You are on page 1of 15

TAAT

Muqadimah :
Taat merupakan diantara perkara yang sangat penting dikalangan rukun baiah yang 10.
Kejayaan sesuatu tamadun bukanlah bergantung kepada kebijakan seseorang pemimpin
semata-mata tetapi ia berfaktor dari kerjasama yang mantap antara pemimpin dan orang bawah.
Kerjasama tersebut tidak akan terbentuk melainkan dengan syura yang dilaksanakan oleh
pemimpin dan sifat taat oleh orang bawah.. Tanpa taat sesebuah jamaah tidak akan dapat
berjalan dengan baik. Oleh kerana hidup berjammah merupakan suatu perkara yang sangat
dituntut di dalam Islam .Tidak akan sempurna sesuatu jemaah melainkan dengan kepimpinan
dan tidak akan sempurna sesuatu kepimpinan melainkan dengan taat. Maka penulis merasa
terpanggil untuk menjelaskan mengenai konsep taat yang sebenar.Mudah-mudahan akan
terbentuk suatu kerjasama yang memungkinkan Islam bangkit kembali sebagai qiadah dunia.
Pengenalan :
Kalimah "Taat" menurut bahasa ialah isim masdar bagi yang membawa maksud
tunduk patuh dan taat.
Firman Allah Taala :
(32: )

Sabda Nabi S.A.W :

Yang dimaksudkan di sini ialah sepertimana yang disebut oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna :



Maksudnya :
Dimaksudkan dengan taat ialah menurut serta melaksanakan perintah dengan segera samada
senang ataupun susah, disukai atau dibenci .
1

Sabda Nabi S.A.W:




Pengertian sebenar taat
Imam Sya'rawi menyebut bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah hasil daripada
keimanan.
Said Hawa pernah menyebut di dalam kitabnya :
Bahawa ketaatan kepada kepimpinan merupakan hasil daripada pengetahuan ()dan saling
percaya mempercayai ( )antara satu sama yang lain.
Taat dan lapangannya
Ulama'-ulama' Islam telah menetapkan ,bahawa lapangan ketaatan terbahagi kepada empat:
1 Taat kepada Allah dan Rasul .
2 Taat kepada kedua ibu bapa .
3 Taat kepada kepimpinan .
4 Taat kepada guru .
1. Taat kepada Allah dan Rasul
Taat kepada Allah dan Rasul merupakan Islam , iman , dan ehsan .Ia juga merupakan suatu
perlakuan terhadap segala suruhan dan meninggalkan segala larangan .Ia juga merupakan
keadilan, dakwah kepada Allah,kebenaran, jalan yang lurus serta ia merupakan jihad pada jalan
Allah.
Ciri - ciri taat kepada Allah dan Rasul:
1- Iltizam dengan apa yang ada di dalam Al quran dan Hadis .
Firman Allah Taala :
2

132:

2 Mengambil kesemua manhaj Al quran dan Hadis


Firman Allah Taala :

(65: )

Firman Allah Taala lagi sebagai mencela orang yang mengambil sebahagian dari manhaj Al
Quran dan meninggalkan sebahagian yang lain.


(85:)

Begitu juga Allah Taala mencela orang Yahudi yang beriman dengan Nabi pada
satu masa dan mengingkar pada masa yang lain.
Firman Allah Taala :


(72: )

3 Meninggalkan perbalahan yang boleh membawa kelemahan kepada umat Islam dan bersabar
dalam menunaikan taklif taat
Firman Allah Taala :


(46: )

4 Disertakan dengan takwa dan rasa takut ()kepada Allah.


Firman Allah Taala

(52:)

5 Menghindarkan diri daripada membuat perkara yang ditegah oleh Allah.Antara perkara yang
dibenci oleh Allah Taala ialah berpaling daripada Allah Taala.
3

(20: )

Taat kepada kepimpinan ) )


