You are on page 1of 15

Bandingkan perkembangan kesedaran sosial dan politik yang berlaku di Burma dan

Filipina antara tahun 1900-1940.

Sememangnya nasionalisme semestinya akan berlaku kepada Negara-negara yang telah

dijajah. Pada mulanya ianya berbentuk keamanan dengan mahu menunjukkan cintanya

rakyat di sesebuah Negara itu terhadap negaranya. Nasioanalisme bolehlah didefinesikan

sebagai cintakan tanah air dalam mebentuk sebuah Negara bangsa. Dengan kata lainnya,

nasionalisme boleh dikatakan sentimen kesetiaan yang mengikut sekumpulan masyarakat

menerusi institusi budaya yang sama untuk mewujudkan perpaduan dengan mencapai

pembentukkan Negara yang merdeka1. Ini disebabkan berlakunya semangat nasionalisme

ini kerana mereka merasakan bahawa kebebasan yang mutlak bukanlah terletak pada

penjajah yang menjajah. Sebaliknya merekalah yang menggerakkannya dalam erti kata

kebebasan. Kedatangan para penjajah ini sebanarnya sudah bermula pada abad ke 15 lagi

iaitu kedatangan Portugis dan diikuti oleh Sepanyol dan kuasa-kuasa besar yang lain.

Tujuan mereka pada mulanya ialah untuk berdagang. Tetapi atas dasar kedudukan yang

strategik dan kekayaan hasil bumi lantas mengubah niat mereka untuk menjajah Negara-

negara di Asia Tenggara ini dengan tujuan untuk mengaut kekayaan hasil bumi serta

meluaskan pengaruh mereka2.

Jadi, apa yang dapat kita fahami disini ialah sememangnya sebelum perang dunia kedua

lagi telah berlaku semangat nasionalisme contohnya di Filipina, Indonesia, Kemboja,

Myanmar, Vietnam lain-lain lagi. Sepanjang dekad 1940-an, suasana politik di negara-

1
K. Ratnam, 2006, Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Pustaka
Sarjana Sdn. Bhd., hlmn. 432.
2
Cik Zaharah binti Ahmad, En. Abd. Majid bin Abd. Halim, 1972, Sejarah Asia Tenggara Moden, DBDP,
hlmn. 21.
negara Asia Tenggara mengalami satu perubahan yang cukup menarik iaitu perubahan

kearah kemerdekaan daripada negara penjajah barat seterusnya membentuk kerajaan

sendiri. Di Asia Tenggara, nasionalisme secara khususnya membawa pengertian kepada

satu kesedaran yang membangkitkan semangat bertujuan untuk mendapatkan kebebasan

dan kemerdekaan daripada penjajah.3 Nasionalisme di Asia Tenggara juga dapat dilihat

dalam bentuk satu “usaha bagi menamatkan penjajahan serta merombak nilai-nilai dan

institusi politik secocok dengan konsep negara bangsa yang bebas dan berdaulat” seperti

Vietnam dan Burma.4 Anti-Kolonialisme pula membawa maksud melawan dasar dan

amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas negara lain. 5 Sifat ini

dipengaruhi oleh ideologi sosialisme dan komunisme yang tersebar luas di Eropah sejak

awal abad ke-20 yang menuntut kearah pembebasan hidup. 6 Apa yang jelas, gerakan anti-

kolonialisme adalah tindak balas masyarakat Asia Tenggara terhadap imperialisme Barat

yang sudah lama dipendamkan bertujuan menghalau penjajah daripada tanah air mereka.

