You are on page 1of 20

JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI

BAB 1

1. M.P. Jain (Administrative Law of Malaysia and Singapore,


1997) menggariskan empat perkara di dalam membincangkan
skop atau kandungan Undang-Undang Pentadbiran. Undang-
Undang Pentadbiran adalah undang-undang mengenai:

(i) Struktur, kuasa dan fungsi badan pentadbiran - Ia


berkaitan dengan penyusunan dan kuasa badan
pentadbiran. Maksud badan pentadbir di sini adalah
termasuk semua jenis badan pentadbiran atau pihak
berkuasa awam.
(ii) Had kuasa badan pentadbiran. Had kuada tersebut
sama ada secara nyata atau tersirat - Kuasa nyata
diperuntukkan di dalam Statut atau mana-mana
Akta yang berkaitan. Manakala kuasa tersirat pula
datang dari hasil tafsiran mahkamah dalam
membuat keputusan.
(iii) Cara dan prosedur yang diikuti dalam
melaksanakan kuasa dan fungsi badan pentadbiran -
Prosedur pentadbiran yang adil adalah satu cara
untuk mengurangkan berlakunya salah guna kuasa
budibicara yang diberi kepada pihak pentadbir.
(iv) Cara bagaimana kuasa tersebut dikawal termasuklah
remedi kepada sesiapa yang merasakan haknya telah
dicerobohi - Selain dari kawalan kehakiman,
kawalan lain juga dipraktikkan seperti kawalan
dalaman sesebuah organisasi termasuklah
pengolahan satu prosedur yang adil bagi
mengurangkan salah guna kuasa oleh pentadbir.
Kawalan-kalawan lain adalah seperti Ombudsman,
Tribunal dan sebagainya.

2. Berikut merupakan faktor-faktor perkembangan Undang-


Undang Pentadbiran:

(i) Perkembangan di dalam jentera, fungsi dan kuasa


pihak pentadbiran.
(ii) Perubahan di dalam peranan dan fungsi negara.

187
(iii) Pentadbiran negara moden melibatkan semua aspek
kehidupa rakyat dan menguruskan kehendak sosio-
ekonomi rakyat.
(iv) Penambahan kuasa dan fungsi di pihak eksekutif.
(v) Perkembangan kuasa pihak pentadbiran.
(vi) Wujudnya pelbagai badan atau jentera pentadbiran
untuk menjalankan fungsi negara.
(vii) Keperluan untuk mengawal kuasa supaya tidak
disalah guna.
(viii) Keperluan untuk mengimbangi hak-hak individu
dan tuntutan pentadbiran.
(ix) Menentukan keperluan dan tindakan kerajaan
adalah mengikut landasan undang-undang.

3. (a) Sistem Kerajaan Malaysia

Malaysia mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan serta


Demokrasi Berparlimen. Berdasarkan peruntukkan dalam
Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan, Malaysia
mengamalkan Doktrin Ketertinggian Perlembagaan atau
Supremacy Of The Constitution dan bukan Ketertinggian
Parlimen. Ini bermaksud Parlimen di Malaysia masih
tertakluk kepada Perlembagaan dan hanya boleh membuat
dan meminda undang-undang menurut bidang kuasa yang
telah ditetapkan dalam Perlembagaan. Sekiranya undang-
undang yang diluluskan oleh parlimen bertentangan dengan
Perlembagaan, undang-undang itu dianggap sebagai tidak sah.
Manakala berdasarkan Perkara 162, Undang-undang yang
sedia ada hendaklah terus berkuatkuasa pada dan selepas hari
Merdeka dengan dibuat pengubahsuaian sehinggalah
dimansuhkan atau dibatalkan oleh pihak yang berkuasa
berbuat demikian.

Sepertimana yang diperuntukkan dalam Perkara 1(1)


Perlembagaan Malaysia, Sistem Kerajaan Malaysia berbentuk
Persekutuan di mana kuasa pemerintah dan perundangan
dibahagikan antara Persekutuan dengan Dewan Undangan
Negeri.

Bahagian 6 Perlembagaan Persekutuan memperjelaskan


kepada kita tentang perhubungan antara Persekutuan dengan
Negeri-negeri. Perkara 73 menetapkan had undang-undang

188
Persekutuan dan Negeri di mana kuasa diberi oleh
Perlembagaan kepada Parlimen untuk membuat undang-
undang bagi seluruh atau mana-mana bahagian Persekutuan
dan juga undang-undang yang berkuatkuasa luar serta dalam
Persekutuan. Manakala bagi Badan perundangan Negeri, ia
boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau mana-mana
bahagian negeri itu.

Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai mana-


mana perkara yang disebutkan dalam Senarai Persekutuan
(Senarai Pertama) atau Senarai Bersama (Senarai Kedua) dan
Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang
seperti yang di sebut di dalam Senarai Negeri (Senarai Kedua)
dan Senarai Bersama (Senarai Ketiga). Kesemua senarai
tersebut dinyatakan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan.

Perkara 75 pula memperuntukkan tentang kelebihan kuasa


bagi Persekutuan, iaitu sekiranya terdapat pertentangan
antara Undang-Undang Persekutuan dan Undang-Undang
Negeri, maka Undang-Undang Persekutuan yang akan
terpakai dan berkuatkuasa.

Dalam kes George Town City Council V Government of State


of Penang (1967) 1 MLJ 169, mahkamah memutuskan bahawa
undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri
yang bertentangan dengan Undang-Undang Persekutuan
adalah tidak sah setakat mana ia bertentangan.

Seterusnya Perkara 128 memberi kuasa hanya kepada


Mahkamah Persekutuan untuk menentukan bidangkuasa
parlimen dan Badan Perundangan Negeri dalam membuat
undang-undang agar tidak terbatal dan juga tentang
pertikaian mengenai apa-apa soal lain antara Negeri-Negeri
atau antara Persekutuan dengan mana-mana negeri.

Walaupun sistem kerajaan kita memperuntukkan tentang


ketertinggian Perlembagaan seperti dalam perkara 4(1), akan
tetapi dalam keadaan tertentu Parlimen diberi kuasa untuk
membuat undang-undang walaupun ianya bertentangan
dengan Perlembagaan. Sebagai contoh apabila darurat
diisytiharkan oleh YDPA di bawah Perkara 150

189
Perlembagaan Malaysia. Dalam hal ini kuasa yang luas
diperuntukkan bagi membolehkan YDPA mangisytiharkan
Darurat sekiranya beliau berpuashati bahawa keselamatan
dan kehidupan ekonomi serta ketenteraman awam tergugat.
Baginda juga boleh membuat undang-undang walaupun
undang-undang tersebut bertentangan dengan Perlembagaan.

(b) Ciri-Ciri Perlembagaan di Britain

Salah satu daripada ciri-ciri Perlembagaannya ialah


ketertinggian Parlimen, berbeza dengan di Malaysia. Prinsip
ini mempunyai dua makna iaitu pertama; Ketertinggan kuasa
membuat undang-undang oleh Parlimen (Parliamentary
Supremacy) dan yang kedua; tanggungjawab pihak eksekutif
kepada Parlimen (Responsibility Of Executive to Parliament).

Maksud Ketertinggian kuasa Parlimen membuat undang-


undang ialah, hanya Parlimen sahaja yang mempunyai kuasa
membuat undang-undang dan bukan badan-badan yang lain.
Tidak wujud satu sekatan ke atas kuasa Parlimen sebagai
badan perundangan untuk membuat sebarang undang-
undang dengan tiada hadnya. Mahkamah sendiri tidak
mempunyai kuasa untuk mempersoalkan undang-undang
yang dibuat oleh Parlimen. Parlimen mempunyai kuasa
untuk mewakilkan kuasa perundangan kepada mana-mana
badan tertentu. Ia cuma tidak boleh membuat undang-
undang yang akan menghadkan kuasa Parlimen yang akan
datang.

Maksud tanggungjawab eksekutif kepada Parlimen ialah,


semua ahli kabinet adalah bertanggungjawab bersama kepada
Parlimen terhadap segala polisi atau dasar yang dibuatnya.
Lord Salisbury Pada tahun 1878 menyatakan : .apa yang
diluluskan oleh Kabinet, setiap ahlinya yang tidak meletak
jawatan adalah bertanggung jawab secara mutlak dan tidak
mempunyai hak kemudiannya untuk mengatakan bahawa
dia bersetuju terhadap kompromi pada satu kes, sementara di
dalam kes lain dia telah dipujuk oleh rakannya..

Ini bermaksud setiap ahli seharusnya mempertahankan setiap


keputusan yang telah dicapai setelah keputusan tersebut

190
dipersetujui dalam mesyuarat kabinet. Ini adalah prinsip
utama Jemaah Menteri kepada Parlimen.

Pengertian tanggungjawab bersama di Britain bermaksud:

(i) Perdana Menteri dan menteri-menteri adalah


bertanggung jawab bersama kepada Parlimen,
terutama kepada House of Commons terhadap
urusan pentadbiran negara.
(ii) Jika Perdana Menteri meninggal dunia atau
meletak jawatan dan parti yang sama masih
berkuasa, semua menteri adalah tertakluk
kepada Perdana Menteri baru.
(iii) Walaupun menteri-menteri adalah
bertanggungjawab secara individu kepada
Parlimen atau urusan jabatan atau
kementerian masing-masing, konsep
tanggungjawab bersama akan digunakan untuk
membela menteri yang lemah atau tidak
popular.
(iv) Setiap menteri adalah bertanggungjawab
terhadap segala keputusan yang dibuat oleh
Kerajaan. Jika beliau tidak bersetuju, beliau
tidak boleh menunjukkan bangkangan atau
kritikan di khalayak ramai walaupun beliau
boleh meminta bantahannya direkodkan
dalam minit mesyuarat Kabinet.

