You are on page 1of 4

1.

0 PENDAHULUAN

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermaksud
orang. Etnik dari segi bahasa pula boleh didefinisikan sebagai sesuatu kaum atau
bangsa manakala dari segi istilah, etnik adalah satu kelompok manusia yang
ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, bahasa, kegiatan
ekonomi dan sebagainya. Jadi secara umumnya, sesuatu etnik ini dapat dikelaskan
melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi.
Konflik pula bermaksud pertelingkahan, pertikaian dan perbalahan. Konflik-konflik
antara etnik sering berlaku di dunia kita. Antara konflik yang paling kita ketahui adalah
konflik pembersihan etnik di Bosnia.

2.0 PEMBERSIHAN ETNIK DI BOSNIA

Konfik etnik yang terjadi di Bosnia adalah gabungan daripada faktor politik dan
agama. Bosnia secara rasminya menjadi sebuah negara merdeka pada 15 Oktober.
Sarajevo yang menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada tahun
1463 turut mempunyai hubungan dengan agama Islam dan terus berada bawah
penguasaan Turki Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun. Sepanjang tempoh ini,
puak Slavs yang berpegang pada mazhab Kristian telah memeluk agama Islam dengan
kerelaan mereka sendiri. Rentetan daripada itu, umat Islam telah muncul di Bosnia,
iaitu di tengah-tengah Semenanjung Balkan.

Konflik Bosnia-Herzegovina yang berlaku pada tahun 1875 adalah disebabkan


oleh kebangkitan orang Kristian yang cuba menjatuhkan empayar Uthmaniyyah di
Bosnia. Melalui perjanjian Berlin pada tahun 1878, Bosnia-Herzegovina telah
diletakkan di bawah pentadbiran sementara empayar Austria-Hungary waluapun ketika
itu Bosnia merupakan sebahagian daripada kawasan Turki Uthmaniyyah. Namun pada
tahun 1908, Turki Uthmaniyyah telah ditawan dan Bosnia tidak berada di bawah
pemerintahan Islam lagi. Selepas pengunduran Turki Uthmaniyyah, serangan dan
gangguan terhadap umat Islam berlaku.
Perang di Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah konflik senjata antarabangsa
yang berlaku pada Mac 1992 sehingga November 1995. Perang ini melibatkan
beberapa pihak seperti Bosnia, Republik Persekutuan Yugoslavia dan Croatia. Serbia
juga turut terlibat apabila memberikan sokongan ketenteraan dan kewangan kepada
angkatan tentera Serb yang terdiri daripada Tentera Rakyat Yugoslav. Selain itu,
Croatia memberikan sokongan ketenteraan kepada tentera Croatia untuk
mengisytiharkan diri mereka sebagai Komuniti Herzeg-Bosnia. Tentera kerajaan
Croatia pula diketuai oleh Tentera Republik Bosnia-Herzegovina.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya isu dan konflik Bosnia.
Faktor-faktor tersebut dapat dibahagikan kepada dua iaitu faktor dalaman dan luaran.
Antara faktor dalaman yang menyebabkan berlakunya konflik adalah pengisytiharan
kemerdekaan Croatia dan Bosnia dari Serbia serta pengisytiharan Eropah ke atas
kedua-dua buah negara tersebut. Sikap golongan Serbs yang berhasrat menguasai
semua etnik di Yugoslavia dengan memaksa mereka menggunakan bahasa Serbs dan
menganut Kristian Ortodoks turut menjadi faktor penyumbang. Puak Serbs bertindak
kejam apabila melakukan keganasan terhadap rakyat Bosnia-Herzegovina yang
beragama Islam dan Roman Katolik. Mereka telah membunuh, merogol,
memusnahkan kenderaan dan kawasan awam rakyat Bosnia-Herzegovina.

