khusus
Yang Amat
Yang di-Pertua Tun Yang Isteri Yang di-
Berbahagia
Negeri Terutama (TYT) Pertua Negeri
(YABhg)
Yang Amat
Yang Amat Isteri Perdana
Perdana Menteri Berbahagia
Berhormat (YAB) Menteri
(YABhg)
Isteri Menteri Yang Amat
Menteri Besar / Ketua Yang Amat
Besar/Ketua Berbahagia
Menteri Berhormat (YAB)
Menteri (YABhg)
Isteri Yang di-
Yang di-Pertua Dewan
Yang Berhormat Pertua Dewan Yang Berbahagia
Negara/ Dewan
(YB) Negara/ Dewan (YBhg)
Rakyat
Rakyat
Yang Berhormat Isteri Ahli Dewan Yang Berbahagia
Ahli Dewan Negara
Senator Negara (YBhg)

2.3 Susunan Bendera


Susunan Keutamaan bendera Malaysia dan negeri-negeri ditentukan
mengikut susunan keutamaan D.D.Y.M.M.Raja-Raja dan T.T.Y.T Yang di-Pertua
Negeri seperti yang termaktub dalam perkara 70 Perlembagaan Persekutuan.
Dengan perisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in
Billah sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada
31 Januari 2019, maka susunan keutamaan bendera yang diperuntukkan di bawah

ELEMEN-ELEMEN PENTING PROTOKOL DAN ETIKET


PACE – UUM VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT ll

Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 bagi bendera Malaysia dan negeri-negeri
adalah berubah seperti berikut:

1. Malaysia 2. Terengganu 3. Perlis


4. Selangor 5. Negeri Sembilan 6. Johor
7. Kelantan 8. Perak 9. Kedah
10. Pahang 11. Pulau Pinang 12. Melaka
13. Sabah 14. Sarawak 15. Wilayah Persekutuan

2.4 Pemilihan Sajian


Pemilihan menu makanan bagi majlis adalah mengikut status kewangan
semasa serta melibatkan prestasi katerer. Pemilihan menu pada biasanya akan
mengikut kesesuaian majlis dan mesti mendapat persetujuan dari Ketua/Pengerusi
majlis. Sebagai contohnya, majlis anjuran Perdana Menteri mesti mendapatkan
persetujuannya. Bagi majlis-majlis serta acara rasmi yang melibatkan orang
kenamaan, uji rasa menu (food tasting) wajib dibuat berdasarkan menu pilihan bagi
memastikan kualiti makanan terjamin serta memenuhi kehendak penganjur. Pihak
penganjur juga wajib mengenalpasti keperluan vegetarian serta alahan makanan
(tetamu kehormat). Terdapat beberapa cara hidangan mengikut kesuaian pilihan
sajian majlis iaitu :-
2.4.1 Fully Serve (Duduk dan dihidang)
2.4.2 Hidangan Dome
2.4.3 Buffet Layan Diri

ELEMEN-ELEMEN PENTING PROTOKOL DAN ETIKET


PACE – UUM VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT ll

3.0 ELEMEN-ELEMEN PENTING ETIKET


Terdapat lebih kurang 15 elemen – elemen penting etiket yang perlu diambil
perhatian dalam sesebuah majlis. Berikut merupakan elemen-elemen tersebut:
 Etika berpakaian;
 Kesesuaian pakaian mengikut majlis
 Penampilan dan penggayaan diri
 Kesopanan dalam pertemuan dan perkenalan
 Kemahiran dalam perbualan sosial
 Kesopanan menghadiri majlis jamuan ringan secara berdiri
 Kesopanan menghadiri majlis jamuan ringan secara duduk
 Kesopanan di dalam majlis buffet
 Adab makan mengikut kesesuaian majlis
 Kesopanan tuan rumah dan tetamu (untuk majlis di dalam rumah)
 Kesopanan tuan rumah dan tetamu (untuk majlis di luar rumah);
 Menghadiri pelbagai majlis/acara formal
 Penggunaan peralatan jamuan mengikut majlis/acara
 Hidang Menu
 Tertib di meja makan.

3.1 Etika Berpakaian


Etika berpakaian bagi menghadiri sesuatu majlis adalah amat penting kerana setiap
majlis/acara mempunyai tatacara pemakaian yang berbeza mengikut kesesuaian
majlis. Tatacara pemakaian seseorang individu memberi imej penampilan yang
melambangkan imej organisasi dan imej peribadi individu. Terdapat beberapa
perkara yang patut diberi perhatian kepada etika pemakaian wanita semasa
mengikut sesuatu majlis. Antaranya ialah
 Elakkan memakai pakaian terlalu ketat (body shape) serta jarang.
 Elakkan memakai kain berkilat/berkilau serta kerterlaluan.
 Pilihan warna kain berasaskan warna kulit
 Tidak memakai alat solek dengan lebih
 Rambut disikat dengan rapi serta kemas jika memakai tudung.
 Menggunakan sarung kaki skin colour
 Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh
 Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.