Sememangnya, terdapat beberapa sebab penting dalam mencetuskan semangat

nasionalisme dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara yang seterusnya membawa kepada

kemerdekaan kepada negara-negara Asia Tenggara. Gelombang kebangkitan

nasionalisme dan anti-kolonialisme sebenarnya sudah bermula sebelum dekad 1940-an

lagi di Asia Tenggara. Pada peringkat ini, nasionalisme yang berlaku di Asia Tenggara

tidaklah menyeluruh disebabkan masyarakat Asia Tenggara pada ketika itu masih

dibelenggu dengan masalah pendidikan, tekanan dasar ekonomi penjajah dan cengkaman

politik feudal.7 Namun, pada ketika itu dapatlah dikatakan nasionalisme di Asia Tenggara
3
Wan Abdul Rahman Latif et. al., 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, hlm. 326.
4
Abu Talib Ahmad, 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, hlm. 115.
5
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, hlm. 55 & 694.
6
Joginder Singh Jessy, 1978. Sejarah Asia Tenggara 1500-1945. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. hlm. 30.
7
Menurut Andeson (1978), sebelum tahun 1941, nasionalisme disifatkan sebagai sebuah komuniti politik yang hanya merupakan
satu khayalan semata-mata kerana setiap penduduk sesebuah Negara itu tidak mungkin mengenali kebanyakan anggota
sudah mula bertapak secara perlahan-lahan. Pada ketika itu juga penerimaan masyarakat

Asia Tenggara sendiri terlalu terkongkong dengan pemikiran yang mengagungkan

kekuatan penjajah yang sukar ditewaskan.

SEBAB MUSABAB KEBANGKITAN NASIONALISME & ANTIKONIALISME

FAKTOR POLITIK

Perkembangan nasionalisme peringkat awal ini dapat dilihat di Burma. Menurut

Frank Trager (1966), menyifatkan nasionalisme negara Burma telah bermula sejak tahun

1885 lagi dan nasionalisme ini telah melalui beberapa peringkat sehinggalah Burma

mencapai kemerdekaan pada tahun 1948.8 Apa yang jelas, secara keseluruhannya

perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara dapatlah dikatakan berlaku secara evolusi

sebelum mencapai ke kemucaknya pada dekad 1940-an. Pada dekad 1940-an,

perkembangan semangat nasionalisme dan anti-kolonialisme semakin jelas dengan

munculnya golongan berpendidikan yang seterusnya mengepalai gerakan di negara-

negara masing-masing. Pada dekad 1940-an juga terdapat tiga pembahagian sebab

musabab utama iaitu politik, ekonomi dan sosial sebelumnya yang membawa kepada

semangat nasionalisme dan anti-kolonialisme di Asia Tenggara.

Masyarakat di Asia Tenggara secara umumnya dibahagikan kepada dua kumpulan

besar. Pertama ialah masyarakat yang terdiri daripada golongan bijak pandai seperti di

Negara-negara Malaysia, Filipina dan Kemboja. Di semua Negara yang saya sebutkan

masyakatnya yang lain, dalam Abu Talib Ahmad, 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, hlm. 115.
8
Ibid.
ini, kuasa politik telah dikuasai oleh mereka sebelum tahun 1942. Burma, Indonesia dan

Vietnam termasuk dalam kumpulan kedua yang mana menyaksikan keruntuhan dari segi

politik, sosial dan ekonomi serta mereka ini menuntut kemerdekaan melalui jalan

kekerasan.

4.1 AGAMA:

Buddha, Islam, Hindu dan Shinto merupakan agama yang mempunyai pengruh yang kuat

di rantau Asia. Secara amnya, agama ini telah menjadi pegangan dalam kehidupan

seharian mereka dan merupakan alat penyatuan di kalangan mereka. Namun kedatangan

penjajah barat ini juga telah membawa bersama-sama mereka agama kritstian. Bagi

mereka, kehadiran agama Kristian ini merupakan satu tamparan hebat kepada mereka di

Asia Tenggara.