Pengertian tanggungjawab bersama di Britain telah diterima pakai di


negara kita. Perlembagaan persekutuan sendiri telah
memperuntukkan dengan jelas di dalam Perkara 43(3) tentang
konsep tanggungjawab bersama atau kolektif iaitu: Jemaah Menteri
adalah bersesama bertanggungjawab kepada Parlimen.

BAB 2

1. Perbezaan antara Kuasa Pentadbiran dan Kuasa Separa


Kehakiman

Adalah penting bagi kita untuk membezakan antara kuasa


pentadbiran dan kuasa separa kehakiman kerana keduanya
mempunyai implikasi yang berbeza sekiranya berlaku

191
sebarang perlanggaran atau penyalahgunaan terhadap kuasa-
kuasa tersebut. Sebagai contoh seperti yang telah kita
ketahui, kaedah-kaedah atau arahan-arahan yang dikeluarkan
oleh pihak pentadbiran keatas orang bawahan dalam
melaksanakan sesuatu tugas tidak mempunyai kuatkuasa
undang-undang berbanding dengan arahan oleh pihak yang
ada kuasa separa kehakiman dan arahan itu juga terdapat
dalam statut tertentu. Terdapat dua perkara penting yang
menjadi perbezaan antara kedua kuasa tersebut:

(i) Kuasa yang tidak menjejaskan hak individu atau


yang tidak perlu mematuhi peraturan keadilan
asasi dikategorikan sebagai kuasa pentadbiran
manakala kuasa yang perlu mematuhi peraturan
keadilan asasi dikategorikan sebagai kuasa separa
kehakiman.
(ii) Kuasa separa kehakiman mempunyai unsur-unsur
kawalan kehakiman manakala kuasa pentadbiran
tiada unsur tersebut.

2. (a) Kuasa Perundangan

Walaupun fungsi sebenar badan perundangan adalah untuk


membuat undang-undang tetapi kuasa tersebut diwakilkan
kepada badan-badan berkuasa lain dan juga menteri-menteri
bagi memenuhi kehendak dan keperluan negara pada masa
kini. Perundangan yang dibuat oleh badan-badan yang
diwakilkan inilah yang dipanggil Undang-undang Kecil.
Perundangan Kecil ini hanya boleh dibuat sekiranya
diluluskan oleh Parlimen di dalam Statut atau dipanggil Akta
Induk (perundangan yang memebenarkan perwakilan kuasa
dibuat).

Menurut Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967,


Perundangan kecil bermakna mana-mana Perisytiharan,
perintah, peraturan, arahan, pemberitahuan, by-law ataupun
mana-mana instrumen yang dibuat dibawah mana-mana
Akta, Enakmen, Ordinan atau Badan Berkuasa yang sah dan
mempunyai kesan perundangan. Undang-Undang Kecil ini
akan dihuraikan dengan lebih luas dan mendalam di dalam
bab seterusnya.

192
Oleh itu kuasa perundangan ini telah memberikan pentadbir-
pentadbir kuasa untuk membuat undang-undang, peraturan
umum atau polisi-polisi yang perlu dipatuhi bersesuian
dengan perkembangan serta keperluan semasa yang berlaku
di dalam sesebuah negara. Undang-undang inilah yang
dikenali sebagai Undang-Undang Kecil atau Subsidiary
Legislation.

(b) Kuasa Pentadbiran

Kuasa pentadbiran tulen adalah kuasa yang bukan bersifat


perundangan atau kehakiman. Sesuatu tindakan yang bersifat
pentadbiran adalah bebas daripada sebarang acara kecuali jika
statut telah menetapkan sesuatu acara khas yang mesti
diikuti. Para pentadbir tidak terikat untuk memberikan
alasan kepada setiap tindakan atau keputusan yang dibuat
melainkan sekiranya ada peruntukan dalam Statut atau Akta
tertentu yang berkehendakkan demikian.

