You are on page 1of 4

Refleksi

Selamat sejahtera kepada pensyarah saya. Saya Dhivagar A/L P.R.Gunalan dari PISMP Unit Bahasa Tamil 1/PJ/PSV telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani dengan bantuan pensyarah iaitu En. Azulhaimi Bin Ahmad. Saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan sempurna pada masa yang ditetapkan walaupun menimpa pelbagai masalah ketika membuat persiapan dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Mikro dengan sistematik.

Saya telah menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan kemahiran yang hendak diajar. Saya telah menggunakan kandungan kurikulum KSSR untuk memilih Standard Pembelajaran yang sesuai dengan kemahiran. Saya telah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Mikro dengan berjaya. Kawan-kawan saya telah memberi sokongan dengan sepenuhnya ketika saya mengajar. Pengajaran dan Pembelajaran Mikro saya mempunyai beberapa kekuatan dan juga kelemahan. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani, saya seharusnya mengetahui cara yang sistematik dan betul untuk mengajar murid-murid di sekolah.

Permulaan Pengajaran dan Pembelajaran Mikro saya melibatkan gerak kerja kumpulan. Kekuatan aktiviti memanaskan badan ialah aktiviti yang sangat efisien untuk meningkatkan kadar nadi dan suhu badan. Selain itu, aktiviti memanaskan badan ini sangat kreatif dan juga dapat menarik minat murid-murid kerana penggunaan bahan maujud seperti steering kereta moden. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti ini sangat sesuai. Aktiviti memanaskan badan badan yang diajar mempunyai perkaitan dengan kemahiran yang akan diajar. Kelemahan aktiviti memanaskan badan ialah ruang yang diperuntukkan sangat kecil dan mengalami kesusahan untuk bergerak. Cadangan penambahbaikan aktiviti memanaskan badan ialah meluaskan ruang dan

juga menggunakan muzik untuk menarik minat murid-murid. Murid-murid berasa lebih seronok untuk melakukan aktiviti memanaskan badan dengan iringan muzik. Ruang juga harus diluaskan supaya boleh bergerak secara bebas bersama kumpulan.

Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran Mikro saya melibatkan gerak kerja kelas dan gerak kerja kumpulan. Kekuatan aktiviti perkembangan ialah muridmurid dapat melakukan lapan jenis aktiviti bukan lokomotor dengan lakuan yang betul dan sentiasa peka terhadap arahan guru. Penggunaan flash kad meningkatkan minat pelajar dan meningkatkan ketangkasan pelajar. Murid-murid melakukan aktiviti yang ditulis dalam kad flash. Selain itu, beberapa otot juga terlibat dalam setiap aktiviti bukan lokomotor seperti bisep, trisep, hamstring, kuadrisep, abdomen, trapezius,

deltoid dan sebagainya. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti bukan lokomotor sangat sesuai. Kelemahan yang terdapat dalam aktiviti perkembangan ialah segelintir murid-murid tidak dapat mengusai beberapa kemahiran dengan betul ketika guru mengajar. Cadangan aktiviti penambahbaikan ialah saya seharusnya mengajar kemahiran mengikut ansur maju bagi memastikan semua murid menguasai kemahiran dengan sepenuhnya. Guru juga boleh menggunakan nota bergambar untuk mengajar dengan lebih jelas.

Kemuncak Pengajaran dan Pembelajaran Mikro saya melibatkan gerak kerja kumpulan. Aktiviti kemuncak ini melibatkan permainan kecil yang bernama Kumpul Harta. Pertandingan ini merangkumi 3 jenis pergerakan bukan lokomotor seperti mengilas badan, membongkok dan meregang untuk menghantar pundi kacang, bola besar dan bola besar. Kekuatan aktiviti kemuncak ini ialah dapat mengintegrasikan pelbagai kemahiran dalam satu pertandingan. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam pertandingan ini. Mereka berasa sangat seronok ketika melakukan aktiviti kemuncak ini. Semangat berpasukan dapat ditanam dalam diri murid-murid. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti kemuncak ini sangat sesuai. Seterusnya aktiviti kemuncak ini dapat meningkatkan koordinasi dan ketangkasan. Semangat kesukanan dan

kerjasama dapat dibentuk melalui aktiviti kemuncak ini. Kelemahan yang terdapat dalam aktiviti kemuncak ialah saya hanya membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan sahaja. Murid-murid terpaksa menunggu untuk masa yang panjang ketika menunggu giliran. Pada masa tersebut murid-murid melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Oleh sebab itu, kumpulan besar tidak sesuai untuk pertandingan. Selain itu, ruang yang disediakan juga sangat kecil. Cadangan aktiviti penambahbaikan ialah membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil bagi mengurangkan masa menunggu untuk giliran. Selain itu, ruang juga harus diluaskan supaya boleh bergerak dengan pantas.

Bahagian Penutup Pengajaran dan Pembelajaran Mikro saya melibatkan gerak kerja kelas. Kekuatan aktiviti menyejukkan badan ialah dapat menarik minat muridmurid secara berkesan. Murid-murid sangat seronok untuk melakukan tiga aktiviti menyejukkkan badan. Aktiviti menyejukkan badan ialah renjatan elektirik, tembikai besar dan kapal terbang. Aktiviti yang dijalankan mempunyai perkaitan dengan kemahiran yang diajar. Masa yang digunakan untuk melakukan aktiviti ini sangat sesuai. Murid-murid membuat aksi yang ditunjukkan oleh guru dengan bunyi. Pergerakan yang dihasilkan ialah berkaitan dengan pergerakan kreatif. Aktiviti menyejukkan badan sangat efektif kerana ia mengurangkan kadar nadi murid-murid. Murid-murid juga bersurai secara teratur selepas habis sesi pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan aktiviti penutup ialah ruang yang disediakan sangat kecil. Cadangan aktiviti penambahbaikan ialah guru sepatutnya meluaskan lagi ruang untuk bergerak secara bebas. Selain itu, guru juga boleh menggunakan muzik ketika melakukan aktiviti menyejukkan badan supaya murid-murid lebih bergiat aktif ketika melakukan aktiviti tersebut.

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya kerana dengan membimbing dan menyokong dengan sepenuhnya. Komen yang membina serta nasihat pensyarah amatlah penting untuk menyiapkan tugasan projek dengan

sempurna. Saya menggunakan peluang ini untuk menunjukkan kepakaran dan kebolehan untuk menyiapkan tugasan ini secara kreatif dan inovatif. Tambahan pula, dengan melaksanakan tugasan ini, semangat kerjasama dan komitmen yang kukuh dapat dilihat antara saya dengan kawan sekelas saya. Tugasan projek ini memberikan banyak faedah kepada bakal guru Pendidikan Jasmani untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang Pendidikan Jasmani. Saya berpendapat bahawa

penggunaan strategi-strategi yang berlainan sangat penting untuk menarik minat muridmurid di kelas. Ilmu dan kemahiran yang tinggi sangat penting kepada seseorang bakal guru untuk merealisasikan Wawasan 2020. Guru Pendidikan Jasmani harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang kreatif dan berinovatif supaya dapat melahirkan generasi yang berakhlak tinggi. Saya juga telah membuat beberapa kesilapan ketika membuat kerja kursus ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Tuhan dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.

Sekian. Terima kasih.

You might also like