You are on page 1of 40

NASIONALISME

 OBJEKTIF PERBINCANGAN :
1) DEFINISI 2) PERBEZAAN
ANTARA
NASIONALISME DAN
PATRIOTISME
3) PERKEMBANGAN 4) NASIONALISME
NASIONALISME MASA KINI

5) KESIMPULAN 6) PEMAHAMAN DAN


PENGHAYATAN
1
NASIONALISME: Definisi / konsep

 Perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg


mendalam / semangat kebangsaan
 “ Cinta pada tanah air, bangsa atau sejarah
budaya bersama; suatu keinginan kemerdekaan
politik, keselamatan dan martabat bangsa serta
doktrin yg menyatakan bhw bangsanya sendiri
harus dominan atau tertinggi diantara bangsa-
bangsa lain dan harus bertindak agresif ” (Safer,
1955).

2
 Bagi Ongkili (1971); “ Kesedaran bhw
masyarakat dlm sesuatu wilayah itu ialah
rakyat yg mempunyai ciri-ciri kehidupan yg
unik bg mereka. Nasionalisme diperlihatkan
melalui lambang kenegaraan spt sempadan
dan ibu kota. Mempunyai perlembagaan
negeri, kewarganegaraan dan bahasa
kebangsaan, ekonomi, budaya dan seni,
bendera dan lagu kebangsaan dan kadang-
kadang agama kebangsaan”.

3
 Ringkasnya nasionalisme merujuk kpd
sikap mental/ sentimen individu dan
masyarakat yg merujuk pada kesetiaan kpd
bangsa dan negaranya melebihi kepentingan
peribadi .
 Nasionalisme bersifat kolektif, ada ikatan
emosi, kenangan sejarah yg sama dan
‘pendewaan’ terhadap kelompoknya.
 Bermula di Eropah pada abad ke-18 dan
berkembang pada abad ke-19.

4
NASIONALISME MELAYU
 Menurut Musa Hitam (1986):
Nasionalisme Melayu khas utk orang
Melayu sbg manifestasi cetusan rasa dan
keinsafan bangsa Melayu

 Dr.Burhanuddin Al-Helmi (1954):


“Kebangsaan kita Melayu, kebangsaan
yang memelihara dan menghidupkan hak
kebangsaan Melayu….
5
 Dr.Burhanuddin menolak fahaman
nasionalisme bersifat assabiyah (berpuak-
puak dan bangga dgn puak masing-masing)

 Nasionalisme dan patriotisme tidak


seharusnya mengorbankan nilai-nilai murni,
keadilan, kebenaran, persaudaraan dan
kemanusiaan sejagat.- Islam mementingkan
kesatuan ummah

6
Nasionalisme mengikut sarjana
Islam
 Iqbal dan Faruqi :
Menolak fahaman nasionalisme kerana
beranggapan nasionalisme adalah sejenis
ethnocentrism yang akan melahirkan racism
yang angkuh
 Nasionalisme yang memberi manfaat kpd
bangsa dan selagi tidak melibatkan
kezaliman diterima oleh Islam
7
PATRIOTISME :
DEFINISI KONSEP

 RASA CINTA DAN SAYANG KEPADA NEGARA


YANG WUJUD DALAM DIRI SETIAP ANAK
WATAN DAN IA BERBENTUK PSIKOLOGI.
 Contohnya hormat kepada bendera negara, lagu
kebangsaan, sayangkan pemimpin negara,
merindui tanah air semasa berada di luar negara,
rasa bimbang kepada keselamatan negara dan
lain-lain.
8
 Patriotisme juga selalunya dikaitkan dengan
kecintaan yang mendalam dalam jiwa dan
raga setiap warganegara sehingga sanggup
mengorbankan dirinya untuk tanah air
tercinta.

 Patriotisme meluapkan perasaan kesetiaan


kepada negara dan ia menjadi unsur penting
nasionalisme (Abdul Latif Abu Bakar,
1998)

