You are on page 1of 5

PENILAIAN KENDIRI

Pada semester ini saya dan rakan sekelas saya telah membuat program
Bina Insan Guru (BIG) fasa kelima di SJK(T) Tun Sambantan, Sungai Petani,
Kedah. Program BIG merupakan sebuah program yang diwajibkan kepada
setiap peserta (PISMP) oleh IPGM. Melalui program ini, saya dapat mengetahui
dan mempelajari banyak perkara iaitu pertama sekali ialah cara menghubungi
sesebuah sekolah. Sebelum ini saya tidak tahu cara untuk meminta kebenaran
untuk melawat sekolah. Hal ini saya telah pelajari daripada mentor saya iaitu
Miss Joyce. Apabila kita hendak melawat sesebuah sekolah kita perlu
menghubungi guru besar sekeloh tersebut terlebih dahulu. Selepas mendapat
kelulusan daripada pihak sekolah, kita perlu menghantar sebuah surat yang
bertajuk meminta kebeneranran untuk melawat sekolah tersebut. Dalam surat
tersebut perlu nyatakan tarikh lawatan, tujuan, bilangan pelawt, dan nombor
untuk menghubungi orang berkenaan jika pihak hendak sebarang maklumat
tambahan, Jika tidak dapat menghubungi sekolah tersebut, kita masih boleh
menghantar surat tersebut melalui fax dan perrlu menunggu keputusan daripada
pihak sekolah.
Kedua, hasill daripada program ini saya mendapat tahu bahawa kita perlu
mengetahui laluan ke sesebuah destinasi terlebih dahulu sebelum bergerak ke
tempat tersebut. Hal ini kerana kami termasuk pemandu kami tidak tahu jalan ke
sekolah tersebut. Oleh itu, kami terpaksa menunggu untuk salah seoarang
pensyarah daripada IPG kami yang tahu jalan ke sekolah tersebut. Hal ini telah
melewatkan perjalanan kami ke sekolah tesebut dan kami terpaksa sampai
sedikit lewat ke sekolah tersebut. Hasil daripada ini saya telah mempelajari
bahawa kita perlu mengenal jalan ke sesebuah destinasi terlebih dahulu atau
memilih destinasi yang kita tahu jalan ke destinasi tersebut.
Ketiga, saya juga telah mempelajari bahawa kita perlu melaksanakan
sesuatu kerja dengan terlebih dahulu dan tidak menunggu untuk melaksanankan
pada waktu akhir-akhir. Hal ini berlaku apabila kertas kerja untuk program ini

disiapkan pada waktu yang lewat. Apabila kertas kerja disiapakan lewat, duit
belanjaan yang diperuntukkan untuk kami oleh IPGKPP terpaksa dibatalkan. Hal
ini disebabkan oleh urusan untuk memohon duit tersebut perlu dilakukan tiga hari
sebelum bergerak ke sekolah tersebut . Hasil daripada ini saya telah
mempelajari bahawa kita perlu membuat sesuatu kerja dengan awal dan perlu
mengetahui prosedur-prosedur untuk melaksana sesuatu urusan atau tuntutan.
Keempat, saya juga telah mempelajari bahawa kita tidak boleh menilai
sesuatu benda dari segi luaran sahaja. Kita perlu meninjau atau melihat dalaman
benda tersebut. Hal ini berlaku apabila saya berasa bahawa sekolah yang kami
pilih untuk aktiviti kami adalah salah hasil daripada tinjauan jalan ke sekolah
tersebut dan pemandangan luaran terhadap sekolah tersebut. Tetapi apabila
kami masuk ke dalam sekolah dan melihat dalaman sekoalah, saya mendapati
bahawa tanggapan saya kepada sekolah tersebut adalah salah. Persekitaran
bilik darjah dan tempat-tempat tertentu telah menunujukkan bahawa sekolah
tersebut telah mempunyai ciri-ciri sebagai sekolah harapan dan contoh sekolah
pada abad ke 21.
Kelima, saya juga dapat melihat dan mempelajari contoh bilik darjah ke abad
21. Sebelum ini saya hanya mendengar sahaja mengenai bilik darjah ke abad
21. Bilik darjah ke abad 21 mempunyai beberapa ciri-ciri yang tertentu seperti
susunan meja pelajar dalam pelbagai bentuk, permukaan meja yang berwarna
dan sebagainya. Hasil daripada ini saya mendapati bahawa setiap bilik darjah di
negara ini perlu mencontohi seperti bilik darjah di sekolah tersebut. Hal ini
kerana hasil daripada tinjauan dalam bilik darjah sekolah tersebut didapati
bahawa murid-murid dalam bilik darjah tersebut belajar dengan gembira
disebabkan oleh persekitaran bilik darjah yang kondusif dan harmoni.
Keenam, hasil daripada BIG kali ini saya juga telah mempelajari tentang
cara-cara merapatkan hubungan antara semua gruru dan guru besar di sesuatu
sekolah. Hasil daripada ucapan guru besar sekolah tersebut saya mendapati
bahawa setiap sekolah perlu memaparkan kata-kata semangat di persekitaran
sekolah. Malah guru besar di sesebuah sekolah juga perlu sentiasa

