You are on page 1of 2

Laporan ajk pengangkutan

Sebelum
Pada semester ini saya telah mengikuti program Bina Insan Guru fasa kelima
di SJK(T) Tun Sambanthan, Sungai Petani, Kedah. Sebelum pergi ke sekolah
tersebut saya bersama dengan seluruh rakan sekelas saya telah berbincang dan
membentuk sebuah Ajk baru untuk program BIG tersebut. Dengan ini saya telah
mendapat jawatan sebagai ajk pengangkutan. BIG kali ini telah dijalankan pada
1/3/2015 iaitu pada hari ahad. Oleh itu, pada hari rabu iaitu 26/ 2/2015 saya telah
pergi berjumpa dengan mentor saya untuk berbincang mengenai tempahan
coaster. Tetapi mentor saya telah membuat tempahan awal. Maka saya hanya
pergi ke pejabat pentadbiran untuk mengetahui nama dan nombor telefon bimbit
pemandu coaster yang akan membawa kami ke sekolah tersebut. Pada hari
jumaat iaitu 28/2/2015 saya telah memberitahu kepada seluruh rakan sekelas
tentang tempat dan waktu bergumpul iaitu di gelanggra pada pukul 8.10 pagi.
Saya juga telah memaklum bahawa coaster akan bergerak pada pukul 8.30 pagi
tepat.
Semasa
Pada pagi tersebut saya telah berada di gelanggara pada pukul 8.00 pagi.
Saya juga telah menghubungi pemandu coaster untuk memastikan bahawa
beliau telah menghadir ke IPG untuk membawa kami ke sekolah tersebut. Tepat
pada pukul 8.35 saya dan rakan sekelas saya telah bergerak ke sekolah
tersebut. Sebelum itu saya telah mengira jumlah rakan sekelas saya di dalam
coaster supaya tiada rakan sekelas yang tertinggal. Kami telah sampai ke
sekolah tersebut lebih kurang pada pukul 9.20 pagi. Selepas itu, saya telah
meminta pemandu coster tersebut untuk menbawa kami pulang ke IPG pada
pukul 2.00 petang. Setelah menghabiskan program, saya telah menghubungi
semula pemandu tersebut untuk datang mengambil kami. Tepat pada pukul 2.00
petang kami telah bertolak balik ke IPG. Sebelum itu, saya telah mengira jumlah

rakan sekelas saya di dalam coaster supaya tiada rakan sekelas yang tertinggal.

Selepas,
Saya dan rakan sekelas saya telah sampai ke IPG lebih kurang pada pukul
3.20 petang. Sebelum balik ke bilik, saya telah mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pemandu tersebut kerana telah berjaya membawa kami pulang dengan
selamat.

You might also like