Secara umumnya ialah khalifah ,hakim ,amir atau ketua sesebuah kumpulan .
Kepentingan kepimpinan
Doktor Ali Abdul Halim Mahmud menyebut diantara kepentingan kepimpinan adalah seperti
berikut;
1-Kepimpinan merupakan satu perkara yang perlu diutamakan, kerana Islam tidak akan tertegak
dan terlaksana secara sempurna melainkan dengan kepimpinan.Bahkan tidak akan terlaksana
kemaslahatan dan tidak akan tertolak kemudaratan dari kehidupan manusia melainkan dengan
adanya kepimpinan.Ini kerana manusia mesti hidup secara berjamaah. Sabda Nabi S.A.W


2-Melakukan amar makruf dan nahi mungkar satu kewajipan terhadap umat Islam.Tidak akan
terlaksana urusan tersebut melainkan dengan kepimpinan.
3-Jihad melaksanakan undang-undang Islam dan membantu orang yang dizalimi adalah satu
kewajipan terhadap umat Islam .Tidak akan sempurna pelaksanaannya melainkan dengan
kepimpinan.
Konsep hubungan antara pemimpin dan orang bawah.
Perlu dingat, apabila ada pemimpin tentu ada orang yang dipimpin.Dan diantara mereka tentu
mempunyai hubungan diantara satu sama lain .Hubungan tersebut mestilah berdiri di atas asas
yang kukuh dan mantap iaitu pemimpin mestilah bersifat seperti bapa,sahabat dan guru kepada
yang dipimpin bukan sebagai bos kepada pekerja supaya ada perasaan kebersamaan dalam
semua perkara dan keadaan.
Diantara konsep hubungan pemimpin dan orang bawahan ialah;
1 Saling hormat menghormati
Sabda Nabi S.A.W:



.
()
Maksudnya;
Sebaik-baik pemimpin ialah mereka yang kamu sayang padanya, dan mereka sayang kepada
kamu,sejahat-jahat pemimpin ialah mereka yang kamu benci kepadanya dan mereka benci
kepada kamu.

2 Saling sayang menyayangi


Sabda Nabi S.A.W



()
Bermaksud;
Sebaik baik pemimpin ialah mereka yang kamu menyayangi mereka dan mereka menyangi
kamu, kamu menghubungi mereka dan mereka menghubungi kamu.
3 Saling beriltizam dengan manhaj Islam.
Sabda Nabi S.A.W:




Maksudnya;
Wajib di atas orang Islam dengar dan taat dalam semua perkara samada dia suka atau tidak,
melainkan apabila disuruh kepada kemungkaran.
5

4 Saling nasihat menasihati serta bertukar-tukar pandangan.


Sabda Nabi S.A.W :



Maksudnya:
Tidak ada dikalangan pemimpin yang menjalankan urusan orang Islam kemudian dia tidak
bersungguh dalam pengurusannya.dan tidak menasihati mereka melainkan dia tidak akan masuk
syurga sekali dengan mereka.
5 Saling memelihara harta umum.
6 Saling berkorban ( )untuk kepentingan umum.
7 Saling mengambil berat permasalahan umat.
8 Saling suka kepada kebaikan.
9 Saling beriltizam dalam melaksanakan kebaikan
Kepimpinan dan ketaatan
Ketaatan kepada kepimpinan merupakan satu kewajipan yang muqayyad sahaja bukan
kewajipan yang mutlak.
Firman Allah Taala ;


(59:)
Imam Sya'rawi dalam menghuraikan maksud ayat ini menjelaskan diantara sebab tidak disebut
kalimah pada ialah ketaatan kepada pemimpin merupakan ketaatan yang
muqyaad sahaja, manakala ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan ketaatan yang mutlak.
Apabila pemimpin menjalankan tugasnya, menjaga hubungannya dengan yang dipimpin secara
baik serta arahan yang dikeluarkan berdasarkan Syura dan mampu dilaksana serta tidak
menyalahi syara' maka wajib ditaati.Sekiranya ciri-ciri tersebut tidak dilaksanakan maka menjadi
kewajipan kepada yang dipimpin menasihati pihak kepimpinan.
Ini kerana, untuk mengelak daripada berlakunya keretakan hubungan diantara kedua belah
pihak.
6

Syura dan Taat


Syura merupakan pekara asas di dalam Islam , tidak sempurna Islam seseorang itu melainkan
dengan syura,
Allah Taala berfirman :



(38:)
Begitu juga dengan taat yang merupakan tanda keimanan seseorang itu kepada Allah dan Rasul
.

