You are on page 1of 21

NAMA NO.

I/C MAJOR/AMBILAN

: KU NUR FARHANIM BINTI KU IBRAHIM : 920605-02-5772 : PISMP SAINS/JAN 2012

NAMA NO. I/C MAJOR/AMBILAN TARIKH PBS IPG

: KU NUR FARHANIM BINTI KU IBRAHIM : 920605-02-5772 : PISMP SAINS/JAN 2012 : 27 OGOS 30 OGOS 2012 : IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

PERNYATAAN PROFESIONAL Sebelum PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah. Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan di sekolah rendah yang telah dipilih oleh guru pelatih masing-masing. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut disamping membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir.Setelah meneliti tugasan yang diberikan, fokus utama yang dikenalpasti adalah ; 1) Tugasan yang diberikan oleh IPGM Aktiviti refleksi, kolaborasi, pemerhatian dan laporan yang perlu dilaksanakan dan disediakan selepas selepas PBS, selaras dengan huraian tugasan dalam Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah. Tujuan tugasan yang diberikan adalah untuk : a) Memahami budaya sekolah b) Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah. c) Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid. d) Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran. e) Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. f) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan

analitikal. g) Membina sikap positif terhadap profesion keguruan. h) Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru. i) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi. Untuk itu, saya telah memilih satu sekolah di negeri Pahang iaitu Sekolah

Kebangsaan LKTP Jengka 16. Saya berminat untuk menjalankan PBS di sekolah ini kerana rakan saya pernah belajar di sekolah ini pada tahun 1994 hingga tahun 2000. Selain itu,sekolah ini juga merupakan sekolah yang terdekat dengan rumah rakan saya dan senang untuk tujuan ulang alik. Sebelum memulakan PBS di sekolah tersebut, saya mendapatkan maklumat sekolah terlebih dahulu seperti alamat lengkap dan nombor telefon untuk rujukan pihak institut. Setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar tugasan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Pada dasarnya, saya telah menyediakan draf awal untuk setiap perkara yang akan dilakukan sebelum bermulanya PBS.Misalnya menyediakan jadual untuk Ukuran Perkembangan Fizikal Kanakkanak,lakaran carta organisasi dan sebagainya. Dalam pada itu, setiap perkara yang akan dilakukan sepanjang PBS disediakan dengan laporan refleksi yang akan direkodkan selepas sahaja selesai melakukan sesuatu perkara tersebut. Ini bertujuan untuk motivasi diri dan membaiki kelemahan yang terdapat dalam diri ketika melakukan sesuatu perkara.

REFLEKSI HARIAN REFLEKSI HARIAN

TARIKH

CATATAN

27 Ogos 2012

Bertemu dengan Guru Besar. Memperkenalkan diri. Guru Besar memberikan taklimat tentang keadaan sekolah, peraturan sekolah dan memperkenalkan saya di perhimpunan. Saya menyerahkan borang kehadiran kepada guru besar. Saya diberikan seorang guru pembimbing, Puan Munah binti Yakoob

Berkoloborasi dengan mentor. Kelas ganti mengikut jadual yang telah diberikan oleh pejabat pentabbiran

28 Ogos 2012

Berkolaborasi dengan guru dan pentadbir Mengambil gambar-gambar yang diperlukan. Membuat pemerhatian di kelas mentor kami semasa beliau menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran.

Kelas ganti mengikut jadual yang telah diberikan oleh pejabat pentabbiran

29 Ogos 2012

Mengadakan sesi temubual bersama guru setiausaha kokurikulum Mengadakan sesi temubual bersama guru penyelaras makmal computer Mengambil gambar prasarana sekolah: -Makmal kemahiran hidup -Padang -Mural sekolah -Kelas pra-sekolah -Bilik rehat -Surau -Stor sukan -Kelas pemulihan

30 Ogos 2012

Menjalankan ujian pengamatan di sekolah Mengambil gambar murid yang menjalankan ujian tersebut

Berkongsi maklumat bersama rakan-rakan PBS yang lain Kelas ganti mengikut jadual yang telah diberikan oleh pejabat pentabbiran Tolong memasang bendera di sekeliling kawasan sekolah bagi sambutan Hari Kemerdekaan esok

