You are on page 1of 74

TH30303 SEJARAH ASIA TENGGARA : ERA KOLONIALISME DAN

IMPERIALISME
BAB 2: KOLONIAL BRITISH
KUMPULAN 2
NAMA

NO. MATRIK

SITI AISAH BINTI ETHIN

BP14110609

NORJIJAH MAKOPIN

BP14110430

SITI NAZIRAH BINTI SHAHRAN

BP14110626

NOR ALIESSAH MAT ALI

BP14110404

ANDREA ELDA YAPAN

BP14110080

DAYANG FAUZIAH BINTI AWANG


AHET

BP14110149

ELQA SHAHDEIQ BIN


MATERANG

BP14110168

HENNYLIE LIAU

BP14110218

MOHD. FARIHUDDIN BIN


SUARDI

BP14110337

PENGENALAN BURMA
Burma diasaskan oleh keturunan Alaungpaya iaitu pengasas Dinasti
Konbaung pada tahun 1752 dan berakhir pada tahun 1885 selepas
dijajah oleh British semasa pemerintahan Raja Thibaw.
Dari segi politik, pemerintah Dinasti Konbaung mengamalkan satu
bentuk pemerintahan kerajaan berpusat yang ketat. Raja adalah ketua
eksekutif, mempunyai kata putus mengenai semua perkara, tetapi ia
tidak boleh membuat undang-undang baru dan hanya berkuasa dalam
bidang pentadbiran.
Negara ini mempunyai dua kod undang-undang iaitu Rajathat Dan
Dammathat, dan Hluttaw.
Wilayah diperintah oleh gabenor yang semua dilantik oleh Hluttaw, dan
kampung-kampung diperintah oleh ketua-ketua keturunan yang telah
diluluskan oleh raja.
Pusat kerajaan telah dibahagikan kepada tiga cabang iaitu eksekutif,
fiskal (kewangan), dan kehakiman.

Ekonomi utama: Pertanian sara diri dan penanaman padi.


Lokasi Burma menjadi laluan perdagangan antara China
dan India. Secara tidak langsung, berlaku juga aktiviti
perdagangan antara Burma dengan pedagang dari India.
Dari segi sosial, budaya India tersebar di Burma melalui
pedagang India yang menggunakan laluan perdagangan
(terutamanya Sungai Irrawaddy) yang merupakan
tempat tinggal majoriti Burma.
Burma juga merupakan negara Asia Tenggara yang
pertama sekali menerima Buddha dan menjadikannya
sebagai agama rasmi.

FAKTOR
KOLONIALISME DI
BURMA
POLITIK
EKONOMI
SOSIAL

FAKTOR POLITIK

Pentadbi
ran
Burma
yang
bermasal
ah

Fakto
r
politi
k

Masalah
dalam
hubunga
n
diplomat
ik

PENTADBIRAN BURMA YANG


BERMASALAH
Masalah pentadbiran di Burma bermula apabila Burma telah
menakluki Arakan.
Penaklukan tersebut dilakukan oleh Raja Bodawpaya pada
tahun 1784.
Penaklukan tersebut menimbulkan kesan yang baik. Hal ini
kerana, Sempadan Burma semakin meluas sehingga ke
kawasan India.
Pada masa yang sama, penaklukan tersebut menyebabkan
Burma mempunyai sempadan yang sama dengan British di
Wilayah Chittagong.

Meskipun begitu, keadaan sempadan Arakan


Chittagong sebenarnya tidak stabil. Hal ini kerana
terdapat sebilangan besar orang pelarian Arakan
yang
menggunakan
wilayah
British
untuk
menentang pemerintahan Burma yang mana di
tadbir oleh Gabenor Burma.
Oleh yang demikian, penaklukan yang di lakukan
oleh Burma menandakan bermulanya pertikaian
diantara British dan Burma kerana pertikaian
tersebut telah mencetuskan perang pada tahun
1824.

Pada tahun 1794 dan 1811 orang pelarian di bawah


pimpinan Nga Than De dan Chan Byan telah menentang
pemerintahan Burma.
Askar melakukan tindak balas ke atas pemberontakkan
tersebut , dengan cara kerap memasuki wilayah British
untuk menawan pemberontak-pemberontak yang melarikan
ke Chittagong.
Oleh hal yang demikian, disebabkan oleh sistem
pentadbiran Burma yang tidak sistematik menyebabkan
timbulnya kekacauan politik. Hal ini kerana jikalau sistem
pentadbirannya baik maka dengan itu tiada sebarang
kakacauan politik akan berlaku.

HUBUNGAN DIPLOMATIK YANG BERMASALAH


Hubungan diplomatik yang sudah terjalin merosot
akibat daripada peletusan perang British Burma yang
pertama.
Oleh yang demikian, British telah menghantar beberapa
utusan dalam tahun 1795 hingga 1811, seperti:
Micheal Symes

1795-1802

Jhon Canning

1809-1811

Mereka di hantar untuk menyelesaikan masalah di sempadan


Arakan-Chittagong seperti masalah perdadangan.
Namun begitu, utusan tersebut tidak berjalan seperti yang
diinginkan, hal ini kerana sikap syak wasangka diantara
kedua-dua pihak dan keangkuhan ketenteraan Burma yang
merumitkan lagi hubungan diplomatik British dan Burma.
Tambahan pula, kedua-dua residen British yang di hantar ke
Rangoon (Hiram Co dan Lt. John) terpaksa pulang ke India
atas layan buruk oleh pegawai istana Burma.
Masalah kasut juga merupakan salah satu daripada punca
daripada hubungan diplomatik bagi kedua-dua negara putus.

Hal ini kerana, mengikut adat Burma orang Burma yang


ingin menghadap raja harus menanggalkan kasut mereka
dan duduk bersila di lantai. Namun bagi pihak British ianya
adalah satu perkara yang baik kerana tindakan tersebut
seperti merendahkan maruah mereka .
Pada tahun 1875, kerajaan British telah di India telah
diarahkan Residen Shaw di Manday untuk tidak
menanggalkan kasut ketika menghadap Raja dan hal
tersebut telah membangkitkan kemarahan Raja Mindon. Hal
tersebut juga menyebabkan Raja Mindon tidak terus ingin
berjumpa dengan residen British kerana tidak mematuhi
amalan tradisional tidak di patuhi.
Dan akhirnya hubungan secara tidak langsung diantara raja
Burma dan residen British terputus

Fakto
r
politi
k

Agama
Kristian
terseba
r secara
meluas

Pengaruh agama Kristian telah memperlihatkan pengaruhnya


di rantau Asia Tenggara, Asia selatan dan Asia Timur seiring
dengan kedatangan orang Eropah ke rantau tersebut.
Kehadiran kuasa Eropah telah bermula sekurang-kurangnya
abad ke-16 dengan dimulakan dengan kuasa Portugis yang
berjaya muncul sebagai kuasa maritim yang kuat ketika itu.