Terdapat pelbagai contoh tindakan yang dikatakan termasuk


di bawah kuasa pentadbiran tulen. Antaranya

(i) Seperti mengeluarkan kaedah-kaedah atau


arahan-arahan kepada mana-mana pihak
berkuasa bawahan yang tidak mempunyai
kuatkuasa undang-undang.
(ii) Seterusnya menjalankan sesuatu siasatan
berhubung dengan sesuatu tindakan
pentadbiran yang lain.
(iii) Mengeluarkan lesen perniagaan bagi
membolehkan seseorang menjalankan
perniagaan di mana perniagaan itu dikawal
oleh undang-undang.
(iv) Tindakan atau keputusan yang dibuat seperti
pendaftaran kelahiran dan kematian,
peraturan terhadap aktiviti perniagaan,
pengambilan harta untuk keperluan atau
kepentingan awam seperti pengambilan tanah
di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 serta
penahanan seseorang berdasarkan puashati ahli
eksekutif untuk berbuat demikian seperti

193
tahanan pencegahan yang tidak memerlukan
perbicaraan untuk menehan seseorang.
(v) Kuasa untuk memberi arahan kepada badan-
badan tertentu juga termasuk di bawah kuasa
pentadbiran tulen seperti arahan oleh menteri
kepada Public Enterprise.

Selain dari melaksanakan kuasa pentadbiran berdasarkan


peruntukan statut atau Akta, pihak pentadbiran juga boleh
melaksanakan kuasa pentadbiran walaupun tanpa
peruntukan dari sebarang Akta atau Statut. Walaupun kuasa
ini adalah luas dan tidak tersusun tetapi pihak kerajaan masih
berkuasa melaksanakannya selagi tidak melanggar sebarang
peruntukkan undang-undang atau menyentuh hak seseorang.
Keadaan ini membolehkan badan pentadbiran terus
menggubal dan melaksanakan polisi walaupun tanpa
sebarang peruntukan Statut.

(c) Kuasa Separa Kehakiman

Kuasa kehakiman adalah kuasa yang diberi kepada


mahkamah-mahkamah bagi menyelesaikan sesuatu
pertelingkahan dan juga mentafsirkan undang-undang yang
sedia ada. Perkembangan pesat yang berlaku dalam sesebuah
nagara demokrasi moden telah menyebabkan mahkamah
dibebani dengan kes-kes yang banyak. Bagi menangani
masalah tersebut, dirasakan perlu ada kuasa untuk
menyelesaikan apa-apa pertelingkahan yang melibatkan hal-
ehwal pentadbiran diberikan kepada badan pentadbiran
sendiri untuk menyelesaikannya. Badan pentadbiran yang
memiliki kuasa kehakiman tersebut dikenali sebagai kuasa
separa kehakiman. Dalam konteks ini kuasa separa
kehakiman bererti kuasa kehakiman yang dilaksanakan oleh
badan pentadbiran. Contoh perlaksanaan kuasa separa
kehakiman dapat dilihat dengan wujudnya Tribunal-
Tribunal Pentadbiran dan juga badan-badan Tatatertib di
jabatan-jabatan tertentu.

194
BAB 3

1. Tiga perbezaan antara pemakaian doktrin di Amerika


Syarikat dan Malaysia ialah

(i) Artikel I memberi kuasa perundangan kepada


Kongres sementara di Malaysia kuasa diturunkan
kepada Parlimen.
(ii) Artikel II memberi kuasa eksekutif kepada
Presiden sementara di Malaysia kuasa tersebut
terletak kepada Yang di-Pertuan Agong dan ahli-
ahli kabinet.
(iii) Amerika Syarikat mengamalkan sistem
berpresiden sementara di Malaysia sistem Raja
Berpelembagaan.

2. Empat keadaan di mana percampuran kuasa boleh berlaku di


Amerika Syarikat ialah

(i) Presiden boleh membatalkan undang-undang yang


telah diluluskan oleh Kongres dengan kuasa
vetonya.
(ii) Persetujuan ahli Dewan Senat diperlukan apabila
pelantikan pegawai tinggi dalam badan eksekutif
hendak dibuat.
(iii) Perjanjian yang dibuat oleh Presiden tidak boleh
dikuatkuasakan tanpa persetujuan dan kelulusan
Kongres.
(iv) Mahkamah Agong boleh mengisytiharkan
undang-undang yang dibuat oleh Kongres sebagai
tidak sah.

BAB 4

1. Terdapat tiga pandangan utama berkaitan Konsep Keluhuran


Undang-undang yang diklasifikasikan seperti berikut:

(i) Bertindak mengikut undang-undang - Bererti


rakyat, kerajaan dan perbadanan awam mestilah
bertindak mengikut undang-undang dan perlu
mempunyai kuasa atau peruntukan yang terdapat

195
dalam undang-undang sekiranya tindakan
tersebut menyentuh hak seseorang.
(ii) Tindakan yang rasional dan boleh diterima
akal - Keluhuran Undang-undang memerlukan
alasan dalam membuat keputusan bukannya
kuasa arbitrari. Bagi memenuhi tuntutan
Keluhuran Undang-Undang, setiap keputusan
yang di buat mestilah disertai dengan alasan yang
logik dan kemas.
(iii) Keluhuran undang-undang dan hak asasi -
Keluhuran Undang-Undang menuntut kawalan
ke atas hak asasi rakyat oleh kerajaan.

