You are on page 1of 8

KEMAHIRAN PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN – PEMBELAJARAN

 Bahan pengajaran-pembelajaran boleh dikategorikan kepada dua bahan :

 bahan pengajaran
- digunakan oleh guru seperti carta, graf, video, model dan sebagainya.

 bahan pembelajaran
- digunakan oleh murid seperti buku teks, computer,bahan bercetak dan sebagainya.

- bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh
diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.
Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta,
spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.
Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti
pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan
komputer.
- 2.2. Dibawah srategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pembelajaran memainkan
peranan penting dalam proses pengajaran & pembelajaran. Dengan menggunakan strategi
ini, guru menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih
berkesan, manakala murid- murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna
serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan
tanpa kehadiran guru.
- 2.3. Di antara kaedah- kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran
ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan
video, pengajaran terancang melalui mesin- mesin mengajar seperti komputer dan modul
yang melibatkan penggunaan bahan- bahan bercetak.
- 2.4. Sesetengah-setengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran berkait rapat
dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah demonstrasi atau
teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu mengajar seperti
transparensi dan projektor.
- 2.5. Sesetengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran pula berkait rapat dengan
strategi pemusatan murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri- penemuan,
kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan
bahan- bahan pembelajaran yang lain.

Ikhsan dan Norilla (2006) : Sumber pengajaran merujuk kepada bahan-bahan pengajaran dan
pembebelajaran (P&P) yang perlu digunakan oleh guru bagi mengerakkan proses P&P yang ditetapkan. •
Jamaludin et.al (2000) : Merujuk sumber pengajaran kepada teknologi pendidikan. Teknologi pendidikan
ialah aplikasi prinsipprinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan
proses P&P. (Teknologi pengajaran – satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, pengetahuan dan
kemahiran, teknik dan organisasi yang digunakan secara terancang dan teratur (proses dan produk) bagi
menghasilkan kecekapan di dalam proses pengajaran dan keberkesanan di dalam pembelajaran.
KEMAHIRAN PENGUKUHAN

 merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul
dan prestasi yang baik, dalam keadaan ini guru memberi pujian kepada pelajar itu.

Tujuan memperkukuh

 Meningkatkan interaksi bilik darjah


 Memperbaiki disiplin bilik darjah
 Memotivasi pelajar
 Meningkatkan keyakinan pelajar
 Mengubah atau mengubahsuai kelakuan pelajar secara positif
 Meningkatkan kefahaman pelajar

OBJEKTIF

1.1. Prinsip-prinsip panduan penggunaan kemahiran Pengukuhan (peneguhan).

1.2. Objektif-objektif kemahiran pengukuhan (peneguhan)

1.3. Kesan kemahiran pengukuhan (peneguhan) ke atas pengajaran

Pembelajaran

1.4. Komponan- komponan kemahiran pengukuhan (peneguhan).

KEMAHIRAN PENGUKUHAN.

1.1 Merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi


jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti
pembelajaran. Guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah laku itu dan
menurut Skinner, tingkah laku manusia dibahagi kepada dua :

• Tingkah laku responden – tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar.
Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan
bersama-sama stimuli lama.

• Tingkah laku operan – tingkah laku bukan automatik. Merupakan set yang
merangkumi contoh-contoh tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan
tindak balas yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku
operan ini akan bertambah. Boleh di ajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli
yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu.
2.2 Peneguhan boleh berupa positif atau negatif. Peneguhan positif ialah stimuli yang
boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan seperti
memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan
yang sesuai itu berlaku. Contohnya :

- GURU : Apakah nombor bercampur, Rahman?

- RAHMAN : Nombor bercampur terdiri daripada nombor dan

Pecahan.

- GURU : Bagus

2.3 Selain itu, terdapat juga peneguhan yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang
individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan
seseorang individu di hadapan orang ramai.contohnya :

- GURU : Apakah pecahan setara, Ali?

- ALI : (tidak menjawab)

- GURU : Ali mungkin sudah lupa bercakap.

2.4 Peneguhan tersebut yang digunakan oleh guru tidak akan mengubah sikap Ali.
Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada
masa depan.

2.5 Peneguhan boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat, dampingan, sentuhan dan
sebagainya.

2.0 PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN

PENGUKUHAN (PENEGUHAN)

3.1 Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari semasa ke semasa untuk

mengekalkan keberkesanan pengukuhan.

3.2 Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku

yang positif.

3.3 Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar haruslah

dielakkan.

3.4 Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan

status sosial pelajar yang berkenaan.


3.5 Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang

menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.

4.0. OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)

4.1 Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

4.2 Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan.

4.3 Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain terus

menunjukkan tingkah laku yang positif.

4.4 Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku

yang positif.

4.5 Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.

5.0. KESAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN) KE ATAS

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

5.1 Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.

5.2 Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih

giat lagi.

5.3 Pelajar-pelajar lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha

menunjukkan tingkah laku yang diharapkan.

5.4 Pelajar yang menerima peneguhan akan merasa usahanya telah di hargai oleh

gurunya. Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan

bertambah.

5.5 Perhubungan di antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra.

Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang digemari oleh pelajar.
6.0 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)

Kemahiran pengukuhan mengandungi beberapa komponen yang penting, iaitu komponen lisan –


positif, komponen gerak isyarat positif, komponen dampingan,
komponen sentuhan, komponen lisan negatif dan komponen gerak isyarat negatif.