Halangan untuk memperoleh barangan dari Timur yang


mempunyai harga yang tinggi di pasaran Eropah mendesak
mereka mencari laluan alternatif daripada laluan sedia ada
yang telah dikuasai oleh pedagang Islam.

Dalam masa yang sama misi mereka bukan sahaja sekadar


barangan dari Timur malah mereka juga mempunyai cita-cita
untuk menyebarkan agama Kristian disamping memperoleh
penghormatan peribadi.

Oleh yang demikian tugas penjelajahan mereka lebih terikat


memenuhi Tiga G, iaitu Gold atau Emas, Glory atau
keagungan dan God atau menyebarkan agama kristian.
Bermula dengan Portugis, kuasa-kuasa lain kemudiannya
sepanjang
abad
ke-17
hingga
abad
ke-19
turut
mengembangkan agama ini.
Walaupun kuasa-kuasa besar seperti Belanda dan British
lebih berminat dengan ekonomi berbanding dengan
penyebaran agama. Namun begitu, mereka juga mempunyai
misi yang sama dengan Portugis dan Sepanyol.
Pada abad ke-19 dan 20 Eropah telah berjaya untuk
menguasai dan mendominasi Asia Tenggara, telah menjadi
instrumen penting dalam usaha mereka menyebarkan agama
Kristian.

Manakala kemasukan pentadbiran British di Myanmar telah


mengancam kedudukan pengaruh agama Buddha di negara itu.
Ancaman itu nampak semakin ketara pada sistem pendidikan
agama Buddha yang semakin merosot.
Manakala golongan Mubaligh Kristian pula cuba menyebar
agama Kristian dikalangan penduduk pedalaman seperti puak
Chin dan Kare.
Selain itu orang British tidak menghormati agama Buddha
apabila mereka menggunakan kasut di kuil-kuil Buddha yang
menyebabkan seolah-olah agama Buddha di cemari.
Hal ini demikian, faktor sosial di Burma tercetus akibat daripada
penyebaran agama Kristian serta kolonial British iaitu
penggunaan kasut di kuil-kuil Buddha.

PERDAGANGAN

EKONOMI

BERAS
Minyak
PEMBALAKAN
( KAYU JATI )

PERDAGANGAN
Potensi perdagangan Burma Hulu telah menarik minat golongan
perdagangan British. British ingin memperluaskan perdagangan mereka di
Burma dan bercita-cita untuk menjalankan perniagaan dengan bahagian
barat China melalui Burma Hulu.
Pedagang British terpaksa membayar harga tinggi untuk mendapatkan
barang dagangan dari Burma dan mengenakan cukai yang tinggi ke atas
barang dagangan asing.
Golongan pedagang ini melalui Dewan Perniagaan Rangoon dan dewandewan perniagaan di Britian telah mendesak kerajaan Britain untuk
menawan Burma Hulu.
Keengganan kerajaan Burma untuk mematuhi perjanjian perdagangan tahun
1862 dan 1867 telah menambah ketidakpuasan golongan pedagang.
British bimbang Perancis akan memperluaskan pengaruhnya terutama di
Burma Hulu.

BERAS
Burma terkenal dengan aktiviti pertanian terutama sekali beras dan eksport
beras menjadi punca ekonomi Burma yang banyak memberi keuntungan
kepada British.
Beras terbaik dihasilkan di pinggir Sungai Kaladan dan Lemyo manakala
Akyad menjadi pusat komersial khususnya pada tahun 1852.
Kerajaan British telah membuka tanah untuk pertanian di kawasan delta dan
menggalakkan perdagangan eksport secara persendirian dan semua tanah
pertanian yang dibuka tersebut diberikan kepada petani-petani kecil yang
merdeka.
British telah membuat pelaburan untuk memajukan kawasan pertanian
tersebut dengan membina sistem pengairan dan pengangkutan. Sebagai
balasannya petani dikehendaki membayar cukai.
Migrasi pekerja telah berlaku di antara Burma Hulu ke Burma Hilir serta migran
India.
Modal diperolehi daripada ceti ataupun mencagarkan tanah tanah baru
mereka.

MINYAK
Burma memiliki telaga minyak yang terletak di Yenangyaung
berpotensi untuk mengeluarkan hasil minyak yang banyak telah
bertindak membuka sebuah firma iaitu Burma Oil Company pada
tahun 1886 di Rangoon.
Pada awalnya, firma hanya menjalankan kegiatan dalam
perusahaan minyak tetapi kemudiannya membeli pajakan-pajakan
kerajaan dan telaga minyak persendirian.
Perkembangan dalam perlombongan minyak tanah semakin baik
dihujung abad ke-19 dan kebanyakan aktiviti perlombongan
dimonopoli oleh syarikat British.
Antara perlombongan British yang ditubuhkan ialah Indo-Burma
Petroleum Company, British Burma Petroleum Company dan Nath
Singh Oil Company.

PEMBALAKAN (KAYU JATI)


Ekonomi Burma juga bergantung kepada aktiviti Pembalakan
khususnya pembalakan kayu jati yang diperlukan untuk
pembinaan kapal.
Kayu jati merupakan salah satu daya penggerak penjajahan
British Burma dari segi ekonomi kerana nilai komersialnya
yang lebih tinggi berbanding beras.
Kayu jati Burma mendapat permintaan yang tinggi di luar
negara kerana mutunya yang tinggi, harganya murah dan
sesuai digunakan untuk industri kapal dan binaan.
Hasil pendapatan daripada jualan kayu jati Burma ini
merupakan hak milik British setelah dieksploitasi
sepenuhnya.

SUMBER HASIL BUMI LAIN


Burma juga bergantung kepada pengeluaran timah hitam
(plumbum), wolfram, dan bijih timah.
Pihak british mengambil kesempatan atas dasar penjajahan
bagi memonopoli sumber-sumber bahan mentah tersebut.
Plumbum terdapat di lombong-lombong Badwin dan lombong
di Namtu. British telah menguasai perusahaan plumbum
yang diwakili oleh syarikat perdagangan Bombay-Burma.
Burma kaya dengan hasil bijih timah yang termasuk dalam
lingkaran bijih timah Asia.
British juga tertarik dengan penemuan wolfram di Mahewi.