Firman Allah Taala:


(59:)
Di sini timbul satu persoalan , Adakah wajib taat kepada kepimpinan itu akan menafikan konsep
syura ?
Dalam masalah ini Dr.Ali Abdul Halim Mahmud menyebut kepimpinan yang faham terhadap
Islam ialah mereka yang tidak mengeluarkan satu arahan melainkan selepas diadakan syura
terlebih dahulu. Maka arahan ini wajib ditaati sekirannya tidak menyalahi Al quran dan sunnah
dan berkemampuan untuk melaksanakannya.Dan ini menunjukkan diantara ketaatan dan syura
saling lazim melazimi diantara satu sama lain..
Catatan: Syura merupakan kewajipan kepada kepimpinan dalam mengeluarkan
arahan.
Taat merupakan kewajipan ke atas pihak bawahan bagi setiap arahan
yang dikeluarkan oleh pihak kepimpinan berdasarkan syura.
7

TAAT DAN GERAKAN ISLAM


Gerakan Islam suatu kumpulan yang melakukan kerja dakwah dalam usaha untuk
melaksanakan Islam dan hadaf Islam. Maka individu dalam sesuatu gerakan bukanlah terdiri dari
satu peringkat sahaja bahkan ia terdiri dari beberapa peringkat. Antaranya individu yang semata
mata menyokong sesuatu gerakan ,individu yang dibentuk dan dilatih untuk melaksanakan
segala hadaf gerakan tersebut dan individu yang menjalankan segala hadaf gerakan itu
.Ketaatan di setiap peringkat tidak sama, tetapi ia bersesuaian dengan kedudukan
marhalah.Marhalah individu yang berada dalam sesuatu gerakan mengikut pandangan Imam
Syahid Hassan Al-Banna terbahagi kepada tiga marhalah,iaitu :

1) Pengenalan
2) Pembentukan
3) Pelaksanaan

Taat dan hubung kaitnya dengan marhalah dakwah


MARHALAH TAKRIF ( Pengenalan )
Marhalah ini bertujuan memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai Islam secara
tepat dan syumul meliputi aqidah , ibadah , akhlak , muamalah , serta mengembangkan fikrah
umum mengenai Islam seumpama pendirian Islam terhadap permasalahan semasa dan lain-lain
lagi bersesuaian dengan semasa dan maudu'
Ciri ciri marhalah takrif.
Imam Syahid Hassan Al Banna menyebut ciri ciri marhalah takrif ialah:
1.

Konsep kerjasama

2.

Dakwah secara umum

Wasilah marhalah takrif


Marhalah ini memerlukan kepada wasilah yang akan membantu terlaksana hadafnya , diantara
wasilah tersebut ialah :

1)
Memberi pengenalan mengenai Islam melalui kalimah samaada tutur kata seperti khubatdan
ta'lim atau media cetak seperti akhbar atau media elektronik seperti tv radio dan
seumpamanya.Wasilah ini mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berjaya dalam memberi
faham mengenai Islam.
2)
Memberi pengenalan mengenai Islam melalui konsep Amal seperti melaksanakan Mukhaiyam
Islamiah , qiam dan rehlah sa'idah .
wasilah bertujuan untuk membentuk pekerja-pekerja Islam yang iltizam dengan Islam.
3)
Memberi pengenalan mengenai Islam melalui Qudwah
Iaitu pendakwah Islam mesti menunjukkan qudwah yang terbaik kepada madu seperti suka
kepada kebaikan , tadhiah dengan waktu , harta dan dunia,tawadhu' dan lain-lain lagi .

Kedudukan taat dalam marhalah ini


Imam Syahid Hassan Al-Banna menyebut :



Ketaatan dalam marhalah ini bukanlah ketaatan yang sempurna memadailah dengan ahli jemaah
atau ahli persatuan menghormati dan tidak melanggar undang-undang dan peraturan asas bagi
jemaah atau persatuan .Ini, kerana mereka merupakan kelompok yang baru diperkenalkan
dengan kefahaman Islam,sedangkan taat merupakan satu Taklif.Mengikut kaedah dakwah:


MARHALAH TAKWIN ( Pembetukan)
Marhalah ini bertujuan untuk memilih serta menerapkan sifat-sifat yang solehah seumpama

dan
Kepada mereka yang berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab jihad dengan
menggunakan kaedah sufi dalam pembentukan rohani dan menggunakan kaedah askari dalam
pembentukan jasmani.
9

Ciri-ciri marhalah Takwin.


