You are on page 1of 19

GERAKAN NASIONALISME

INDONESIA DAN MYANMAR


GERAKAN NASIONALISME DI
INDONESIA
PENGARUH LUAR
• Pengaruh agama menjadi pencetus nasionalisme di Indonesia.

• Golongan agama terutamanya ulama Islam memainkan peranan yang penting sebagai penggerak kesedaran kebangsaan.

• Antara golongan ulama ialah seperti Haji Ahmad Dahlan, Haji Rasul Omar Said Tjokrominato, dan Haji Agus Salim.

• Agama Islam telah berjaya menyatukan rakyat tempatan di Indonesia untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta
agama Kristian.

• Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Belanda telah menyatupadukan penduduk peribumi untuk menentang kuasa penjajah tersebut.

• Kesamaan agama merupakan faktor penting bagi perkembangan semangat nasionalisme di Indonesia. Lebih daripada 90 peratus penduduk
Indonesia beragama Islam.

• Agama Islam telah menyatukan segala lapisan rakyat di Indonesia untuk menentang penjajah kerana agama Islam membolehkan rakyat
Indonesia melupakan perbezaan kebudayaan dan keturunan serta semangat kewilayahan mereka.

• Sarekat Islam (1906) telah menggunakan agama Islam untuk dapatkan sokongan rakyat. Begitu juga parti lain seperti Muhammadiyah dan
Nahdatul Ulama.
PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN
● Penggunaan bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan telah membantu menyatukan penduduk dan memupuk semangat
kebangsaan. Belanda telah menggunakan bahasa Indonesia dalam urusan pentadbiran. Ini menjadikan bahasa tersebut muncul
sebagai satu faktor integrasi yang

● penting. Karya kesusasteraan turut berperanan dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia.

● Karya kesusasteraan yang dihasilkan menyampaikan mesej tentang kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah
yang akhirnya membangkitkan kesedaran terhadap bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.

● • Karya seperti Siti Nurbaya oleh Marah Rusli, Hikayat Kadirun oleh Semaun dan Student Hidjo oleh Bakti Siregar digunakan
untuk mengkritik Belanda.

● Cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda

● karya Chairil Anuar membangkitkan kesedaran kebangsaan dan pendorong kepada gerakan nasionalisme.
PERANAN KEWARTAWANAN
● •Akhbar memudahkan pengaliran idea-idea kebangsaan di Indonesia. Akhbar dan majalah menjadi alat sebaran am yang
penting dalam gerakan kesedaran.

● • Akhbar dan majalah yang dicetak sama ada menggunakan bahasa penjajah, bahasa ibunda, atau bahasa-bahasa yang lain telah
membolehkan idea- idea nasionalisme disebarkan dengan cepat dalam kalangan penduduk peribumi yang tertindas.

● • Media massa ini juga menyebarkan berita dari luar negara, di samping menyedarkan dan menyeru rakyat C untuk bersatu
serta memperjuangkan kemerdekaan.

● • Di Indonesia, akhbar seperti Medan Priyayi, Kaum Sunda, Utusan Hindia, serta akhbar-akhbar terjemahan dari Belanda
memaparkan tema politik, kebebasan manusia, dan pemansuhan perbezaan antara golongan kaya dengan miskin.

● • Pemimpin nasionalis menggunakan akhbar dan majalah untuk menyampaikan ideologi dan dakyah politik mereka yang
antiBelanda serta menuntut hak mereka sebagai penduduk peribumi.
PERANAN PENDIDIKAN
● Sistem pendidikan merupakan antara faktor yang mencetuskan kemunculan nasionalisme kerana sikap penjajah
mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan dengan mengutamakan sekolah yang
menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.

● Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar.
Misalnya di Indonesia, anak golongan Priyayi diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak
orang kebanyakan.

● • Persamaan idea telah berjaya menyatukan pemikiran pemimpin nasionalis. Di Indonesia, pendidikan Barat
melahirkan tokoh-tokoh intelektual. Mereka menjadi tokoh- tokoh pergerakan nasionalis Indonesia.

