You are on page 1of 11

DEFINISI ZAKAT PERNIAGAAN

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada
berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian,
perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.
Sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau
dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan
sebagainya.

Dalil Zakat Perniagaan


Firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan
sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik
hati dan pandangan.” [Surah Al-Nur (24): 37]

Hadis Nabi SAW yang bermaksud:


Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA menetapkan baginya apa yang difardhukan
oleh Rasulullah SAW: Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur oleh dua orang, maka
keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar atau bahagian masing-
masing).?[HR Bukhari]

SYARAT WAJIB ZAKAT

1. Islam

Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Islam dengan bukan Islam, hanya
bahagian pemilikan dan kepentingan orang Islam sahaja yang dikenakan zakat.

2. Sempurna Milik

Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset)
dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.

3. Cukup Nisab

1
Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat.
Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.

4. Cukup Haul

Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan
perniagaan pada akhir haul.

5. Niat Berniaga

Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan
amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan
perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.

6. Barang Perniagaan dan Perkhidmatan yang Halal

Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram,
sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah
tidak diwajibkan zakat.

BENTUK -BENTUK PERNIAGAAN YANG PERLU DIKELUARKAN ZAKAT


MENGIKUT KADAR DAN SYARAT-SYARAT TERTENTU:
i. Perniagaan Persendirian (Tunggal)
perniagaan ini dimiliki oleh seorang pemilik secara persendirian modal perniagaan adalah
terdiri dari wang simpanan sendiri dan pinjaman. Sumber kewangan lain ialah sewa
beli,pajakan dan kredit perdagangan. Pemilik juga berkuasa penuh ke atas perniagaannya.
ii. Perniagaan Perkongsian
perniagaan perkongsian yang terdiri daripada lebih dari seorang yang bergabung untuk
menjalankan perniaggan dengan tujuan mmendapatkan keuntungan. Modal perniagaan
diperolehi daripada sumbangan rakan kongsi. Keuntungan diagihkan mengikut peratusan
jumlah yang disumbangkan masing-masing.
iii Perniagaan Syarikat
syarikat adlah entity yang berdaftar di bawah akta syarikat 1965.ianya adalah entity yang
bersiangan dengan pemilik. Syarikat adalah terdiri dari syarikat sendirian berhad dan syarikat
awam berhad.

2
iv. Koperasi
koperasi merupakan satu bentuk organisasi perniagaan yang dibentuk oleh dekummpulan
ornag dengan sukarela berasaskan hak-hak yang sama demi kepentingan bersama. Modal
koperasi terdiri darapada yuran dan unit-unit saham yang dimiliki oleh anggotanya.

Asas Umum Pengiraan Zakat Perniagaan


Daripada Maimun Ibn Mihran: Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup haul),
maka hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan bagi barang perniagaan yang
ada, nilailah ia dengan matawang, begitu juga segala hutang pelangganmu yang mampu
(diharap kembali) hendaklah diambilkira dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, barulah
dikeluarkan zakat atas bakinya itu.?[Riwayat Abu Ubayd al-Qasim Ibn Salam, Kitab Al-
Amwal]

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN


Kaedah 1: Modal Kerja

Sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi,
Enterprise, Trading dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti
Semasa.

Kaedah 2: Modal Berkembang

3
Sesuai digunakan bagi Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad
di mana tiada pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN


Kaedah 1: Modal Kerja (Syarikat)
Contoh Penyata Kewangan Syarikat ABC Sdn. Bhd.

