You are on page 1of 7

JKP 212/4 - HUBUNGAN ANTARABANGSA

PENGURUS KURSUS: DR. LOW YONG SAN

(a) Matlamat:

* Memahami asas hubungan antarabangsa ialah kerjasama atau konflik antara


negara-negara bangsa (nation states). Peperangan Dunia Pertama dan
Peperangan Dunia Kedua terjadi ekoran daripada beberapa sebab seperti
perbalahan industri dan rebutan tanah jajahan antara negara-negara kuasa besar.
Hal ini merupakan titik tolak yang menyebabkan politik dalaman sesebuah
negara bangsa menjadi ‘politik sedunia’.

* Memahami hubungan antarabangsa tidak hanya melibatkan hubungan antara


negara-negara kuasa besar sahaja. Hubungan antarabangsa juga membabitkan
hubungan antara negara kuasa besar dengan negara kecil mahupun antara
negara kecil dengan negara kecil. Hal ini dapat dilihat dari segi pakatan kuasa
dalam organisasi antarabangsa dan organisasi serantau.

* Memahami politik kebangsaan atau politik dalaman sesebuah negara berkait


rapat dengan politik antarabangsa. Sebagai contoh, kegiatan penyangak
matawang yang memanipulasi dan melancarkan ‘perang’ kewangan telah
mengakibatkan nilai matawang beberapa negara jatuh menjunam. Kegiatan
ini merubah bentuk pemerintahan di negara- negara yang terlibat apabila
syarikat-syarikat tempatan diambil-alih oleh korporat gergasi antarabangsa.

* Menghayati konsep-konsep disiplin hubungan antarabangsa supaya dapat


diperguna untuk menilai atau menganalisa isu-isu antarabangsa secara kritis
dan bijak.

(b) Struktur Kursus

Kursus ini dibahagikan kepada empat modul dan isi kandungan modul- modul adalah
seperti berikut:

Modul 1: Perkara-perkara Asas


1. Konsep-konsep asas dalam kajian hubungan antarabangsa
2. Pendekatan-pendekatan dalam mengkaji hubungan antarabangsa

Modul 2: Pencorakan Sistem Antarabangsa


1. Aktor-aktor antarabangsa
2. Struktur-struktur sistemik
3. Undang-undang antarabangsa
4. Nilai-nilai antarabangsa
5. Kenapa sistem antarabangsa membawa tren anarki?

Modul 3: Pembentukan dan Perubahan Dasar Luar


1. Matlamat-matlamat dasar luar
2. Orientasi, strategi dan tindakan
3. Alat-alat dasar luar
4. Sumber-sumber dasar luar

Modul 4: Konflik Antarabangsa


1. Jenis dan bentuk konflik antarabangsa
2. Peperangan
3. Perlumbaan, perlucutan dan kawalan senjata
4. Kerajaan antarabangsa

(c) Rujukan Asas

Brown, C. & Ainley, K. 2005. Understanding International Relations. New York:


Palgrave Macmillan.

Carter, J. 2006. Palestine: Peace Not Apartheid. USA: Simon & Schuster.

Elias, J. & Sutch, P. 2007. International Relations: The Basics. New York:
Routledge.

Jackson, R. & Sorensen, G. 2013. Introduction to International Relations:


Theories and Approaches. Oxford: Oxford University Press.

Kaufman, J.P. 2013. Introduction to International Relations: Theory and Practice.


Lanham: Rowman & Littlefield Publishers, Inc.

Lawson, S. 2003. International Relations. Cambridge: Polity Press.

McGlinchey, S. (Ed.). 2017. International Relations. Bristol: E-International


Relations Publishing.

Piper, M. C. 2004. Final Judgment. Washington D.C.: American Free Press.

Tickner, A.B. & Blaney, D.L. (pnyt.). 2012. Thinking International Relations
Differently. New York: Routledge.

Zakaria, N. 2005. Konsep Hak Asasi Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rujukan Lain

Allison, G.T. 1971. Essence of Decision. Canada: Little, Brown & Company Limited.

Bull, H. 1977. The Anarchical Society. London: MacMillan Press.

Burton. J.W. 1972. World Society. Cambridge: Cambridge University Press.

Daddow, O. 2009. International relations theory. London: SAGE

Friedrichs, J. 2004. European Approaches to International Relations Theory: A


House with Many Mansions. London: Routledge.

Goldstein, J. S. 2005. International Relations. UK: Longman.

Groom, A.J.R. & Light, M. (pnyt.) 1994. Contemporary International Relations: A


Guide to Theory. London: Printer Publishers Ltd.

Halperin. M.H. 1974. Bureaucratic Politics and Foreign Policy. Washington: The
Brookings Institution.

Jackson, R. 1989. Quasi-States: Sovereignty International Relations and the


Third World. Cambridge: Cambridge University Press.

Linklater, A. 2000. International Relations Critical Concepts in Political Science.


London : Routledge

Mingst, K. A. 2001. Essentials of International Relations. USA: W.W. Norton &


Company

Olson, W.C. & Groom, A.J.R. 1991. International Relations Then & Now: Origins
and Trends in Interpretation. London: Routledge.

O’Rourke, P.J. 1994. All The Trouble In the World. London: Picador.

Rosenau, J.N. 1961. International Politics and Foreign Policy. U.S.A.: The Free
Press of Glencoe Inc.