Di Filipina pula, agama Kristian dianggap sebagai satu penyatuan perpaduan. Maksunya

disini ialah kehadiran Kristian yang tela disebarkan oleh Sepanyol telah memupuk

semangant kebangsaan di kalangan mereka. Semasa ini, penentangan adalah bersifat

regionalistik. Layanan buruk yang telah diberikan oleh paderi Sepanyol juga telah

memberi semangant kepada rakyat Filipina memberontak. Dalam hal ini kerana paderi

Filipina dianggap sebagai sekular manakala paderi Sepanyol dianggap sebagai regular

yang mana diskriminasi telah berlaku. Ini dibangkitkan lagi paderi regular yang lebih

suka mengumpul harta. Paderi Filipina telah bagkit menentang seperti yang

diperjuangkan oleh Paderi Mariano Gomez, Jacinto Zamora, Jose Guevera dan Jose

Burgos9.

Ibid hlmn 229.


Jadi disini dapat dinyatakan daripada apa yang telah ditulis diatas bahawa jelaslah

melalui agama ini juga, ianya merupakan satu alat perpaduan dan merantai masyarakat

setempat unutk bersatu padu menentang golongan penjajah. Sesungguhnya kedatangan

penjajah sedikit sebanyak mengubah dan seolah-olah mencemarkan keharmonian

agamamasyarakat setempat. Jadi, golongan ketua agama juga memainkan peranan dalam

membentuk semangat perjuangan kepada anti penjajah kerana golongan ketua agama

seperti Sami atau Paderi di Myanmar dan Sepanyol dianggap suci dan rakyat harus

mematuhi arahan ketua agama ini dalam membentuk keharmonian.

4.3 PERANAN AKHBAR

Akhbar dan majalah adalah diantara alat sebaran am yang banyak memainkan peranan

dalam memperluaskan nasinalisme. Akhbar majalah yang telah dicetak bukan sahaja

dalam bahasa penajajah, bahkan dalam bahasa Ibunda. Melalui penyebaran maklumat ini,

maka semangat perjuangan nasionalisme dapat dipupuk dengan mudah. Ianya juga

menjadi alat penyebaran maklumat serta menyampaikan mesej dengan berkesan sekali.

Di Filipina dan Indonesia, alat sebaran am ini didapati sangat berkesan dalam

menyedarkan masyarakat mengenai keadaan di Negara mereka. Selain itu, Novel

karangan Jose Rizal seperti “Noli Ma tangere” juga Berjaya menyedarkan masyarakat.

Nasioanlisme di Asia Tenggara adalah lebih teratur disebabkan dengan lahirnya golongan

yang berpendidikan yang menggunakan saluran yang lebih baik dengan menyebarkan

pemikiran mereka dengan menggunakan akhbar ataupun dengan menggunakan majalah-

majalah seperti Majalah al-Imam, Utusan Melayu, La Solidaridad dan sebagainya.


Nasionalisme di Filipina telah dicetuskan oleh golongan kiri iaitu golongan radikal

revolusi. Semasa ini, pihak Russia cuba untuk menyebarkan fahaman komunis di seluruh

dunia dengan tujuan untuk menentang kapitalis. Hal ini dapat dikaitkan di Filipina

semasa pemerintahan Kapitalis, khususnya kaum buruh telah ditindas hak mereka dari

segi politik. Lantas satu rombongan untuk orang-orang buruh di Filipina telah diadakan

di Russia. Pihak Russia telah menjemput mereka datang ke Russian serta melawat

Negara-negara dibawah kesatuan Soviet. Dalam hal ini, mereka Nampak bahawa Negara-

negara di bawah naungan Russia maju dalam perlbagai bidang. Lantas mereka telah

menyusun gerakan Komunis dan telah mencetuskan beberapa siri penentangan

bersenjata.

Bagi mengukuhkan kedudukan mereka, lantas satu pertubuhan telah

ditubuhkan iaitu Barisan Rakyat yang dianggotai oleh Sakdalista dan Komunis-komunis.