Penjajahan ke atas sumber ekonomi menjadi faktor


penting yang merupakan daya penggerak penjajahan
Barat di Asia tenggara.
Pemerintahan British yang megamalkandasar ekonomi
Kapitalis telah mengakibatkan perubahan ekonomi,
politik dan sosial yang pentig di Burma.
Sebahagian besar daripada kemajuan Burma dinikmati
oleh orang asing.

IMPERIALISME BRITISH DI BURMA

Perang Anglo
Burma I
(1824-1826)

Perang Anglo
Burma II
(1852)

Perang Anglo Burma III


(1885-1886)

Konflik bermula apabila Dinasti Konbaung memutuskan untuk meluaskan empayar


ke Arakan, yang berdekatan dengan harta milikan British di India. Menyebabkan
berlakunya Perang Anglo- Burma I yang dimenangi oleh British dengan bantuan
Siam.
Perang Anglo-Burma II telah didorong oleh British yang ingin mencari hutan jati di
Lower Burma dan juga menjadikan Lower Burma sebagai pelabuhan antara
Calcutta dan Singapura.
Peperangan ini dimenangi oleh British, dan hasilnya membawa penemuan kepada
jati, minyak dan delima di utara Myanmar. Ini mendorong Perang Anglo-Burma
Ketiga pada tahun 1885.

Selepas Perang Anglo-Burma III, keseluruhan Burma jatuh ke


tangan British. British menamakan Burma sebagai Myanmar
dan memasukkannya dalam wilayah British India.
Rangoon,yang merupakan ibu negeri bagi Lower Burma telah
dijadikan ibu negeri bagi Burma dibawah pemerintahan British
India.
Pada tahun 1935, British mengasingkan pemerintahan Burma
dengan India.

PEMBAHAGIAN WILAYAH BRITISH BURMA


1. Ministerial Burma (Burma Proper)
Tennaserim Division

Toungoo, Thaton, Amherst, Salween, Tavoy,


dan Mergui Districts

Arakan Division

Akyab, Northern Arakan or Arakan Hill Tracts,


Kyaukpyu and Sandoway Districts

Pegu Division

Rangoon City, Hanthawaddy, Pegu,


Tharrawaddy dan Prome Districts

EKONOMI
Selepas pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869, permintaan beras di Eropah
adalah tinggi menyebabkan British mengeksploitasi tanah dan membersihkan
hutan bakau di sekitar delta Irawaddy bagi tujuan penanaman padi. Oleh itu,
padi menjadi tanaman utama yang ditanam dan dieksport ke luar Myanmar.
Walau bagaimanapun, untuk menyediakan tanah baru untuk penanaman, petani
terpaksa meminjam wang dari peminjam wang India yang dipanggil Chettiars
pada kadar faedah yang tinggi.
Untuk meningkatkan pengeluaran beras, banyak penduduk Burma dari bahagian
Upper Burma Burma berhijrah ke kawasan delta di Lower Burma.
Pada masa yang sama, beribu-ribu buruh India berhijrah ke Burma kerana
kesanggupan mereka untuk bekerja pada kos yang rendah.

POLITIK DAN PENTADBIRAN


British menghapuskan sistem beraja, gereja dan negara dipisahkan.
British mengekalkan penghantaran ufti ke China setiap sepuluh tahun.
Telah dipersetujui dalam konvensyen Burmah itu pada tahun 1886, China
akan mengiktiraf penjajahan Britain Upper Burma.
Perkhidmatan awam sebahagian besarnya dianggotai oleh Anglo-Burma
dan India.Burma telah dikecualikan hampir keseluruhan daripada
perkhidmatan tentera, yang hanya dianggotai oleh India, Anglo-Burma,
Karens dan kumpulan minoriti Burma yan lain.
Untuk mengawal negara ini pada peringkat kampung, British
melaksanakan strategic hamlet " iaitu strategi di mana mereka
membakar kampung-kampung dan menyingkirkan keluarga (ke Lower
Burma) yang telah membekalkan ataupun membantu kampung dan
ketua mereka.

PENGANGKUTAN

Pembinaan jalan kereta


api di seluruh lembah
Irrawaddy
Kapal wap digunakan bagi
tujuan perdagangan

PENDIDIKAN
British memperkenalkan
pendidikan Barat.
Memberi peluang kepada
rakyat Burma untuk
mendapatkan pendidikan
yang lebih tinggi dengan
menubuhkan universiti.

IMPLIKASI
IMPERIALISME BARAT
DI BURMA

PENTADBIRAN
Pesuruhjaya Tinggi British adalah pemerintah tertinggi di Burma dan
menghapuskan sistem beraja iaitu Dinasti Konbaung yang digantikan
oleh Gabenor Jeneral & jawatan pembesar tradisional di peringkat
pusat.
Akta Kampung Hulu 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889
diwujudkan untuk melenyapkan sistem pentadbiran tradisional.
Sistem undang-undang Barat diperkenalkan dan menubuhkan Majlis
Perundangan.
Penubuhan beberapa jabatan oleh pihak Barat
Perhutanan, Jabatan Pelajaran & Jabatan Kesihatan.

iaitu

Jabatan

EKONOMI
British telah membawa buruh daripada India masuk ke
Myanmar terutamanya bagi menjalankan kegiatan
ekonomi seperti pertanian padi.
Semua sektor ekonomi Burma dipertanggungjawabkan
kepada syarikat-syarikat Inggeris yang diuruskan oleh
pentadbir-pentadbir India dan China dan migrasi orang
India dan China digalakkan oleh orang British.
Upah buruh yang murah dari India ini menyebabkan
British mengambil mereka untuk berkhidmat juga
dengan kerajaan seperti di jabatan kesihatan, pos dan
telegraf.

SOSIAL
Kemasukan buruh-buruh ini membawa bersama budaya-budaya mereka
yang menyebabkan berlakunya asimilasi dan sosialisasi terhadap budaya
dan penduduk tempatan.
Perkahwinan antara buruh-buruh luar dengan penduduk Myanmar turut
membawa perubahan kepada budaya tempatan Myanmar yang
mengakibatkan wujudnya masyarakat majmuk di Myanmar.
Kemasukan warga asing secara beramai-ramai ini menjurus kepada
berlakunya masalah perkauman kerana masyarakat peribumi berasa
terhimpit dan dipinggirkan.
Perkembangan ini memperlihatkan golongan Chetti mula menguasai tanahtanah pertanian dan hak masyarakat tempatan mula diabaikan. Kesannya
berlakulah pemberontakan dan rusuhan seperti pemberontakan Hsaya San.

