You are on page 1of 5

CONTOH SOALAN - Kajian Kurikulum Bahasa Melayu

Soalan

1) Guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu pedagogi terkini supaya dapat
menjalankan sesi pengajarn pembelajaran dengan lebih berkesan.

Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah Tahap 1 menggunakan strategi berasaskan Pembelajaran Abad ke-21.

Pembelajaran Abad ke-21 merupakan elemen penting dalam Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (PPPM). Berikut ialah contoh aktiviti pembelajaran berasaskan
Pembelajaran Abad ke-21.

Meja Bulat (Round Table)- Kriteria dalam Meja Bulat (Round Table) adalah murid boleh
menggunakan jawapan secara bergilir-gilir, murid boleh mencatat jawapan yang betul
dengan menggunakan pen dan kertas yang sama. Akhirnya, hasil dapatan boleh dibincang
dalam kumpulan, dirujuk oleh kumpulan lain dan dibentangkan.

Antara aktiviti berasaskan Pembelajaran Abad ke-21 adalah perbincangan melalui Meja
Bulat. Contohnya, apabila seorang guru Bahasa Melayu hendak mengajar tatabahasa (kata
kerja), guru boleh membahagian murid kepada beberapa kumpulan. Semua murid duduk di
atas lantai dalam satu bulatan atau duduk dalam bulatan pada tempat duduk masing-
masing. Guru memberikan sehelai kertas putih dan sebatang pen kepada setiap kumpulan.
Selepas guru mengajar konsep kata kerja. Guru minta setiap murid menulis satu kata kerja
dalam kertas yang dibekalkan pada setiap meja. Guru boleh memberi motivasi; contohnya,
adakan pertandingan; kumpulan yang paling cepat (tepat) memberikan jawapan atau
kumpulan yang dapat mengemukakan paling banyak jawapan (tepat) akan diberikan
hadiah. Cara ini membolehkan setiap murid befikir serta berebut-rebut untuk memberikan
jawapan masing-masing. Selain itu, murid akan memberi perhatian kepada jawpaan yang
dikemukakan oleh kawan lain. Sekiranya terdapat jawapan yang sama, murid akan berfikir
dan mencari jawapan yang lain.

Proses PdP meja bulat sangat memberangsangkan murid. Semasa aktiviti berjalan,
murid akan memberi tumpuan terhadap jawapan yang diberikan oleh kawan-kawan dalam
kumpulannya; murid boleh berbincang untuk menulisnya dengan betul; murid boleh beri
komen tentang jawapan kawan-kawan; murid akan berinteraksi secara sihat; murid
berbincang dan bertukar idea; murid belajar menerima pandangan dan jawapan yang
dikemukakan; murid juga boleh beri jkomen yang betul atau salah dan guru memainkan
peranan sebagai pemerhati dan fasilitator. Setelah masa tamat, murid boleh berbinvang dan
beri komen terhadap setiap jawapan; murid akan menilai kesesuaian jawpan; akhirnya
murid boleh membaca bersama-sama jawapan yang dikemukakan serta memilih wakil untuk
membuat laporan di hadapan kelas. Aktiviti ini melibatkan sumbangan idea daripada semua
murid dalam kumpulan. Kebaikannya ialah murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi
secara aktif, belajar memberi dan menerima pendapat orang lain secara rasional sepanjang
proses pembelajaran.

Pengabungjalinan kemahiran dalam aktiviti meja bulat boleh dilakukan secara; Murid-
murid boleh membaca bersama-sama semua perkataan yang telah dikemukakan; murid
yang lemah boleh dibantu oleh kawan dalam satu kumpulan; murid boleh mencatat semua
kata kerja yang telah disahkan betul oleh gurunya; murid boleh menerangkanmakna
sesetengah perkataan yang tidak difahami oleh murid; murid boleh membuat aksi
sesetengah kata kerja yang dapat dilakukan secara mudah. Akhirnya, pembelajaran ini
menjadi aktif dan berkesan kerana melibatkan strategi PdP tampan mengabaikan EMK dan
mempunyai penerapan nilai semangat berpasukan.

(Bagi setiap cadangan jawapan di bawah, pelajar perlu kemukakan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran seperti hujah contoh di atas)

Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan pembelajarn yang elibatkan masalah
berbentuk [erkataan; bukan mekanis, teka-teki, kuiz, dan penggunaan kemahran matematik
dalam situasi sebenar. Murid menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah
dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid
berfikir secara kritis dan kreatif.

