You are on page 1of 42

Disediakan oleh:

HERWAND BIN NAHARI


MOHD NASIR BIN OMAR
RUSMA BINTI RAHIM
MOHAMMAD KAMARUL IMRAN BIN KAMARUDDIN

KPLI-SR (PENUH MASA)


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
K1.6
Kronologi Penjajahan Kuasa Asing di Tanah Melayu

PENJAJAHAN

PORTUGIS BELANDA INGGERIS JEPUN

FAKTOR
KESAN KESAN
KEDATANGAN PENTADBIRAN

PROSES
PENJAJAHAN
KESAN
PENDUDUKAN
PENENTANGAN
JEPUN

KESAN
PENGENALAN

› Latar Belakang Penjajahan


Negara telah dijajah oleh beberapa buah
kuasa barat dan timur iaitu Portugis,
Belanda, Inggeris dan Jepun termasuk
Siam.

f) Portugis (1511-1641)
g)Belanda (1641-1824)
h)Inggeris (1824-1941) dan (1945-1957)
i) Jepun (1941-1945)

› Negara dijajah selama 446 tahun bermula


dari tahun 1511 hingga 1957.
Portugis
Pengenalan
 Diketuai oleh Alfonso d'Albuquerque
 Menguasai Melaka pada tahun 1511sehingga
1641(130 tahun)
 Hanya dapat menakluk dan menduduki bandar dan
pelabuhan Melaka.
 Tidak berupaya menakluki dan menduduki negeri-negeri
lain kerana jumlah tenteranya yang tidak mencukupi.
 Tujuan utama datang ke timur iaitu untuk menakluk dan
menduduki Melaka yang merupakan pusat perdagangan.
 Portugis masih lagi menghadapi serangan dan
tentangan dari Sultan Mahmud.
 Portugis terbabit dengan Perang Tiga Segi (Portugis,
Aceh dan Johor) utk menguasai perdagangan Kepulauan
Melayu.

Alfonso d'Albuquerque
 Matlamat
› ekonomi (rempah ratus, bijih timah dan emas)
› mencari pelabuhan untuk menguasai perdagangan di
kawasan timur (Melaka).
› mengembangkan agama Kristian
 Kesan penjajahan
› membawa kepada kemunculan kerajaan Melayu Johor-
Riau
› memperkenalkan sistem pentadbiran ketenteraan di
Melaka
› agama Kristian cuba di sebarkan
› Kesan peninggalan seni bina (A Famosa).
› Portuguese music (Jingling Nona) and community
(Serani)
› Pengenalan tulisan rumi
› Perkataan bhs portugis- ‘jendela, almari, garpu dan
tuala’
Kota A Famosa

Tarian Portugis
Belanda
Pengenalan
 Kejatuhan Portugis di Melaka adalah hasil kerjasama
antara Belanda dan Kerajaan Johor yang diketuai oleh
Laksamana Matelieff de Jonge.
Abad ke 17, Belanda menumpukan perhatian kepada
pelabuhan di Jawa. Belanda menubuhkan Syarikat Hindia
Timur Belanda pada 20 Mac 1602
 1619 - Belanda telah mendirikan ibu pejabat tetap di Betawi
(Batavia) Pulau Jawa.
 Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada
Portugis.
 Penjajahan Belanda dengan tujuan :
› menguasai perdagangan rempah-ratus di Kepulauan
Melayu,
› memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri
Melayu