Imam Syahid Hassan Al Banna menjelaskan bahawa ciri-ciri marhalah takwin ialah:
1.

Memilih sifat-sifat yang solehah.

2.

Menerapkan sifat sifat tersebut kepada ahli yang berkemampuan untuk melaksanakan
tanggungjawab jihad.

Wasilah marhalah takwin


Marhalah pembentukan ( Takwin )juga memerlukan kepada wasilah supaya tecapai hadaf yang
dihajati .Dr.Ali Abdul Halim Mahmud telah membahagikan wasilah dalam marhalah ini kepada
dua bahagia.Kedua-dua wasilah ini saling bantu membantu dalam mencapai kepada hadaf.
1.

Wasilah Khas

Wasilah Khas ialah suatu wasilah yang bersifat berterusan. Ia bermula diperingkat Marhalah
Takrif ( awal ) lagi sehinggalah kita melahirkan indidu yang intima' dengan jemaah dan
mempunyai kemampuan untuk dipindahkan ke marhalah ke seterusnya.Diantara wasilah Khas
ialah :

1.1
Iaitu menyediakan dan mempersiapkan individu yang mempunyai sifat-sifat yang boleh di
serapkan dalam marhalah ini. Ia juga mempunyai kemampuan untuk berterusan dalam
menjayakan perancangan yang di tetapkan.Persedian dan
persiapan tersebut mestilah meliputi dari sudut rohani,akhlak,mental dan jasmani.
2.1
Ialah menentukan serta menghadkan tugas kepada individu yang berkelayakan untuk
melaksanakan tugas tersebut.
3.1
Wasilah ini terbahagi kepada dua sudut:
1.3.1 Individu
10

Iaitu mempersiapkan individu yang mampu untuk melaksanakan tugas yang telah di tetapkan
berdasarkan kebolehannya dan bertepatan dengan kehendak syarak.
1.3.2 Masyarakat.
Iaitu menyediakan suatu masyarakat yang bertepatan dengan ciri-ciri masyarakat Islam.

4.1
Iaitu memilih serta meneliti beberapa individu di marhalah Ta'rif yang telah menyempurnakan
marhalah tersebut dengan sempurna .Begitu juga individu di marhalah takwin yang telah
menunjukkan tanda-tanda kemampuan dalam membawa risalah jihad akan diserapkan ke dalam
marhalah yang seterusnya.Pemilihan tersebut mestilah mengikuti pertimbangan berikut:
4.1.1 Pertimbangan dari sudut kemampuan rohani.
4.1.2 Pertimbangan dari sudut kemampuan gerak kerja.
4.1.3 Pertimbangan dari sudut jasmani..
4.1.4 Pertimbangan dari sudut kemahiran berdakwah.
4.1.5 Pertimbangan dari sudut kemampuan untuk menghasilkan natijah yang terbaik.
2.

Wasilah Umum

Wasilah umum iaitu wasilah dimana pelaksanaannya meliputi semua ahli jemaah ,
diantara wasilahnya ialah :
2.1


Ianya bertujuan untuk memperkuatkan rohani.

2.2


Ianya bertujuan untuk memperkuatkan jasmani.

2.3

Ianya bertujuan untuk memperkuatkan rohani,amali dan lebih-lebih lagi thaqafi.


2.4


Ianya bertujuan untuk memperkemaskan thaqafi yang berbentuk amali.

11

2.5


Ianya bertujuan untuk memperkuatkan rohani dan jasmani.

2.6

Ianya bertujuan untuk memperkuatkan rohani,jasmani serta mempertautkan anggota-anggota


jemaah dengan permasalahan masyarakat,ekonomi dan politik.