● Suardi Surjaningrat mengasaskan institusi pendidikan tempatan, iaitu Taman Siswa (1921). Tujuannya untuk memberi
pendidikan kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk memasuki sekolah kerajaan.
PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL
● Gerakan nasionalisme lebih teratur disebabkan lahirnya golongan berpendidikan yang menggunakan saluran yang
lebih baik dengan menyebarkan pemikiran mereka menggunakan akhbar ataupun majalah.

● Kemunculan golongan intelektual merupakan pencetus gerakan nasionalisme. Golongan ini yang man berpeluang
melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat telah didedahkan dengan idea falsafah Seral Barat dan Islam.

● . Golongan ini memimpin gerakan nasionalisme intul setelah kembali ke tanah air. Pada peringkat darip awal,
mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa arti mereka dibela tetapi akhirnya mereka meminta penjajah
membebaskan negara mereka.

● • Golongan intelektual Myanmar tidak puas hati dan kecewa dengan tindakan penjajah yang memeras kekayaan
negara dan menindas rakyat.

● Penjajah Barat juga gagal menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka.


GERAKAN NASIONALISME DI
MYANMAR
PENGARUH LUAR
• Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya lebih bersifat keagamaan. Agama Buddha menjadi mekanisma
penting untuk meraih sokongan rakyat.
• Kemunculan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awal diketuai oleh golongan sami Buddha.
• Pertubuhan agama terawal ialah Sasanadara (1897) dan diikuti oleh Persatuan Agama Maktab Rangoon (1904).
• Gerakan ini semakin berkembang dengan penubuhan Persatuan Bella (YMBA) pada tahun 1906 yang diasaskan oleh U May
Oung. YMBA merupakan pertubuhan berorganisasi pertama di Myanmar yang bertujuan untuk menyatukan nilai dan tradisi
agama Buddha dengan pendidikan Barat.
• • YMBA memainkan peranan penting dalam merangsang gerakan nasionalisme di Myanmar seperti menimbulkan 'isu kasut',
menuntut pembaharuan dalam pemerintahan British, dan terlibat dalam pemogokan pelajar (1920).
• Golongan Pongyi (sami Buddha) juga memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Myanmar terutama dalam
kalangan petani.
• Kemerosotan pengaruh Sangha dan sekolah agama Buddha membawa kepada penglibatan Pongyi dalam mengembalikan
pengaruh dan kedudukan agama Buddha dalam masyarakat.
• Golongan Pongyi menjadi penyokong gerakan pelajar dan terlibat dalam menyedarkan golongan petani tentang gerakan
nasionalisme di luar bandar.
PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN
 Masyarakat Myammar merupakan gabungan tujuh buah kumpulan etnik yang terbesar yang mempunyai bahasa
dan kesusasteraannya tersendiri seperti Myanmar, Mon, Arakan, dan Shan.
 Orang Burman atau Myanmar merupakan kumpulan majoriti yang menguasai politik Myanmar.
 Mereka bersatu atas dasar agama yang sama, iaitu Buddha.
 Bahasa Myanmar menjadi alat penting dalam menyatukan ideologi politik dan nasionalisme.
 Penggunaan bahasa Myanmar memudahkan idea nasionalisme disampaikan ke seluruh negara melalui
propaganda dan ceramah yang disampaikan oleh pejuang-pejuang nasionalis.
 Mereka banyak menulis hasil-hasil karya kesusasteraan seperti sajak, cerpen, dan novel yang mengkritik
penjajah British dan menyampaikan Idea-idea demokrasi dan kemerdekaan.
PERANAN KEWARTAWANAN
 Surat khabar dan majalah juga menjadi pemangkin kepada penyebaran dan kesedaran kebangsaan di Myanmar.
 Akhbar dan majalah yang dicetak dalam bahasa Inggeris dan bahasa Myanmar serta suku kaum minoriti lain
membolehkan idea-idea nasionalisme disebarkan dengan cepat dan meluas dalam kalangan penduduk peribumi di
Myanmar.
 Kebanyakan wartawan dan penulis nasionalis mengkritik tentang kelemahan pentadbiran British di Myanmar,
kedudukan agama Buddha, dan masyarakat peribumi yang tertindas semasa pemerintahan British. Maklumat dan
idea-idea berkerajaan sendiri dari luar negara disebarkan bagi menimbulkan kesedaran dan menyeru rakyat untuk
bersatu memperjuangkan a kemerdekaan.
 Pemimpin nasionalis menggunakan akhbar dan majalah untuk menyampaikan ideologi dan dakyah politik mereka
yang antiBritish serta menuntut hak mereka sebagai penduduk peribumi.
 Hanya akhbar berbahasa Inggeris dibenarkan di Myanmar seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Pendidikan
tahun 1907. Contoh, akhbar berbahasa Inggeris ialah Times of India, Rangoon Gazette, dan Rangoon Times.
PERANAN PENDIDIKAN
 British telah melaksanakan sistem pendidikan sekular di sekolah menggunakan bahasa Inggeris dan
Myanmar. British juga menggalakkan penubuhan sekolah Inggeris oleh mubaligh Kristian.

