You are on page 1of 4

Radha’ah (Penyusuan)

Sidang pengarang

Penasihat

PROF. MADYA DR. NORMADIAH BINTI DAUD

PENGERUSI

MUHAMMAD IMRAN BIN ROSMAHADI 054780

KETUA PENGARAH KUMPULAN MAJALAH

MUHAMAD MUWARDI BIN AZIZ 056779

EDITOR

SITI AMINAH BINTI HORAM@HASRAN (054710)

KONSEP DAN REKA LETAK

MOHAMAD RIDHWAN BIN RADHIR SHAM 054597

PENGENALAN RADHA’AH

Penyusuan sangat penting kepada bayi. Penyusuan susu ibu menjamin bayi hidup lebih sihat dan
sempurna. Ini kerana susu ibu merupakan sumber pemakanan yang seimbang. Kerana
kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebutnya berkali-kali di dalam Al-Qur’an. Bahkan ianya
juga disebut berulang kali di dalam hadis nabi. Selain dari itu, terdapat satu tajuk yang khusus di
dalam sistem kekeluargaan Islam iaitu Radha’ah. Terdapat banyak perkara yang perlu diteliti dan
dibahaskan antaranya berkaitan dengan prinsip-prinsip, hak dan juga kewajipan yang perlu di dalam
penyusuan. (Normadiah binti Daud & Zuliza Mohd Kusrin, 2014)

Pengertian penyusuan susu ibu pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengertian menurut bahasa
dan menurut istilah syarak. Menurut bahasa penyusuan berasal daripada perkataan arab iaitu radi’a
dan rada’a iaitu penyusuan anak oleh ibunya. Ia juga membawa makna daraba yang membawa
makna pukul. Perempuan yang menyusukan anak digelar al-Murdi’ah. Manakala anak yang disusui
pula digelar al-Radī’.

Soal Jawab Berdasarkan Kitab

1. Apakah Pengertian Radha’ah?

Menurut istilah syarak terdapat beberapa pandangan tertentu berkenaan beberapa maksud
dan takrif penyusuan iaitu:

Dari segi istilah syarak telah dijelaskan dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji: Kekeluargaan Islam
Dalam Fiqh Al Syafi’i, halaman 343 menyatakan Radha’ah dari segi istilah syara’ ialah susu
perempuan yang mengalir masuk ke dalam perut bayi.

Di dalam kitab al-Lubab fi sharh al-kitab, halaman 31, menyatakan pandangan yang
dikemukakan oleh Mazhab Hanafi dalam pengertian radha’ah menurut istilah syarak ialah
penyusuan sebagai meminum susu perempuan-perempuan adam pada waktu tertentu.
Kemudian, di dalam kitab al-Sharh al-saghir ‘ala aqrab al-masalik ila mazhab al-Imam Malik,
halaman 719-721, juga dinyatakan , Mazhab Maliki pula berpendapat penyususan ialah
memasukkan susu perempuan sama ada sesudah mati atau perempuan kecil meskipun
melalui putting atau alat bantuan makanan atau susu yang bercampuran (dengan syarat
hendaklah susu melebihi daripada benda lain) dengan makanan lain dalam tempoh tidak
melebihi dua tahun.

Di dalam kitab Mughn al-muhtaj ila ma‘rifat ma’ani alfaz al-minhaj, halaman 414, juga
dinyatakan, pengertian Radha’ah dalam istilah syara’ menurut pandangan Mazhab Syafi’i ,
penyusuan ialah sesuatu perkara yang digunakan untuk memasukkan susu perempuan ke
dalam hidangan kanak-kanak yang memberi kesan kepada pembesaran.

Di dalam kitab Kashshaf al-qina‘ ‘an matn al-iqna’, halaman 2795, Mazhab Hanbali
berpendapat penyusuan ialah memasukkan susu secara semula jadi atau alat bantuan minuman
kepada sesiapa yang umurnya tidak melebihi dua tahun.

Berdasarkan maksud dan takrif yang telah dibincangkan, dapat dirumuskan bahawa
pengertian penyusuan susu ibu ialah memasukkan susu perempuan ke dalam rongga kanak-
kanak yang tidak melebihi usia dua tahun.

2. Berikan dalil disyariatkan radha’ah.

Dari segi syara’, hukum bagi seseorang perempuan menyusukan bayi yang bukan anaknya
adalah harus dan telah dimaklumi sebelum kedatangan Islam lagi. Islam tidak
mengharamkannya kerana dalam sesetengah keadaan, penyusuan mempunyai kepentingan
dan memenuhi keperluan tertentu. Cotohnya, ibu kepada bayi tersebut meninggal dunia
atau menghidap penyakit yang menghalang penyusuan. Dalam keadaan ini, perempuan
yang lain perlu menyusukannya demi kelangsungan hidup anak tersebut. Hal ini berdasarkan
firman Allah SWT:

              

Maksudnya: Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka
bolehlah perempuan lain menyusukannya.