KEMAHIRAN PENILAIAN

Kemahiran penilaian ini memerlukan guru menjelaskan tujuan dan objektif pembelajaran kepada murid
di samping menggalakkan murid membuat penilaian kendiri dan mampu membuat penilaian rakan
sebaya. Guru juga perlu memberikan maklum balas yang  sesuai dan tepat pada masanya dan
menggunakan keputusan pentaksiran untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran.

KEMAHIRAN MENUTUP PENGAJARAN

 bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti-aktiviti rumusan dan penilaian biasa nya dilakukan
dan diadakan dalam bahagian penutup ini.

1. Penutup kognitif

- Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah dipelajari.

2. Penutup sosial

- Bertujuan untuk memberikan satu perasaan pencapaian kepada pelajar-pelajar supaya mereka
ingin terus belajar.

3. Penutup kerja lanjutan

- Bertujuan untuk mengimbas kembali pembelajaran yang telah dipelajari dan mengulangkaji.

OBJEKTIF

Di akhir pengajaran pelajar dapat mempelajari dan memahami:

1.1. Penutup Kognitif dan sosial

1.2. Prinsip- prinsip penggunaan kemahiran penutup

1.3. Kesan penutup ke atas pengajaran- pembelajaran.


1.4. Objektif kemahiran penutup.

1.5. Komponen kemahiran penutup.

1.6. Cara pengendalian pengajaran mikro.

2.0 KEMAHIRAN PENUTUP.

Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar, kemahiran penutup
pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan pengajaran yang
baik akan meninggaalkan kesan yang berkesan dilubuk hati para pelajar.

2.1.Ia merupakan bahagian akhir sesuatu pelajaran.

2.2.Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam

bahagian penutup ini.

2.3.Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu pelajar-pelajar
mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua
isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka

2.4.Di samping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai
pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

2.5.Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap

pelajaran yang berikutnya.

2.6.Terdapat dua jenis penutup iaitu penutup kognitif dan penutup social.

2.6.1.Penutup Kognitif

- Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah


dipelajari.

- Ia boleh digunakan sebagai aktiviti susulan, rumusan dan pengukuhan.

2.6.2. Cara melaksana.

- Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah

dipelajari melalui aktiviti mencatat isi-isi penting di papan tulis atau papan


gulung.

- Memberikan kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja kepada pelajar-pelajar.

- Memberikan aktiviti pengayaan kepada pelajar-pelajar.

- Menyoal pelajar-pelajar tentang isi-isi penting yang telah dipelajari.


2.6.3. Penutup Sosial.

 
- Bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada pelajar-pelajar supaya mereka
ingin terus belajar.

- Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik peneguhan

- Misalnya ;

“Murid-murid telah boleh menyelesaikan semua masalah luas dengan memuaskan. Dalam


pelajaran yang akan datang, cikgu akan mengajar kamu topik isipadu”

3.0. PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENUTUP

3.1.Aktiviti penutup haruslah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran

pelajar yang baru dipelajari pada peringkat perkembangan.

3.2.Aktiviti rumusan, aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan harus dirancang

dengan teliti supaya penutup kognitif dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.

3.3.Di samping penutup kognitif, penutup sosial juga harus disediakan untuk

peringkat akhir pelajaran.

3.4.Kecuali aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan yang hendak dijalankan

dalam kelas, tempoh masa untuk melaksanakan penutup kognitif dan penutup sosial
tidak harus melebihi 5 minit.

3.4.Aktiviti penilaian juga boleh diadakan pada peringkat penutup dengan tujuan

untuk mengukur hasil pencapaian objektif pelajaran.

4.0 OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENUTUP.

4.1 Menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari supaya

mereka mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.

4.2 Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumuskan fakta-


fakta penting atau memberikan kerja bertulis.

4.3. Mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan di kalangan pelajar dengan


menggunakan teknik peneguhan.
4.4.Menggunakan aktiviti penilaian untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat membuat pengubahsuaian serta
membaiki pelajarannya pada masa depan.

4.5 Dengan adanya bahagian penutup ini, aktiviti-aktiviti susulan akan dapat

diadakan supaya pelajar diberi peluang mengaplikasikan konsep dan kemahiran yang
mereka baru pelajari.

5.0 KESAN PENUTUP KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

-Jika objektif-objektif penutup dapat dicapai dengan memuaskan, maka beberapa

kesannya dapat diperlihatkan seperti berikut :-

5.1 Melalui aktiviti susulan, pelajar-pelajar dapat mengukuhkan kemahiran atau konsep


yang baru dikuasai.

5.2 Dengan menggunakan kesimpulan kognitif, pelajar-pelajar dapat membuat rumusan


terhadap fakta-fakta penting yang dipelajari.

5.3 Dengan menggunakan kesimpulan sosial, seperti memberi pelajar suatu perasaan


pencapaian, mereka telah dimotovasikan supaya terus berusaha dan mencuba.

5.4 Melalui aktiviti penilaian, guru dapat mentafsirkan pencapaian objektif pelajaran yang
ditentukan. Keputusan penilaian ini akan membolehkan guru membuat
pengubahsuaian untuk rancangan pelajaran yang akan datang.

6.0 KOMPONEN –KOMPONEN KEMAHIRAN PENUTUP.

6.1 Kemahiran penutup mengandungi dua komponen yang utama iaitu komponen


perkaitan kognitif dan komponen perkaitan sosial.

You might also like