You are on page 1of 12

HSI 343 : SEJARAH ASIA BARAT

NAMA AHLI : FARZANAH BINTI ABDUL GHANI


123575
FATIMAH BINTI HAASAN AMIR 123577
TUTORIAL :

RABU (2PM-3PM)

PENSYARAH :
ZAKARIAH

DR. MUHAMAD HASRUL BIN

SOALAN 10:
Kekacauan dan perang
saudara di Lubnan sejak
tahun 1943 berpunca
daripada
campur
tangan Syria pasca era
mandat
Perancis.

LATAR BELAKANG LUBNAN

Terletak di sebelah Barat Laut Asia, iaitu sebelah timur laut


Meditterranean dan bersempadan dengan negara Syria dan
Israel.

Pada asalnya, Lubnan hanya sebuah daerah dibawah kuasa


Syria atau Syam tetapi dijadikan sebuah negara pada tahun
1943 selepas diberikan kemerdekaan oleh Perancis.

Lubnan pernah dikuasai oleh kerajaan Parsi, Rom, Byzantine,


Phoencia dan juga Arab. Semasa zaman kegemilangan Kerajaan
Turki Uthmaniyyah, Lubnan telah ditakluki oleh Sultan Selim I
pada tahun 1516.

Namun,
kejatuhan
Kerajaan
Turki
Uthmaniyyah
telah
menyebabkan Lubnan diserahkan kepada Perancis. Pada 22
November 1943, Perancis memberi kemerdekaan kepada
Lubnan dan dikenali sebagai Republik Lubnan.

Penduduknya terdiri daripada orang Islam (Sunni, Syiah, Druze)


dan orang Kristian (Maronite, Ortodoks Greek, Katolik Greek).

DASAR PECAH DAN PERINTAH


PERANCIS

Selepas kemerosotan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada Perang Dunia


Pertama, Syria termasuk Lubnan yang merupakan sebahagian daripada
Syria terpaksa diserahkan kepada Perancis melalui Penjanjian SkyesPicott pada tahun 1916.

Ketika Perancis menguasai Lubnan, pihak kerajaan Perancis telah


bertindak untuk memberikan kawasan Gunung Lubnan dan wilayah
disekitarnya kepada golongan Maronite.

Pada masa yang sama, masyarakat Druze dan Islam juga menduduki
kawasan pergunungan tersebut.

Perancis juga memberi kuasa kepada Kristian Maronite untuk memerintah


Lubnan. Dalam perlembagaan Lubnan, Presiden Lubnan mestilah seorang
yang beragama Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah seorang
pengikut Muslim-Sunni dan Speaker Parlimen dilantik daripada pengikut
Muslim-Syiah.

Keadaan ini kemudiannya telah menyebabkan golongan kristian Maronite


yang menguasai Lubnan pada ketika itu enggan untuk berkongsi kuasa
dengan saudara Arab mereka yang beragama Islam.

Tambahan lagi golongan Maronite ini memiliki sentimen keagamaan yang


tinggi yang sememangnya telah diwarisi sejak zaman-berzaman malah
semenjak dari awal kedatangan Islam ke Lubnan lagi.

Selain itu, golongan kristian Maronite juga tidak mahu menerima idea PanArabisme yang menyeru kepada semangat nasionalisme Arab sebaliknya
golongan ini telah berjaya mewujudkan semangat Lubnanisme dalam
kalangan golongan Kristian Lubnan kerana mereka menganggap diri mereka
sebagai bangsa Lubnan dan bukannya Arab.

Pada tahun 1943, satu perjanjian tidak bertulis yang dikenali sebagai
National Pact telah dimeterai di antara semua puak dan kaum di Lubnan.
Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut lebih memberikan kelebihan
kepada pihak Maronite sendiri.

Pihak muslim kemudiannya telah menuntut supaya bancian dilakukan supaya


pemerintahan
dibahagikan
mengikut
demografi
penduduk.
Namun,
malangnya golongan maronite telah menolak usul tersebut.

Keadaan ini sekali gus telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
penduduk asal muslim yang merupakan penduduk majoriti di Lubnan sejak
dari dulu lagi. Rasa tidak puas hati akhirnya mendorong kepada berlakunya
pergolakan antara penduduk Lubnan itu sendiri.