2. Kritikan Terhadap Pendapat Dicey

Konsep Keluhuran Undang-Undang yang diutarakan oleh


Dicey mendapat banyak kritikan dari ahli ilmuan undang-
undang. Beberapa penulis ada mengatakan bahawa tafsiran
Dicey tidak tepat dan beliau telah salah tafsir tentang
keadaan sebenar yang wujud di England pada waktu tersebut.
Situasi yang dinyatakan Dicey sebenarnya tidak wujud di
England pada masa tersebut. Antaranya

(i) Dicey tidak mengambil kira keutamaan dan


kekebalan yang dinikmati oleh Raja dan Kerajaan
pada waktu itu. Kerajaan England adalah
dikecualikan daripada tindakan undang-undang
terhadap tanggungan Kontrak dan Tort sehingga
pada 1947 apabila Crown Proceeding Act 1947
digubal dan memansuhkan kekebalan Kerajaan.
(ii) Pada waktu itu juga statut-statut telah memberi
kuasa budibicara kepada eksekutif yang tidak
boleh dicabar di mahkamah biasa.
(iii) Dicey telah gagal mengambil kira kewujudan
Tribunal-tribunal Pentadbiran yang dijalankan
oleh badan-badan pentadbiran. Badan-badan
berkuasa telah menjalankan kuasa adjudikasi atau
kuasa kehakiman ke atas hak seseorang.
(iv) Berdasarkan kajian, didapati bahawa Droit
Administratif lebih efektif dalam mengawal
badan pentadbiran dan individu berbanding
dengan sistem Common Law Inggeris.

196
(v) Dicey juga silap apabila menyatakan tidak wujud
Undang-undang Pentadbiran di England ketika
itu sedangkan sejarah sendiri telah membuktikan
tentang kewujudannya.

Berdasarkan pandangan daripada Dicey, dapat kita rumuskan


di sini bahawa tidak terdapat Konsep Keluhuran Undang-
undang yang diamalkan pada masa kini. Profesor M.P Jain
(Administrative Law in Malaysia and Singapore, 1997) juga
menyatakan tidak wujud Konsep Keluhuran Undang-
Undang pada masa kini di dalam masyarakat ataupun kita
hanya menekankan kepada nilai yang diperolehi daripada
konsep tersebut.

3. (a) Definisi Keluhuran Undang-Undang

(i) Definisi pertama yang juga merupakan definisi


utama Keluhuran Undang-Undang bermaksud
semua perkara mesti dilaksanakan mengikut
undang-undang. Kuasa di sini adalah khusus kepada
kuasa Kerajaan. Setiap pihak berkuasa Kerajaan
yang melaksanakan tugas seperti pengambilan
tanah atau menyentuh kebebasan seseorang
mestilah dapat memberi justifikasi bahawa
tindakannya itu dibenarkan di sisi undang-undang,
sekiranya tiada maka tindakan tersebut adalah
salah.
(ii) Definisi kedua bermaksud, Kerajaan mesti
melaksanakan tugas mengikut rangka kerja yang
telah dikenal pasti di dalam mana-mana peraturan
dan prinsip-prinsip tertentu bagi menghadkan
amalan kuasa budibicara yang terlalu luas.
(iii) Definisi ketiga, Keluhuran Undang-Undang
bermaksud, perselisihan berkenaan dengan
keesahan tindakan badan Kerajaan mesti
diputuskan oleh hakim-hakim yang bebas dari
kawalan eksekutif.
(iv) Definisi keempat, undang-undang mestilah
dikendalikan secara sama rata antara kerajaan dan
rakyat. Kerajaan tidak perlu menikmati hak
keistimewaan yang tidak sepatutnya atau pun
pengecualian dari mana-mana undang-undang
biasa.

197
BAB 5

1. Isu

(1) Bolehkah peraturan tersebut dikuatkuasakan ke


belakang?
(2) Bolehkan Pak Rahmat didenda?

Penyelesaian & aplikas

Isu (1)

Perkara 7 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan


bahawa tiada sesiapa pun boleh dihukum kerana sesuatu
perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di
sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu
dilakukan.
Seksyen 20 Akta Tafsiran 1948 memperuntukan bahawa
perundangan kecil boleh berkuat kuasa ke belakang pada
mana-mana tarikh yang tidak lebih awal dari tarikh mula
berkuat kuasanya akta induk dengan syarat tiada sesiapa
boleh dikenakan tanggungan terhadap penalti mengenai
perbuatan yang dilakukan sebelum tarikh perundangan kecil
itu disiarkan. Peruntukan ini adalah pengecualian kepada
Perkara 7 Perlembagaan.

