You are on page 1of 12

Pada zaman dahulu di Pulau Langkawi terdapat dua orang guru silat yang handal, mereka bernama Mat

Cincang dan Mat Raya. Mereka mempunyai

seorang rakan karib iaitu Mat Sawak. Anak didik mereka berdua sering bertarung untuk membuktikan kehebatan masing-masing.

Lantaran itu, Mat Cincang dan Mat Raya telah mengambil keputusan untuk bertarung bagi menyelesaikan masalah ini. Pertarungan yang

berlarutan selama tiga hari bermula antara mereka. Mat Sawak berasa bimbang mengenai pertarungan ini. Beliau telah memujuk kedua-

dua mereka agar menghentikan pertarungan tersebut. Lalu mereka berdua bersetuju untuk berhenti bertarung. Setelah beberapa

tahun, Lading anak teruna Mat Raya telah berkasihan dengan Melor iaitu anak dara Mat Cincang. Mat Raya telah pergi ke rumah Mat

Cincang untuk melamar Melor. Pada mulanya pinangan tersebut ditolak tetapi disetujui oleh Mat Cincang setelah dipujuk oleh Mat Sawak. Majlis

perkahwinan diadakan dengan sungguh meriah. Ketika majlis berlangsung, Mat Raya dan Mat Cincang telah berbual-bual. Mat Cincang telah

mengungkit kembali mengenai pertarungan mereka yang lepas, Mat Raya mengatakan bahawa beliau yang sepatutnya menang kerana

beliau lebih gagah. Pergaduhan antara mereka telah meletus. Mat Sawak cuba untuk meleraikan mereka tetapi Sang Gelembai

telah datang dan menyumpah mereka bertiga. Hasil sumpahan itu telah menghasilkan Gunung Mat Raya, Gunung Mat Cincang dan di

antara gunung itu terdapat satu bukit yang bernama Bukit Sawak.

You might also like