Selain itu, pertelagahan juga turut berlaku dalam kalangan masyarakat Islam
Lubnan itu sendiri iaitu pertelagahan antara Islam Sunni dan juga Syiah.
Pertelagahan sedemikian berlaku apabila puak Sunni semakin terpinggir dari
aspek politik dan juga ekonomi. Maka, kewujudan keadaan sedemikian telah
menjadikan keadaan di selatan Lubnan menjadi semakin tegang.

JURANG EKONOMI DI LUBNAN

Perang saudara di Lubnan juga tercetus kerana kewujudan jurang dalam bidang sosioekonomi.

Dari aspek ekonomi, dilihat golongan Kristian mendapat manfaat dari kemajuan Lubnan sementara
golongan Muslim pula masih hidup dalam belenggu kemiskinan.

Hal ini berlaku kerana dasar Perancis yang mengutamakan kebajikan orang Kristian khususnya Maronite.

Golongan ini juga turut sama telah diberikan kesempatan untuk memperolehi pendidikan yang lebih baik
sehingga lahirnya golongan-golongan yang terpelajar dan mampu untuk memegang jawatan dalam bidang
ekonomi.

Ini menyebabkan kaum muslim yang rata-ratanya adalah penduduk majoriti di bumi Lubnan ini terus
ketinggalan dan sekali gus telah menjadikan mereka tercicir daripada kemajuan ekonomi Lubnan.

Keadaan ini menjadi semakin teruk lagi apabila sistem ekonomi liberal turut dilaksanakan di
Lubnan. Melalui pelaksanaan sistem ekonomi ini, negara tidak banyak campur tangan dalam bidang
ekonomi tetapi sebaliknya ekonomi adalah bergantung kepada mekanisme pemasaran.

Melalui pelaksanaan sistem tersebut, pemilik-pemilik modal akan dapat menguasai ekonomi dengan
sesuka hati dan menyebabkan mereka yang kurang mampu terpinggir dalam bidang ekonomi.

Oleh itu, disebabkan oleh jurang ekonomi ini maka ianya telah membangkitkan rasa tidak puas hati dan
telah membawa kepada meletusnya perang saudara di Lubnan

MASALAH KEWUJUDAN PASUKAN


TENTERA LUBNAN

Disebabkan keengganan golongan Maronite berkongsi kuasa pemerintahan,


maka wujudlah penubuhan tentera berasaskan kaum dan agama.

Kewujudan pelbagai pasukan militant telah menyebabkan Lubnan semakin


tegang kerana pertelingkahan antara parti dan pasukan tentera.

Contohnya, Lebanese National Movement (LNM) @ Pergerakan Nasional


Lubnan dipimpin oleh Kamal Jumlat-Muslim Druze dan pertubuhan ini
dianggotai oleh puak Muslim seperti Syiah, Sunni dan juga Druze.

Pertubuhan ini memperjuangkan sosioekonomi yang lebih adil dan mencapai


persefahaman kebangsaan serta berpihak kepada PLO.

Lebanese Front pula adalah daripada Kumpulan Kristian Phalangist dan parti
Kataib. Lebanese Front ini dianggotai oleh keluarga Gameyel dan yang
kemudiannya telah dibantu oleh Israel. Pada tahun 1982, Bashir Gamayel
telah dilantik untuk mengetuai LF.

Penubuhan pasukan ketenteraan yang berasaskan agama dan juga puak ini
menjadikan perang saudara Lubnan menjadi semakin sengit. Hal ini kerana
tujuan penubuhan Lebanese Front ini adalah untuk menentang Lebanese
National Movement (LNM).

MASALAH PELARIAN PALESTIN

Semenjak tercetusnya Perang ArabIsrael pertama iaitu pada tahun


1948, ramai pelarian Palestin berhijrah ke Lubnan.

Kewujudan pelarian yang bilangannya semakin meningkat di Lubnan


telah menyebabkan kebimbangan kepada golongan Maronite di
Lubnan.

Hal ini demikian kerana mereka takut peningkatan pelarian Palestin


ini akan membentuk satu entiti politik yang kuat menyokong
masyarakat muslim di Lubnan seterusnya mengukuhkan kedudukan
PLO di Lubnan.