mengingatkan semua guru supaya bersatupadu antara satu sama lain demi
kejayaan murid dan sekolah. Hasil daripada ini guru-guru dapat bersatu padu,
bertolong antara satu sama lain dan memberikan idea-idea yang dapat
membawa kejayaan ke sekolah
Ketujuh, saya juga dapat mengenal beberapa aktiviti yang baik dan manfaat
kepada murid iaitu program makan kismis pada setiap pagi dan membaca
tehvaram iaitu doa ikut kaum india pada waktu pagi. Setiap guru bilik darjah
akan membelikan buah kismis dan diletakkan di dalam bilik darjah. Setiap murid
di dalam bilik darjah tersebut akan memakan 5 biji buah kismis bagi seoarang
pada setiap pagi. Hal ini dapat meningkatkan ingatan murid. Hasil dariapada ini
saya mendapati bahawa sebagai guru kita perlu membelanjakan sedikit daripada
pendapatn kita untuk demi kebaikan murid-murid.
Kelapan, Saya juga telah mendapat tahu bahawa kerjaya guru atau
perkerjaan guru merupakan sesuatu perkerjaan yang mulia dan perlu
dilaksanakan dengan penuh tanggungjwap dan berdedikasi. Perkara ini telah
menyedarkan saya melalui ucapan guru besar sekolah tersebut. Beliau juga
berkata bahawa hidup kita akan sentiasa gembira jikalau kita menjalankan tugas
kita sebagai seoarang guru dengan sempurna. Sebelum ini saya merasa bahawa
perkerjaan guru adalah pekerjaan biasa. Tetapi hasil daripada program BIG ini
saya mendapati bahawa perkerjaan yang akan memberikan kegembiraan adalah
kerjaya guru. Hal ini akan berlaku apabila kita dapat melahirkan murid-murid
yang dapat berjaya dalam hidupnya
Kesembilan, saya juga telah mempelajari beberapa teknik mengenai cara
membetulkan tulisan murid yang kurang cantik dan cara menarik murid untuk
datang ke sekolah. Guru sekolah tersebut akan memberikan kerja kumpulan
dimana setiap murid dalam kumpulan tersebut perlu menulis dalam kertas
majung. Kemudian, kertas majung tersebut akan dilekat di papan hasil karya
murid. Murid yang mempunyai tulisan kurang cantik akan membetulkan tulisan
kerana disebabkan oleh murid tersebut kecantikan hasil harya kumpulannya
telah menjadi kurang elok. Manakala, setiap guru bilik darjah juga telah

menyediakan nama bagi setiap murid di dalam bilik darjah dalam kad manila.
Guru kelas tersebut juga telah membekalkan barang yang perlu digantungkan di
bawah nama kepunyaan bagi setiap murid. Setiapa hari setiap murid dalam
kelas masing-masing perlu melakukan perkara ini. Seca tidak langsung ia telah
menarik murid untuk hadiri ke sekolah .
Akhir sekali, saya juga telah mempelajari tentang kepentingan semangat
kerjasama antara satu sama lain dalam kalangan guru. Hal ini telah dibuktikan
melalui pencapaian sekolah tersebut dalam ujian UPSR dan perubahan
persekitaran bilik darjah. Guru sekolah tersebut telah mengajar secara bergilir
semasa kelas petang untuk murid tahun 6.Guru- guru tersebut juga telah
mengambil masa selama sebulan setengah iaitu semasa cuti sekolah untuk
merubahkan persekitaran bilik darjah dengan mengecat semula bilik darjah,
membuat corak dan mewarna meja dan sebagainya.
Kesimpulanya, program Bina Insan Guru kali ini telah memberi banyak
impak yang positif dalam diri saya. Saya telah mempelajari banyak perkara yang
boleh diaplikasikan apabila menjadi sebagai seorang guru pada masa akan
datang. Program ini juga telah meningkatkan keyakinan dalam diri saya untuk
menjadi seorang guru. Hal ini kerana sebelum ini saya tidak mengetahui banyak
perkara mengenai sekolah. Hasil daripada aktiviti ini, saya dapat mengetahui dan
melihat banyak perkara mengenai sekolah. Pada masa akan datang, masa untuk
program ini perlu ditambahkan supaya mempunyai lebih masa untuk melawat
sekolah lain dan membuat perbandingan antara satu sekolah dengan sekolah
lain serta dapat berkomunikasi dengan murid-murid di sekolah tersebut. Hal ini
kerana dalam program ini saya tidak dapat masa untuk berkomunikasi dengan
murid-murid di sekolah tersebut. Saya berharap program sebegini akan
dikekalkan pada masa akan datang supaya lebih banyak pelajar guru dapat
memperolehi manfaat daripada program ini seperti yang saya perolehi.

Telah mempelajari
tentang kepentingan
semangat kerjasama
antara satu sama.

Mempelajari cara
menghubungi
sesebuah
sekolah

Telah mempelajari
teknik
membetulkan
tulisan murid dan
cara menarik murid
datang ke sekolah.

Menyedari bahawa
kita perlu
mengetahui laluan
ke sesebuah
destinasi.

Perlu melaksanakan
sesuatu kerja atau
tugasan dengan
segera.
Penilaian kendiri

Tidak boleh
menilai sesuatu
benda dari segi
pandangan luaran
sahaja.

Mempelajari tentang
cara-cara merapatkan
hubungan antara
pekerja di suatu
tempat.

Dapat melihat
dan mempelajari
contoh bilik
darjah ke abad
21

Menyedari bahawa
kerjaya guru
merupakan perkerjaan
yang mulia dan perlu
dilaksanakan dengan
penuh tanggungjwap
dan berdedikasi

Dapat mempelajari
beberapa aktiviti
yang baik dan
manfaat kepada
murid.

You might also like