31 Ogos 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan

Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan 1. Pemerhatian Saya telah melakukan beberapa pemerhatian bagi mendapatkan maklumatmaklumat yang berkaitan dengan tugasan PBS yang diberikan oleh pihak HEP. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati sekolah ini mempunyai struktur organisasi yang tersusun dan sistematik. 2. Senarai Semak Selain daripada itu, saya juga telah menggunakan kaedah senarai semak bagi mendapatkan maklumat mengenai kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam sekolah tersebut. Kemudahan Kantin Perpustakaan Kelas yang mencukupi Tandas LCD Pondok Pengawal Pondok bacaan Tempat basikal Padang permainan Bilik muzik Bilik tv Makmal sains Makmal kemahiran hidup Surau Stor permainan

Stor peralatan bertukang Bilik guru Pejabat Tapak perhimpunan Pondok rehat

ILMU / PENGETAHUAN BARU (PEMERHATIAN) Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu aktiviti yang dapat menambahkan pengetahuan dan pengelaman baru dalam dunia pendidikan bagi seorang guru pelatih. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi

hasil daripada PBS yang telah saya jalankan di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 16. Walaupun banyak kemudahan dan aspek yang ditekankan di sekolah ini,namun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dari pelbagai aspek tertentu supaya sekolah boleh melahirkan pelajar yang lebih baik dan sempurna. Sudah tentu setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri

tetapi sedikit perubahan dan tindakan perlu dilakukan untuk merealisasikan misi dan visi sekolah serta matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan Pusat dan juga

Sumber Sekolah (PSS) kurang memuaskan dari aspek

kebersihan

kekemasan. Keadaan ini mungkin kerana PSS ini kurang diambil perhatian terutamanya ketika saya menjalankan PBS ini, pihak sekolah sedang sibuk membuat persiapan untuk Sambutan Hari Kemerdekaan. Keadaan perpustakaan perlu berada dalam keadaan yang bersih dan kemas supaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran murid-murid dan pengajaran guru-guru di PSS.

Walaupun perhiasan yang ditampal dan digantung menampakkan keceriaan PSS ini, namun keadaannya seperti berserabut

kerana perhiasan di dalam PSS terlalu padat. Selain itu, mural tidak banyak terdapat di sekolah ini. Terdapat hanya 3 mural sahaja di sekitar sekolah ini di mana ketiga-tiganya telah berusia hampir 10 tahun. Warna-warna pada mural ini telah luntur ataupun

telah tertanggal daripada lukisannya. Keadaan ini secara tidak langsung memburukkan keceriaan sekolah. Kelemahan-kelemahan seperti itu perlu diperbaiki supaya suasana sekolah menjadi lebih ceria dan perkembangan minda pelajar menjadi lebih baik dan sihat. Walaupun begitu, terdapat kekuatan yang saya lihat di sekitar sekolah ini dari segi keceriaan sekolah, aktiviti dan program tidak kira dalam bidang akademik sekolah serta pencapaian aktiviti kokurikulum. sekolah Menurut

mahupun

pemerhatian saya, sekolah ini banyak menggantung kata-kata hikmat di kawasan

sekitar sekolah. Usaha seperti ini menyebabkan persekitaran sekolah kelihatan ceria dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran dalam kalangan murid-murid

walaupun di mana mereka berada. Selain itu, minda murid juga dapat dijana dengan baik.Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan yang telah saya lihat di sekolah ini termasuk usaha-usaha setiap guru dalam memastikan agar sekolah sentiasa menjadi sekolah yang terbaik di daerah Pahang. SK LKTP Jengka 16 banyak mencapai kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pencapaian ini bukan sahaja hanya dalam bidang kokurikulum, malah dalam bidang akademik. Perkara ini telah saya perhatikan melalui folio aktiviti sekolah. Kerjasama antara guru-guru dan murid-murid adalah kunci kejayaan kepada pencapaian ini. Selain dapat melihat kekuatan dan kekurangan pada sekolah yang dapat saya ambil iktibar, saya

juga dapat mengetahui cara pengurusan sesebuah sekolah dan rutin harian sesebuah sekolah. Berikut merupakan peranan pihak pengurusan yang saya perolehi hasil daripada temubual dan pemerhatian yang dilakukan.