Keadaan ini semakin membimbangkan golongan kristian Maronite


yang sememangnya mahukan dominasi mereka berterusan di
Lubnan. Oleh itu, bagi mengekang isu tersebut, golongan Maronite
(Phalangist) telah menjalinkan kerjasama dengan Israel bagi
mengekalkan dominasi mereka berterusan di Lubnan.

Sementara di pihak Israel pula, telah bersetuju untuk membantu


golongan maronite kerana melalui kerjasama tersebut, Israel akan
dapat mewujudkan satu bentuk penguasaan ke atas sumber airnya di
Sungai Litani.

CAMPUR TANGAN SYRIA

Serangan demi serangan yang dilakukan oleh pasukan Kataib ke atas


kem pelarian Tel al- Zatar sehingga merebak ke kem Damur, Beirut
dilihat adalah satu penentangan orang Kristian Lubnan terhadap orang
Islam Palestin telah membangkitkan penentangan daripada pemimpinpemimpin kiri Lubnan dan Palestin.

Pada masa yang sama juga, peristiwa ini juga telah membawa kepada
campur tangan Syria. Pada mulanya Syria memihak untuk menjaga
keselamatan pelarian Palestin, mewujudkan perdamaian antara
golongan kanan dan golongan kiri lubnan, serta bagi memastikan Ellias
Sarkis
dilantik
sebagai
presiden
Lubnan
yang
baru.
Walau
bagaimanapun, pemimpin golongan maronite iaitu Kamal Jumblat telah
menentang usaha Syria yang telah bertindak sebagai orang tengah
dalam persengketaan antara kumpulan kiri dan kanan di Lubnan.

Namun begitu, Syria akhirnya memilih untuk berpihak kepada Kristian


Maronite. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan kemungkinan untuk
diserang oleh Israel. Dalam masa yang sama Syria mahu menjaga
kepentingannya di pelabuhan Beirut. Oleh itu, daripada peristiwa ini,
dapat dilihat bahawa penglibatan atau campur tangan Syria telah
menyebabkan keadaan di Lubnan ini menjadi semakin rumit apatah lagi
tindakannya menyerang khemah-khemah pelarian adalah sama seperti
tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Israel.

Peristiwa Penyembelihan di
Sabra Shatilla

Peristiwa penyembelihan di Sabra Shatilla melibatkan pembunuhan pelarian Palestin di


Beirut Lubnan. Dalam masa yang sama, telah berlaku konflik antara golongan Phalangist
dan Israel dengan golongan Muslim Lubnan dan PLO. Konflik ini menyebabkan Amerika
Syarikat campur tangan yang membawa kepada gencatan senjatan antara Israel dengan
PLO.

Dalam perjanjian tersebut, Pihak Palestine Liberation Organization (PLO) telah bersetuju
untuk meninggalkan Lubnan di bawah penguasaan antarabangsa. Israel pula telah
bersetuju untuk tidak terus mara ke Beirut dan juga berjanji akan menjaga serta
menjamin keselamatan orang awam yang tinggal di khemah-khemah pelarian.

Kematian Gamayel Bachir menyebabkan kemarahan golongan Palangist seterusnya


bertindak untuk bekerjasama dengan Israel untuk membalas dendam terhadap orang
Palestin. Akhirnya kerjasama ini memberi peluang kepada Israel untuk menceroboh
Beirut.

Israel telah bertindak mengepung kawasan petempatan utama rakyat palestin di


Lubnan. Mereka dapati masih terdapat seramai 2000 orang anggota PLO yang masih
berada di khemah Sabra dan Shatila iaitu khemah bagi pelarian palestin.

Semasa tentera daripada parti Phalangist ini memasuki khemah pelarian tersebut,
mereka telah menyembelih kesemua orang yang menduduki kem tersebut termasuklah
kaum wanita, kanak-kanak dan juga golongan orang tua. Dalam tempoh masa dua hari
sahaja telah dianggarkan bahawa seramai seribu orang yang telah menjadi mangsa
kepada operasi pembersihan yang dilakukan oleh tentera Kataib.

KESIMPULAN

Kesimpulanya, konflik dan perang saudara yang berlaku di


Lubnan bukan sahaja didorong oleh campur tangan Syria
selepas era mandat Perancis. Namun, ia turut didorong oleh
faktor-faktor lain seperti yang telah dibahaskan.

You might also like