Laksamana Matelieff de Jonge


 Belanda juga menguasai perdagangan bijih timah di
Perak dan Selangor.
 Belanda bersaing dengan British untuk menguasai
perdagangan bijih timah di Tanah Melayu dan akhirnya
mereka menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda
(perjanjian London) pada tahun 1824.
Proses Penguasaan Melaka
 Pertengahan 1640, Belanda bersatu dengan Johor menyerang
Melaka, dan hanya dapat mengalahkan Portugis selepas enam
bulan berperang.
 Januari 1641, Portugis menyerah kalah dan Belanda
menguasai Melaka.
 Belanda mewujudkan monopoli terhadap seluruh
perdagangan di Kepulauan Melayu.
› Betawi – pusat perdagangan
› Melaka – pengkalan untuk mengawal negeri-negeri TM
yang kaya dengan timah.
 Cara meluaskan perdagangan
› Membuat perjanjian berdagang dan biasanya berat
sebelah iaitu menguntungkan Belanda sahaja.
› 1642, desak Johor tandatangan satu perjanjian
perdagangan yang mengkehendaki agar semua kapal
yang belayar ke utara melalui Selat Melaka , hendaklah
terlebih dahulu mendapat kebenaran Belanda.
 Kurun 18, hadapi tentangan dan persaingan dari Bugis.
Kesan Penjajahan Belanda

Bangunan Stadhuys, Kota Belanda(Dutch Fort),


Melaka Pulau Pangkor
Inggeris
Pengenalan
British mula campurtangan di TM bermula 11 ogos
1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang.
16 Feb 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki
Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long
dan Temenggung Abd Rahman.
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan
British menguasai Tanah Melayu
Inggeris berjaya menguasai Pulau pinang, Melaka
dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat
pada tahun 1826.
Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula
campurtangan di NNMelayu secara langsung.
Faktor-faktor Campurtangan Inggeris
a) Faktor ekonomi
 Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-
19 di Eropah (industri mengetin makanan)
 Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih
timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar utama.
b) Faktor keadaan anarki
 Masalah perang saudara antara pembesar
 Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja
Mahdi di Selangor.
 Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan
Ghee Hin
 Kegiatan perlanunan
Samb/..

c) Faktor kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa


asing
 Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti
Russia, Perancis, Itali dan Jerman. Mereka bersaing
untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing.
 Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan
ekonomi dgn NNM
Perjanjian Inggeris – Belanda
 Termenterai perjanjian antara British dengan Belanda pada 17
Mac 1824.
 Belanda mengakui kehadiran British di Singapura dan menarik
balik tuntutannya ke atas Belanda.
 Dalam usaha untuk mengelakkan berlakunya konflik lagi,
kedua-dua pihak bersetuju membahagikan wilayah;
 Selat Melaka telah dibahagi dua
 Selatan dan Barat berada di bawah Belanda
 Utara dan Timur berada di bawah British
 Singapura diakui wilayah British
 Melaka ditukar suka sama suka dengan Bangkahulu (di pulau
Sumatera)
Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris-Belanda:
 Kepulauan Melayu terbahagi kpd dua pengaruh
Inggeris dan Belanda
 Perpecahan empayar Johor –Riau.
 Persaingan antara British dan Belanda bertambah
sengit
Campurtangan di Perak
 Perak – negeri Melayu terawal menerima kemasukan
pengaruh politik British. British mengambil kesempatan drpd :
a) perebutan takhta kerajaan Perak
- pertelingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja
Abdullah.
b) pergaduhan kongsi gelap Cina
- kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San (Perang Larut)
 Penyelesaian – Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874
 Sistem residen pertama wujud di Perak 1875. (J.W.W Birch)
Campurtangan di Selangor
 Masalah kutipan cukai di muara sungai dan masalah lanun
diperairan Selangor.
 Jun 1871, kapal saudagar Cina dirompak oleh pengikut Raja
Mahadi. British hantar dua kapal Pluto dan Rinaldo serang
kubu Raja Mahadi.
 British ambilalih Selangor dan J.G. Davidson sbg residen
pertama.
Samb/..

Campurtangan di Sg.Ujong dan Negeri Sembilan


 Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar – kuasa
kutipan cukai bijih timah di Sg. Ujong.
 Semua daerah di N9 jatuh ke tangan British dan akhirnya
terima residen pada tahun 1889- Martin Lister.