Keganasan telah tercetus pada April 1992 apabila kaum Bosnia Serbs bertindak
ekoran undian oleh pihak Bosnia untuk mencapai kemerdekaan. Mereka bertindak
menyerang Sarajevo dan kawasan lain, iaitu kebanyakannya terdiri daripada bandar
yang didiami oleh kaum Muslim. Pihak Serbs menuntut supaya Bosnia digabungkan
dengan Serbia. Antara faktor luaran pula adalah sikap PBB yang terlalu tunduk kepada
desakan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia menyukarkan lagi keadaan
di Bosnia dan ini telah memberikan ruang kepada Serbs untuk bertindak. Malah
keputusan PBB dengan membat genjatan senjata ke atas semua wilayah Yugoslavia
tetapi membiarkan semua pihak Serbs memiliki senjata ibarat memberi lesen
membunuh kepada Serbs. Perbuatan ini dikecam hebat oleh negara-negara lain.
Bagi menyelesaikan konflik Bosnia ini, beberapa usaha damai telah diusahakan
oleh pelbagai pihak termasuklah PBB dan Amerika Syarikat. Akhirnya kejayaan
menyelesaikan konflik Bosnia tercapai apabila Perjanjian Dayton termenterai di
Bosnia-Herzegovina yang merupakan satu perjanjian keamanan dibuat di Wright-
Patterson Air Force Base berdekatan dengan Dayton, Ohio pada bulan November
1995. Perjanjian ini kemudian ditandatangani secara sah di Paris pada 14 Disember
1995. Tindakan ini telah menamatkan perang di Bosnia yang berlaku selama tiga
setengah tahun. Perjanjian itu turut dikenali sebagai The Treaty of Dayton.

3.0 IMPLIKASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Konflik pembersihan etnik yang berlaku di Bosnia secara tidak lansung telah
memberi kesan ke atas pendidikan di negara kita, Malaysia. Jika kita lihat, rakyat
Malaysia sememangnya sensitif jika sesuatu isu yang muncul itu mempunyai kaitan
dengan isu keagaamaan. Tambah pula jika kes tersebut melibat penindasan dan
kekejaman terhadap umat Islam. Pelajar-pelajar negara kita turut mudah terpengaruh
dengan isu tersebut sehinggakan mereka tidak sedar yang mereka masih tidak layak
untuk membincangkan isu politik. Malah, pelajar-pelajar yang melibatkan diri secara
tidak lansung terhadap isu ini juga membawa fahaman masing-masing dan akhirnya
akan membawa kepada perbalahan. Perkara ini akan menjejaskan pelajaran dan
impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan
terganggu.

Impak seterusnya adalah pertukaran pelajar ke negara-negara yang mengalami


konflik akan turut terhenti. Hal ini kerana, negara tersebut sedang mengalami
pergolakan dan tahap keselamatan negara berada di tahap bahaya. Pelajar tidak
berani untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana bimbangkan keselamatan
diri mereka. Malah, keadaan ekonomi negara yang sedang bergolak amat tidak stabil
dan akan menyukarkan pelajar untuk menyara hidup mereka di sana. Pihak kerajaan
Malaysia sendiri tidak akan membenarkan rakyatnya untuk melanjutkan pelajaran ke
negara tersebut seperti negara Bosnia kerana ingin menjaga keselamatan dan
kebajikan rakyatnya. Selain itu, negara Bosnia juga tidak mampu menghantar pelajar
mereka ke luar negara kerana tidak mampu menjaga kebajikan pelajar mereka kerana
mengalami krisis ekonomi dan sebagainya.
Akhir sekali, perkembangan dan pertukaran ilmu antara sesebuah negara akan
terbantut. Ini akan menyebabkan para cerdik pandai negara tidak dapat berbincang
bersama si cerdik pandai negara lain. Ini menyebabkan sistem pendidikan Malaysia
tidak dapat berkembang maju dan akan tetap berada di takuk yang sama. Ilmu yang
diterima pelajar juga menjadi tidak meluas dan terhad kerana proses pembelajaran
hanya tertumpu di dalam negara.

4.0 RUMUSAN

Konflik pembersihan etnik di Bosnia ini banyak memberi pengajaran kepada


penduduk dunia khususnya Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang
didiami oleh penduduk pelbagai kaum dan ini merupakan satu cabaran besar yang
perlu digalas oleh setiap penduduk. Sekiranya rakyat negara Malaysia tidak memiliki
dan mengamalkan nilai toleransi dalam diri mereka masing-masing, nescaya negara
Malaysia suatu hari nanti juga akan menghadapi konflik yang sama seperti yang
berlaku di Bosnia. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dan hapuskan sifat
perkauman yang wujud dalam diri individu untuk menjamin kesejahteraan hidup dan
supaya Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2050.

You might also like