Aplikasi: akta induk telah berkuatkuasa pada 10/1/2000.


Peraturan diwartakan pada 5/5/2002 dan dikuatkuasakan ke
belakang pada 23/1/2001. Peraturan tersebut boleh
dikuatkuaskan kebelakang kerana tidak lebih awal dari
tarikh kuatkuasa akta induk.

Isu (2)

Seksyen 20 Akta Tafsiran 1948 memperuntukkan bahawa


perundangan kecil boleh berkuat kuasa ke belakang pada
mana-mana tarikh yang tidak lebih awal dari tarikh mula
berkuat kuasanya akta induk dengan syarat tiada sesiapa
boleh dikenakan tanggungan terhadap penalti mengenai
perbuatan yang dilakukan sebelum tarikh perundangan kecil
itu disiarkan.

198
Aplikasi: Pak Rahmat tidak boleh didenda kerana walaupun
peraturan berkenaan telah berkuatkuasa ke belakang tetapi
kesalahan Pak Rahmat adalah pada 3/3/2001, iaitu tarikh
sebelum penwartaan.

Kesimpulan

(1) Peraturan boleh dikuatkuasakan ke belakang pada


tarikh tidak lebih awal dari tarikh kuatkuasa akta
induk.
(2) Pak Rahmat tidak boleh dikenakan denda kerana
pada tarikh kesalahannya peraturan belum
diwartakan lagi.

2. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan


perundangan kecil adalah

(i) Fungsi kerajaan moden yang pelbagai dan


mengambilkira kehidupan sosio-ekonomi rakyat.
(ii) Undang-undang yang digubal di Parlimen tidak
boleh dibuat dengan terlalu terperinci.
(iii) Parlimen tidak mempunyai kepakaran untuk
membincangkan perkara-perkara tertentu dengan
terperinci.
(iv) Perwakilan kuasa perlu untuk mengatasi perkara-
perkara semasa terutama dalam kes-kes kecemasan.
(v) Perundangan kecil juga digunakan untuk
mengubahsuai peruntukan akta-akta yang dibuat
oleh Parlimen.

3. Pengecualian-pengecualian kepada maxim delegatus non potest


delegare ialah

(1) Jika akta induk membenarkan perwakilan semula


kuasa dibuat - Di bawah seksyen 4(6) Federal
Capital Act 1960, Pesuruhjaya diberi kuasa untuk
mewakilkan kuasanya kepada mana-mana orang,
tertakluk kepada syarat dan had tertentu. Di
bawah seksyen 4(7), jika terdapat kekosongan
jawatan di pejabat Pesuruhjaya, Setiausaha kepada
Menteri akan menjalankan tugas-tugas
Pesuruhjaya. Oleh itu, apabila beliau menjalankan

199
tugas berkenaan, Setiausaha juga boleh mewakilkan
tugas berkenaan kepada pegawai-pegawainya.
(2) Kuasa diberi kepada seseorang pegawai tetapi
peruntukan untuk mewakilkan semula kuasa
dibuat dalam akta lain - Di bawah seksyen 80 Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960, kesalahan di
bawah seksyen 57 dan 58 tidak boleh didakwa
kecuali kebenaran diterima daripada
pendakwaraya. Dalam kes Johnson Tan Hang Seng,
sijil atau kebenaran untuk mendakwa telah
ditandatangani oleh Timbalan Pendakwaraya,
bukannya pendakwaraya sendiri. Mahkamah
memutuskan bahawa sijil itu sah kerana seksyen
376(3) Kanun Prosedur Jenayah membenarkan
timbalan pendakwaraya menjalankan kuasa
pendakwaraya dalam keadaan-keadaan tertentu.
(3) Jika keadaan memerlukan perwakilan semula
dibuat kerana beban tugas - Dalam kes State of
Uttar Pradesh lwn BD Patil Tripathi [1978] 2 SCC
102, di bawah paerkara 225 Perlembagaan India,
kawalan terhadap Mahkamah Rendah terletak
kepada Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi
Allahabad membuat satu peraturan menyerahkan
kuasa tersebut kepada satu jawatan kuasa yang
terdiri daripada beberapa orang hakim.
Persoalannya adakah mahkamah boleh berbuat
demikian? Mahkamah Agong memutuskan bahawa
kuasa kawalan ke atas Mahkamah Rendah telah
diberikan kepada Mahkamah Tinggi yang terdiri
daripada beberapa perkara yang perlu diambil kira
dengan teliti. Jika Mahkamah Tinggi dikehendaki
mempertimbangkan semua perkara, pelaksanaan
kawalan berkenaan mungkin tidak akan berkesan.
Oleh itu, adalah lebih baik jika kawalan tersebut
diserahkan kepada satu badan yang terdiri daripada
beberapa orang hakim.