Walaupun kemajuan pesat berlaku namun taraf hidup dilihat


semakin merosot.
Hal ini berlaku kerana terdapat juga kegiatan merompak dan
peningkatan kegiatan jenayah yang mendadak walaupun selepas
pengenalan sistem perundangan yang mantap dan kekuatan
polis bertambah.
Pertambahan penduduk yang semakin meningkat begitu juga
perkembangan bandar Rangoon pada 1860 terlalu pesat dengan
penduduk melebihi 60000 orang menyebabkan kekurangan
peluang pekerjaan.
Masalah ini menyebabkan berlakunya masalah perumahan dan
taraf kesihatan penduduk turut merosot

GERAKAN NASIONALIS
Tahap pertama ialah perjuangan golongan sami Buddha & elit
berpendidikan Barat.
Rakyat turut menubuhkan Persatuan Belia Buddha (YMBA) yang
bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan
pendidikan rakyat.
Mereka menggunakan Isu Kasut untuk membangkitkan semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat.
Pemimpin radikal iaitu U Ba Pe (1916) kemudian menubuhkan
Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma.
Tahap kedua muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford di Burma
masih belum bersedia utk memerintah sendiri.
Revolusi Pelajar tercetus kerana mereka menuntut penubuhan
sebuah universiti.

Pemberontakan Saya San berlaku: pimpinan Saya San (bekas pongyi


& pemimpin di Tharawaddy) melalui Majlis Am Sangha Sametggi
Gagal.
Liga Anti-pemisahan menganggap pemisahan dengan India akan
melewatkan kemerdekaan.
Perlembagaan Burma 1955 ditubuhkan adalah kerana ingin
mengambil peluang untuk ke arah berkerajaan sendiri.
Parti Dobama Asiayone ditubuhkan oleh golongan Thakin (siswazah
u) untuk metuntut kemerdekaan.
Manakala, pemimpin Aung San, Kyaw Nein & U Nu menggelarkan diri
mereka sebagai Tuan.
PM pertama Dr. Ba Maw menang pilihanraya yang di buat pada
1937.
Rombongan kemerdekaan telah dihantar dan diketuai oleh Aung San
ke Britain & menubuhkan kerajaan baru yang merdeka pada tahun
1948.

PENDIDIKAN
Penaklukan Burma oleh Inggeris telah membuka peluang kepada rakyat untuk
menerima pelajaran dan dengan cara memperlengkapkan kepentingan umum
keadaan masyarakat seluruhnya menjadi bertambah baik.
Pengenalan sistem pendidikan ini bertujuan untuk mendidik anak-anak
tempatan menjadi pensubahat dengan penerapan idealisme dan dakyah
penjajah.
Di Myanmar, pendidikan Inggeris telah diperkenalkan selepas tahun 1852 oleh
British dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat
Myanmar bagi mendidik dan meningkatkan tamadun Burma. Dari segi
pelajaran Inggeris memberi pelajaran-pelajaran yang mendorong kepada
kebaikan negeri.
Ia juga dilaksanakan untuk menyediakan pegawai-pegawai perkhidmatan
awam dan pengusaha ekonomi moden dengan kerani yang boleh bertutur
dalam bahasa Inggeris di samping kakitangan lain yang menyediakan negara
dengan kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah negara moden.

Sebelum abad ke-20, pendidikan telah dijalankan oleh rahib-rahib di


biara yang terletak di bandar-bandar dan kedatangan British telah
memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris dan mewujudkan satu
bahasa untuk seluruh negara bagi memudahkan perkembangan
ekonomi dan memudahkan kawalan.
Antara ilmu yang mula diperkenalkan seperti ilmu kira-kira, ukur tanah,
geografi,
sejarah
eropah,
astronomi
dan
geometri
awalan
diperkenalkan. Pendidikan yang bersifat fizikal seperti latihan boxing
telah mula dipinggirkan.
Dalam tahun 1871, sebanyak 70 buah sekolah menengah telah
ditubuhkan dan maktab perguruan juga diadakan. Pendidikan juga
sangat pesat dibangunkan di Burma Hilir sekitar tahun 1886 dengan
banyak didirikan sekolah Inggeris dan juga sekolah campuran.
Kesannya, sekolah Kyaung (sekolah kampong) semakin dipinggirkan
terutama dalam kalangan penduduk bandar.
Akhirnya wujud tiga sistem pendidikan iaitu sistem pendidikan yang
keinggerisan, sistem biara yang tradisional dan sistem pendidikan
campuran keinggerisan dan tradisonal. Kemuncak perkembangan
pendidikan di Burma ialah penubuhan Universiti Rangoon pada 1920.

PENGENALAN MALAYSIA (TANAH


MELAYU)
Malaysia (Tanah Melayu) Sebelum Penglibatan British
Sebelum abad ke-18 & 19 : orang Melayu, orang Asli dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak menjadi penduduk majoriti Malaysia.
Orang Melayu merupakan penghuni tertua yang datang dan menetap
di Kepulauan Melayu selepas orang Asli
Proses petempatan penduduk di negara ini juga berlaku semasa
berkembangnya kerajaan-kerajaan Melayu-Hindu, kedatangan Islam
ke Nusantara dan perhubungan awal Kesultanan Melaka dengan
kuasa-kuasa Eropah
Sekitar tahun 1400 masihi dikatakan bermulanya zaman Kesultanan
Melayu Melaka yang gemilang sehingga menguasai sebahagian besar
semenanjung dan Pantai Timur Sumatera

Kedudukannya yang strategik : pertemuan antara Asia Timur dengan


Asia Barat
Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya
perdagangan rempah ratus di Asia Tenggara
Agama Islam menjadi agama utama yang tersebar dan dianut oleh
penduduk kerana rajanya
Pada tahun 1511, Portugis mula menjajah Melaka sekaligus bemulanya
era penjajahan di Tanah Melayu. Selepas itu, Tanah Melayu (Malaysia)
telah dijajah pula oleh Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh
pula ke tangan British pada tahun 1824
Di sinilah bermulanya penjajahan yang paling lama bagi 3 kuasa besar
ini di mana melalui perjanjian Inggeris-Belanda
British mula mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu
yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-raja Melayu dengan bantuan
pembesar-pembesar negeri sekali gus menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan penduduk tempatan

Faktor-faktor Kolonialisme British


di Malaysia (Tanah Melayu)
Apakah itu kolonialisme?
-Proses sesuatu kuasa untuk mendapatkan
kawasan petempatan baru melalui penaklukan
(kekuatan ketenteraan) dan penghijrahan (diplomasi).
-Dasar melalui aktiviti imperialisme yang membawa
pemahaman tentang masalah penindasan, penghinaan
atau eksploitasi kuasa-kuasa Barat terhadap penduduk
peribumi.