Pertubuhan ini telah mendapat tempat yang teguh di Luzon utara dan tengah. Manakala di

daerah Pampanga sahaja lapan buah Majlis Perbandaran daripada dua puluh satu kerusi

dikuasai oleh golongan Parti Barisan Rakyat. Nama pertubuhan ini telah berubah semasa

pendudukan Jepun iaitu dikenali sebagai pertubuhan Hukbalahap yang merupakan

kesinambungan dari Barisan Rakyat sebelum perang. Tujuan mereka ialah menentang

kedudukan Jepun. Selepas pengunduran Jepun, Jeneral Amerika iaitu Jeneral Douglas

Mac Arthur telah memerintahkan supaya Hukbalahap meletakkan senjata 10. Mereka

terasa terancam dan berlakulah pertempuran berdarah di antara mereka. Perperangan ini

telah terhenti kerana telah diadakan satu pilihan raya. Dalam masa ini juga, pihak

Hukbalahap telah menubuhkan Parti Perikatan Demokratik dan telah memenangi

beberapa buah kerusi untuk Dewan Perwakilan Filipina. Ini telah menyebabkan
10
Amat Johari Moain, 1969, Sejarah Nasionalisme Maphilindo, Utusan Melayu sdn. Bhd., hlmn. 52.
kemarahan orang-orang Hukbalahap. Lantas mereka telah mengambil keputusan kembali

kedalam hutan dan akan melancarkan siri gerakan penentangan gerila. Pimpinan gerakan

pada masa itu diketuai oleh Luis Taruc11.

Masalah perpecahan dalaman dalam parti Nasionalis juga terlibat dimana

kedua orang pimpinannya telah bertentangan pendapat iaitu antara Rosmena dan Roxas 12.

Dalam masa pilihanraya, Roxas menyatakan bahawa belaiu lebih menyokong kepada

pahaman liberial dan beliau telah mendapat sokongan daripada orang-orang Amerika

seperti Jeneral Mac Arthur. Beliau juga telah mnegalahkan Rosmena yang pada masa itu

menjawat jawatan presiden Negara Persekemakmoran Filipina. Rakan Rosmena iaitu

Elpido Quirino telah menang juga. Ini telah menjelaskan bahawa Roxas dan Quirino

dipilih sebagai presiden dan naib presiden Filipina yang pertama. Kemerdekaan di

Filipina telah diisytiharkan pada 4 Julai1946.

Selepas kemerdekaan Filipina masih lagi menghadapi perlabgai masalah

dalaman, keadaan ekonomi yang mundur dan kegiatan-kegiatan ketenteraan Amerika di

sana. Masalah penentangan seperti Pihak Hukbalahap juga membantutkan dalam proses

pembinaan Negara presiden pada masa itu iaitu Roxas. Ini kerana pengaruh mereka di

kalangan penduduk kelas bawahan di Filipina sangat tingi. Penyelesaian untuk

menghapuskan gerakan ini tidak dapat dibasmi sehinggalah presiden yang pertama itu

meninggal dunia.

Selepas kematian beliau, tempat beliau pula telah digantikan oleh

timbalannya iaitu Quirino dan melantik Magsaysay sebagai setiausahanya dalam

memberenteras kegiatan Hukbalahap. Atas inisiatif Magsaysay, maka pergerakan

11
A History of Southeast Asia, London, hlmn. 813.
12
A History of Southeast Asia, London hlmn.54.
Hukbalahap sedikit sebanyak dapat dibenteras. Akibat daripada salah laku dalam

pemerintahan Quirino, maka Magsaysay telah keluar dari Parti Liberal dan menyertai

Parti Nasional dimana beliau telah menang dalam pilihanraya tersebut. Bagi rakyat,

Magsaysay merupakan seorang pemerintah yang cekap dan berkaliber. Masalah yang

dihadapi oleh mendiang Roxas iaitu menentanng Hukbalahap diteruskan oleh Magsasay.

Buktinya, kegiatan Hukbalahap yang ganas dapat ditumpaskan. Tetapi jasa beliau terus

terkenang apabila beliau telah terbunuh dalam nahas kapal terbang13.