200
BAB 6

1. Sebab-sebab kewujudan tribunal:

(i) Perkembangan fungsi dan tanggungjawab pihak


pentadbiran.
(ii) Proses di mahkamah yang ketat, formal dan
mahal.
(iii) Masalah kepakaran.

2. Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa


Frank:

(i) Tiga perkara asas yang perlu wujud dalam


tribunal iaitu konsep terbuka, adil dan berkecuali.
(ii) Perlantikan pengerusi dan ahli tribunal hendaklah
bebas.
(iii) Bidang tugas Majlis Tribunal.

3. Objektif penubuhan siasatan awam ialah

(i) Mengumpul maklumat.


(ii) Menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku.
(iii) Memberi peluang kepada orang ramai memberi
pendapat mengenai sesuatu cadangan yang dibuat
oleh pihak kerajaan.

BAB 7

Jawapan tidak disediakan.

BAB 8

1. Kuasa budibicara adalah kuasa yang diberikan kepada badan


pentadbiran oleh badan perundangan melalui peruntukan
statut. Ianya memberi hak kepada pentadbir untuk membuat
pilihan dalam mempertimbangkan sesuatu keputusan
berdasarkan situasi sesuatu kes. Contohnya boleh dilihat
Perkara 24 (1) Perlembagaan Malaysia, Jika Kerajaan
Persekutuan berpuas hati bahawa seseorang warganegara
telah memperolehi kewarganegaraan mana-mana negeri luar
Persekutuan dengan cara pendaftaran, masukan atau

201
perbuatan lain yang sengaja serta menurut peraturan (lain
dari perkahwinan), maka kerajaan Persekutuan boleh dengan
perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

2. Statut tidak menggariskan ciri-ciri yang perlu diikuti sebagai


panduan kepada pentadbir untuk melaksanakan kuasa
budibicara dan membiarkan pentadbir melaksanakan kuasa
berdasarkan pertimbangan sendiri. Jika keadaan ini tidak
dikawal, ia akan membahayakan dan seterusnya boleh
menyebabkan berlakunya penyalahgunaan kuasa iaitu
pentadbir akan membuat keputusan dengan sewenang-
wenangnya.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, maka terdapat


peruntukan dalam statut yang membolehkan rayuan dibuat
terhadap keputusan pihak pentadbir bawahan kepada pihak
pentadbir yang lebih tinggi.

Dalam Akta (Pendaftaran) Pembantu Hospital 1977,


seseorang yang berkelayakan sebagai pembantu hospital
boleh memohon kepada Badan (Pendaftaran) Pembantu
Hospital untuk didaftarkan sebagai pembantu hospital.
Badan (Pendaftaran) Pembantu Hospital boleh untuk tidak
mendaftarkan jika difikirkan perlu. Badan (Pendaftaran)
Pembantu Hospital juga boleh mengeluarkan nama
pembantu hospital dari dari pendaftaran yang ada. Pihak
yang terkilan boleh untuk membuat rayuan kepada Menteri
yang mana keputusan Menteri adalah muktamad.

3. Isu

(a) Adakah sah pengambilan tanah Alia?


(b) Adakah sah pengambilan tanah Asma?

Penyelesaian Isu

(a) Pengambilan tanah Alia adalah tidak sah kerana


(i) kemungkinan tujuan pengambilan tanah
adalah mala-fide berdasarkan kes Kerajaan
Malaysia lwn. Jagdis Singh.

202
(ii) keputusan yang dibuat Pengarah berlainan
dari tujuan kuasa diberikan seperti kes Sydney
Municipal Council lwn. Campbell.
(iii) Pengarah bertindak mengikut arahan seperti
kes P. Patto lwn. Chief Police Officer, Perak.

(b) Pengambilan tanah Alia juga adalah tidak sah kerana


Pengarah menggunakan kuasa secara tidak menasabah
seperti kes Wheeler lwn. Leceister City Council.

Rumusan kes

(a) Pengambilan tanah Alia adalah tidak sah kerana


kemungkinan ada unsur mala-fide kerana Alia adalah
musuh ketat Menteri tersebut, tanah juga diambil
secara paksa untuk kepentingan kerajaan dan bukan
mengindahkan bandar, dan yang terakhirnya
Pengarah tidak menggunakan kuasa budibicara yang
ada padanya tetapi bertindak mengikut arahan dari
Menteri.
(b) Pengambilan tanah Alia adalah tidak sah kerana
peraturan yang menyatakan tanah akan diambil balik
oleh kerajaan jika ia terbiar dan tidak dikerjakan yang
dikeluarkan oleh Pengarah adalah tidak menasabah.

Kesimpulan

1. Pengambilan tanah Alia adalah tidak sah disebabkan


unsur mala-fide, pengambilan tanah berlainan dari
tujuan kuasa diberikan dan atas arahan Menteri.
2. Pengambilan tanah Asma juga tidak sah kerana
peraturan yang dikeluarkan adalah tidak munasabah.

