You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN STRATEGI TIT FOR TAT

Tit for tat merupakan suatu alternatif yang terpenting bagi setiap perundingan untuk memperoleh
persetujuan secara teratur, adil serta rasional. Menurut Pruit dan Carnevale (1993) Secara umumnya,
seseorang boleh bekerjasama dengan orang lain melainkan orang itu tidak bersetuju untuk melakukan
kerjasama seperti contoh, jika perunding keras perlu kepada personaliti yang keras dan perunding lembut
lebih kepada kebaikan. Perunding yang menggunakan strategi ini tidak menggunakan tingkah laku sebagai
pendekatan malahan menggunakan pendekatan dua hala iaitu sesuatu yang postif akan dibalas dengan
nilai positif dan sesuatu yang negatif akan bilas dengan nilai negatif. Di samping itu, strategi ini
diaplikasikan dalam penyelesaian masalah banduan atau latihan pendakwaan, di mana tingkah tingkah
laku berorentasikan matlamat daripada menggunakan cara yang pasif dan agresif semasa melakukan
perundingan.

2.0 CIRI-CIRI TAWAR MENAWAR TIT FOR TAT

2.1 HUKUMAN DAN GANJARAN

Perunding dalam tawar-menawar merupakan orang yang boleh memberi motivasi dan mendidik pihak
lain dengan cara memberi hukuman atau ganjaran berdasarkan keputusan yang di peroleh ketika
perundingan berlaku. Di dalam hal ini, perunding akan memberi peluang kepada pihak lain supaya
memberi sesuatu cadangan mahupun pandangan terlebih dahulu. Jika sesuatu cadangan atau pandangan
tersebut berunsur positif maka ia akan di balas dengan positif ( ganjaran) tetapi jika sebaliknya ia akan
dibalas dengan hukuman.

Contoh kes bagi hukuman dan ganjaran :

Abu : Tuan Inspektor apa yang saya perolehi sekiranya saya memberikan kerjasama?

Inspektor : Abu, untuk pengetahuan awak, berdasarkan kes yang telah awak lakukan boleh
dijatuhkan hukuman selama 10 tahun penjara dan dikenakan 5kali sebatan tetapi
sekiranya awak sanggup memberi kerjasama dengan memberi maklumat yang tepat, saya
boleh memohon budi bicara mahkamah untuk meringankan hukuman tesebut.
2.1 MEMBENTUK TEKANAN ATAU PAKSAAN

Dalam strategi ini, perunding akan mengenakan tekanan atau paksaan kepada pihak lain melalui gaya
tindak balas yang diterima. Seperti contoh, Jika pihak lain membuat suatu pilihan yang betul dengan
menawarkan kerjasama dan akan ditekan jika membuat pilihan yang salah kerana tidak mahu
bekerjasama

Contoh kes bagi membentuk tekanan atau paksaan :

Abu : Tuan, saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan buat masa ini, sekiranya berlaku
sebarang kemusykilan tuan boleh merujuk dengan peguam lantikan saya.

Inspektor : Abu, sekiranya awak tidak mahu memberi kerjasama saya boleh membuat pertuduhan
Di atas dua kesalahan iaitu yang pertama di atas kesalahan mencuri dan kedua di atas
kesalahan menceroboh premis. Oleh itu, sekiranya awak didapati bersalah hukuman
yang bakal dikenakan akan menjadi lebih berat

2.2 PANDANGAN ATAU PENDAPAT YANG BERSIFAT MEMUJUK

Faktor utama dan terpenting dalam pendekatan Tit for tat boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah
seperti berikut iaitu menyakinkan pihak lain bahawa ganjaran akan membantu mereka dan hukuman akan
merosakkan mereka. Selain itu memberikan suatu gambaran yang menyeluruh terhadap akibat daripada
hukuman tersebut dan ganjaran yang akan diterima dan yang terakhir ialah, menyakinkan pihak lain
bahawa mereka akan dihukum dan diberi ganjaran berdasarkan tindak balas yang bakal diterima.

Contoh kes pandangan atau pendapat yang bersifat memujuk

Inspektor : Abu, awak jangan risau, walaupun awak didapati bersalah, peguam awak masih boleh

merayu agar hukuman yang dikenakan ke atas awak akan diringankan atas alasan awak

memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh reman dijalankan.

Abu : Jika begitu, saya akan memberi kerjasama yang baik dengan memberi keterangan
maklumat yang tepat.
3.0 KEBAIKAN TAWAR-MENAWAR TIT FOR TAT

Terdapat beberapa kebaikan tawar menawar di dalam strategi Tit for Tat antaranya ialah dalam setiap

transaksi, masyarakat akan menghargai seseorang yang bersedia untuk memberikan mereka sesuatu yang

boleh dijangkakan dan hasilnya kerjasama sentiasa boleh dicapai. Strategi ini juga boleh membentuk

tingkah laku sama ada bersifat positif mahupun negatif bergantung kepada hasil kerjasama yang ingin

diperolehi dan yang terakhir ialah seseorang yang terlibat didalam strategi ini tidak akan dipujuk dengan

perkataan yang baik dan tidak akan diugut dengan perkataan yang buruk

4.0 KEBURUKAN TAWAR-MENAWAR TIT FOR TAT

Strategi ini juga boleh mendatangkan keburukan kepada pihak-pihak yang terlibat antaranya ialah

perunding Tit for tat akan hilang kawalan sebagai seorang perunding, hal ini kerana perunding akan

menggunakan pendekatan tunggu dan lihat dengan membenarkan pihak lain bertindak dahulu sebelum

mereka memberikan sebarang tindak balas. Ia juga akan menyebabkan pembaziran dan peningkatan kos

seperti masa, tenaga dan berbentuk kewangan. Selain itu, strategi ini juga dilihat sebagai sesuatu yang

bersifat manipulasi di mana seseorang akan cuba mengajar orang lain dengan memberikan pengajaran.

5.0 PENGGUNAAN SOALAN-SOALAN EFEKTIF KETIKA TAWAR MENAWAR

Penggunaan soalan di dalam konteks tawar menawar serta perundingan merupakan salah satu cara untuk

mendapatkan informasi tertentu. Menurut Zamke (1993) menyatakan tujuan utama penggunaan soalan

dalam tawar menawar dan perundingan adalah untuk mendapatkan sesuatu informasi, menarik

perhatian, merangsang pihak yang terlibat untuk berfikir secara kritis tentang sesuatu isu yang timbul

serta membuat kesimpulan tentang isu tersebut.


5.1 MENDAPATKAN INFORMASI

You might also like