 Sekolah ini menarik minat ramai pelajar kerana lepasan sekolah ini berpeluang untuk menjawat
jawatan dalam kerajaan.

 Selain itu, pelajar yang bersekolah di sekolah Inggeris juga lebih mengetahui tentang agama Kristian
berbanding agama Buddha.

 Perkembangan ini telah membangkitkan semangat nasionalisme di Myanmar disebabkan kebimbangan


mereka terhadap pengaruh pendidikan Barat yang akan mengancam budaya dan amalan tradisi
masyarakat Myanmar dan agama Buddha.
PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL
 Golongan intelektual Myanmar menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme di Myanmar. Mereka
terdiri daripada golongan cerdik pandai yang berpendidikan Barat seperti Dr. Ba Maw, U Pu, U Saw, U
Thein Maung, dan U Ba Pe.

 Kumpulan pemimpin ini telah menubuhkan beberapa buah parti politik di Myanmar. Contohnya, U
Thein Maung dan U Ba Pe telah menubuhkan Majlis Kesatuan-kesatuan Burma (GCBA) pada tahun
1921.

 Golongan sami Buddha yang berpendidikan seperti 1. A Maung Gyi, U May Oung, U Ba Pe, dan U kin
pula telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha.

 Peranan golongan intelek sama ada berpendidikan Barat atau tempatan telah menyebabkan penyebaran
idea nasionalisme dan kemerdekaan tersebar ke seluruh Myanmar.
PENGARUH LUAR GERAKAN
NASIONALISME

SAYID JAMALUDDIN DR. SUN YAT SEN


SUHARTO AL-AFGHANI
Pengaruh Golongan Nasionalis dan Liberal di Eropah Reformasi Mesir