LAPORAN AKHIR Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang

wajibdilakukan selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia ini.Mereka dikehendaki menjalankan PBS di sekolah-sekolah kerajaan dalam Negara.PBS merupakan pengalaman pertama bagi saya selaku pelajar Program Ijazah SarjanaMuda Perguruan (PISMP) semester 2 unit Sains. PBS ini meminta untuk saya ke sekolah bagi menjalani tugasan yang diberikan. Sekolah yang saya buat PBS ialah Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 16,Pahang. Sekolah ini dipilih kerana berhampiran dengan tempat tinggal rakan saya dan memudahkan saya dan rakan saya untuk berulang alik ke sekolah. Namun tujuan utama saya untuk ke sekolah itu kerana ingin mengetahui lebih mendalam lagi tentang sekolah tersebut.Dalam membuat refleksi kendiri, sepanjang saya berada di sekolah, saya telah mempelajari banyak perkara baru berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru semasa mengajar dan suasana serta iklim kelas itu sendiri. Semasa melaksanakan PBS, saya dapati pada diri saya berlaku perubahan dalam menyediakan keperluan untuk menjadi seorang guru antaranya dari aspek

penampilan,pergaulan, komunikasi dan pengurusan sama ada dengan pihak sekolah, para guru danmurid-murid. Apa yang boleh saya nyatakan di sini adalah tentang kesedaran emosi saya semasa melakukan PBS. PBS banyak mengajar saya berubah ke arah pemikiran dan pengurusan emosi yang positif, bukan dengan cara memberi tekanan kepada perasaan. Kawalan emosi sangat penting, kerana emosi merupakan segala tunjang perbuatan yang bakal kita lakukan. Emosi yang negatif membawa keburukan kepada diri kita. Melaui PBS juga dapat memupuk keyakinan diri saya dalam melakukan sesuatu perkara. Ia mengajar saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan untuk bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika berhadapan dengan murid-murid. Selain itu, ia juga menambahkan semangat saya untuk menimba ilmu pengetahuan. PBS juga banyak mengajar saya tentang menyedari keperluan orang lain terutamanya murid-murid yang membangun dan meningkatkan potensi diri sendiri.

Selain itu, PBS juga membolehkan saya menjadi bijak dalam berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. Tambahan lagi, saya dapat menyampaikanmaklumat dengan jelas dan meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan dasar ketebukaan dan telus dalam pergaulan. Melalui PBS juga, saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat di kalangan para guru, staf sekolah dan murid-murid serta berkongsi pemikiran untuk mencapai kesefahaman. menyesuaikan diri dengan idea-idea, pendekatan Malah saya dan maklumat juga yang dapat baru

diterima.Semasa menjalani PBS, barulah saya sedar bahawa saya perlu pandai menjangka sesuatu perkara, mengenal pasti dan memenuhi keperluan orang lain. Disamping itu, saya juga dapat melihat suasana dan iklim bilik darjah di sekolah tersebut,susun atur kelas, sudut carta dan bacaan semuanya banyak memberi gambaran bagi saya bahawa menyediakan sebuah kelas yang lengkap dari segi kemudahan dan informasi bukanlah perkara yang mudah bagi seseorang guru untuk mengendalikannya di samping kerjasama yang perlu di kalangan pelajar. Saya berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalankan PBS ini walaupun hanya sempat menghadirkan diri ke sekolah selama empat hari kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Amat sayang untuk meninggalkan sekolah tersebut kerana warga sekolah itu sangat mengalu-alukan kedatangan guru-guru pelatih ke sekolah ini. Pengalaman yang ditimba akan terpaku dalam sanubari dan akan digunakan sebaiknya sebagai bekalan mengajar kelak.

