You are on page 1of 1

BAGAIMANA PJ DAPAT MEMBANTU MURID DALAM PELAJARAN ?

Hasrat di dalam Falsafah Pendidikan Negara antaranya ialah melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial atau JERIS. Ramai yang
beranggapan bahawa PJ hanya bermain semata-mata tanpa memberi faedah kepada
pelajaran murid. namun, tanpa mereka sedar bahawa mata pelajaran PJ sebenarnya
mampu membantu murid dalam pelajaran.

PJ boleh menjadikan fizikal murid sentiasa aktif. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan
akan meningkatkan kadar nadi dan menyegarkan tubuh badan murid. Dengan ini, murid
tidak akan berasa lesu ketika belajar di dalam kelas sewaktu mata pelajaran lain
berlangsung. Murid-murid akan terus ssegar dan bersemangat sepanjang PdPc.

Pemikiran cerdas dan kreatif dapat dipupuk dengan PJ dalam kehidupan seharian
murid. permainan yang dijalankan dalam PJ seperti bola sepak memerlukan minda yang
cerdas dan kreatif untuk memenangi sesuatu perlawanan. Daya pemikiran seperti ini akan
dibawa oleh murid ke dalam bilik darjah mereka.

Selain itu, PJ mampu menjamin kesihatan murid-murid dengan senaman yang


dilakuakan oleh mereka. Dengan ini, murid tidak perlu risau terlepas kelas atau pelajaran
disebabkan terkena masalah kesihatan untuk pergi ke hospital untuk menerima rawatan
yang berkaitan.

Dengan ini, PJ amat membantu murid dalam pelajaran kerana mata pelajaran ini
menyedarkan bahawa ilmu bukanlah bergantung kepada akademik semata-mata disamping
mengabaikan keperluan atau hak murid untuk bermain. Murid juga perlu megeluarkan peluh
mereka supaya kekal sihat dan cergas untuk membina minda yang cerdas dalam bilik
darjah.

You might also like