You are on page 1of 2

Zaman Penjajahan Tanah Melayu

(JEPUN)
Friday, September 23, 2016

Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di


Tanah Melayu
Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu

      i. Perancangan awal perang


·           - Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk
Tanah Melayu
·              -   Jepun menjalankan perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan
serangan

      ii. Kelengkapan perang tentera Jepun


·            - Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”
·            - Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu

      iii. Semangat tentera Jepun


·            - Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
·            - Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun
·            - Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun

      iv. Taktik serangan Jepun


·        - Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika
Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941
·            - Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu
di Singapura
      v. Kelemahan tentera British
·              - British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan

peperangan di Eropah
·              - Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
·              -  Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
·               - Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura

      vi. Pakatan Jepun-Thailand


·         - Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan
Jepun tidak menyerang Thailand
·             -   Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand

       vii. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)


·            - KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
·            - KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
·            - KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun

You might also like