You are on page 1of 3

PANDUAN TUGASAN

GGGC 6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEM 2 SESI 2020/2021


PANDUAN TUGASAN KUMPULAN & INDIVIDU

TUGASAN KUMPULAN (Markah: pembentangan 20% & laporan penulisan 40 %)

Perkara berikut perlu diberi perhatian dalam setiap tugasan kumpulan:


 Tajuk tugasan akan ditentukan oleh Penyelaras/ pensyarah.
 Pelajar perlu berbincang dan mendapat persetujuan daripada pensyarah
 Isu perlu terkini. Perlu 8 Rujukan (buku/ artikel jurnal) TERKINI- Sekurang-kurangnya lima
tahun dari tarikh kursus ditawarkan.
 Perlu bincang implikasi dan cadangan penyelesaian bagi setiap isu yang dibahaskan.
 Hujahan dan rumusan perlu kritis dan kritikal.
 Pembentangan perlu dilaksanakan secara profesional, tidak emosi, tidak berunsurkan kepartian
dan perkauman.
 Pembentangan dan penulisan perlu dilaksanakan secara ilmiah (berdasarkan fakta, ada sumber
rujukan terkini/sokongan).
 Format (umum) penulisan kumpulan:
(1) Pengenalan,
(2) kandungan: konsep/definisi/teori, isu-isu/implikasi/cabaran/cadangan penyelesaian,
(3) mini-mini kajian (jika ada),
(4) Rumusan, dan
(5) Rujukan.
 Font: jenis sesuai (konsisten) bersaiz 12, berselang 1.5.
 Keseluruhan penulisan 30+- 5 halaman (Tidak termasuk Rujukan dan lampiran).
 Sila hantar penulisan tugasan kumpulan kepada pensyarah masing-masing selewat-lewatnya 2
minggu selepas tarikh pembentangan (sebarang kelewatan perlu dibincangkan dengan
pensyarah/tutor kumpulan masing-masing).
 Pelajar membentangkan penulisan

Cadangan tajuk Tugasan Kumpulan


(*Pensyarah boleh memberi tajuk yang difikirkan bersesuaian)
1. Kualiti guru: KBAT & Pembelajaran Abad 21
2. Penerapan budaya kebahagiaan, kasih sayang & hormat –menghormati di sekolah.
3. Pemupukan nilai & disiplin pelajar: Peranan sekolah, masyarakat/PIBG dan undang-undang.
4. Pendidikan untuk semua
5. Memperkasa Pendidikan STEM & VTEK
6. Perpaduan & Integriti dalam pendidikan
7. Aspirasi sistem & aspirasi murid
8. Kompetensi pemimpin sekolah dalam menerajui perubahan yang berlaku dalam system
pendidikan.
CADANGAN TUGASAN INDIVIDU (40%)

Pada masa ini negara dilanda pandemik COVID-19. Pandemik ini secara langsung telah memberi kesan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran baik di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menegah
sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Ia juga memberi kesan kepada ibu bapa dan guru-guru serta
para pensyarah.

Sebagai cadangan, bagi tugasan individu, pelajar diminta membuat satu tinjauan ringkas berkaitan isu-isu
pendidikan, pengajaran dan pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan pandemik ini. Para pensyarah
juga boleh memberikan idea/pandangan kepada pelajar berkaitan tajuk/isu yang difikirkan bersesuaian.

Para pelajar boleh membuat survey ringkas, temu duga, lawatan atau pemerhatian di tempat kerja masing-
masing atau di mana-mana institusi pendidikan yang difikirkan bersesuaian. Tinjauan ringkas ini seboleh-
bolehnya dilakukan di tempat yang boleh diakses oleh pelajar sendiri. Pelajar tidak perlu memohon secara
rasmi kepada institusi berkaitan. Sebagai contohnya, pelajar boleh melakukan interview melalui telephone
kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi bagi memahami isu-isu atau permasalahan yang
dihadapi oleh mahasiswa dalam proses pembelajaran sepanjang tempoh PKP.

Antara contoh-contoh Tajuk lain yang boleh difikirkan adalah seperti berikut:

1. Menangani masalah psikologi pelajar sekolah/universiti


2. Masalah guru dalam pelaksanaan PDP (pengajaran dan pembelajaran)
3. Pengguna teknologi dalam PDP
4. Cabaran pematuhan SOP di sekolah/IPT
5. Masalah penyesuaian diri pelajar IPT sepanjang PKP
6. Sokongan sosial semasa PKP
7. Cabaran penggunaan teknologi dalam PDP
8. Peranan ibu bapa dalam pembelajaran di sekolah sepanjang PKP

Selepas itu pelajar diminta membuat laporan ringkas hasil daripada kajian ringkas yang dijalankan
(sekitar 20 halaman tidak termasuk rujukan). Antara aspek yang perlu dimasukkan adalah seperti berikut:

1. Pendahuluan
2. Literatur berkaitan
3. Kaedah kajian
4. Dapatan dan perbincangan
5. Refleksi pelajar (apa yang dipelajari daripada aktiviti yang dijalankan)
6. Rujukan
Pembahagian Penilaian

Bil Matrik Nama Pembentangan Penulisan Tugasan Jumlah Grade


Kumpulan Berkumpulan Individu
(20%) (40%) (40%).

MAC 2021

SALLEH AMAT &


Jamalullail Abdul Wahab

You might also like