You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Menurut Nik Safiah Karim, sintaksis adalah suatu kajian tentang hukum atau
rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu Bahasa. Beliau turut
mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji secara
mendalam bentuk, struktur dan binaan suatu ayat. Oleh itu, sintaksis ini lebih
kepada kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Sintaksis juga dimaksudkan sebagai
susunan kata-kata dalam sesuatu rangka kata atau ayat yang membentuk frasa
dan klausa.

2.0 FRASA

Frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu bahasa.
Frasa merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Ini kerana frasa
memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat. Bagi Nik Safiah
Karim et al (2008), frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu susunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang
berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Oleh itu, frasa ialah
satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yang mungkin terdiri daripada suatu
susunan kata-kata ataupun hanya satu kata yang berpotensi diperluaskan menjadi
dua atau lebih kata dengan kehadiran subjek dan predikat atau kedua-duanya
sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya. Di samping itu, frasa mestilah suatu
konstituen yang tidak bersifat sebuah klausa dan dari segi taburannya suatu frasa
itu boleh menjadi unsur klausa ataupun frasa sendiri.

1
2.1 FRASA NAMA

Frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada
satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu
konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri
daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat.

2
FRASA NAMA

SUBJEK PREDIKAT
BILANGAN PENJODOH INTI PENERANG 1 PENERANG 2
BILANGAN INTI PENERANG INTI PENERANG
- - sektor - pertanian - - di Malaysia
- - MAHA pameran pertanian - - yang dianjurkan oleh Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani
- - Pameran MAHA pertama - - berlansung pada bulan Julai 1999 yang
dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada
masa itu.
- - Pameran - - - - telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil,
Kuala Lumpur.
satu - keputusan - - - - telah dicapai agar MAHA dijadikan program
dwitahunan.
- - jualan produk keluaran usahawan perindustrian dalam sektor pertanian
satu - platform - - - - untuk memasarkan dan mengembangkan
perniagaan dalam sektor pertanian dengan
para pengeluar serta pedagang dari dalam
dan luar negara.
pameran MAHA - - - terbahagi kepada beberapa sektor
Tiga juta - pengunjung - - - - dari dalam dan luar negara untuk
berkunjung ke pameran ini.
- - ikan hiasan arowana - - -

3
2.2 FRASA ADJEKTIF

Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa


adjektif boleh menjadi predikat. Sebagai unsur keterangan, frasa adjektif
hadir setelah kata kerja atau frasa kerja, manakala sebagai unsur penerang
frasa adjektif hadir setelah kata nama atau frasa nama.

FRASA ADJEKTIF
SUBJEK PREDIKAT
FRASA NAMA PENERANGAN
(FRASA ADJEKTIF)
Antara tarikan semasa MAHA Labu paling besar
ialah Ikan hiasan arowana Yang termahal
Sayur-sayuran Segar
orkid Yang cantik

2.3 FRASA KERJA

Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan
kata kerja sebagai intinya. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa
kerja tak transitif. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata
kerja.

4
FRASA KERJA

SUBJEK PREDIKAT
KATA KERJA OBJEK KATA KERJA PELENGKAP KETERANGAN
TRANSITIF TAK TRANSITIF
MAHA merupakan satu usaha - - meningkatkan sektor pertanian di Malaysia.
kerajaan
MAHA merupakan pameran - - dianjurkan Kementerian Pertanian dan Industri -
pertanian Asas Tani
Pameran ini - - berlansung Taman Ekspo Pertanian Malaysia -
Serdang
Pameran tersebut - - diadakan - di Stadium Putra
Bukit Jalil
Tun Dr. Mahathir Mohammad, dirasmikan Pameran - - Pada bulan Julai
Perdana Menteri Malaysia MAHA yang 1999.
pada masa itu pertama
Pada MAHA 2002 dicapai - Agar MAHA
dijadikan
program
dwitahunan
MAHA Menyediakan Pusat - - Untuk aktiviti
setempat promosi dan
jualan produk.
MAHA merupakan satu - - Memasarkan/ Perniagaan dalam sektor pertanian Dengan para
platform mengembangkan pengeluar serta
pedagang dari
dalam dan luar
negara.
Pameran MAHA - - terbahagi Kepada beberapa sektor Iaitu sektor
perikanan,
pertanian,
hortikultur dan
ternakan.