Faktor Politik
Ketidakstabilan politik dan keselamatan di Tanah Melayu
Berlaku huru-hara di Tanah Melayu kerana perebutan kuasa antara para
pembesar Melayu, pergaduhan antara kongsi gelap, kegiatan lanun di Selat
Melaka serta perang saudara yang terjadi beberapa negeri.
Ketidakstabilan yang berlaku ini menyebabkan para pemodal British yang melabur
modal di Tanah Melayu mendesak British untuk campur tangan bagi
memulihkan keamanan kerana tidak mahu kegiatan perniagaan mereka terganggu.
Langkah British campur tangan di Tanah Melayu bukannya bertujuan untuk
memulihkan keamanana tetapi bagi memastikan kepentingan ekonomi mereka
tidak terancam.

Perubahan politik dan dasar di Britain

Kerajaan Parti Konservatif di bawah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Disraeli


menyokong dasar imperialisme telah meletakkan jawatan menyebabkan Parti
Liberal dipimpin oleh William E. Gladstone mengambil alih kuasa pemerintahan.
Pelantikan Lord Kimberley sebagai Setiausaha di Pejabat Tanah Jajahan yang
membawa kepada munculnya golongan baru yang menyokong dasar perluasan
kuasa untuk melindungi kepentingan British di Tanah Melayu.
Maka, wujudlah perubahan sikap pegawai di Pejabat Tanah Jajahan seperti Lord
Kimberley mengarahkan Gabenor Negeri-negeri Selat baru, iaitu Sir Andrew
Clarke bagi meneliti keadaan di Tanah Melayu termasuklah mencadangkan
beberapa langkah bagi memulihkan keamanan dan mengekalkan kepentingan
British di Tanah Melayu.
Dengan itu, British telah campur tangan ke atas isu-isu yang berlaku di Tanah
Melayu.

Kebimbangan perkembangan kuasa Barat yang lain


Kebimbangan British terhadap perkembangan kuasa barat yang lain
seperti Perancis, Jerman, Sepanyol, Belanda, Itali, dan Rusia yang
berusaha mendapat tanah jajahan di Asia Tenggara.
Oleh itu, dengan campur tangan British di Tanah Melayu
menyebabkan pihak mereka terlebih dahulu menapakkan kuasa dan
mengeksploitasi sumber yang terdapat di Negeri-negeri Melayu.
Hal ini berikutan juga desakan pelabur dan pemodal yang
menginginkan pihak British mengamankan semula Tanah Melayu.
Kekayaan sumber hasil bumi dan kawasan laut yang strategik
seperti Selat Melaka telah menampakkan potensi Negeri-negeri
Melayu untuk mengembangkan perdagangan oleh pihak British.

Faktor Ekonomi
Kekayaan sumber bahan mentah
Sumber hasil bumi dan bahan mentah yang banyak di Tanah Melayu,
Sabah, dan Sarawak menarik perhatian kuasa-kuasa besar untuk datang
bagi mendapatkannya.
Hal ini berikutan perkembangan ekonomi kapitalisme yang yang
menggalakan pengumpulan modal, hak milik persendirian, persaingan
untuk pasaran dan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.
Bukan itu sahaja, dasar ekonomi yang dikenali sebagai merkantilisme, iaitu
sistem yang menjadikansesebuah negara kaya dan berkuasa
dimanfaatkan sepenuhnya dengan menguasai Tanah Melayu, Sabah, dan
Sarawak.
Rentetan kekayaan hasil bumi dan sistem ekonomi yang rancak
menyebabkan pihak British tidak mensia-siakan peluang untuk menjajah
serta mengeksploitasi ekonomi.

Revolusi Perindustrian
Revolusi Perindustrian yang rancak berlaku di Eropah pada akhir abad
ke-18 dan awal ke-19 menyebabkan keperluan bahan mentah seperti
bijih timah dan getah yang banyak.
Disebabkan oleh sumber ini banyak terdapat di Tanah Melayu contohnya
perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut, dan Melaka
membawa kepada penguasaan British ke atas kawasan tersebut.
Bijih timah sangat penting kerana permintaan yang semakin meningkat
seiring kemajuan dan perkembangan industri pengetinan makanan.
Begitu juga dengan kegiatan industri getah dijalankan disebabkan oleh
faktor kesesuaian tanah di Tanah Melayu.
Seiring Revolusi Perindustrian, getah memainkan peranan
dijadikan bahan mentah untuk membuat getah tayar
dalam industri perusahaan kereta di Eropah.

untuk

Pembukaan Terusan Suez dan Kawasan yang


Strategik

Berikutan Revolusi Perindustrian, banyak ciptaan baru dibuat untuk


memudahkan pedagang Eropah untuk sebagai contoh kapal wap datang ke
Asia Tenggara khasnya Tanah Melayu.
Tambahan lagi, tahun 1869 Terusan Suez telah dibuka yang menghubungkan
Laut Merah dan Laut Mediterranean yang memendekkan perjalanan dari
Eropah ke Tanah Melayu kepada 14 400 km berbanding sebelumnya sejauh
22 320 km.
Penciptaan kapal wap dan pembukaan Terusan Suez telah dapat menjimatkan
kos dan masa perjalanan ke Asia Tenggara khasnya Tanah Melayu.
Dengan tarikan hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu ditambah lagi
dengan Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan antarabangsa
pada ketika itu menyebabkan kawasan tersebut menjadi strategik.

Faktor Budaya/Sosial
Slogan Beban Orang Putih, White Man Burden

Slogan Beban Orang Putih menjadi pegangan pihak British semasa


datang ke Tanah Melayu kerana keinginan mereka untuk memajukan
kawasan yang belum diterokai.
Slogan ini dikaitkan juga dengan tindakan British untuk menyebarkan
tamadun kepada sesebuah wilayah atau negara yang masih mundur dan
perlu ditamadunkan.
Pihak British menganggap penggunaan slogan adalah sebagai satu
tanggungjawab mereka untuk memajukan orang Timur.
Namun, ianya adalah cara melindungi muslihat mereka untuk menjajah
dan menjadikan Tanah Melayu sebagai tapak kolonialisme.

