You are on page 1of 2

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN AKHIR PBS

Sepanjang lima hari berada di SJK (C) Shing Kok, saya telah berjaya menamatkan
program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang kali pertama. Program PBS merupakan

LAPORAN AKHIR
satu perkara yang wajib kepada semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru di Malaysia.
Program ini hendak saya memilih sebuah sekolah rendah sebagai tempat utama untuk saya
menjalankan tugasan ini. Sekolah yang saya pilih adalah SJK (C) Shing Kok. Sekolah ini yang
menjadi pilihan hati saya dalam melengkapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana, sekolah
ini merupakan bekas sekolah saya ketika saya bersekolah rendah dahulu.

Pada hari pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah ini, banyak perubahan dari segi
bangunan, infrastruktur yang lebih selesa dan peralatan-peralatan seperti buku-buku di pusat
sumber, komputer yang lebih canggih dan mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran
murid serta keselesaan kelas yang dilengkapi dengan penghawa dingin yang ada. Selepas itu,
saya telah pergi ke pejabat sekolah untuk mendaftarkan diri. Sambutan baik dari Guru Besar
iaitu Pn Kong Yieng Sia menjadikan saya berasa tidak begitu cemas dan lebih bersemangat.
Saya telah diberi seorang guru pembimbing iaitu Pn Low Mee Cheng selaku Penolong Kanan
Pentadbiran sekolah ini yang sangat komited dan berdedikasi dalam membimbing saya
sepanjang saya berada di sekolah.

Sepanjang program PBS di sekolah ini, saya telah diberi kesempatan, ruang dan
kebebasan oleh pihak sekolah untuk bergerak sendiri di sekeliling kawasan sekolah untuk
mencari maklumat yang diperlukan. Malah, saya juga dialu-alukan untuk bertanya kepada
pihak pentadbiran sekolah jika terdapat sebarang persoalan dan perlukan bantuan.

Seterusnya, saya telah mengikuti Cikgu Tan Tong Lik masuk ke dalam kelas untuk
melihat proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini telah memberikan kesan yang cukup
besar kepada saya dalam mengetahui dan memahami teknik-teknik, kaedah-kaedah dan
pendekatan yang telah digunakan oleh guru berpengalaman terhadap murid yang berbeza
mengikut kepintaran bagi memastikan setiap anak didiknya memahami dan mencapai objektif
pengajaran yang diinginkan. Saya juga dapat memerhatikan bagaimana kawalan kelas sangat
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

penting ketika guru sedang mengajar. Walaupun purata saiz kelas Tahun 6 di sekolah ini hanya
sebanyak 5 orang. Guru-guru tidak boleh mengambil sikap lepas tangan terhadap murid-murid
di kelas Tahun 6 ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui peranan kakitangan sekolah dalam
memastikan sekolah berada dalam keadaan terbaik. Seorang guru besar berperanan penting

LAPORAN AKHIR
dalam mencorakkan masa depan sekolah. Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak
mendapat kerjasama dari guru-guru yang lain.

Bukan itu sahaja, dalam melengkapkan tugasan PBS, saya perlu mengumpulkan data
mengenai sekolah ini. Data yang telah dikumpulkan termasuklah mengenai organisasi sekolah,
prasarana sekolah, jumlah murid dan maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian saya
tentang sekolah akan direkodkan. Melalui aktiviti pengumpulan data ini telah melatih kami
supaya lebih bersikap proaktif dan hal ini sekaligus memberi pengetahuan kepada saya
mengenai apa yang sewajarnya ada dalam sebuah sekolah. Tambahan pula, saya juga
menjalankan temubual dengan guru besar, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid.
Saya dapat mengetahui peranan, harapan dan pandangan mereka berdasarkan isi
perbincangan yang dibincangkan. Melalui temubual ini telah melatih saya supaya bersikap
berani dan kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya.

Kesimpulannya, segala pengalaman saya dalam program PBS yang pertama ini akan
menjadi acuan kepada saya sebagai seorang guru. Saya akan sentiasa mengingati segala
pandangan dan cadangan yang diberi oleh guru sekolah sebagai bantuan untuk menghadapi
cabaran seterusnya.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

You might also like