BAB 9

1. Isu

(a) Bolehkah Anas memohon habeas corpus atas alasan


beliau disalahtahan?

203
(b) Bolehkah Waris memohon habeas corpus atas alasan
beliau telah ditahan dalam tempoh yang panjang dan
ditahan semula atas kesalahan yang sama?

Penyelesaian isu

(a) Permohonan Anas untuk habeas corpus adalah tidak


sah kerana habeas corpus hanya untuk salah tahan dan
ia tidak dikeluarkan sekiranya seseorang ditahan
mengikut undang-undang.

- Kes berkaitan ialah Ooi Ah Phua lwn. Officer in


charge of Criminal Investigation, Kedah.

(b) Waris boleh memohon habeas corpus untuk


perbicaraan yang berulang.

- Kes berkaitan ialah Abdul Hamid b. Jamal lwn. PP


- Waris tidak boleh memohon habeas corpus untuk
tahanan bagi tempoh yang lama.
- Kes berkaitan ialah Ministers of home Affairs lwn.
Chu Choon Yong.

Rumusan kes

(a) Anas akan gagal dalam permohonan habeas corpus


kerana tahanan yang dikenakan ke atasnya adalah sah
dan mengikut undang-undang. Habeas corpus
bukanlah remedi yang sesuai untuknya yang
dinafikan hak untuk mendapatkan khidmat guaman.
(b) Waris boleh memohon habeas corpus kerana dia
telahpun dibebaskan oleh mahkamah disebabkan
tiada bukti yang cukup untuk disabitkan kesalahan.
Dia tidak boleh dihadapkan semula ke mahkamah
atas dakwaan yang sama. Tetapi dia akan gagal
memohon habeas corpus atas alasan ditahan terlalu
lama kerana habeas corpus hanya untuk orang yang
disalah tahan dan bukannya yang ditahan untuk
jangkamasa yang lama.

204
Kesimpulan

1. Anas akan gagal memohon habeas corpus atas alasan


dinafikan hak untuk berjumpa peguam.
2. Waris boleh memohon habeas corpus atas alasan
perbicaraan berulang tetapi tidak untuk alasan
penahanan yang lama.

BAB 10

1. Lima perbezaan sistem ombudsman di England dan di


Australia adalah dari segi namanya, ombudsman di England
dipanggil Pesuruhjaya Parlimen sedangkan di Australia ia
dipanggil ombudsman commonwealth. Keduanya
penubuhan ombudsman di England adalah di bawah Akta
Pesuruhjaya Parlimen 1967 sedangkan di Australia, ia
ditubuhkan di bawah Akta Ombudsman 1976. Ombudsman
di England dilantik oleh Crown tetapi di Australia dilantik
oleh Gabenor- General. Tempoh memegang jawatan sebagai
Pesuruhjaya di England adalah sehingga berumur 65 tahun
tetapi di Australia, tempohnya adalah tujuh tahun dan boleh
dilantik semula dan umur persaraannya adalah 65 tahun.
Prosedur membuat aduan pula, di England ianya dibuat
kepada ahli House of Commons tetapi di Australia pula, aduan
terus boleh dibuat kepada ombudsman peringkat negeri atau
persekutuan.

2. Fungsi Badan Pengaduan Awam adalah untuk menerima


aduan dari orang awam dan menyiasat aduan yang berasa.
Kemudiannya melaporkan hasil siasatan kepada
Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam dan pihak-pihak yang
terlibat dan menyampaikan keputusan Jawatankuasa tadi
kepada jabatan terbabit dan memberi maklumbalas kepada
Jawatankuasa tersebut.

Badan Pengaduan Awam (BPA) tidak memenuhi ciri-ciri


ombudsman yang ideal kerana ia dilantik oleh badan
eksekutif sedangkan sepatutnya ia dilantik oleh badan
perundangan yang membolehkannya tidak dipengaruhi oleh
eksekutif. BPA adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri
sedangkan sepatutnya ia ditibuhkan di bawah perlembagaan.
BPA hanya menyiasat adauan yang diterima sahaja walaupun

205
sepatutnya sebuah ombudsman hendaklah ada kuasa untuk
menyiasat aduan atas inisiatifnya sendiri. Akhir sekali,
kritikan hanya boleh dibuat selepas mendapat keputusan
daripada Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam dan
tindakan pembetulan yang dilakukan tidak didedahkan
kepada awam. Sepatutnya sebagai ombudsman, ia berkuasa
untuk menegur dan mengkritik pegawai terbabit serta
meminta tindakan pembetulan dibuat dan laporan hendaklah
dibuat kepada umum.

206

You might also like