Misi Agama Kristian

Selain menggunakan pegangan beban orang putih dan tugas untuk


menyebarkan tamadun, British juga mempunyai keyakinan yang sama
mengembangkan agama Kristian di Asia Tenggara.
Di samping menguasai tanah-tanah jajahan, British juga mempunyai
misi untuk menyebarkan agama Kristian ke Tanah Melayu seiring
perkembangannya di Eropah.
Dalam melaksanakan dasar imperialisme, British berpandukan kepada
tiga aspek utama, iaitu Gold (kekayaan), Glory (kejayaan), dan Gospel
(agama)
Jadi, di samping mereka meluaskan kuasa dan mengeksploitasi bahan
mentah yang ada, misi keagamaan turut dibawa bagi menunjukkan
mereka melakukan tugas mentamadunkan orang Timur berpandukan
kepada agama
Kesannya, banyak penduduk di Tanah Melayu menganut agama

Imperialisme British Di Malaysia


(Tanah Melayu)

Umumnya, imperialisme ialah kepada kecenderungan dan


kegiatan
sesebuah
masyarakat
atau
negara
meluaskan
penguasaannya terhadap masyarakat atau negara lain

Konsep imperialisme juga menrangkumi gerak perluasan


masyarakat atau negara bangsa tertentu untuk membina empayar

Pendudukan awal British di Malaysia (Tanah Melayu) bermula pada


atas kepentingan perdagangan British di Timur

Pulau Pinang (1786)


Pada abad ke-18, SHTI (Syarikat Hindia Timur Inggeris) mula mencari
tapak di timur atas kepentingan perdagangannya di China :
- Teh
- Bahan-bahan perak, lada, timah dll
- Pelabuhan yang boleh menarik pedagang China
Persaingan Inggeris-Perancis juga mendorong SHTI untuk mencari
pangkalan di timur laut hindi
Keperluan-keperluan ini akhirnya memyebabkan Pulau Pinang menjadi
pilihan pihak British (selain daripada mempunyai kedudukan geo yang
strategik)
Pendudukan British di Pulau Pinang mempunyai hubung kait dengan
konflik politik di Kedah

Pada tahun 18 Mac 1771, Sultan Muhammad Jiwa telah meminta


bantuan luar (menulis surat) daripada gabenor di Madras
British telah menghantar Francis Light sebagai wakil dan Kedah kembali
aman menjelang Ogos 1771
Sultan Muhammad Jiwa menawarkan kepada British untuk menubuhkan
agensi perdagangan di Kuala Kedah dan sebaliknya
Laporan Light mengenai Pulau Pinang telah menyebabkan SHTI
menghantar Edward Monckton untuk berunding tetapi ditolak oleh
Sultan Muhammad Jiwa
Sultan Abdullah (1778-98) meminta bantuan Inggeris untuk menghadapi
ancaman Siam dan Burma dan menawarkan Pulau Pinang sebagai
pertukaran
11 Ogos 1786, Light menduduki Pulau Pinang
dengan nama Raja George III.

(Pulau Putera Wales)

Pentadbiran Light di Pulau Pinang adalah sama seperti di India yang


bermatlamat untuk kepentingan ekonomi sahaja
Light membenarkan pembukaan
pelabuhan bebas cukai

tanah

dan

memperkenalkan

Penduduk ditadbir mengikut kapitan yang bertanggungjawab


mengekalkan undang-undang dan menyelesaikan permasalahan
komuniti
Gabenor dilantik sebagai ketua pentadbiran
1805, Pulau Pinang dijadikan sebagai pangkalan tentera laut
1808, pentadbiran kehakiman dipisahkan daripada perkhidmatan
awam

Seberang Prai (1800)


British berhasrat untuk menguasai Seberang Prai bagi tujuan
keselamatan dan keperluan kawasan pertanian padi dan sumber
makanan lain
Rundingan berlaku antara Sultan Dhiauddin dan George Leith dan
dipersetujui oleh Sultan atas sebab kukuhkan kedudukan serta sumber
pendapatan
British pula peroleh jaminan keselamatan ke atas Pulau Pinang daripada
serangan luar
Hasil Perjanjian 1800, Seberang Prai diserahkan kepada British sekaligus
menjadikan kedudukan British di Pulau Pinang lebih mantap

Singapura (1819)
Pulau Pinang yang terlalu jauh mendorong British untuk mencari
pelabuhan baru yang strategik untuk kegiatan perdagangan di Asia
Tenggara dan China sekitar abad ke-19
Perluasan kuasa Inggeris di Singapura ini berkait rapat dengan Sir
Thomas Stamford Raffles
Permusuhan dengan Belanda (sekatan dan kawalan perdagangan
oleh Belanda) membimbangkan British
Kebimbangan ini mendorong Lord Hastings, Gabenor Jeneral India
untuk mencari pangkalan baru bagi menggantikan Pulau Pinang
Kedudukan Singapura yang terletak di pintu masuk Selat Melaka dan
Selat Sunda telah menjadikan Raffles memutuskan untuk mengambil
Singapura sekali gus mengawal monopoli perdagangan Belanda

28 Januari 1818, Raffles bersama William Farquhar tiba di muara Sg.


Singapura dan berjumpa dengan Temenggung Abdul Rahman untuk
meminta kebenaran membuka loji
Wujud perebutan takhta yang melibatkan 2 orang putera Sultan
Mahmud III iaitu Tengku Hussain dan Tengku Abdul Rahman
Raffles menggunakan konflik ini untuk mengesahkan pertapakan
Inggeris di Singapura : memujuk Temenggung Abdul Rahman agar
menawarkan jawatan Sultan kepada Tengku Hussain
6 Februari 1819, satu perjanjian telah ditandatangani yang
membenarkan SHTI untuk membina petempatan di Singapura
Pendudukan British di Singapura menyebabkan hubungan BelandaInggeris semakin tegang

Pentadbiran Singapura di bawah pengaruh British dan


Perkembangannya
Residen Farquhar melaksanakan perancangan bandar dengan
mengambil kira kemudahan pentadbiran, perdagangan dan pelabuhan
Pertumbuhan penduduk yang ramai di mana orang Melayu merupakan
penduduk teramai diikuti orang Cina dan Bugis. Contohnya jumlah
penduduknya adalah seramai 11 000 orang (Januari 1824)
Singapura diberi taraf pelabuhan bebas sehingga berjaya memecah
monopoli perdagangan Belanda di Asia Tenggara
Pedagang tertarik untuk datang ke Singapura
Singapura dilihat berpotensi menjadi sebuah
perdagangan dan pangkalan laut di Asia Tenggara

pelabuhan,

pusat

Belanda sedar bahawa tuntutan mereka x mungkin berjaya setelah


Hastings memutuskan Singapura adalah wilayah milik British
Namun, konflik ini berjaya diselesaikan secara damai setelah
termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
Perjanjian ini menetapkan kawasan daerah pengaruh Inggeris dan
Belanda dan menjadikan Selat Melaka sebagai sempadan
British lebih selamat tanpa persaingan daripada Belanda
Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka kepada
British dan x akan campur tangan di Tanah Melayu
Mengesahkan pendudukan British di Singapura