9
PERBEZAAN ANTARA NASIONALISME
DAN PATRIOTISME
 NASIONALISME – Perasaan  PATRIOTISME –
yang lahir dari rasa Api yang
cinta/patriotik terhadap membakar
pemilikan dan kepunyaan nasionalisme.
dalam diri seseorang.
 NASIONALISME – Wujud  PATRIOTIK –
secara kolektif yang Elemen yang
mendorong kepada wujud dalam diri
pertumbuhan kesatuan, parti- individu.
parti yang berbentuk
kebangsaan ataupun kesukuan. 10
KEWUJUDAN NASIONALISME DAN
PATRIOTISME DIDORONG OLEH :
1. KEBIMBANGAN DAN KESEDARAN
TENTANG NASIB BANGSA DAN NEGARA
2. PENGETAHUAN TENTANG SEJARAH DAN
PERKEMBANGAN TERHADAP
PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA
3. KEINGINAN UNTUK MEMARTABATKAN
MARUAH DAN PRESTIJ BANGSA DAN
NEGARA

11
FAKTOR PENYEBAB
NASIONALISME
 PENINDASAN & PENYELEWENGAN
PENJAJAH
 DASAR PENJAJAH YANG
MENGABAIKAN KEPENTINGAN
RAKYAT
 USAHA RAKYAT UNTUK
MEMBENTUK & MENGUKUHKAN
NEGARA
12
PERKEMBANGAN
NASIONALISME
DI MALAYSIA

13
NASIONALISME AWAL /
BERSENJATA (RADIKAL)
MENENTANG PORTUGIS, BELANDA
INGGERIS
● Bermula dgn pencerobohan Portugis di Melaka
(1511) – faktor ekonomi, agama
● Penentangan yg diasaskan kepada “Centric
Melayu Melaka”
● Sultan Mahmud, Pateh Kadir, Patih Unus (kerabat
diraja Jawa) – cuba serang Portugis utk rampas
semula Melaka ttp gagal
14
 1641- Belanda kalahkan Portugis menyebabkan
Melaka jatuh pula ke tangan Belanda
 Raja Haji berjuang rebut kemerdekaan dari
Belanda (1874) ttp beliau gugur di Teluk
ketapang, Melaka
 Perjanjian Inggeris Belanda (1824)- menyebabkan
Melaka ditakluk British
 1874- Perjanjian Pangkor antara Inggeris dan
Raja-raja Melayu sebagai titik permulaan campur
tangan British di Tanah Melayu

15
FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN
NASIONALISME AWAL

■ EKONOMI
- Inggeris ambil alih tugas pungut cukai,
perkenal sistem cukai baru/ pas
- Digunakan utk bayar gaji pegawai British
termasuk residen/ penasihat
- Membebankan rakyat, pembesar kehilangan
sumber pendapatan

16
■ POLITIK/ KEPIMPINAN (Pemberontakan
pembesar)
- Mengurangkan kuasa sultan Melayu dan
pembesar dlm hal pentadbiran
- Residen berfungsi sbg pensihat kpd sultan/
raja dan b/jawab pula kpd Residen Jeneral
- residen menjalankan tugas yg diarahkan
oleh Kerajaan British dan bukannya Sultan
- Sultan hanya dipertanggungjawabkan dlm
urusan agama dan adat istiadat shj

17
■ SOSIAL
- British membawa nilai-nilai baru yg
menyebabkan pertembungan budaya/
peradaban- “Clash of Civilizations”
- Sistem pendidikan- wujud sekolah Inggeris,
penyebaran agama Kristian- dianggap
mencemarkan kemurnian nilai-nilai
tradisional Melayu
- Penghapusan sistem hamba yg menjadi
amalan pembesar-pembesar Melayu
dianggap melanggar adat resam

18
PEJUANG-PEJUANG YANG
MENENTANG INGGERIS
 DATO MAHARAJA LELA - PASIR SALAK
 DATO’ DOL SAID - NANING
 RAJA MAHDI – SELANGOR
 MAT KILAU – JERANTUT
 DATO’ BAHAMAN – SEMANTAN
 TOK JANGGUT/ HAJI MAT HASSAN- PASIR PUTIH
 HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG- TELEMONG
 RENTAP – SARAWAK
 MAT SALLEH - SABAH

► PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAH INI


KESEMUANYA MENEMUI KEGAGALAN
19
SIRI PEMBERONTAKAN INI GAGAL KERANA:

 bersifat ‘gerakan tani’, tidak ada objektif dan


jangkaan jangka panjang yang jelas
Berbentuk setempat, tidak menyeluruh dan tidak
ada ‘esprit de corp’ di kalangan penduduk
 Tidak ada pemimpin yang berwibawa
 Masyarakat melayu bersifat pasif dan takut kepada
label penderhaka
 British berjaya mempengaruhi sultan melayu agar
tidak menyokong gerakan penentangan orang-
orang melayu
20
NASIONALISME KEINTELEKTUALAN
(BUKAN BERSENJATA)
A) GOLONGAN BERPENDIDIKAN AGAMA
- Dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme Asia Barat
pimpinan Jamaludin al-Afghani, Muhammad Abduh &
Rashid Redha.
- Dikenali sebagai kaum muda/golongan reformis/(anti
establishment)- menentang pandangan dan prinsip
golongan kaum tua yg dianggap konservatif/ beku
- TOKOH-TOKOH PENTING : SYED SHEIKH
AHMAD AL-HADI, SYEIKH MOHD TAHIR
JALALUDDIN AL-AZHARI, HJ ABAS MOHD
TAHA DAN SYEIKH MOHD SALIM AL-KALALI. 21
 Mereka membawa idea reformasi serta
memberi semangat bahawa bangsa Melayu
sebenarnya mampu bersaing dengan
bangsa-bangsa lain di dunia (Revolusi
mental)
 Menerbitkan akhbar/ majalah- Saudara,
Edaran Zaman, Neraca, Al- Iman, Al-
Ikhwan
 membuat perubahan dalam struktur
kurikulum persekolahan Melayu -lebih
cenderung kpd sains, matematik dan
perdagangan/perniagaan
 Ditentang oleh ulama-ulama tradisional 22

yang konservatif yang dikenali kaum tua.


B) GOLONGAN BERPENDIDIKAN
SEKULAR (MELAYU)
 Berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI) ,TANJUNG MALIM – 1922
 Lahirkan ramai nasionalis kelas menengah
Melayu
 ANTARA TOKOH: HARUN MUHAMMAD
AMIN (HARUN AMINURRASHID),ABDUL
HADI HJ HASSAN, MOHD ISA MAHMUD,
HASSAN MANAN DAN ABDUL KARIM
RASHID

23
Menyebarkan semangat kebangsaan di
kalangan masyarakat melayu untuk
tentang inggeris
Banyak dipengaruhi oleh gerakan
nasionalis indonesia
Penentangan ditonjolkan dalam bentuk
penulisan buku & rencana

24
Antaranya : Cenderamata (1923) dan
majalah Guru (1924)
Pelajar MPSI juga terlibat dalan
beberapa pertubuhan radikal seperti
ikatan pemuda pelajar (1929), belia
malaya (1930) dan KESATUAN
MELAYU MUDA (1938)
Kegiatan golongan ini dibimbangi oleh
British.
25
 Guru-guru telah ditukarkan & pertubuhan
yang terlibat dengan nasionalisme telah
diharamkan
 Ramai dari kalangan pimpinan pertubuhan
radikal telah ditangkap oleh pihak british
 ANTARA YANG TERLIBAT
BURHANUDDIN HELMY, IBRAHIM
YAAKOB, AHMAD BOESTAMAM
(ABDULLAH SANI RAJA KECHIL)
DAN ISHAK HJ MOHAMAD.
26
C) GOLONGAN BERPENDIDIKAN
SEKULAR (INGGERIS)
Berpusat di MCKK (1905) & terdiri dari
kalangan anak bangsawan melayu
Dilatih untuk jawatan tinggi dalam
pentadbiran british
Kebanyakkan pro dan lebih mendapat
perhatian inggeris

27
 TOKOH PENDIDIKAN INGGERIS:
RAJA CHULAN, SULTAN ABDULLAH,
MUHAMMAD EUNOS ABDULLAH,
ZAINAL ABIDIN AHMAD (ZA’BA),
DAN SIR RAJA TUN UDA.

 Mereka memperjuang agar orang Melayu


diberi hak yang lebih luas dalam ekonomi,
pentadbiran & pelajaran

28
NASIONALISME KEPARTIAN
- Masyarakat Melayu ketika itu tidak ada kesepaduan sosial,
politik/ ekonomi disebabkan oleh:
▪ FAKTOR PERHUBUNGAN
▪ DEMOGRAFI TERPISAH
▪ SISTEM PENDIDIKAN YANG RENDAH
▪ HUBUNGAN YANG SENGGANG ANTARA
PEMIMPIN DAN RAKYAT
▪ KESAN DASAR PECAH PERINTAH BRITISH

- Semangat kebangsaan telah diterjemahkan melalui


kesedaran sosial lebih banyak mengajak masyarakat
melayu bersatu padu

29
PENUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK
 PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) 1930
- Parti politik paling awal di Tanah Melayu
- Berorientasikan “China Centric”/ fahaman
komunis

■ KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) 1936


- Ditubuhkan oleh kumpulan guru dan pentadbir
Melayu – Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad
- Bersifat radikal- berorientasikan konsep Melayu
Raya
30
 PERTUBUHAN DAN KESATUAN-
KESATUAN MELAYU
- Dibentuk oleh anak negeri – pejuang nasib
Melayu

■ PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU


(1942-1945)
- Kemenangan Jepun menentang Inggeris beri kesan
psikologi terhadap orang Asia dan Orang Melayu

31
 PERTUBUHAN KEBANGSAAN
MELAYU BERSATU (UNITED
MALAYS NATIONAL ORGANIZATION)
11 MEI 1946
- Cetusan gelombang pemikiran dan
kesedaran seluruh rakyat Melayu terhadap
nasib dan masa depan mereka

- Satu kejayaan kpd golongan berpendidikan


MCKK- anak-anak bangsawan Melayu
32
NASIONALISME KOMPROMI
 Perkembangan selepas perang Dunia ke 2 – bawa
perubahan terutama dari segi tuntutan
kemerdekaan di negara-negara tanah jajahan kuasa
Barat dan kebangkitan fahaman komunis

 Di tanah Melayu, Malayan Chinese Association


(MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949 –
atas kepentingan masyarakat Cina dan strategi
politik British
 Diketuai oleh TAN CHENG LOCK
33
 Bagi mengimbangi keadaan dan untuk
menjaga kepentingan kaum India, Malayan
Indian Congress (MIC) ditubuhkan pada
1949. Diketuai oleh JOHN THIVY

 Kedua-dua parti ini bertujuan mengalihkan


tumpuan dan pergantungan politik
masyarakat imigran dari negara asal dan
mengubah orientasi pertubuhan-pertubuhan
kaum selari dengan dasar dan kepentingan
British juga untuk membela nasib kaum
masing-masing.
34
PARTI PERIKATAN
 Syarat British- kemerdekaan akan hanya
diberikan kpd Tanah Melayu sekiranya
ketiga-tiga kumpulan kaum utama berjaya
menunjukan perpaduan

 Untuk mempercepatkan kemerdekaan,


UMNO, MCA dan MIC bergabung dan
dikenali sebagai PARTI PERIKATAN pada
tahun 1951
35
PAKATAN MURNI
 Satu konsensus permuafakatan dari
pemimpin-pemimpin perikatan

 Dikenali juga dengan “Quid Pro Quo”,


“Kompromi Merdeka” dan 4 + 1”.

 Orang Melayu: Menerima semua rakyat


imigran bukan Melayu melalui prinsip “jus
soli”

36
Orang bukan Melayu menerima:
1) Raja-raja Melayu sebagai pemerintah
2) Hak istimewa orang-orang Melayu
3) Bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan
4) Agama Islam sebagai agama rasmi

37
NASIONALISME MASA KINI
 Generasi sekarang ini kurang menghayati erti
nasionalisme kerana :
1. Asas pengetahuan sejarah, agama, bangsa dan
negara yang kurang.
2. Sikap yang negatif
3. Mudah terpengaruh dan terpedaya
4. Pengawasan ibu bapa yang berkurangan
5. Masyarakat yang bertambah individualistik
6. Tumpuan pendidikan agama dan moral yang
merosot. 38
PENILAIAN
 KESEDARAN TENTANG NASIONALISME
ADALAH PENTING DALAM KEWUJUDAN
SESEBUAH NEGARA. NASIONALISME DAN
RASA CINTA PADA TANAH AIR
MERUPAKAN INTIPATI KEUTUHAN
SESEBUAH NEGARA.
 ADALAH DIHARAPKAN KITA SEMUA
DAPAT TERUS MENYUBURKAN RASA
CINTA KEPADA NEGARA DAN TANAH AIR
BERASASKAN KEPADA PEPATAH MELAYU
“DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT
DIJUNJUNG”.
39
PENILAIAN DAN
PEMAHAMAN
 SEBAGAI ANAK KELAHIRAN
SELEPAS MERDEKA, PADA
PENDAPAT ANDA ADAKAH
NASIONALISME RELEVAN DALAM
ERA NEGARA HARI INI? JIKA TIDAK,
KENAPA?
 JIKA YA, BAGAIMANAKAH BENTUK
DAN KEPERLUAN SEMANGAT
NASIONALISME MASA KINI?

40

You might also like