5
2.4 FRASA SENDI NAMA

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada
satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada
kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang
letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata frasa sendi nama yang sering
digunakan dalam Bahasa Melayu termasuklah di, ke, dari, daripada, pada,
kepada, untuk, akan, bagi dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh
didahului dengan kata bantu,

FRASA SENDI NAMA

PREDIKAT

SUBJEK FRASA KERJA FRASA FRASA KETERANGAN


NAMA SENDI
NAMA
MAHA berjaya - lebih tiga juta dari dalam dan luar negara
menarik pengunjung
MAHA meningkatkan sektor di Malaysia
merupakan pertanian
satu usaha
kerajaan
MAHA dianjurkan - oleh Kementerian Pertanian
merupakan dan Industri Asas Tani
pameran
pertanian
Pameran berlansung - pada Bulan Julai 1999 yang
MAHA yang dirasmikan oleh Tun Dr.
pertama Mahathir Mohamad

Pameran diadakan - di Stadium Putra Bukit


tersebut Jalil, Kuala Lumpur

Kesimpulannya, terdapat empat jenis frasa yang digunakan untuk membentuk


ayat dalam petikan tersebut. Namun begitu, penggunaan frasa nama paling banyak
dan kerap digunakan dalam petikan “Pameran Pertanian”. Hal ini kerana petikan ini
lebih menjurus sejarah penubuhan dan kelebihan Pameran Pertanian, Hortikultur dan
Agropelancongan Malaysia (MAHA). Manakala frasa adjektif merupakan frasa yang
paling sedikit digunakan. Hal ini kerana huraian dalam petikan ini tidak memerlukan
penjelasan yang terperinci kerana ayat dalam petikan lebih kepada fakta.

6
3.0 KLAUSA

Klausa pula merupakan satu rangkaian perkataan yang terdiri daripada subjek
dan predikat. Klausa menjadi konstituen kepada ayat dan terbahagi kepada dua
jenis iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang
boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap manakala klausa tak bebas tidak
dapat berdiri sendiri kerana maknanya bergantung pada klausa bebas.

KLAUSA BEBAS KLAUSA TERIKAT


(KLAUSA UTAMA) (KLAUSA KECIL)
Pameran Pertanian, Hotrikultur dan di Malaysia.
Agroperlancongan Malaysia (MAHA)
merupakan satu usaha kerajaan untuk
meningkatkan sektor pertanian
Pameran MAHA yang pertama yang dirasmikan oleh Tun Dr
berlansung pada bulan Julai 1999 Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia pada masa itu.
Sejak penganjuran pameran bertaraf dari dalam dan luar negara untuk
Antarabangsa, MAHA berjaya menarik berkunjung ke pameran ini.
lebih tiga juta pengunjung
Pameran MAHA terbahagi kepada iaitu sektor perikanan, pertanian,
beberapa sektor hortikultur dan ternakan.
Terdapat beberapa laman yang turut iaitu Laman Sayur, Laman Ternakan,
menarik perhatian pengunjung Laman Perikanan dan Laman
Florikultur.
MAHA merupakan satu platform untuk dengan para pengeluar serta
mereka memasarkan dan pedagang dari dalam dan luar
mengembangkan perniagaan dalam negara.
sektor pertanian

7
4.0 KESIMPULAN

Bidang sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji


bentuk, struktur dan binaan ayat. Unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah
ayat, klausa dan frasa. Dalam bidang sintaksis, cara membentuk sesebuah ayat
dengan sempurna mudah diingat jika diteliti perbezaan pola-polanya secara
berperingkat-peringkat. Secara holistiknya, daripada definisi-definisi yang telah
dikemukakan dapat disimpulkan bahawa sintaksis merupakan bahagian daripada
tatabahasa yang membicarakan kaedah kombinasi kata yang menjadi satuan
gramatik yang lebih besar yang berupa frasa, klausa dan ayat, serta penempatan
morfem-morfem suprasegmental (intonasi) bersesuaian dengan struktur semantik
yang dituturkan oleh pengguna sebagai dasarnya.

8
RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis.


Pahang: PTS Publication & Distributots Sdn. Bhd.

Asraf. (2012). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi


Sdn. Bhd.

Abdul Talib Mohd. Hassan. (1995). Saga. Kuala Lumpur: Utusan Publication and
Distributors Sdn. Bhd.

Dr. Ali Mahmood, Mahsuri Badari, Dr. Seman Salleh dan Musyi Zainal Abidin
Kasim. (2008). Pembelajaran Morfsintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Open University Malaysia.

Hashim Musa. (1990). Sintaksis Bahasa Melayu: Suatu Huraian Berdasarkan


Rumus Struktur Frasa. Kuala Lumpur: Agensi Penerbitan Nusantara.

Nik Safiah Karim. (1989). Frasa Nama dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.

Nik Safiah Karim. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Kumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like