Melaka (1824)
British mula bertapak di Melaka semasa tercetusnya Perang Napoleon
Belanda bersetuju menyerahkan kawasan pegangannya
kepada British bagi mengelakkan serangan Perancis

sementara

Disember 1795, Peter Rainier mengarahkan pegawai-pegawai British


mengambil alih semua tugas pentadbiran. Pegawai-pegawai Belanda
dihantar ke India
Perjanjian Viena 1815 menamatkan perang di Eropah dan menyerahkan
kembali kawasan kepada Belanda
Melaka diserahkan kepada pihak British (Perjanjian Inggeris-Belanda 1824)
Melaka ditadbir oleh Residen Konsular
Membahagikan dunia Melayu kepada dua entiti
meletakkan asas bagi sempadan Indonesia-Malaysia

berasingan

dan

Negeri-negeri Selat (1867)


British mewujudkan pentadbiran bersatu yang terdiri daripada Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura, Pulau Pinang sebagai ibu pejabat
Pada tahun 1867, tanah jajahan itu diletakkan secara langsung di
bawah kuasa Pejabat Tanah Jajahan di London dan diisytiharkan
sebagai tanah jajahan mahkota Inggeris
Perisytiharan itu memberikannya kebebasan yang agak besar dan
kuasa di dalam Empayar British
Pentadbiran Tanah Jajahan Mahkota Negeri-negeri Selat diketuai
oleh Gabenor

Negeri-negeri Melayu Utara


Pengaruh Siam terutamanya di Kedah (kuat), Kelantan, Terengganu menjadi
penghalang untuk British
Jun 1826, British menandatangani Perjanjian Burney (Perjanjian Bangkok)
dengan kerajaan Siam dan i membenarkan SHTI untuk berdagang di
Terengganu dan Kelantan tanpa sekatan apa-apa
British juga berjaya menyekat kemaraan Siam di selatan Malaysia dengan
termeterainya Perjanjian Low pada 18 Oktober 1826 (Kapten Low dengan
Sultan Perak)
Menjelang 1907, SHTI terdesak untuk meluaskan pengaruhnya kerana wujudnya
persaingan dengan kuasa Barat lain
Kebimbangan ini membawa kepada Perjanjian British-Siam atau Perjanjian
Bangkok pada 10 Mac 1909
Kesan langsung daripada perjanjian ini jelas memperlihatkan pertukaran
naungan negeri-negeri Melayu Utara

Raja-raja Melayu tidak mengakui perjanjian tersebut tetapi terlalu


lemah untuk menentang British
Penasihat-penasihat British mula diletakkan di negeri-negeri Melayu
Utara sebagai penasihat sultan
- 1923, Sultan Kedah mula menerima penasihat British
- 1930,Raja Syed Alwi mengiktiraf Meadows Frost sebagai penasihat
British pertama Perlis
British mula mengambil alih perancangan dan pelaksanaan ekonomi di
negeri-negeri Melayu Utara :
- Jalan keretapi dibina untuk menghubungkan Kedah dengan Siam
pada tahun 1912
- Reformasi tanah telah diperkenalkan pada tahun 1914

Pendudukan British di Perak


Pendudukan British di Perak mempunyai hubung kait dengan konflik di
negeri tersebut sendiri:
- Perebutan kuasa yang melibatkan Long Jaafar dan Ngah Ibrahim
- Ketidakpuasan hati pembesar-pembesar Melayu dengan orang Cina
yang diberi hak pajak kecil
- Masalah serius antara pelombong-pelombong kongsi gelap Hai San dan
Ghee Sin yang kerap kali terlibat dalam pergaduhan (Perang Larut)
- Perebutan takhta antara Raja Muda Ali dan Raja Abdullah yang berebut
untuk menjadi Sultan selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871
November 1873, Gabenor Harry Ord dikatakan tidak cekap digantikan
dengan Andrew Clarke.

Clarke menggunakan peluang ini untuk memperluaskan pengaruh


British Perak apabila Pejabat Tanah Jajahan mula sedar akan
kepentingan
ekonomi negeri-negeri Melayu termasuklah Perak
(perlombongan bijih timah)
Clarke mengambil langkah dengan mengenakan gencatan senjata
antara kongsi-kongsi gelap yang bertelagah
Pada 20 Januari 1874, Perjanjian Pangkor telah ditandantangani
yang mengakui Raja Abdullah sebagai Sultan Perak
Perak menerima seorang Residen yang dihantar oleh British iaitu
J.W.W Birch
Birch banyak melakukan perubahan semasa mentadbir Perak seperti
memperkenalkan amalan cukai yang baharu

Selangor (1874)
Pertumbuhan perlombongan bijih timah yang pesat dan menguntungkan
telah menarik minat British di Negeri-negeri Selat
Konflik atau perang saudara (atau lebih dikenali Perang Klang) 1867
melibatkan Tengku Kudin dan Raja Mahadi menjadi penghalang terhadap
British
Tengku Kudin yang sukar untuk mengalahkan Raja Mahadi meminta
bantuan British memberi peluang untuk British menjamin kepentingannya
November 1873, kapal dari Melaka diserang berdekatan Sg. Jugra dan
April 1874 rumah api milik Inggeris diserang lanun
Sultan Abdul Samad mula bimbang dan meminta bantuan daripada
Andrew Clarke dan bermulanya pertapakan British di Selangor
3 Okotber 1874, British menempatkan J.G Davidson sebagai Residen dan
Frank Swenttenham, penolong residen

Negeri Sembilan (1875)


British mula meluaskan pengaruhnya di Negeri Sembilan apabila
Dato Kelana meminta bantuan untuk mengukuhkan kedudukannya
di Sg. Ujong
British membantu Dato Kelana dengan memusnahkan tempattempat pemungutan cukai di sepanjang Sg. Linggi dan Datuk Bandar
berjaya diundurkan
Di sebalik kemenangan ini, British telah menghantar Kapten P.J
Murray sebagai penolong Residen
Menjelang Disember 1875, Datuk Bandar menandatangani perjanjian
dengan Inggeris dan diberi pencen dan rumah di Singapura

