You are on page 1of 7

Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang-kurangya satu unit

kemahiran,dlm sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat
pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup. Ianya juga merupakan simulasi
satu pengajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di
dalam bilik darjah,makmal atau bilik previu. Pengajaran makro merupakan kesepaduan
teknik-teknik

pengajaran

mikro

yg

disokong

oleh

perancangan

pengajaran

pembelajaran yang sekian lama dipelajari.


Objektif Pengajaran Makro ialah menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada
semua guru. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mempraktikan suatu suasana
sebenar apabila mengajar serta dapatmemperbaiki kelemahan-kelemahan pengajaran
yang berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar .Matlamat pengajaran
makro adalah melahirkan guru-guru yg mempunyai keyakinan yang tinggi apabila mula
menjalankan tugas kelak dan juga menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa
menagajar. Pendedahan yang dipelajari semasa di maktab menjadi satu kayu pengukur
dalam menjalankan pengajaran .Guru akan mengetahui setiap persediaan yang perlu
dibuat apabila memulakan tuigas mengajar
Pengajaran dan pembelajaran adalah satu aktiviti yang dirancang dan saling
berkait yang mana ianya berlaku secara bersama satu ruang masa tertentu. Maksud
pengajaran ialah implementasi kurikulum iaitu berlakunya interaksi antara guru dan
murid di dalam sebuah bilik darjah. Manakala pembelajaran pula adalah berkenaan
bagaimana kita menganggap dan memahami dunia dan tentang membuat makna.
lanya boleh dikategorikan mempunyai prinsip-prinsip seperti pemerolehan kaedah,
teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian
bagisesuatu situasi.
Terdapat tiga fasa yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu
fasa sebelum pengajaran, fasa semasa pengajaran dan fasa selepas pengajaran. Bagi
fasa sebelum pengajaran ianya melibatkan peringkat penentuan kemahiran atau isi
pelajaran yang ingin diajar serta penelitian kebolehan sedia ada murid. Selain itu ianya
turut melibatkan peringkat penentuan objektif bagi sesuatu pengajaran dan pelajaran
serta penentuan pendekatan mahupun kaedah kaedah, strategi dan teknik yang ingin

digunakan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. lanya turut merupakan


sebuah peringkat untuk memilih bahan sumber yang ingin digunakan.
Manakala fasa semasa pengajaran melibatkan peringkat perlaksanaa pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik yang telah dirancang. lanya turut melibatkan pengurusan
kelas serta penggunaan bahan bantu mengajar yang telah dirancang sebelum ini.
Seterusnya ialah fasa selepas pengajaran yakni peringkat untuk membuat penilaian
pencapaian murid setelah berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran. la juga
merupakan satu. peringkat penganalisan maklum balas murid terhadap penilaian yang
dijalankan.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah melibat tiga kaedah utama
iaitu

pembelajaran

secara

kelas,

pembelajaran

secara

kumpulan

dan

juga

pembelajaran secara individu. Selain itu kaedah dan teknik yang disarankan untuk
pengajaran dan pembelaiaran di bilik darjah bagi KSSR ialah dengan secara belajar
sambil bermain, teknik penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek,
pembelajaran koperatif, inkuiri penemuan, pembelajaran di luar bilik darjah dan
pembelajran secara tematik.

Pada 13 Februari 2013, bersamaan dengan Hari Khamis yang lepas, Kifayatul Asrar bin
Hehsan dan Ahmad Fikri bin Ab Rahman telah menjalankan pengajaran makro
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengenai topik pembelajaran Faktor-faktor
yang Mempengaruhi Kadar Penyejatan Air di bawah tema Menyiasat Alam Bahan,
Sukatan Pelajaran Sains KBSR Tahun 5, terhadap 30 orang murid tahun 4 SK Convent
St. Bernadettes. Pengajaran makro yang dijalankan selama satu jam (60 minit) tersebut
dijalankan di bawah seliaan dan bimbingan ketua panitia Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan sekolah itu.
Sebelum melakukan pengajaran makro tersebut, kami berdua telah melakukan
rujukan di perpustakaan untuk

melengkapkan satu Rancangan Pengajaran Harian

yang baik. Pada pengajaran makro tersebut juga, kami membahagikan sesi pengajaran
kepada dua bahagian iaitu Kifayatul Asrar bin hehsan mengambil set induksi dan
langkah satu manakala Ahmad Fikri bin Ab Rahman telah mengambil langkah dua dan
penutup.
Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus
Semasa menjalankan makro ini, kami telah melaksanakan aktiviti pengajaran ini
seperti yang telah dirancang dengan berpandukan RPH yang telah kami sediakan.
Kami juga telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah sepanjang sehari
kami di sekolah itu. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang tempoh 60
minit pengajaran di SK Convent St. Bernadettes.
Bil.
1.