Campurtangan di Pahang
 Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dgn Wan
Mansur (1884).
 Frank Swettenham di hantar ke Pahang untuk selesaikan
masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama
Pahang
J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.
Residen

J.W.W Birch (Perak) Sargent ,Sir Frank


Swettenham
(Residen-Jeneral Pertama)

J.P. Rodger (Pahang) Captain, Francis Light


(P. Pinang)
Sistem Residen
 Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang.
 British berkuasa di NNM dalam aspek – politik dan
pentadbiran, ekonomi dan sosial.
 Matlamat Sistem Residen :
1. keamanan melalui undang-undang
2. sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur
3. ekonomi – eksploitasi sumber semulajadi - bijih timah
Kesan-kesan sistem Residen
a) Pembangunan ekonomi Negeri
- perusahaan bijih timah, getah, kopi
- kemasukan buruh Cina dan India
- sumber ekonomi dimonopoli oleh British
Samb/..

b) Perubahan Politik
- Sultan berkuasa pada Agama Islam dan adat-istiadat
- Perubahan sistem pentadbiran – Residen berkuasa
c) Perkembangan Sosial
- infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos
dan sebagainya.

Negeri-negeri Selat (NNS)


 Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
 Diketuai oleh Gabenor – Robert Fullerton (pertama)
 1 April 1867 – Unit NNS di bawah pejabat tanah jajahan di
London.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
 1895, melalui Perjanjian Persekutuan – British tubuhkan
NNMB.
empat negeri Perak, Selangor, N. Sembilan dan Pahang. 1
Julai 1896 berkuatkuasa secara rasmi.
 Diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral pertama Frank
Swettenham.
 Faktor penubuhan NNMB

a) Masalah kewangan di Pahang


b) Kelemahan sistem residen
c) Mengurangkan belanja untuk pentadbiran
Kesan penubuhan NNMB
 British tubuhkan bbrp jabatan – jabatan kerja raya.
Kemerosotan kuasa raja dan pembesar
 Kuasa beralih kpd Residen Jeneral
 Sistem pentadbiran tersusun – Majlis Mesyuarat Persekutuan
 Timbul rasa tidak puashati di kalangan raja.

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)


 Ditubuhkan pada 1909 melalui perjanjian Bangkok.
 Empat negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Johor
pada tahun 1914 terima Penasihat British.
NNS

NNMB

NNMTB
Pengagihan Kuasa Pusat (Disentralisasi 1920-1941)
 Pengagihan kuasa pusat (dasar dentralisasi)
diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
 Faktor-faktor Disentralisai diperkenalkan oleh British :

a) Sultan di NNMB tidak berpuashati dgn pemusatan kuasa


pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat
Persekutuan 1909 tidak berpihak kepada sultan.
b) Menyatukan negeri-negeri Melayu (NNMB, NNMTB dan
NNS)
c) Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran
d) Persaingan kuasa antara Residen Jeneral dgn Pesuruhjaya
Tinggi (pentadbiran)
 Disentralisasi merupakan strategi British menguasai ekonomi
di Tanah Melayu
Sistem Tahun Pengenalan Negeri-negeri Terbabit
Sistem Residen 1874-1889 Perak, Selangor,
Pahang, N.Sembilan
Negeri-negeri Selat 1826 Pulau Pinang,
(NNS) Singapura dan Melaka
Negeri-negeri Melayu 1896 Perak, Selangor,
Bersekutu(NNMB) N.Sembilan, Pahang
Negeri-negeri Melayu 1909-1919 Perlis, Kedah,
Tidak Bersekutu(NNMTB) Kelantan, Terengganu
dan Johor
Disentralisasi 1920-an Semua negeri di
Tanah Melayu
Penentangan Di Naning (1831-1832)
 Naning merupakan sebahagian drpd Melaka. Gabenor
Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 drpd hasil
ekonomi kpd British.
 Cadangan british ditentang oleh Dol Said (Penghulu
Naning). Perang Naning tercetus pd bulan Julai 1831.
 Naning diisytiharkan sbg sebahagian wilayah Melaka. Feb
1834 Dol Said menyerah diri.