RM RM

Aset Tetap

Kenderaan
600,000

Perabot dan Kelengkapan


1,000,000

Bangunan
10,000,000

11,600,000

Aset Separuh Tetap

Pelaburan dalam Syarikat Subsidiari


2,100,000

Pelaburan dalam Syarikat Bersekutu


1,300,000

Pelaburan Saham Siarharga dan Tak Siarharga


600,000

4,000,000

Aset Semasa

Stok
4,100,000

4
Penghutang Perniagaan dan Lain-lain Penghutang
1,000,000

Deposit Tetap
350,000

Wang Tunai di Bank dan di Tangan


100,000

Hutang Daripada Syarikat Induk & Pengarah


250,000

Jumlah Aset Semasa


5,800,000

Tolak : Liabiliti Semasa

Pemiutang Perniagaan dan Lain-lain Pemiutang


2,000,000

Pinjaman Jangka Pendek 400,000

Cukai
2,000,000

Dividen Dicadangkan
500,000

Hutang Kepada Syarikat Induk & Pengarah


500,000

Jumlah Liabiliti Semasa


(5,400,000)

Aset / (Liabiliti) Semasa Bersih


400,000

16,000,000

Dibiayai Oleh:

Modal Saham Berbayar


5,000,000

Rezab / Keuntungan (Kerugian Terkumpul)


7,450,000

Dana Pemegang Saham


12,450,000

Pinjaman Jangka Panjang


3,550,000

16,000,000

Nota A

5
1. RM100,000 ? Stok bahan mentah dan barang separuh siap

2. Lain-lain Penghutang ? Deposit utiliti dan akaun prabayar berjumlah RM50,000

3. Sejumlah RM50,000 telah dicagarkan kepada bank

4. Tidak bercagar, tanpa caj dan tiada pembayaran semula secara tetap

5. Lain-lain pemiutang ? deposit diterima dan akaun terakru berjumlah RM50,000

6. Terdiri daripada overdraf bank

7. Cadangan dan peruntukan

8. Tidak bercagar, tanpa caj dan tiada pembayaran semula secara tetap

Pengiraan Zakat Perniagaan Syarikat ABC Sdn. Bhd.

RM RM

Modal Kerja
A

[Aset Semasa – Liabiliti Semasa]

RM5,800,000 – RM5,400,000
400,000

Tolak : Pelarasan Aset Semasa


B

Stok Bahan Mentah dan Barang Separuh Siap


100,000
Aset Bukan Niaga

Lain-lain Penghutang
50,000
Tidak Sempurna Milik

Stok Bahan Mentah dan Barang Separuh Siap


50,000
Tidak Sempurna Milik

Hutang Daripada Syarikat Induk & Pengarah


250,000
Tidak Sempurna Milik

Jumlah Pelarasan Aset Semasa


(450,000)

Campur : Pelarasan Liabiliti Semasa


C

Lain-lain pemiutang
50,000
Sempurna Milik

6
Pinjaman Jangka Pendek (Overdraf)
400,000
Sempurna Milik

Dividen Dicadangkan
500,000
Bersih Zakat Dahulu

Hutang Kepada Syarikat Induk & Pengarah


500,000
Sempurna Milik

Jumlah Pelarasan Liabiliti Semasa


1,450,000

Jumlah Lebihan Aset / (Liabiliti) Selepas Pelarasan [A – B + C]


D 1,400,000

Melebihi / Menyamai Paras Nisab


(Harga 85 gram emas)

Peratus Pemilikan Saham Muslim (Contoh)


E 58%

Jumlah Lebihan Aset Selepas Peratusan Saham Muslim


F 812,000
[D X E%]

Kadar Zakat
G 2.5%

Zakat [F X G]
20,300

Kaedah 1: Modal Kerja (Koperasi)


Contoh Penyata Kewangan Koperasi XYZ Bhd.

