You are on page 1of 31

HSL333/4: ISU-ISU TERPILIH DALAM SEJARAH ASIA

Soalan 6:
Analisiskan sejauh mana Chiang Kai-shek berjaya a) menyatupadukan dan b)
memajukan China dalam dekad Nanjing (1927/28-1937)
Disediakan oleh:
NAMA NO NO IC NO HP EMAIL
MATRIK

Nur Atiqa Ipdawana Binti 136263 970820-13-5224 011-33704489 ieyhkaaieyhka@gmail.com


Kulana atiqaipdawana@student.usm.my

Nur Azlin Natasha binti 136264 970427-03-5948 017-9774603 azlinatasha274@gmail.com


Nasir azlin_natasha@student.usm.my

Nur Ramizah Binti Fadli 136460 970131-13-5480 011-36058221 nurramizaaa.rafar@gmail.com


nurramizaa@student.usm.my

Nur Qamarina Shafraa 136459 970609-03-5324 01125435696 qamarinashafraaa@gmail.com


Binti Mohd Khairul Anwar qamarinashafraa@student.usm.my

Disediakan untuk: Dr. Tan Chee Seng


KEHENDAK SOALAN
Analisiskan sejauh mana Chiang Kai-shek berjaya a)
menyatupadukan dan b) memajukan China dalam dekad
Nanjing (1927/28-1937).

1. Meneliti pentadbiran semasa Dekad Nanjing oleh Chian Kai-shek


2. Kejayaan Chiang Kai-shek menyatupadukan dan memajukan China
dalam Dekad Nanjing
3. Permasalahan atau kegagalan dalam dekad Nanjing
PERNYATAAN TESIS

Kami bersetuju bahawa Chiang Kai-shek melihatkan kejayaan


dalam mencapai penyatuan dan pemodenan di China semasa
dekad Nanjing tetapi terdapat beberapa permasalahan yang
berlaku semasa pemerintahannya. Walaupun beliau berjaya
menyatupadukan dan memajukan China pada era
pemerintahannya namun begitu secara dalamannya dilihat
berlaku banyak pergolakkan seperti perang saudara dan
intipatinya yang tidak stabil.
PENGENALAN
● Tempoh tahun 1928 hingga 1937 dikenali sebagai dekad Nanjing di
mana di dalam tempoh tersebut berlaku perkembangan
nasionalisme dan reformasi ketenteraan. Pada masa tersebut
Chiang Kai-shek bertanggungjawab menerajui China sebelum kuasa
jatuh ke tangan Mao Zedong.
● Dekad Nanjing juga merupakan dekad pengukuhan dan
pencapaian Kuomintang. Kerajaan melaksanakan banyak
perubahan dalam mencapai taraf kemajuan pada ketika itu.
● Antara perubahan yang dibuat ialah memodenkan sistem
undang-undang dan hukuman, memperbaharui sistem perbankan
dan mata wang serta menaiktaraf sistem pengangkutan iaitu
membina landasan kereta api dan lebuh raya.
● Meskipun banyak perubahan yang dilakukan, namun kebebasan
politik lebih disekat dan pihak Kuomintang akan bertindak kejam
sekiranya terdapat penentang-penentang yang ingin menentang
kerajaan.
SIAPAKAH CHIANG KAI-SHEK
● Chiang Kai Shek merupakan Presiden
Republik China pada tahun 1928 hingga tahun
1949.
● Chiang Kai Shek dilahirkan di bandar Xinkuo,
Zhenjiang, China pada 31 Oktober 1887.
● Meskipun dilahirkan dan dibesarkan dalam
keluarga yang sederhana namun masih
dianggap mempunyai status sosial yang
tinggi kerana keturunan kelas atasan.
● Semasa remaja, Chiang Kai Shek merupakan
seorang tentera dan mendapat pendidikan
ketenteraan di Jepun.
● Disana beliau mempelajari cara hidup dan
mentaliti ketenteraan yang menjadikannya
seorang republik dan revolusioner.
● Kebanyakan pandangan sarjana-sarjana China terhadap Chiang Kai-shek
merupakan seorang diktaktor yang kejam, memerintah hampir 50 tahun dikatakan
sebagai ketua tentera yang gagal kerana telah menyebabkan tanah besar China
jatuh ke tangan Mao Zedong.
● Perspektif negatif terhadap beliau mungkin berpunca daripada kesan yang berlaku
terhadap China dan rakyatnya sepanjang pemerintahan. Kesan pemerintahannya
dilihat banyak mendatangkan penderitaan yang dilalui oleh China.
● Contohnya, seperti yang dinyatakan oleh Jay Taylor pada awalnya memberi
perspektif yang sama iaitu:
“Under Chiang’s leadership, the Chinese people had fought an eight-year bloody war, half the
time virtually alone… By the end of the fourteen-year conflict, at least three million Chinese
soldiers had been killed or wounded, and perhaps another million or more had died of disease
and malnutrition… majority of those soldiers killed over 90 percent had been in Chiang’s armies,
not those of the Chinese Communists. Nine million Chinese civilians, too, died in the war-
bombed, shot, burned, starved, or drowned. Tens of millions had been refugees for various
periods, with huge numbers dying n camps or while on the move. Middle-class families who had
fled Shanghai and other cities had seemingly lost everything. Millions of farm families, victims of
the Japanese Imperial Army’s policy of “burn all, destroy all, kill all,” were destitute, and whole
cities had been burned to the ground…”