Deklamasi sajak atau membuat nyanyian

Dalam aktiviti deklamasi sajak atau membuat nyanyian, murid dibenarkan membuat
persediaan dalam kumpulan. Selepas tajuk diberikan, murid boleh mengubahsuainya
mengikut kreativiti dan kesesuaian. Murid diberikan masa yang cukup untuk berbincang dan
bersedia. Pembelajaran ini amat memberangsangkan murid kerana ciri-cirinya berbentuk
praktikal.
Pembelajaran berasaskan projek

Pembelajaran berasaskan projek melibatkan murid menggunakan maklumat lama dan


baharu untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Murid-murid boleh mengkaji sesuatu isu,
menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Hal ini juga dapat membantu guru menilai
perkembangan pembelajaran murid. Murid akan lebih bermotivasi kerana dapat
menghasilakan sesuatu produk berlandaskan pengetahuan dan pengalaman yang
terdahulu. Selain itu, idea baharu boleh timbul secara spontan dan tidakan selanjutnya
dapat mendorong murid ke arah usaha mereka cipta.

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran Koperatif merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan


yang membolehkan murid belajar bersama-sama, saling belajar dan bantu-membantu untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan. Ahli kumpulan bekerjasama, berkongsi idea, bahan dan
peralatan untuk mencapai matlamat kumpulan. Pembelajarn koperatif ini dapat
menghasilkan satu tugasan kumpulan, di samping mewujudkan interaksi sihat antara murid
secara bekerjasama dan memiliki semangat berpasukan.

Pendekatan Berpusatkan Murid

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran bahasa Melayu haruslah
berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran
belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.

Pembelajaran Luar Bilik Darjah boleh dilaksanakan secara terancang dan berstruktur
serta berpusatkan murid. Kaedah ini dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap
konsep yang dipelajari semasa di dalam bilik darjah. Aktiviti ini dapat, memberi pengalaman
pembelajaran dalam situasi yang sebenar, melihat sesuatu dengan lebih dekat serta
mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan. Pembelajarn ini sangat menarik
perhatian dan minat murid keran murid tidak terikat dengan duduk di bilik darjah yang terikat
dengan pelbagai peraturan dan disiplin. Dalam keadaan ini, sudah pasti kesan
pembelajaran akan meningkat. Ringkasnya, pembelajaran Abad ke-21 memberi fokus
kepada pembelajaran secara aktif, praktikal, sumbangsaran, berdikari, aktif dan kreatif.
Pembelajaran Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi kecerdasan, minat dan


kecenderungan murid kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang
berbeza. Kecerdasan pelagai merangkumi kecerdasan verbal linguistik, logik matematik,
muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran


dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan aktiviti kerja dalam kehidupan harian.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu
secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dalam kehidupan mereka.

Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang


berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri
berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin
dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran ini memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran dalam sesuatu
unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lain. Pembelajaran ini dipecahkan
kepada unit yang lebih kecil untuk mudah dikuasai. Murid mesti menguasai 80% aras
masteri sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baharu.

Pendekatan Modular

Pendekatan Modular bemaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang


dikenali sebagai modul. Kemahiran berbahasa distrukturkan dengan menggunakan
pendekatan modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. tiga
modul yang pertama berasaskan empat kemhiran, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan Modul
Tatabahasa menyokong modul-modul kemahiran tersebut untuk mengukuhkan kecekapan
berbahasa murid.
Pendekatan Tematik

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu diajar berdasarkan tema.
Ilmu dariada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan dengan kosa kata
bertambah serta dapat dikembangkan. Bagi tujuan ini, peancangan dan penentuan tema
pengajaran meliputi [elbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan,
menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu
semasa. Antara cakupan tema yang dihasilkan adalah seperti berikut:

Kekeluargaan, Kemasyarakatan, Kesihatan, Kebersihan, Keselamatan; Perpaduan,


Kebudayaan, Kesenian dan Estetika; Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan; Sains,
Teknologi dan Inovasi; Alam Sekitar dan Teknologi Hijau; Pertanian dan Penternakan; dan
Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan.

Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih
prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa ini dan
masa depan. Hal ini bermakna, murid dapat mendapat manfaat yang maksimum.

Pembelajaran Asas Kendiri

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang membolehkan murid belajar
secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih
aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka
bertanggungjawab dan berdikari terhadap pembelajaran mereka.

(Bagi setiap cadangan jawapan di atas, pelajar perlu kemukakan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran seperti contoh pertama – MEJA BULAT)

You might also like