)Surah al-Talaq: 6(

Al-Maraghi berkata, “Jika ada antara kamu yang menyusukan pihak lain, misalnya si suami
kurang dalam memberikan upah atau si isteri berlebih-lebihan dalam meminta tambahan
yang tidak dapat ditunaikan, maka hendaklah si suami membawa penyusu yang lain, yang
boleh melakukan penyusuan. Tetapi, apabila si suami tidak rela dengan upah yang diberikan
kepada penyusu yang asing itu, maka si ibu lebih berhak menyusukan anaknya.” (Lihat Kitab
Al-Fiqh Al-Manhaji: Kekeluargaan Islam Dalam Fiqh Al Syafi’i, halaman 343)

Al-Qurtubi berkata: “Isteri yang diceraikan, maka bagi anak-anak mereka hendaklah


bapa-bapa memberi upah atas penyusuan mereka.” [Lihat Al-Jami’ Li Ahkam al-
Quran 18/168]

Begitu juga firman Allah SWT:


                     

Maksudnya: Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu


kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu.
(Surah al-Baqarah: 233)
Al-Qurtubi berkata: “Ini menunjukkan bahawa anak apabila masih
menyusu maka ibu berhak dalam hadhanahnya lebih daripada bapa.”
[Lihat kitab Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran 3/160]
Daripada ayat ini menunjukkan kewajaran ibu untuk menyusukan
anaknya, kecuali ulama’ khilaf dari segi siapa yang sepatutnya ditaklifkan
sama ada bapa atau ibu.
3. Apakah syarat penyusuan yang menyebabkan anak susuan menjadi
haram iaitu tidak boleh dikahwini ?
Penyusuan menyebabkan anak susuan menjadi ahli keluarga dan mahram
haram dikahwini apabila memenuhi dua syarat yang berikut:
 Anak yang menyusu itu belum mencapai usia dua tahun. Jika usianya
melebihi dua tahun, penyusuan itu tidak menjadikannya mahram dan
tidak menjadikannya ahli keluarga bagi ibu yang menyusukannya.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

                                

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka


selama dua tahun genap iaitu bagi orang-orang yang hendak
menyempurnakan penyusuan itu.
(Surah al-Baqarah: 233)
 Kanak-kanak itu disusu kenyang sebanyak lima kali yang berasingan. Sesuatu penyusuan itu
dianggap berasingan atau tidak berdasarkan pandangan umum. Jika anak tersebut berhenti
menyusu kerana kenyang, ia dianggap sebagai sekali susu. Tetapi, jika anak itu berhenti
menyusu kerana bermain-main seketika dan kemudian menyusu semula atau bertukar tetek,
maka ia juga dianggap sekali susu sahaja.
Hal ini berdasarkan hadis, daripada Aisyah R.anha, katanya:
‫ مث نسخن خبمس معلومات فتوىف رسول‬.‫كان فيما أنزل من القرآن عشر رضعات معلومات حيرمن‬
‫رآن‬ ‫رأ من الق‬ ‫ا يق‬ ‫لم وهن فيم‬ ‫ه وس‬ ‫لى اهلل علي‬ ‫اهلل ص‬
LJ
°ǯÀ
Ƣ Ȃ¾
ǧȈǸ ¢ǻ¾ Ǻdz
ƢɦDŽǷ ¦Ǭǂ¡Àǟ nj° Ƣ©ǷǠ
ǂ ǓǠ Ƿ ©ŹǂǷǺ.
ǴȂƢ
ǴȄ
Ǐ ɦǴȈ ÂLJǴ
ǟǾ ǶÂǿǺǧȈǸ ¢Ǻdz
ƢȇǬ ǂǷ ¦Ǭǂ¡À

Maksudnya: “Ayat al-Qur’an yang turun adalah sepuluh kali susuan yang tertentu,
yang menyebabkan anak susuan menjadi mahram, kemudian dimansuhkan dengan
lima kali susuan yang tertentu. Ketika Rasulullah SAW wafat, ayat yang dimansuhkan
ini masih dibaca sebagai ayat al-Qur’an.”
Riwayat Muslim (1452)

Senarai nama kitab


1. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2017. Al-Fiqh Al-Manhaji: Kekeluargaan
Islam Dalam Fiqh Al-Syafi’i. Selangor: Darul Syakir Enterprise.
2. al-Ghunāymi, ‘Abd al-Ghani al-Dimashqi al-Maydani al-Hanafi. 1993. al-
Lubab fi sharh al-kitab. Lubnan: Maktabah al-‘Ilmiyyah.
3. al-Dardīr, Abu al-Barakat Ahmad ibn Muhammad. t.th. al-Sharh al-saghir
‘ala aqrab al-masalik ila mazhab al-Imam Malik. Beirut: Dar al-Ma‘arif.
4. al-Sharbīnī, Muhammad al-Khatib. t.th. Mughn al-muhtaj ila ma‘rifat ma’ani
alfaz al-minhaj. Lubnan: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
5. al-Buhūtī, Mansur ibn Idris. 2003. Kashshaf al-qina‘ ‘an matn al-iqna’. Arab
Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub.
6. Al-Qurtubi, Abi Abdillah Muhammad Ibn Ahmad. 2006. Al-Jami’ Li Ahkam al-
Quran. Beirut: Muassasah Ar-Risalah

You might also like