● Kebanyakkan perspektif sarjana terhadapnya berubah selepas beliau melarikan


diri ke Taiwan pada tahun 1970an
KEJAYAAN CHIANG
KAI-SHEK DALAM
MENYATUPADUKAN
DAN MEMAJUKAN
CHINA DALAM DEKAD
NANJING.
POLITIK
1. PEMODENAN KETENTERAAN
● Chiang Kai-shek dilihat memfokuskan kepada pemodenan
ketenteraan di China berbanding melihatkan progresif terhadap
politik.
● Baginya, di China jelas menunjukkan bahawa kekuatan ketenteraan
akan mencipta politik kuasa. Chiang dikatakan tidak progresif
dalam hal politik kerana beliau tidak pernah melakukan percubaan
dalam demokrasi elektif kerana dikatakan pada masa tersebut
merupakan tempoh “political tutelage”.
● Sememangnya pemerintahan Chiang Kai-shek dalam KMT dilihat
berjaya menyatukan China dengan pertolongan Soviet Union pada
tahun 1928.
● Beliau berhasrat untuk memodenkan tenteranya dengan beralih
kepada Jerman kerana tertarik dengan kejayaan Nazi dalam
menggerakkan ketenteraan Jerman.
● Chiang Kai-shek mengikuti ideologi yang digunakan oleh Jerman
iaitu Fasism kerana baginya, dengan cara inilah boleh
menyelamatkan China.
● Matlamat beliau pada masa itu bukanlah untuk mengejar kuasa
peribadi tetapi mempunyai visi China yang bersatu, moden dan
bebas. Chiang Kai-shek dilihat tidak membuat sebarang progresif
dalam politik dan lebih memfokuskan untuk memodenkan
ketenteraan China.
● Fokusnya hanyalah terhadap memilitarisasikan kehidupan rakyat
kearah ketenteraan.
● Chiang Kai-shek berjaya menguatkan ketenteraan China
sehinggakan dikenali sebagai Revolusi China dalam dekad itu.
2. Penyusunan Semula
● Pucuk pimpinan Kuomintang oleh Chiang Kai Shek membawa
kepada keretakan Komunis-Nasionalis iaitu berjaya
menyingkirkan Komunis dalam Kuomintang.
● Kerajaan Nasionalis yang dipimpin Chiang Kai Shek dilihat
berusaha untuk membebaskan China daripada cengkaman
pengaruh asing.
● Britain pula telah menamatkan pegangannya ke atas
Chingkiang, Amoy dan Wehaiwei.
● Pada tahun 1930, kebanyakan kuasa-kuasa Barat dan Jepun
bersetuju membebaskan China untuk memulihkan kadar
tarifnya.
● Tarikh 1 Februari 1929 menyaksikan China yang
menguatkuasakan kadar cukai yang ditentukan oleh pihak
Kastam China sendiri.
● Pada tahun 1928, sebahagian orang asing yang berada di China
pula telah kehilangan hak kebebasan dan keistimewaan di
bawah hak kawasan asing.
● Maka, China mengisytiharkan pemansuhan hak tersebut yang
telah dinikmati oleh negara-negara Barat selama ini.
● Dapat dilihat bahawa Chiang Kai Shek telah berjaya menyusun
semula di bawah tampuk pemerintahannya dengan strategi
membebaskan China daripada kuasa luar demi mendapatkan
semula milik China serta usaha memperbaiki hak yang
sepatutnya diberikan kepada China umumnya.
EKONOMI
1. PEMODENAN INDUSTRI
● Di dalam dekad Nanjing juga dikatakan berlakunya perkembangan ekonomi
di China.
● Keupayaan untuk sesuatu negara terhadap pertahanan negara bergantung
kepada perkembangan dan produktiviti keseluruhan sistem ekonomi.
Keupayaan militari di China pada tahun 1931 menunjukkan kekuatan sebenar
China dalam memastikan keberkesanan pertahanan militari.
● Chiang Kai-shek yang hanya menumpukan kepada memodenkan ketenteraan
menyebabkan mula untuk melakukan perkembangan dari segi persenjataan
dan peningkatan teknologi.