Kemunculan Pertubuhan dan Parti Politik Nasionalisme

Kemunculan gerakan pertubuhan dan parti politik nasionalisme di negara-negara Asia

Tenggara turut menjadi pemangkin kepada kemunculan gerakan nasionalime. Gerakan

inilah yang menjadi tunjang kepada perpaduan masyarakat di negara-negara Asia

Tenggara bagi menuntut hak dan mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Di Asia

Tenggara, nasionalisme yang pertama berbentuk persatuan ialah di Filipina. Gerakan ini

dipimpin oleh Jose Rizal melalui Liga Filipina pada tahun 1880-1896 dan seterusnya

Pertubuhan Katipunan yang dipimpin oleh Andres Bonifacio yang jelas memperjuangkan

matlamat menamatkan pemerintahan Sepanyol di Filipina.14

Selepas itu, negara-negara Asia Tenggara juga mengalami keadaan yang sama. Perkara

ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada sekitar tahun 1940-an. Contohnya di Burma

apabila Jeneral Aung San telah menubuhkan Lembaga Kebebasan Rakyat Anti Fasis

(LKRAF) pada tahun 1944 dengan mempunyai kekuatan tentera untuk menuntut

kemerdekaan daripada Jepun dan kemudiaannya British.15 Di Vietnam, Ho Chih Minh

13
Ibid hlmn.56.
14
Wan Abdul Rahman Latif et. al., 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, hlm. 346.
15
Harold M. Vinacke, 1971. Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1027.
melalui parti komunisnya berjaya menyatukan rakyat Vietnam Utara dan seterusnya

membentuk pertubuhan ketenteraan (Do Lap Dong Minh) untuk membebaskan Vietnam

Selatan daripada penajajah Perancis dan Amerika Syarikat melalui Perjanjian Paris

1973.16 Jelas sekali tindakan Ho Chih Minh berjaya membebaskan Vietnam dari

cengkaman penjajah.

Ringkasnya, kemunculan Pertubuhan dan Parti Politik merupakan antara faktor yang

membawa kepada sebab musabab kemuculan semangat nasionalisme dan anti-

kolonialisme di Asia Tenggara. Perjuangan pertubuhan dan parti politik di negara Asia

Tenggara jelas memberi kesedaran kebangsaan kepada masyarakatnya kerana

mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mendapat kemerdekaan daripada penjajah sama

ada secara radikal mahu pun secara rundingan.

FAKTOR EKONOMI

Keperitan dan penderitaan hidup dibumi sendiri juga menjadi sebab musabab

kebangkitan nasionalisme dan anti kolonialisme di Asia Tenggara. Apa yang jelas, dasar

ekonomi penjajah yang terlalu menindas masyarakat Asia Tenggara memaksa mereka

bangun menentang penjajah setelah sekian lama di pendam. Hal ini diburukkan lagi

dengan hasil bumi mereka dirampas oleh penjajah. Sebagai contoh di Indonesia,

pengenalan Sistem Kultur oleh penjajah Belanda telah menyebabkan rakyat Indonesia

menderita.17 Hal ini berlaku disebabkan apabila petani Indonesia yang terlibat dalam

sistem ini menderita kerana terpaksa mengikut kehendak dan arahan Belanda untuk

menanam kopi, padi tembakau. Kegagalan sistem ini memaksa rakyat Indonesia menjual

16
Abu Talib Ahmad, 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, hlm. 239.
17
Wan Abdul Rahman Latif et. al., 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, hlm. 304.
tanah kepada peladang eropah sekaligus menekan ekonomi rakyat Indonesia. 18 Keadaan

ini jelas menjadi penyebab yang membawa kepada gerakan nasionalisme Indonesia pada

tahun 1940-an.

Di Burma pula, masalah ekonomi turut memberi tekanan kepada masyarakat

Burma untuk bangun menentang penjajah. Hal ini disebabkan sekatan yang dikenakan

oleh pihak British kepada masyarakat Buma untuk terlibat sama dalam menguruskan

hasil bumi mereka.19 Malah pihak British pula hanya memberi peluang kepada imigran

India untuk membantu mereka mendapatkan hasil bumi Burma seperti Kayu Jati,

Petroleum da sebagainya.