Kedudukan taat dalam marhalah takwin


Imam Syahid Hassan Al Banna telah menyebut dalam kitabnya Risalah At -Ta'alim:


Maksudnya
Syiar dalam marhalah ini ialah Tanpa taraddud , tanpa murajaah tanpa syak dan
bersempit dada
Doktor Ali ada menyebut :
Sekalipun ketaatan dalam marhalah ini wajib tetapi mestilah diserta kan dengan dua syarat:
1 Perintah tersebut mestilah tidak bertentangan dengan Al Quran dan Assunnah.
2.Perintah tersebut mampu untuk dilaksanakan.
Ketaatan yang dituntut dalam marhalah ini bukanlah ketaatan semata-mata tetapi di kaitkan
dengan beberapa sifat antaranya:
1 Sunyi daripada taraddud
2 Sunyi dari murajaah
3. Sunyi daripada syak
4.Sunyi daripada sempit dada.
MARHALAH TANFIZ (Perlaksanaan)
Iaitu suatu marhalah yang menjurus kepada perlaksanaan segala amal Islam serta hadaf
Islam secara menyeluruh.Tidak ada penghujung bagi marhalah ini melainkan kemenangan atau

12

syahid .Marhalah ini merupakan suatu proses keluar dari kepompong teori kepada amali secara
total.
Ciri-ciri marhalah tanfiz
Imam Syahid menyebut ciri-ciri marhalah ini ialah:
1

Jihad tanpa tolak ansur.

Perlaksanaan yang berterusan.

Sabar di atas segala bentuk ibtila' dan imtihan

Hadaf marhalah Tanfiz


Diantara hadaf marhalah Tanfiz ialah:
1

Melaksanakan segala mustawa amal Islami.

Jihad pada jalan Allah Taala

Berterusan dalam melaksanakan kerja Islam.

Sabar dalam Ibtila' dan mehnah.

Wasilah marhalah ini


Wasilah marhalah ini mengikut hadaf:
1

iaitu bersungguh sungguh dalam melaksanakan kerja Islam.

Iaitu bersemangat dalam melaksanakan semua kerja Islam.

iaitu tenang dalam melakukan kerja Islam.

iaitu mengharapkan balasan di sisi Allah.

iaitu Ikhlas dalam melakukan kerja Islam.

Kedudukan taat dalam marhalah ini.


Marhalah tanfiz merupakan marhalah yang sangat penting dalam marhalah dakwah.Maka
ketaatan sangat perlu dalam menjayakan segala hadaf jemaah.Tanpa ketaatan kerja kerja Islam
dan hadaf Islam akan terbantut seterusnya akan melambatkan proses kemenangan.

13

Taat satu muhasabah


Hari ini kebanyakan daripada kita salah faham tentang konsep taat yang sebenar. Kebanyakan
kita memahami taat itu dalam lingkungan yang sempit,dengan secara yang tidak sengaja kita
telah mengunakannya untuk kepentingan diri sendiri . Rukun taat yang diterangkan oleh agama
Islam telah diselewengkan maksudnya. Kita memahami konsep taat itu dengan taatnya anak
buah kepada seseorang ketua secara mutlak.Pihak ketua menyuruh anak buahnya menurut
perintahnya tanpa perbincangan terlebih dahulu.Ini akan menghasilkan keretakan hubungan
diantara kepimpinan yang menyebabkan banyak perancangan jemaah atau persatuan tidak
dapat disempurnakan dengan baik.Oleh itu diharapkan semua pihak mengambil kembali
masalah ini supaya kerjasama yang jitu dapat dikembalikan dan kegemilangan islam dapat
dibentuk semula.

Penutup.
Inilah kertas kerja serba ringkas yang dapat disusun oleh penulisSegala kelemahan dan
kekurangan di dalam kertas kerja ini dapat dimaafkan dan diperkemaskan dari masa kesemasa
untuk kebaikan bersama .Mudah-mudahan dengan apa yang telah dijelaskan,akan dapat diambil
manfaat darinya seterusnya diserapkan untuk kebaikan bersama.


Disusun oleh:
Anak-anak pahang Shibin El Kom1421

Rujukan:

()

( .)

14

( )
( )

) (
) (
) (

15

You might also like