You are on page 1of 3

Model pengurusan kelompok Kounin

Diasaskan oleh Jacob S. Kounin. Beliau dilahirkan pada 17 Januari 192 dan mati pada 7 Oktober 1995. Beliau melanjutkan pembelajaran beliau di di Wayne State Unversiti dalam bidang psikoligi pendidikan. Kounin memperkenalkan satu asas dalam pengurusan disiplin bilik darjah murid iaitu dipanggil sebagai asas keberkesanan Kounin di mana beliau menyatakan bahawa model yang

dilaksanakan dan dirangka olh beliau bergnatung sepenuhnya kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti oleh guru terhadap aktiviti aktiviti yang berlaku di dalam bilik darjah.

Terdapat beberapa perkara yang ditekankan oleh Kounin dalam pengurusan tingkah laku di dalam bilik darjah iaiatu sesuatu yang berkait rapat dalam bagaiana cara guru tersebut melakukan pemerhatian terhadap perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Kemudian Kounin juga menekankan perhal tenang bagaimana seorang guru melaksanakan pengurusan disiplin yang betul serta berkesan dalam bilik darjah. Perkara perkara tersebut elah diberikan garis panduan yang sebetulnya oleh Kounin dan setiap daripada itu amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) guru.

Banyak cara yang telah digariskan oleh Kounin di mana cara cara tersebut disenarikan sebagai cara cara dalam menguruskan bilik darjah dengan garis panduan yang betul dan benar. Antara cara cara dalam menguruskan bilik darjah seperti yang telah diperkenalkan oleh Kounin ialah dengan melaksanakan overlapping iaitu lebih dikenali sebagai satu pertindanan. Pertindanan di sini membawa erti dalam sesuatu perkara yang dilaksanakan oleh guru tersebut guru mestilah menyelitkan perkara u=yang lain agara dalam satu perlakuan dua perkara dapat diselesaikan. Pertindanan ini dapat menjimatkan masa serta guru akan kelihatan lebih tegas dalam melaksanankan sesuatu perkara di dalam kelas. Sebagai contoh ialah :

Ravi tolong duduk di tempat semula dan Ali boleh mulakan kerja yang saya berikan.

Berikut merupakan contoh bagi overlapping. Yang kedua ialah whitnesses iaiatu kesedaran dan juga kepekaan guru terhadap apa yang berlakuk di sekeliling kelas beliau. Seorang guru perlulah melihat dan juga sentiasa peka tentang apa yang terjadi di sekeliling kelas beliau dan pemerhatian guru juga perlulah meliputi semua murid bukannya murid murid yang tertentu sahaja. Seperti yang diketahui pemerhatian guru dan kepekaan mereka sangat penting kerana seorang guru yang berjaya adalah guru yang mampu mengawasi terhadap semua perkara yang berlaku disekeliling kelas beliau.

Yang ketiga ialah ripple effect di mana ia adalah satu terma di dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud kesan gelombang di mana setiap apa yang dilaksanakan oleh guru sama ada dari segi teguran ataupun sebagainya membawa kesan kepada keseluruhan murid di dalam bilik darjah. Tindakan guru tersebut

seperti menegur murid murid dapat dijadikan satu momentu dalam mengawal keseluruhan kelas tersebut. ini sangat dapat membantu dan menjimatkan masa bagi guru tersebut untuk mengawal kelas mereka.

Yang keempat ialah berkenaan smoothing iaiatu menegnai kelancaran di mana dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru tersebut menstilah mengamalkan smoothing iaitu satu jenis kelancaran di mana sebelum memulakan proses pengajaran dan juga pembelajaran guru seharusnya dirancang dari awal lagi agar tidak berlaku perleratan ataupun kelauar daripada apa yang hendak diajar. Akibat daripada perkara ini ialah murid akan berasa bosan dan mula melakukan aktiviti yang lain. Seperti yang dikehatui setiap aktiviti yang dirancang leh guru mestilah berdasarkan minat dan juga keseronokkan murid. Ia bergantung bagaimana guru tersebut mengawal kelas dengan betul apabila melaksanakan. Dalam melaksnakan aktiviti juga guru seharusnya tahu bagaimana untuk melakukan peralihan aktiviti tanpa disedari oleh murid dan oleh sebab itu guru seharusnya bijak dalam

melaksanakan perancangan. Guru juga seharusnya mengelakkan fragmentasi iaitu dengan mencerai ceraikan aktiviti padahal murid tersebut mampu melaksanakan keseluruhan aktiviti tersebut.

Yang kelima ialah mengenai momentum yang telah dikemukakan oleh Kounin di mana ia membicarakan tentang keadaan yang berlaku di dlaam kelas di aman keadaan tersebut memberi maklumat kepada guru tentang kejayaan belau mengawal ke las tersebut dengan berkesan. Antara yang telah dinyatakan oleh Kounin ialah murid tidak berasa bosan ketika berada di dalam kelas dan ia juga membuktikan bahawa kelancaran guru dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran ialah sangat berkesan. Keberkesanan guru ini juga diukur dengan penutup yang dilaksanakan oleh guru.

Yang terakhir ialah menegnai kepekaan kumpulan di mana ialah group alerting di mana guru meminta sedikit maklum bals daripada murid supaya setiap yang diajar oleh guru mendapat perhatian murid. Ia adalah lebih kepada sesuatu yang bersifatkan pengajaran guru yang berpusakan murid di mana murid bebas dalam memberi maklum bals dan sebagainya.

You might also like