Schelling, T.C. 1975. The Stratregy of Conflict. U.S.A. Oxford University Press.

Thompson, W. R. (Ed.) 2001. Evolutionary Interpretations of World Politics.


London: Routledge.
Walker, R.B.J. 1993. Inside/Outside: International Relations as Political Theory.
Cambridge: Cambridge University Press.

(d) Kelas Webex

Sila rujuk jadual kelas webex terkini untuk tarikh dan masa untuk setiap webex kelas.

(e) Kursus Intensif

Kehadiran ke kursus intensif adalah wajib. Kegagalan untuk menghadirkan diri akan
mengakibatkan anda dikenakan tindakan tatatertib atau dihalang daripada mengambil
peperiksaan akhir. Kegiatan-kegiatan yang akan dijalankan semasa kursus intensif
termasuklah sesi tutorial, soal jawab, perbincangan umum, dan ujian.

(f) Penilaian

Dua (2) kaedah penilaian disediakan untuk kursus ini iaitu penilaian melalui kerja
kursus (40%) dan penilaian peperiksaan akhir (60%).

I. Kerja Kursus (40%)

(a) Komponen Pertama – Tugasan (20%).


Sila lihat lampiran untuk tajuk dan keperluan-keperluan tugasan.

(b) Komponen Kedua – Peperiksaan Berterusan (20%)


Komponen ini akan dijalankan semasa Kursus Intensif. Struktur dan
skop soalan peperiksaan berterusan akan dimaklumkan nanti.

II. Peperiksaan Akhir (60%)

Struktur dan skop peperiksaan akhir akan dibincangkan dalam kelas webex yang
terakhir.

(g) Hubungan

Urusan Akademik

Jika anda menghadapi sebarang kemusykilan akademik berhubung dengan kursus ini,
sila hubungi:
Dr. Low Yong San
Pengurus Kursus JKP 213
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
USM, 11800 P. Pinang.
Tel: 04-6532274 (talian terus); Emel: yslow@usm.my

Urusan Pentadbiran
Sebarang masalah berkaitan pentadbiran hendaklah disalurkan kepada:

Penolong Pendaftar (Sains Kemasyarakatan)


Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
USM, 11800 P. Pinang.

Selamat belajar dan selamat maju jaya.

Dr. Low Yong San


Sidang Akademik 2018/2019
LAMPIRAN

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SIDANG AKADEMIK 2018/2019
TUGASAN

JKP 212 – HUBUNGAN ANTARABANGSA

ARAHAN

1. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan, seramai 3-6 pelajar dalam satu
kumpulan secara sukarela. Setiap kumpulan mestilah memastikan semua ahli
kumpulan memberikan sumbangan yang sewajarnya dalam menyempurnakan
penghasilan tugasan ini.

2. Pilih dan jawab SATU soalan sahaja.

SPESIFIKASI TUGASAN

1. Panjang maksima tugasan anda ialah 20 mukasurat (tidak termasuk lampiran dan
bibliografi) menggunakan font jenis Times New Roman, saiz 12 dan baris jarak
langkau dua (double spacing). Muka surat 21 ke atas tidak akan dibaca oleh
pemeriksa dan tidak akan dikira untuk pemarkahan.

2. Bahan rujukan mesti disenaraikan di muka surat belakang tugasan anda. Gunakan
sistem rujukan secara konsisten.

PERINGATAN

1. Tarikh akhir penghantaran tugasan ialah 11 FEBRUARI 2019. Tugasan yang lewat
daripada tarikh ini akan dipotong markah. Semakin lewat tugasan anda sampai ke
PPPJJ, semakin banyak markah yang akan dipotong. Tugasan yang dikepilkan dengan
surat memohon pertimbangan kerana lewat akan turut dipotong markah.

2. Bagi pelajar yang tidak menghantar langsung tugasannya, markah ‘0’ akan
diberikan untuk komponen tugasan. Pada masa yang sama, markah peperiksaan
berterusannya juga akan dipotong sekaligus berdepan risiko dihalang dari menduduki
peperiksaan akhir. Nilaian tugasan ialah 20 peratus dari markah keseluruhan.

3. Anda akan diberi markah ‘0’ jika anda didapati melakukan kesalahan plagiarisme,
sama ada daripada buku, modul, majalah, surat khabar, laman web internet, esei
kawan-kawan atau esei pelajar tahun-tahun lepas. Bagi kes plagiarisme dari kawan,
kedua-dua pihak - yang meniru dan kena tiru, akan diberi markah ‘0’.

TAJUK TUGASAN

1. Realisme vs. Liberalisme: Idea manakah yang mendominasikan situasi sebenar


politik dan hubungan antarabangsa kontemporari?
(100 markah)

2. Bincangkan “Brexit” serta kesan-kesannya terhadap hubungan antarabangsa dan


kerjasama serantau.
(100 markah)

3. Bincangkan faktor “senjata nuklear” dalam konteks hubungan antarabangsa.


Adakah “penyebaran nuklear” (nuclear proliferation) membawa keamanan atau
ancaman kepada dunia antarabangsa?
(100 markah)

4. Bincangkan implikasi-implikasi dasar “America First” oleh Presiden Donald


Trump dan “Belt and Road Initiative” (BRI) oleh Presiden Xi Jinping terhadap
dasar luar Malaysia di bawah Perdana Menteri Najib Razak dan Dr. Mahathir
Mohamad.
(100 markah)

- oooOooo -

You might also like