2.

Masa
7.00 pagi-

10.00pagi

Tindakan
- Melapor diri melalui Penolong Kanan HEM. (Guru Besar
-

berurusan di luar sekolah)


PK HEM mengenalkan kami kepada guru yang membuat

jadual waktu.
Membawa kami ke perpustakaan untuk penentuan kelas.
Melakukan perbincangan tentang tahap murid kelas-kelas

yang diberikan untuk penyesuaian bahan..


Masuk ke kelas selepas murid rehat.
Melakukan persiapan tempat dan bahan.
Asrar memulakan sesi P&P dengan menyanyi bersama-sama

murid lagu Budi Bahasa Budaya Kita


Di ikuti oleh Fikri yang melakukan aktiviti main peranan untuk

murid-murid.
Dalam aktiviti ini murid juga diberikan peneguhan positif
dengan pemberian anugerah.

Analisis kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan.


Bil
1.

Perkara
Kekuatan

Catatan
Permulaan set induksi yang begitu menarik minat murid
dengan penggunaan kaedah nyanyian lagu. Murid-murid
begitu bersemangat dan aktif kerana masing-masing cuba
hendak menyanyi dengan penuh bersemangat.
Penggunaan alat bantuan mengajar seperti lembaran
gambar, kertas sijil, sampul skrip dan hadiah untuk
anugerah

dapat

menambahkan

kefahaman

murid

di

samping dapat memudahkan murid untuk memahami tajuk


yang dipelajari.
Keadaan kelas yang konduksif dan selesa serta layanan
guru yang mesra memberi rasa keyakinan pelajar untuk
mengikuti pengajaran dengan baik.
Teknik penyoalan kami selaku guru tidak membebankan
murid di mana guru meminta secara suka rela murid untuk
menjawap soalan tanpa ada rasa terpaksa.
2.

Kelemahan

1.

Walaupun

muridmurid

berasa

seronok

dengan

permulaan set induksi dengan menyanyi bersama-sama


tetapi saya rasa kalau kaedah nyanyian itu diubahsuai
dengan cara penggunaan tongkat selaku konduktor muridmurid untuk menyanyi. Ini akan lebih memberansangkan
lagi minat ingin tahu atau kesediaan belajar murid.
2.

Ada segelintir pelajar yang agak pasif di mana mereka

hanya mendengar sahaja guru memberi penerangan atau

soalan tanpa menunjukkan reaksi atau tindak balas.


3.
3.

Sewaktu sesi lakonan, terdapat murid yang tidak berani

Cadangan

untuk menonjolkan diri.


Jika diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak

penambahbaikan

benda yang akan diubasuai mengikut tahap penguasaan


murid. Penambahbaikan yang akan dibuat adalah:
1.

Set Induksi atau langkah mencungkil idea.

Menukar

kaedah

nyanyian

yang

hanya

melenggok-

lenggokkan badan kepada penggunaan tongkat sakti seperti


di dalam orkestra. Tujuan untuk memberansangkan lagi
minat

murid

serta

memberi

kesediaan

belajar yang

menyeronokkan.
2.

Bahagian pemilihan ahli kumpulan sepatutnya kami

memberikan kebebasan kepada setiap murid untuk memilih.


Hal ini adalah bagi membantu murid mengekpresikan lagi
diri mereka dengan rakan-rakan sekumpulan yang mereka
selesa.
3.

Pada akhir langkah pengajaran atau semasa membuat

rumusan , saya rasa pertandingan kuiz adalah sangat


sesuai bagi menguji tahap pemahaman murid terhadap apa
yang telah dipelajari sama ada mereka dapat mengingati
dengan baik atau tidak . Jika mereka masih belum dapat
menjawap soalan kuiz yang dikemukakan bermakna objektif
pengajaran pada hari itu tidak dapat di capai dengan
sepenuhnya.

Walaupun terdapat banyak gangguan dan kekangan semasa menjalankan


pengajaran makro tersebut, namun bersyukur kepada Tuhan kerana kami telah berjaya
melaksanakan pengajaran tersebut dengan lancar.
Akhir kata, kami telah mempelajari banyak perkara yang tidak dapat kami pelajari
dalam kuliah daripada pengajaran makro ini. Ini memberikan keyakinan yang sangat

tinggi kepada kami bahawa kami akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang
apabila kami menjalankan praktikum semester minggu depan kelak. Kami berharap
bahawa kami mampu melakukan yang terbaik pada pengajaran yang seterusnya.

Gambar-gambar pengajaran makro

You might also like