Makam Dato Dol


Said(Melaka)
 Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan
antara Raja Mahadi dgn Raja Abdullah.
 1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin
(Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail
merampas Klang. British campurtangan dan beri
sokongan menentang Raja Mahadi. Walau pun
hanya Perang saudara tetapi campurtangan
British telah mendapat tentangan penduduk
tempatan.
Penentangan di Perak
 Sebab penentangan British di Perak :
a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan
dan pembesar Melayu.
b) Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kpd
kerajaan British 1875.
c) Pembaharuan oleh J.W.W Birch:
- hapus sistem perhambaan
- beri perlindungan kpd hamba
- campurtangan dlm adat resam org Melayu
d) Sikap peribadi Birch
- buat pembaharuan secara tergesa-gesa
- tidak boleh berbahasa Melayu
 Dato Maharaja Lela , Dato Sagor dan Pak Endut dan
Seputum tentang British dan bunuh Birch pada Nov 1875 di
Pasir Salak.
 Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah
Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles iaitu sebuah
negara kepulauan di tengah Lautan Hindi.
Penentangan di Pahang
 Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger sbg
Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan
pemungut cukai dan majistret.
 British memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil
hutan),cukai tanah dan sistem kerah.
 Pembesar Melayu kehilangan kuasa dan mata pencarian lalu
bangun tentang British. Tok Gajah, Dato Bahaman dan
Mat Kilau melancarkan Pemberontakan pada Disember 1891
dan serang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.
 Pemberontakan berakhir pada tahun 1895. Tok Gajah, Dato
Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu,
Kelantan dan akhirnya ke Siam.
Penentangan di Kelantan
 Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan
diserahkan kpd British dan James Scott Mason –
penasihat British Julai 1909.
 Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan
bin Munas (Tok Janggut).
 Punca penentangan :

a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram


b) Sistem Tanah Baru 1915
c) Pengenalan cukai hasil pertanian
Makam Tok Janggut
d) Sikap pegawai British
- Sikap Peg Daerah iaitu Che Abdul Latif
menimbulkan kemarahan orang ramai. Tercetus
pemberontakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir
Puteh 29 April 1915. Pemberontakan tamat pada 24
Mei 1915.
Penentangan Di Terengganu
 Pemberontakan di Terengganu yg diketuai oleh Hj Abd
Rahman Hj Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong)
dikenali sbg Pemberontakan Tani pada 1928.
 Faktor pemberontakan Tani :

a) Pungutan cukai – tanah, hasil tanah dan cukai kepala.


b) perkenalkan sistem pendidikan Barat
c) perkenalkan pas kebenaran untuk buka tanah, bercucuk
tanam dan pungut hasil hutan.
 Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis
dan pejabat Daerah di Kuala Berang. Pemberontakan dapat
ditumpaskan. Abd Rahman Limbong di buang ke Makkah.
Penentangan Di Sarawak
 Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh
Dinasti Brooke.
 Beberapa pemberontakan:
Rentap
- 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala
manusia yang menjadi amalan tradisi org peribumi
Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke
di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke - Alan Lee.
- 1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu
rentap di Bukit Sadok.
Banting
- ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan
akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan
hapus adat dan amalan tradisi tempatan
- 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.

Sir, James Brooke


Sharif Masahor
- Penentangan berpunca drpd tindakan James Brooke
memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kwsn
Sg. Rejang.
- Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sg. Rejang
dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk
Patinggi Abdul Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859.
Serangan dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor
dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke
Betawi.
Asun
- Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920 orang Dayak
menentang pembayaran cukai dan memberontak di
Sg. Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun.
- 1932, asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.

Sarikei Sherip Masahor


Penentangan di Sabah
 Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara
British.
 Dua pemberontakan tercetus iaitu :

a) pemberontrakan Mat Saleh


- Berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat
pengenaan cukai, pembangunan secara besar-
besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan.
- siri penentangan tercetus di Sg.Sugut (1894),
serang pelabuhan Syarikat di pulau Gaya (1897).
Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada 1900.
b) Kebangkitan Rundum
- diketuai oleh Antanum pada 1915.
- faktor pemberontakan - cukai ke atas beras dan
ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina
jalan2 kecil di hutan.
- Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan.
Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum bunuh.