 Gerakan Islah yang dipelopori Sayid


 Pertengahan abad ke-19, tercetus Revolusi England, Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Revolusi China
Revolusi Amerika, dan Revolusi Perancis di Eropah. Muhammad Abduh telah
Idea-idea demokrasi, kemerdekaan, hak asasi mempengaruhi dan mencorakkan  Revolusi China 1911 mempengaruhi
manusia, persamaan serta kebebasan telah kebangkitan di Asia Tenggara. gerakan nasionalisme di Indonesia
mempengaruhi untuk menentang Belanda. Dr. Sun
 Perjuangan gerakan ini menekankan Yat Sen dan Chang Kai Shek yang
kepada 'kembali kepada prinsip agama memimpin Revolusi China telah
 pemikiran golongan muda di Indonesia. Pemimpin Islam yang sebenar dan mencapai berjaya menumbangkan kerajaan
nasionalis yang berpendidikan Barat seperti Suharto kemajuan'. Sebilangan intelektual Manchu dan menubuhkan Republik
dan Hatta telah terpengaruh dengan idea demokrasi, Indonesia telah dipengaruhi oleh China.
kemerdekaan, dan liberalisme. gerakan ini
 Kejayaan Revolusi China memberi
 Parti seperti Muhammadiah dan semangat kepada pemimpin
Sarekat Islam dipimpin Islam sebagai nasionalis di Indonesia untuk terus
 Mereka telah menjadi pelopor dan penggerak usaha
oleh reformis Islam. Mereka berjuang menentang penjajahan
ke arah kemerdekaan di Indonesia kerana sedar akan
menganggap alat tunggal untuk Belanda.
dasar imperialisme yang diamalkan oleh Belanda
tidak menguntungkan penduduk tempatan. memajukan kepentingan
sosioekonomi penduduk Indonesia..
PENGARUH GERAKAN NEGARA JIRAN

MAHATMA GANDHI
JOSE RIZAL
MAHARAJA MEIJI
Semangat Kebangsaan di India Semangat Kebangsaan di Filipina

 Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina dan menuntut


 Gerakan yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi bertujuan untuk Sepanyol memberi layanan yang adil kepada rakyat
membebaskan India daripada penjajahan British. Filipina serta menentang penjajahan Sepanyol di Filipina

 Parti Kongres di bawah pimpinan Mahatma Gandhi,  Semangat Jose Rizal dalam perjuangannya menentang
Surendranath Baneriji, Ghokala, dan Tilak telah Sepanyol di Filipina sama seperti Belanda di Indonesia
memperjuangkan kemerdekaan India hinggalah India mencapai yang menindas dan memeras petani melalui Sistem
kemerdekaan (1947). Tanaman Paksa.
 Pengaruh perjuangan Parti Kongres India juga memberi
 Gerakan yang sama perlu dilaksanakan oleh pemimpin
pengaruh yang besar terutama dalam gerakan nasionalisme
Indonesia. nasionalis di Indonesia untuk menamatkan Sistem
Tanaman Paksa serta mengembalikan semula hak
 Taktik yang digunakan oleh Parti Kongres India seperti tidak penduduk tempatan yang dirampas oleh Belanda
bekerjasama dengan pihak penjajah telah menjadi ikutan
beberapa buah parti di seperti Sarekat Islam dan Parti Nasional  Mereka berjuang untuk memaksa Belanda membuat
Indonesia. perubahan sehingga Belanda terpaksa memperkenalkan
Dasar Liberal dan Dasar Etika untuk menggantikan Sistem
 Penentangan Gandhi di India terhadap penjajahan British juga
Tanaman Paksa akibat desakan golongan nasionalis.
menjadi inspirasi kepada nasionalis Myanmar tentang cara-cara
berkesan untuk menentang penjajahan British di Myanmar.
Kebangkitan Jepun

 Kejayaan Jepun telah memberi semangat kepada para nasionalis dan menyedarkan bahawa Asia mampu untuk maju dan
menjadi kuat setanding dengan imperialis Barat.
 Pemulihan Meiji 1864 menunjukkan jalan kepada bangsa Asia bahawa mereka perlu reformasi dalam bangsa mereka
sendiri untuk maju dan berjaya.
 • Kebangkitan dan kejayaan pemodenan oleh Maharaja Meiji telah memberi harapan dan keyakinan kepada nasionalis
Indonesia untuk menentang penjajah Belanda yang sebelum ini dianggap kuat dan sukar dicabar.
 Perang Rusia-Jepun (1904-1905), membuka mata orang Asia bahawa Asia mampu mengalahkan kuasa Barat. Sebelum
itu, masyarakat di Asia menganggap bahawa kuasa Barat itu unggul dan tidak boleh dikalahkan.
 Kejayaan ini memberi dorongan kepada orang Asia untuk bangkit menentang Barat.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like