REFLEKSI KENDIRI Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi akhirnya dapat saya siapkan tugasan ini setelah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Sesungguhnya proses menyiapkan tugasan ini telah mengambil selama beberapa minggu.Pelbagai

pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 16. Saya telah menggunakan pelbagai cara dan pendekatan bagi mendapatkan maklumat berkaitan sekolah. Antaranya dan adalah memerhati dengan pihak

menggunakan

kaedah

permerhatian

dengan

meninjau

pengurusan sekolah dalam membentuk pengurusan yang baik kepada murid-murid. Manakala,guru-guru amat berkaliber dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Saya juga telah menemubual pihak pengurusan sekolah iaitu Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hem, guru, kakitangan sekolah dan juga murid sekolah. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah banyak membantu saya dalam mendapatkan maklumat berkaitan sekolah. Banyak pengalaman yang telah perolehi sepanjang lima hari melaksanakan PBS. Saya dapat memahami peranan pihak pengurusan sekolah dan peranan guru dalam bilik darjah berdasarkan pendekatan yang saya jalankan.Dengan penghasilan ini, saya dapat merasai pengalaman sebagai guru dan akan memberi komitmen dalam memperkembangkan potensi murid-murid dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan sosial. Walaupun terdapat beberapa halangan yang terpaksa saya tempuhi iaitu seperti kekangan masa kerana saya terpaksa menghantar 3 lagi esaimen pada minggu yang sama, namum saya rela mengorbankan masa tidur saya agar dapat memastikan tugasan ini siap pada masa yang dijanjikan. Selain itu, saya juga menghadapi beberapa masalah dalam proses menyiapkan esaimen ini kerana terdapat beberapa kekeliruan yang saya tidak fahami. Namun atas pertolongan rakan saya, akhirnya kekeliruan itu berjaya dirungkai dan saya dapat menyiapkan esaimen ini dengan jayanya.

PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH Lukiskan Pelan Bilik Darjah Yang Anda Bersama Membantu Mentor Melaksanakan Pengajaran Pembelajaran.
Pintu masuk Meja guru Papan hitam

meja murid

Pelan Bilik Darjah

Huraikan Bagaimana Bahan Dan Sumber Pengajaran Pembelajaran Dipamerkan Di Bilik Darjah Tersebut Digunakan Secara Berkesan. Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah bilik darjah merupakan aspek yang penting dalam penyampaian ilmu pengetahuan kepada muridmurid. Pelbagai bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam bilik darjah. Pelbagai cara telah digunakan dan dipamerkan bagi membolehkan pembelajaran berlaku secara optimum seperti kaedah gantung, tampal dan susun. Melalui pengalaman PBS yang dijalankan saya dapati bahawa setiap kelas mempunyai cara tersendiri dalam mempamerkan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran. Antara bahan yang disediakan di dalam bilik darjah ialah termasuklah buku, surat khabar,carta, replica, majalah dan sebagainya.Bahan dan sumber yang disediakan telah ditempatkan di tempat yang menarik dan mudah bagi memudahkan murid-murid mendapatkan maklumat.Selain itu, bahan dan sumber dipamerkan dengan cara yang menarik agar suasana pembelajaran di dalam bilik darjah kelihatan kondusif dan lebih seronok.Hal ini memudahkan murid-murid untuk memperolehi maklumat dan ilmu pengetahuan. Kaedah gantung, bahan dan sumber yang digunakan boleh digunakan murid-murid dengan mudah. Antara bahan yang digantung di dalam kelas ialah hasil kerja murid, akhbar dan buku. Bahan-bahan ini ditampal di tepi dinding dan ada yang digantung dengan tali.Sementara itu, bagi kaedah tampal, kebanyakkan kelas menampal bahan-bahan di papan kenyataan dan juga dinding bilik darjah. Bahanbahan yang ditampal termasuklah carta, gambar, keratan akhbar, dan nota-nota mengikut setiap mata pelajaran yang diambil oleh murid-murid. Manakala bahan-bahan seperti replika disusun di atas meja dan rak yang disediakan. Dengan cara ini murid-murid dapat menjaga keadaan replica yang terdapat di dalam bilik darjah dengan selamat.Di samping itu, didapati juga setiap kelas mempunyai sedikit ruang yang disediakan untuk meletakkan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran di bahagian belakang kelas. Rak-rak buku juga disediakan bagi meletakkan bahan-bahan bacaan dan hasil pelajar. Kemudahan rak buku ini membolehkan murid-murid menyusun buku-buku dengan lebih teratur dan mudah untuk mengenalpasti buku-buku yang hendak digunakan. Setiap kelas juga diwajibkan mempunyai sudut bacaan. Antara bahan-bahan yang terdapat di sudut