RM RM

Aset Tetap

Alatan dan Kelengkapan


3,450,000

Aset Separuh Tetap

Pelaburan
1,000,000

Pinjaman Ahli-ahli
8,400,000

7
9,400,000

Aset Semasa

Stok
1,855,000

Pelbagai Hutang dan Pendahuluan


9,100,000

Simpanan Tetap dengan Institusi Kewangan


1,000,000

Wang Tunai di Bank dan di Tangan


500,000

Jumlah Aset Semasa


12,455,000

Tolak : Liabiliti Semasa

Pelbagai Pemiutang dan Terakru


305,000

Pemiutang Sewa Beli


1,000,000

Peruntukan Cukai
2,250,000

Peruntukan Zakat
250,000

Jumlah Liabiliti Semasa


(3,805,000)

Aset / (Liabiliti) Semasa Bersih


8,650,000

21,500,000

Dibiayai Oleh:

Modal Yuran Anggota


13,000,000

Akaun Untung Rugi Terkumpul


1,500,000

Kumpulan Wang Anggota


14,500,000

Kumpulan Wang Rizab Modal


2,500,000

8
Kumpulan Wang Rizab Menebus Syer
500,000

Kumpulan Wang Pelbagai


3,000,000

Ganjaran Persaraan
1,000,000

7,000,000

21,500,000

Nota B
1. Prabayar, deposit seperti utiliti, pertaruhan dan pinjaman ahli

2. Contoh:
– Peruntukan honorarium lembaga pengarah dicadangkan
– Pertaruhan deposit dan pendahuluan
– Pertaruhan wang bukan anggota
3. Pinjaman tahun semasa

4. Hanya peruntukan

Pengiraan Zakat Perniagaan Koperasi XYZ Bhd.

RM RM

Modal Kerja
A

[Aset Semasa – Liabiliti Semasa]

RM12,455,000 – RM3,805,000
8,650,000

Tolak : Pelarasan Aset Semasa


B

Pelbagai Hutang dan Pendahuluan


9,100,000
Tidak Sempurna Milik

Hasil Diterima (Simpanan Tetap)


Hasil Tidak Syari’e 100,000

Jumlah Pelarasan Aset Semasa


(9,200,000)

Campur : Pelarasan Liabiliti Semasa


C

9
Pelbagai Pemiutang dan Terakru
305,000
Sempurna Milik

Pemiutang Sewa Beli


1,000,000
Pelarasan Kewangan

Peruntukan Zakat
250,000

Jumlah Pelarasan Liabiliti Semasa


1,555,000

Jumlah Lebihan Aset / (Liabiliti) Selepas


D 1,005,000
Pelarasan [A – B + C]

Melebihi / Menyamai Paras Nisab (Harga 85


gram emas)

Peratus Pemilikan Saham Muslim (Contoh)


E 100%

Kadar Zakat
F 2.5%

Zakat [D X E X F]
25,125

Kaedah 2: Modal Berkembang (Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan
Syarikat Berhad)
Contoh perakaunan sebenar tidak dapat dipersembahkan kerana bersifat komprehensif.
Pengiraan dibuat berdasarkan asas-asas berikut:

* Melihat kepada struktur dana.


* Tiada pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.
* Penentuan ke atas pemilikan saham.
Kaedah 3: (Peniaga Kecil dan Runcit)
Kaedah ini mengambil kira semua hasil / jualan / perolehan setahun ditolak segala kos /
perbelanjaan setahun yang ditanggung. Bakinya dikenakan zakat pada kadar
2.5% (bersamaan @ melebihi paras nisab). Ini bermakna keuntungan bersih setelah
ditolak segala kos / perbelanjaan.

Contoh Pengiraan Zakat

Contoh Pengiraan Zakat

10
Perkara
RM

Hasil / Jualan / Perolehan RM300 sehari X 5 hari berniaga


A = RM1,500 semingguRM1,500
X 4 minggu
= RM6,000 sebulanRM6,000 X
12 bulan
= RM72,000 setahun

Tolak : Belanja / Kos Setahun (RM10,000)


B

Keuntungan Bersih Setahun (A – B) RM72,000 – RM10,000


C (Melebihi / Menyamai Paras Nisab (Harga 85 = RM62,000
gram emas)

Kadar Zakat 2.5%


D

Zakat Perniagaan (C X D) RM1,550


E

Rujukan
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Zakat_perniagaan
2. http://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-perniagaan/

11

You might also like