Selain itu juga, pengenalan sistem pemilikan tanah kapitalisme oleh pihak British

telah menindas rakyat Burma. Hal ini berlaku apabila rakyat Burma telah meminjam

wang dari ceti-ceti India untuk mengusahakan pertanian mereka. Apabila mereka gagal
20
melunaskan hutang mereka, tanah-tanah pertanian mereka menjadi milik ceti India.

Keadaan inilah yang menyebabkan masyarakat Burma sedar tentang taraf hidup mereka

semakin terhimpit dengan penguasaan yang berleluasa British dan imigran Indian dalam

ekonomi Burma. Masalah ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Burma ini mendorong

kebangkitan anti-kolonialisme di Burma bagi mendapat hak ekonomi mereka di bumi

sendiri.

FAKTOR SOSIAL

Peranan Agama

18
Ibid.
19
Harold M. Vinacke, 1971. Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden, hlm. 1025. Lihat juga B.K. Drake, 1979. Burma : Pergerakan Nasionalis dan
Kemerdekaan. Kuala Lumpur : Longman Malaysia, hlm. 3.
20
Akibat daripada kegagalan orang Burma gagal melunaskan hutang ceti India, pada tahun 1938, 25 peratus daripada sawah padi menjadi milik ceti
India. Ibid, hlm. 1023.
Agama memainkan peranan yang sangat penting dalam kebangkitan semangat

kebangsaan di Asia Tenggara semenjak tahun 1940-an. Kebanyakan masyarakat di Asia

Tenggara berpegang kuat kepada agama, adat dan budaya mereka. Kebangkitan

nasionalisme di Asia Tenggara adalah disebabkan faktor agama yang menjadi tunjang

kepada pegangan dan cara hidup mereka. Agama juga merupakan satu perkara yang amat

sensitif apatah lagi diperkotak-katikan oleh golongan penjajah di Asia Tenggara ini.

Di Indonesia, Sarekat Islam (1906) telah menggunakan agama Islam

untuk mendapatkan Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama dalam menentang penjajahan

Belanda.21 Perjuangan mereka umpama perjuangan membela agama dan jihad untuk

Islam. Begitu juga dengan pejuagan nasionalisme di Myanmar. Gerakan awal

nasionalisme di Myanmar dipelopori oleh golongan sami Buddha. Golongan Pongyi 22

(sami-sami Buddha) menjadi penyokong gerakkan pelajar dan alat menyedarkan petani

tentang gerakan nasionalisme. Di negeri Thai, agama Buddha telah menjadi penyatu

rakyat. Agama budha berjaya menyatukan masyarakat Thailand dalam menghapuskan

cengkaman kusa raja.

Di Filipina, Sepanyol telah mengkristiankan orang Filipina. Ia tidak

mengancam tradisi, kebudayaan dan kehidupan mereka. Agama Kristian menjadi penyatu

rakyat seluruh Filipina. Paderi-paderi Gomez, Burgos dan Zamora (GOBUZA)

memulakan gerakan nasionalisme Filipina.23 Pembunuhan mereka telah dianggap sebagai

kematian kerana agama atau sebagai mati syahid.

Bahasa Dan Kesusasteraan

21
Bernhard Dahm, 1988. Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh, Terj. Abd. Aziz Hitam dan Wan Azaham Wan Mohamad, hlm. 57
22
Gilbert Khoo dan Dorothy Loo, 1997. Asian Tranformation: A History of South East, South and East Asia, hlm. 467.
23
http://www.geocities.com/cominglucky/nasionalismeasia.htm
Bahasa dan kesusasteraan juga memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan

nasionalisme di Asia Tenggara. Bahasa merupakan simbol perpaduan rakyat.