Pahang (1888)
British beranggapan Pahang kaya dengan hasil bumi mula terutamanya
emas
William Jervois pernah mencadangkan kepada Bendahara Wan Ahmad
supaya Pahang mendapatkan perkhidmatan Residen namun ditolak
Usaha untuk meluaskan pengaruh Empayar British diteruskan lagi oleh
Gabenor Fderick Weld
Konflik antara pembesar dijadikan sebagai alasan oleh British untuk
terlibat dalam pentadbiran Pahang tetapi tidak berjaya kerana Sultan
Ahmad enggan menandatangani perjanjian
Oleh itu, Cecil Clementi menghubungi Sultan Abu Bakar bagi memujuk
Sultan Ahmad dan Oktober 1888 J.P Rodger diterima sebagai Residen
Di bawah pentadbiran British, perubahan baharu diperkenalkan sehingga
mengancam kedudukan dan mata pencarian sultan dan para pembesar

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) 1895


Menjelang tahun 1895, British mendapati bahawa sistem residen tidak
berjalan lancar dan tidak dapat memenuhi kepentingan mereka
Cadangan pembentukan Persekutuan diwujudkan oleh C.P Lucas pada Mac
1982 namun tidak ada tindakan susulan
Menjelang tahun 1895, cadangan ditimbulkan semula dan diluluskan, Frank
Swenttenham ditugaskan untuk mendapatkan persetujuan daripada Raja-raja
Melayu
23 Ogos 1895, Perlembagaan Persekutuan dikeluarkan yang memusatkan
empat negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang
dengan pemusatan kuasa terletak di KL dan Perjanjian Persekutuan
ditandatangani
Kesannya, ia memberi kuasa yang amat luas kepada Residen Jeneral (Frank
Swenttenham) sehingga segala tindakannya tidak boleh dipersoalkan dan hak
serta kuasa-kuasa raja telah dikurangkan

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu


NNMTB tidak ditadbirkan sebagai satu unit pentadbiran
Terdiri daripada Johor, Perlis, Terengganu, Kedah dan Kelantan dan
diletakkan di bawah kawalan Gabenor NNS
Setiap negeri autonomi adalah di bawah pemerintahan raja masingmasing
Wakil pentadbiran British di NNMTB ialah penasihat British dan menjadi
penasihat dalam erti kata yang sebenarnya
Pentadbiran juga dijalankan oleh pentadbir-pentadbir Melayu dan
dibantu oleh Inggeris terutamanya di bidang teknikal dan profesional

Desentralisasi
Salah satu matlamat kolonial British ialah hendak mewujudkan satu
unit pentadbiran British Malaya yang bersatu
Oleh itu, British mengamalkan dasar desentralisasi untuk menarik
NNMTB untuk menyertai Persekutuan atau NNMB
Desentralisasi mendapat sokongan kuat sultan-sultan, orang-orang
Melayu dan residen di NNMB
Pada Ogos 1934 desentralisasi dimulakan :
- Jawatan Ketua Setiusaha dihapuskan
- 6 jabatan disentralisasikan
- Majlis Mesyuarat ditambah keahlian dan diberi tanggungjawab yang
lebih banyak

IMPLIKASI/KESAN KOLONIALISME BRITISH DI


MALAYSIA (TANAH MELAYU)
Kesan Negatif :
1. Raja kehilangan kuasa - Raja-raja Melayu telah dipaksa mengikut nasihat
para pegawai British dalam semua urusan pentadbiran. Contohnya selepas
Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Raja Abdullah dan Sir Andrew
Clarke.
2. Pembesar hilang pengaruh - sebelum kedatangan kuasa Barat, pembesarpembesar Melayu mempunyai kuasa penuh untuk memungut cukai, tetapi
setelah British ambil alih, pungutan cukai dikendalikan oleh pihak British.
Pembesar-pembesar Melayu telah kehilangan kewibawaan sebagai seorang
pembesar, kehilangan punca pendapatan dan pengaruh mereka. Contohnya,
kuasa tradisional sultan dan pembesar terjejas akibat pengenalan pelbagai
dasar pentadbiran kolonial British di Pahang. Kehadiran J. P. Rodger sebagai
residen British juga mengancam tugas pembesar.

3. Ekonomi masyarakat dipinggirkan - Pembesar-pembesar


Melayu merupakan pemilik dan pengusaha lombong-lombong bijih di
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Namun tenaga buruh luar
diperlukan kerana kaedah melombong yang digunakan tidak
menghasilkan pengeluaran yang banyak. Oleh itu, imigran Cina yang
berpengalaman
dibawa
masuk
dan
memonopoli
kegiatan
perlombongan.
4.
Masalah sosial - British mengamalkan corak gaya hidup
pergaulan bebas dan membawa masuk budaya tersebut ke Tanah
Melayu. Pergaulan bebas, pengaruh pakaian barat dan tarian-tarian
barat yang keterlaluan bertentangan dengan norma masyarakat
Melayu.

Kesan Positif :
1. Perkembangan ekonomi - Revolusi perindustrian di Eropah
menyebabkan perkembangan ekonomi pesat di Tanah Melayu. Oleh
itu, Pengeluaran bijih timah dan getah dipertingkatkan. Hasil
komoditi seperti emas dan arang batu juga banyak dikeluarkan.
2. Kemudahan infrastruktur Kemasukan British pertengahan
abad ke-19 telah mengubah sistem pengangkutan awam menjadi
lebih baik. Tahun 1885, sistem pengangkutan kereta api dibina
untuk menghubungkan hampir kesemua pusat perusahaan bijih
timah di Semenanjung dengan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang
Selat Melaka iaitu dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, Seremban
ke Port Dickson, Ipoh ke Telok Anson dan Taiping ke Port Weld.

3. Pembandaran - Bandar baru seperti Seremban, Kajang, Kuala Kangsar ,


Labis dan Pontian muncul akibat dari perkembangan perusahaan getah,
kelapa sawit dan nanas. Perkembangan kegiatan perlombongan
menyebabkan imigran Cina datang untuk bekerja di kawasan perlombongan.
Hal ini mewujudkan bandar-bandar baru seperti Taiping, Ipoh Kuala Lumpur
dan Seremban. Kuala Lumpur juga telah dibuka pada pertengahan tahun
1850-an berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan kolonial Inggeris.
4. Pendidikan - pendidikan Melayu diberikan secara percuma pada
peringkat sekolah rendah. Maktab Melayu Kuala Kangsar juga ditubuhkan
berdasarkan model English Grammar School. Peruntukan dilakukan di NNS
iaitu murid Melayu yang berjaya di sekolah Melayu selepas 4 tahun dapat
melanjutkan pelajaran percuma di bawah Special Malay Class di sekolah
Inggeris.

SEKIAN, TERIMA
KASIH.

You might also like