Datu Paduka Mat Salleh


Mat Kilau Mat Saleh

Dato Maharaja Lela Dato Bahaman


Daerah/ Negeri Tokoh Pejuang
Naning Dol Said

Perak Dato Maharaja Lela, Dato Sagor

Pahang Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah

Kelantan Tok Janggut

Terengganu Abd Rahman Limbong

Sarawak Sharif Masahor, Rentap, Banting, Asun,


Datuk Patinggi Abdul Ghapur
Sabah Mat Saleh, Antanum
Pengenalan
 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu.
Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan oleh Jepun pada
15 Feb 1942.
 Faktor kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu :

a) Pihak British kurang bersedia


b) Kelewatan bantuan ketenteraan dari London dan India
c) Serangan melalui jalan laut.
- tidak menggunakan jalan udara. Dua buah kapal British
tenggelam Prince of Wales dan Repulse.
d) Persediaan tentera Jepun yg lengkap
e) Tentera Jepun yang terlatih dan berdisiplin
Tentera British Menyerah Kalah Kepada Jepun

Dua kapal British H.M.S Repulse dan H.M.S Prince of Wales


(Kuantan)

Pesawat Lockheed
Hudson Mk V

HMS Repulse HMS Prince of Wales


Pentadbiran Jepun
 Bercirikan ketenteraan. Antara ciri pentadbiran ketenteraan
Jepun:
a) Tanah Melayu dikenali sbg Malai Baru diketuai oleh
seorang Presiden Jepun atau Gunseikan
b) Setiap negeri diketuai oleh Gabenor Jepun
c) Singapura yg dikenali sbg Syonan. NNM Utara terdiri
drpd Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah diserahkan
negara Thai –Ogos 1943.
e) Tubuh pasukan perisik tentera – Tekkikan, Kempeitai dan
Toko.
Kesan-kesan Pendudukan Jepun
Kesan Sosial
 Penindasan terhadap org Cina
 Ramai pemuda tempatan dipaksa menjadi buruh paksa untuk
membina Landasan Jalan Kereta Api Maut di sempadan
negara Thai dan Burma
 Masalah kesihatan ekoran kekurangan bekalan perubatan dan
makanan tidak berzat.
 Layanan Jepun terhadap orang tempatan berat sebelah. Org
Cina diberi layanan buruk dan berbaik-bauk dengan org
Melayu. Timbul perasaan permusuhan antara kaum.
 Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan seperti bahasa Jepun-
Nippon-go dan lagu Kamigayo.
Kesan Ekonomi
 Perusahaan bijih timah dan getah semakin merosot ekoran
British telah musnahkan kawasan lombong, ladang dan kilang.
 Barangan keperluan berkurangan seperti tekstil, ubat-ubatan,
beras.
Makanan beras diganti dengan ubi kayu.
 Nilai matawang jatuh. Wang pokok pisang dikeluarkan banyak
tetapi tidak bernilai.
 Masalah inflasi berlaku
Kesan Politik
 Beri kesedaran politik kpd penduduk tempatan akibat guna
propaganda ‘Asia untuk orang Asia’
 Org Melayu mendapat peluang pentadbiran
 Timbul kesedaran Inggeris mempunyai kelemahan akibat
dicabar oleh tentera Jepun
 Lahir semangat nasionalisme seperti wujud Parti Komunis
Malaya (PKM), Pembela Tanah Air (PETA), Kekuatan Rakyat
Istimewa (KRIS)
 Mengukuhkan sentimen kecinaan dan keindiaan di Tanah
Melayu.
Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun
 Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 setelah
kalah di tangan kuasa Berikat dan akibat pengeboman
Hiroshima dan Nagasaki.
 PKM melalui Bintang 3 cuba menguasai T Melayu dan
mencetuskan huru-hara.
 British isytihar darurat dan tubuhkan ranc. Briggs dan Templer
untuk memulihkan semula keadaan darurat.
 Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu isytiharkan darurat pada 17
Jun 1948 dan PKM diharamkan pada 23 Julai 1948.
 Sir Gerald Templer –perkenalkan sistem pembahagian wilayah
kawasan putih dan kawasan hitam, sistem kad pengenalan,
kampung baru untuk menyekat pengaruh komunis melalui
rancangan Briggs.
 Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
Sekian, Terima
Kasih

You might also like