Di Filipina pula, Bahasa Sepanyol menjadi alat penyatuan rakyat. Hasil-hasil karya

sastera digunakan untuk mengkritik dan membidas penjajah. Di Filipina, karya-karya

Jose Rizal seperti Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Aku) pada tahun 1887 dan El-

Filibusterismo (1891) serta Ninay (1885) oleh Dr. Pedro A. Peterno membidas Sepanyol

dalam penjajahannya di Filipina.24 Di Indonesia, karya-karya seperti Siti Nurbaya oleh

Marah Rusli, Hikayat Kadirun oleh Semaun dan Student Hidjo oleh Bakti Siregar

digunakan untuk mengkritik Belanda.25 Hasil-hasil kesusasteaan ini dapat menyedarkan

masyarakat dan menyemarakkan lagi semangat untuk kemerdekaan negara. Di Vietnam,

Phan Boi Chan menulis Luu Cau Huyet Le Tan Thu (Surat Dari Tulisan Ryuktus Dalam

Tangisan Darah) memberi kesedaran kepada rakyat Vietnam.

Akhabar Dan Majalah

Di samping itu, akhbar dan majalah turut menjadi faktor kebangkitan semangat nasionalis

di Asia Tenggara. Akhbar dan majalah adalah alat sebaran am penting dalam gerakan

kesedaran di rantau ini. Pada kebiasaanya, akhbar dan majalah dicetak dalam bahasa

penjajah, bahasa ibunda dan bahasa lain. Keadaan ini membolehkan idea-idea

nasionalisme disebarkan dengan cepat di kalangan penduduk pribumi yang tertindas oleh

golongan penjajah yang yang mementingkan ekonomi semata-mata. Akhbar dan majalah

mengkritik mengenai hal kemasyarakatan, agama, ekonomi dan politik. Ianya

24
Abdullah Zakaria et. al., 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur, hlm. 343.
25
http://www.geocities.com/cominglucky/nasionalismeasia.htm
bertanggungjawab menyebarkan berita dari luar, menyedarkan dan menyeru rakyat untuk

bersatu serta memperjuangkan kemerdekaan.

Di Indonesia, akhbar seperti Medan Priyayi, Kaum Sunda, Utusan Hindia dan akhbar

terjemahan dari Belanda dan sebagainya muatkan tema-tema politik, kebebasan manusia

dan pemansuhan perbezaan kaya dan miskin. Sementara itu, di Filipina, akhbar La

Solidaridad membawa kepada perubahan sikap rakyat. 26 Akhbar dan majalah

memudahkan pengaliran idea-idea kebangsaan di negara-negara Asia Tenggara, dan

secara tidak langsung dapat menyampaikan dan menggerakkan semangat kebangsaan di

Rantau Asia Tenggara.

Pendidikan

Tidak dapat dinafikan, pendidikan adalah unsur yang memainkan peranan yang

sangat penting dalam menggerakkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. 27

Pendidikan barat dan pendidikan yang diberikan oleh Jepun semasa pendudukanya di

Asia Tenggara sekitar 1940-an telah memberikan pengalaman yang berguna dalam

menuntut kebangsaan. Kesan daripada pendidikan memberi peluang kepada masyarakat

menubuhkan kerajaan sendiri di Asia Tenggara.28 Pengenalan pendidikan sekular Barat

oleh pihak penjajah menyebabkan terdedahnya kepada idea-idea liberalis, sosialis,

demokrasi dan nasionalis seperti JohnLocke, Voltaire, Montesquie, Rousseau dan

Mazzini. Secara tidak langsung, unsur-unsur ini dapat mendedahkan dan menerima idea-

idea pembaruan dan falsafah Barat. 29 Hal ini telah menyedarkan penduduk Asia Tenggara

dan menyatukan pemikiran pemimpin nasionalis.