bacaan ialah buku, keratan akhbar, majalah mengenai isu pendidikan dan lain-lain lagi.Selain itu, terdapat juga kemudahan papan kenyataan bagi mempamerkan hasil kerja murid-murid. Contohnya, hasil kerja seni murid-murid.Tambahan pula, papan kenyataan yang disediakan oleh pihak sekolah digunakan oleh murid-murid untuk menjalani dengan berkesan. Murid-murid membahagikan papan kenyataan tersebut dengan beberapa mata pelajaran yang mereka pelajari. Setiap murid hendaklah menampal maklumat atau nota berkaitan mata pelajaran yang diagihkan.Kemudahan dan persekitaran bilik darjah yang menarik dan lengkap dengan pelbagai bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran akan mewujudkan perasaan seronok, menarik dan kondusif kepada murid-murid untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran. Susunan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam kelas juga dapat meransang minat murid-murid untuk membaca serta menggunakn bahan yang sedia ada pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Catatkan Bahan Dan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran yang Mudah Digunakan Oleh Murid. Terdapat beberapa bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid. Bahan-bahan yang disediakan dalam bilik darjah ialah buku, keratan akhbar, nota-nota yang ditampal, majalah dan replika. Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran ini ditempatkan di ruang belakang bilik darjah. Penyusunan buku-buku yang teratur di dalam rak buku yang disediakan oleh pihak sekolah memudahkan murid-murid untuk mengambilnya.Sementara itu, kemudahan papan kenyataan di dalam setiap kelas memudahkan murid-murid untuk menampal nota-nota mengenai mata pelajaran yang dipelajari oleh mereka. Nota-nota yang ditampal di papan kenyataan memudahkan murid-murid untuk membaca dan mengulangkaji setiap pelajaran yang telah dipelajari. Aktiviti menampal keratan akhbar atau majalah pula menggalakkan murid-murid untuk mencari maklumat.Murid-murid juga menampal maklumat-maklumat yang mereka perolehi di dinding bilik darjah. Mereka menulis maklumat di atas kad manila dan seterusnya menampalnya di dindingdinding dalam bilik sekolah. Terdapat juga bahan dan sumber pengajaran yang digantung di tepi tingkap. Hal ini memudahkan murid-murid melihat dan membaca maklumat-maklumat tersebut. Mereka juga akan merasa seronok dan puas hati apabila

melihat hasil kerja mereka dihargai.Bahan-bahan ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan. Adakah Murid Diberi Peluang Menggunakan Sumber pembelajaran Yang Berasaskan Ict? Penggunaan ICT sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran di sekolah amat dititik beratkan sama ada di sekolah Bandar mahupun sekolah luar bandar. Penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat muridmurid untuk belajar. Penggunaan ICT juga dapat memberikan input yang terkini dan berkesan kepada murid-murid.Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan, didapati bahawa penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat berkesan. Terdapat beberapa kelas yang mempunyai kemudahan LCD dan skrin. Kemudahan LCD ini memudahkan guru-guru untuk mengajar terutamanya dalam matapelajaran Sains yang menggunakan gambar rajah untuk menerangkan sesuatu fungsi objek.Kemudahan LCD membolehkan guru untuk menunjukkan gambar rajah dan animasi yang jelas kepada murid-murid. Hal ini dapat memudahkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari.

Penggunaan LCD juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar bersungguhsungguh.Penggunaan LCD juga adalah saling berhubung dengan penggunaan komputer riba. Kementerian Pendidikan telah memberikan inisiatif kepada guru-guru dengan penggunaan komputer riba yang boleh dipasang bersama-sama LCD di dalam bilik darjah. Selain penggunaan LCD, masih terdapat lagi segelintir guru yang menggunakan projector untuk menarik minat pelajar. Penggunaan projector dapat membantu guruguru untuk mengajar di samping membolehkan murid-murid memahami tajuk-tajuk yang diajar oleh guru.