ELEMEN-ELEMEN PENTING PROTOKOL DAN ETIKET


PACE – UUM VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT ll

Bagi kesesuaian pakaian lelaki terdapat beberapa elemen pemakaian yang perlu
dielakkan semasa menghadiri sesuatu majlis.
 Berbaju lengan pendek jika bertali leher
 Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher
 Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang
 Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan
dan tangan
 Kasut mesti bersih dan berkilat serta warna stoking sama dengan seluar
 Gunakan deodoron yang lembut

3.2 Kesesuaian pakaian mengikut majlis


Etika pakaian semasa menghadiri sesuatu majlis amat penting kerana setiap
majlis formal di Malaysia mempunyai kod pakaian yang tertentu. Penganjur
sesuatu majlis mesti mencatatkan jenis pakaian pada kad jemputan supaya tetamu
jemputan akan memakai pakaian yang ditetapkan dan bersesuaian dengan jenis
majlis yang diadakan. Berikut merupakan beberapa kod pakaian bagi golongan
lelaki dan wanita.

BAJU BATIK FORMAL DARK SUIT – MAJLIS FORMAL

BAJU MELAYU KEBANGSAAN SMART CASUAL

ELEMEN-ELEMEN PENTING PROTOKOL DAN ETIKET


PACE – UUM VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT ll

BAJU KURUNG DENGAN


DARJAH KEBESARAN DAN
BAJU KURUNG
KALUNG
BERSELENDANG

BAJU KORPORAT

NO 1 DRESS

ELEMEN-ELEMEN PENTING PROTOKOL DAN ETIKET


PACE – UUM VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT ll

3.3 Etika di Meja Makan


Perkara asas mengenai etika di meja makan perlu diketahui supaya tidak
berasa jangkal apabila berada di meja makan terutama dalam majlis rasmi. Tetamu
hendaklah mengelakkan diri dari meletakkan siku di atas meja semasa hidangan
disediakan. Bahagian belakang badan mesti rapat dengan kerusi serta kaki rata d
atas lantai. Pengetahuan tentang adab dan tertib di meja makan amat berguna bagi
mereka yang sering diundang ke majlis-majlis jamuan rasmi atau di rumah orang
kenamaan.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, elemen-elemen protokol serta etiket adalah amat penting dalam


memastikan kesempurnaan sesuatu majlis atau acara. Protokol membantu menjaga status
serta kedudukan orang kenamaan dalam meghadiri sesuatu majlis. Dengan adanya
elemen protokol, ianya dapat memastikan kelancaran dan keharmoniaan sesuatu majlis
tersebut. Protokol juga membantu menjaga perasaan serta tidak menyinggungkan mana-
mana tetamu yang hadir di dalam majlis. Tanpa protokol di dalam sesuatu majlis,
seseorang individu mungkin gagal menghormati majlis dan tidak dapat berkelakuan
secara professional yang mana boleh menjejaskan imej dan nama baik seseorang individu
itu. Selain itu, aspek etiket juga perlu dititikberatkan dalam menghadiri sesuatu majlis
bagi menjaga nama baik individu. Ianya merupakan suatu aturan yang dicipta dengan
tujuan menjaga hubungan dengan seseorang individu yang lain agar terjalin komunikasi
yang baik dan akrab. Oleh itu, kedua-dua elemen protokol serta etiket adalah sangat
penting dalam pengurusan serta pnganjuran sesuatu majlis. Di peringkat organisasi atau
jabatan, tahap profesional dan imej korporat boleh dilihat pada amalan protokol yang
dipraktikkan. Organisasi itu akan dikenang dan diingati sebagai sebuah organisasi yang

ELEMEN-ELEMEN PENTING PROTOKOL DAN ETIKET


PACE – UUM VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT ll

hebat dan pandai dalam menguruskan majlis dan hubungan rasmi yang terjalin akan terus
erat dan berpanjangan.

RUJUKAN

Abdul Rahman Abd Aziz. (2000). Kemahiran Sosial Asas. KL:Utusan Pub.

Rahmat Ismail. (1997). Etika Sosial: Satu peradaban dalam kehidupan sosial manusia. KL:
Utusan Pub.

Mokhtar bin M.Tohar.(2001). Protokol di Malaysia, Tradisi & Amalan. KL: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Yahya bin Mohamed Ariffin.(2006). Amalan Perhubungan Awam Dan Protokol.
Selangor: Percetakan Asni Sdn Bhd

Samsudin Wahab.(2006).Panduan Protokol dan Tatatertib Majlis. Selangor: PTS Publishing


House

Buku Panduan Pengurusan Majlis & Acara, (2014). Jabatan Perdana Menteri

ELEMEN-ELEMEN PENTING PROTOKOL DAN ETIKET

You might also like