26
Abdullah Zakaria et. al., 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur, 345.
27
Sardesai. 1989. Southeast Asia Past and Secont Edition. Macmillan Education. Ltd, hlm. 139.
28
Georg Allen & Unwin. 1979. Southest Asia An Introductory History. Sidney: Australia Pty Ltd, hlm. 155.
29
D.G.E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 890.
Di Filipina, kelas menengah yang berpendidikan telah memberi pendidikan Barat kepada

anak mereka. Anak golongan ini seperti Dr. Jose Rizal 30, Marcelo H. Del Pilar, Mariano

Ponce, Graciano Lopez Jaena, Dr. Pedro A. Di Thailand, pemimpin seperti King

Vajiravudh adalah lulusan daripada Universiti Oxford lebih kepada reformasi dalam

bidang sosial.31 Paterno muncul sebagai pemimpin nasionalis. Semasa pentadbiran

Amerika Syarikat, ramai dihantar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.

Pembukaan Universiti Yangoon di Myanmar pada awal 1920-an, menyemarakkan

semangat nasionalisme di Myanmar.32 Pelajar-pelajar mulakan gerakan anti Akta

Universiti Burma kerana tinggikan tahap kemasukan. Di Vietnam, sekolah-sekolah

dijadikan alat oleh Persatuan Pemodenan dna Phan Chu Trinh 33. Persatuan Permodenan

jadikan sekolah sebagai alat propaganda untuk revolusi bersenjata. Phan Chu Trinh suka

sekolah itu mengubah keadaan politik dan sosial masyarakat Vietnam. Sekolah-sekolah

menjalankan aktiviti menyunting dan menerbitkan buku dan risalah yang menekankan

hal-hal patriotik, menguatkan diri dan pemodenan dalam quoc-ngu dan menyebarkannya

kepada semua penduduk.34 Sekolah-sekolah menjadi landasan pendidikan dan reformasi

budaya di Vietnam.

Pengaruh Golongan Intelektual

Selain itu, golongan intelektual juga bepeanan dalam gerakan nasionalisme di Asia

Tenggara. Golongan intelektual ini adalah berpendidikan Barat. Mereka dipengaruhi oleh
30
D.V Rao, 2001. History of Asia From Earsy Times 2000 A.D. New Delhi: Stelling Publishers, hlm. 186.
31
Gilbert Khoo dan Dorothy Loo, 1997. Asian Tranformation: A History of South East, South and East Asia,
hlm. 475.
32
http://www.geocities.com/cominglucky/nasionalismeasia.htm
33
Ibid
34
Ibid
idea liberal, nasionalis, demokrasi, sosialis dan Marxisme-komunis. Elit baru ini tidak

puas hati dan kecewa dengan tindakan penjajah yang memeras kekayaan negara dan

menindas rakyat Peluang pekerjaan gagal disediakan untuk mereka kerana diskriminasi

diamalkan oleh pentadbir Barat di Asia Tenggara. Orang Barat yang disifatkan sebagai

pendukung utama idea-idea demokrasi liberalisme dan hak asasi manusia tidak

mempraktikkannya di negara jajahan mereka.

Di Myanmar pula, golongan pelajar Universiti Yangoon35 menggelarkan diri mereka

sebagai Thakin atau Tuan di bawah pimpinan Aung San dan telah menubuhkan Dobama

Asiayone (Kami Penduduk Myanmar) pada tahun 1935. Sehingga tahun 1941, golongan

Thakin telah menjalankan pelbagai aktiviti Seperti permogokan pelajar 1936, sertai

pilihanraya tahun 1936 dan 1938 dan berusaha mendapatkan sokongan petani dalam

gerakan kemerdekaan mereka. Mereka menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Burma dan

Liga Penanaman Seluruh Burma pada tahun 1940, dan selepas itu merekmenubuhkan All

Burma Trades Union Congress untuk menyelaraskan pertubuhan buruh dan menentang

pemerintahan British. Kelas menengah yang muncul di Myanmar telah memberi kesan

keats nasionalisme Myanmar.36

35
Abu Talib Ahmad, 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, hlm. 117.
36
Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. 287.

You might also like