Sejauh Manakah Murid Setiap Pembelajaran

Digalakkan

Melibatkan

Diri

Secara

aktif

Dalam

Pihak Sekolah kebangsaan LKTP Jengka 16 telah menggalakkan semua murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai bentuk aktiviti yang dijalankan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Hal ini adalah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang menyeluruh dan bersepadu dengan memperkembangkan potensi murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.Penglibatan secara aktif dalam kalangan murid-murid adalah amat digalakkan dalam setiap aktiviti pembelajaran yang diljalankan di sekolah.Melalui pemerhatian yang dibuat didapati terdapat beberapa kaedah dan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk melibatkan murid secara aktif.Perancangan aktiviti pembelajaran oleh guru hendaklah seimbang dan sesuai dengan tahap perkembangan murid-murid. Interaksi antara guru dan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam menarik minat dan tumpuan pelajar untuk mengikuti kelas dengan berkesan.Guru perlu menggunakan kaedah soal jawab dengan menyoal pelajar berkaitan topik yang dipelajari pada hari tersebut. Respon yang diberikan oleh murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan membuang perasaan takut untuk menjawab soalan yang berkaitan walaupun jawapan tersebut salah. Jawapan yang diberikan oleh murid-murid adalah berbeza-beza mengikut tahap kognitif mereka. Di sini, murid-murid dapat bertukar-tukar pendapat mereka dengan rakan sekelas dan juga guru. Kaedah yang meminta murid-murid untuk bangun dan baca petikan mengenai tajuk yang dipelajari pula dapat membantu murid membaiki sebutan yang salah. Guru dapat mengenalpasti kesalahan sebutan dalam kalaangan pelajar seterusnya membetulkan sebutan mereka. Sementara itu, kaedah belajar secara berkumpulan membolehkan murid-murid mengadakan sesi perbincangan dan berkongsi

pendapat dengan rakan sekelas. Di sini peranan guru sebagai fasilitator adalah amat penting dalam membantu murid mengatasi kekeliruan yang mereka hadapi. Kaedah ini juga dapat menyemai nilai-nilai yang murni di dalam diri setiap pelajar di samping membina konsep kendiri yang positif.Bagi melibatkan pelajar secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah menyediakan permainan minda yang

berkaitan topic-topik yang dipelajari . murid-murid biasanya amat menyukai aktiviti seperti kuiz, teka-teki, lakonan dan sebagainya. Penggunaan tayangan, rakaman, replika dan gambar rajah yang pelbagai warna dan bentuk juga dapat menarik perhatian murid. Guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam mengubah cara belajar mengikut perkembangan dan kesesuainya. Kenalpasti Cara Murid-Murid Dibahgikan Dalam Kumpulan-Kumpulan Tertentu Pelaksanaan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan merupakan satu kaedah yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian yang dibuat, didapati kedudukan murid-murid telah dikelompokkan secara seimbang. Murid yang mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang akan ditempatkan dengan pelajar yang kurang berkebolehan dalam bidang tersebut.Keahlian di dalam kumpulan tidak akan terdiri daripada murid yang mempunyai tahap kebolehan dan pencapaian yang sama. Mereka yang berkebolehan akan membantu kawan yang lemah. Dengan cara ini, murid yang lemah tidak akan rasa terasing daripada murid yang bijak. Walaubagaimanapun, terdapat juga guru yang mengagihkan kumpulan murid-murid berdasarkan kebolehan dan pencapaian mereka. Ini adalah untuk memudahkan sesi pembelajaran yang disampaikan oleh guru sesuai dengan tahap intektual murid-murid. kebiasaannya, guru akan menggunakan bahan yang berbeza dengan murid yang lemah dalam mata pelajaran tersebut. Tetapi semua murid akan mendapat maklumat yang sama. Walaupun begitu,kedudukan dalam kumpulan akan bertukar mengikut keperluan murid.

You might also like