● Revolusi industri menjadi pendorong China untuk memajukan persenjataan
perang mereka.
● Ideologi Renaissannce percaya bahawa kelangsungan hidup bangsa mereka
boleh berterusan dengan hanya bergantung kepada perindustrian dan
pembangunan ekonomi China.
2. Pemodenan Bandar Shanghai
● Salah satu kejayaan Chiang Kai-shek yang dilihat berjaya
memodenkan China semasa dekad Nanjing ialah bandar yang
dapat dikenalpasti iaitu Shanghai yang muncul sebagai salah satu
bandar utama di dunia dan dengan populasi sebanyak empat juta
penduduk pada tahun 1930an.
● Shanghai merupakan Pelabuhan terbesar di China dan pernah
menjadi pusat komersial di China.
● Pada tahun 1920an dan 1930an ia mempunyai separuh daripada
industri moden China.
SOSIAL
● Dekad Nanjing menyaksikan kesan imperialisme dengan peralihan
kemasukan China ke zaman moden apabila zaman tersebut
merupakan pengeluaran mesin dan nilai-nilai yang baru.
● Munculnya kelas-kelas yang baru, penghijrahan dari desa ke bandar,
pegangan keluarga terhadap individu juga dilonggarkan dan
masyarakat juga lebih bertenaga.
● Chiang Kai-Shek juga melancarkan Gerakan Kehidupan Baru yang
memfokuskan tentang pendidikan rakyat yang kurang diamalkan
dalam dokrin sebagai komponen penting dalam revitalisasi nasional.
● Hal ini demikian, Chiang Kai-shek merasakan orang-orang China
tidak memiliki kesempatan untuk terlibat menjadi panglima perang
semasa zaman Qing kerana mereka tidak dididik disebabkan tiada
keperluan atau memberi manfaat bagi kelas pemerintah dalam
mendidik rakyat.
● Pemerintah hanya berminat dalam menjaga kekuatan dan status
mereka sendiri sahaja.
● Chiang mendapat motivasi untuk melancarkan gerakan ini di atas
pertimbangan antara perbincangan dengan isterinya, Soong
May-ling. Chiang dan Soong percaya bahawa rakyat China sekali
lagi akan belajar moral yang baik, dan kemudian dapat melayani
rakyat mereka sebagai warga negara di Republik Cina yang baru.
KEGAGALAN
PENYATUPADUAN
DAN PEMODENAN
SEMASA DEKAD
NANJING
POLITIK
1. MASALAH DALAMAN KMT
● Masalah dalaman KMT melibatkan golongan panglima perang yang
menyokong KMT yang memberi masalah kepada kerajaan KMT.
● Dalam hal ini, golongan panglima perang walaupun dilihat memberi taat
setia kepada Chiang Kai Shek tetapi mereka sebenarnya tidak mahu
membubarkan tentera mereka untuk menjadi tentera nasional ditambah
pula dengan beberapa anggota panglima perang yang tidak begitu gemar
dengan dasar Chiang Kai Shek yang tidak mahu bertindak ke atas
pencerobohan Jepun ke atas Manchuria sekitar tahun 1931.
● CKS sebenarnya merupakan panglima perang di Manchuria selepas
peristiwa kematian ayahnya, beliau telah diculik di Sian. Penculikan ini
menunjukkan sikap panglima perang yang tidak sehaluan dengan dasar
kerajaan KMT.
● Sehubungan dengan itu, tujuan kepada peristiwa penculikan ini adalah
untuk mendesak Chiang Kai Shek bersatu dengan PKC dalam menentang
pencerobohan tentera Jepun di China.
● Maka, kes penculikan ini selesai apabila kedua-dua pihak iaitu KMT dan
PKC bersetuju untuk bersatu bagi menentang kemaraan Jepun di China.
● Selain itu, masalah dalaman yang berlaku di China sahaja melihatkan
kepimpinan Chiang Kai-shek dalam KMT tidak dapat mencapai
penyatupaduan di China.
● Di dalam buku The Northern Expedition oleh Donald A. Jordan
menyatakan:

“Sheridan believes that the success of the Chinese Revolution


depended upon unification of the widely divergent social and economic
classes of that country. In this view, the urban-oriented KMT of Chiang
Kai-shek not only failed to lessen class differences bit actually
exacerbated them. The KMT failed to implement it. The CCP eventually
was successful because it adopted a rural perspective and put into
practice an ideology which lessened class differences and promoted
significant socioeconomic unity on a national level.”
● Jordan juga setuju dengan pendapat Sheridan mengenai sebab
untuk kerajaan republik gagal menerajui China dengan
menekankan bahawa Ekspedisi ke Utara telah memberi kesan
terhadap penyatuan militari di China jika tidak disebabkan oleh
politik kerajaan pusat.
● Pendapat Sheridan juga sepadan dengan pandangan Sufian
Mansor dengan menyatakan tindakan Jepun telah meletakkan
kedudukan Chiang Kai-shek dan KMT serba salah kerana
penyatuan yang dilakukannya dalam kempen Ekspedisi Keutara
belum lagi benar-benar mencerminkan penyatuan China.
● Jadi, kegagalan ini juga disebabkan oleh Pencerobohan Jepun ke
atas China pada tahun 1937.
2. MASALAH KOMUNIS
● Idea pemerintahan Chiang Kai-shek dlihat memberi keraguan
kepada pihak komunis manakala Chiang Kai-shek pula melihat
kedudukan komunis ini sebagai satu yang merbahaya bagi
kerajaannya.
● Jadi, beliau cuba menghapuskan jejak komunis di China dengan
melakukan ekspedisi ke Utara bagi menghapuskan komunis di China
● Buktinya di dalam The Northern Expedition oleh Donald A. Jordan
menyatakan bagaimana pandangan orang luar terhadap Chiang
Kai-shek iaitu:

“Ironically, outside observers at that time labeled Chiang ‘the Red


General’.”
● Kesempatan menghapuskan elemen komunis bermula apabila
Ekspedisi Keutara sampai ke Shanghai pada tahun 1927 iaitu
dengan sokongan pihak peniaga, Chiang Kai Shek melancarkan
pembunuhan ke atas ahli-ahli komunis dan pihak yang bersimpati
dengan komunis.
● Peristiwa ini dipanggil sebagai the white terror iaitu pembunuhan
yang telah membawa kepada perpecahan KMT dengan kumpulan
kiri yang pro-komunis dan kanan yang turut anti-komunis.
● Tindakan Chiang Kai Shek pada awalnya yang menghapuskan
komunis telah mendapat tentangan daripada KMT Kiri akan tetapi
hubungan baik KMT Kiri dengan komunis juga tidak berpanjangan
apabila Wang Ching Wei mengarahkan untuk berdamai dengan
Chiang Kai Shek.
● Tindakan arah perubahan ini bertitik tolak daripada maklumat yang
beliau terima tentang rancangan komunis untuk merampas kuasa.
● Antara gerakan komunis yang mengerahkan Chiang Kai Shek untuk
terus memerangi pihak komunis adalah, pihak komunis di bawah
Mao Tse-tung membentuk kerajaan komunis di Pergunungan
Jinggang di wilayah Kiangsi dan kerajaan ini dikenali sebagai
Kiangsi Soviet. Hal ini telah dilihat oleh CKS sebagai satu yang
merbahaya bagi kerajaannya.
● CKS telah melancarkan beberapa siri kempen demi kempen
sehingga akhirnya membuahkan hasil dan menyebabkan pihak
komunis terpaksa melarikan diri dari kepungan tentera KMT. Pihak
komunis telah menempuh pelbagai rintangan daripada serangan
pihak lawan dan pelbagai bentuk muka bumi yang mencabar serta
keadaan cuaca dan iklim yang berbeza-beza.
● Namun demikian cabaran ini tidak melunturkan semangat mereka
malah berjaya sampai ke Yanan pada 1936.
3. PENCEROBOHAN JEPUN
● Pencerobohan Jepun juga menjadi masalah kepada Chiang Kai Shek
dan kerajaannya. Hal ini demikian kerana, dasar peluasan kuasa
Jepun dilihat merbahaya kepada usaha penyatuan China apabila
tentera Jepun menceroboh Manchuria pada 18 September 1931.
● Tindakan Jepun ini meletakkan kedudukan Chiang Kai Shek dan KMT
berasa serba salah kerana penyatuan yang dilakukannya dalam
kempen Ekspedisi Keutara belum lagi benar-benar mencerminkan
penyatuan China.
● Insiden Jambatan Marco Polo yang meletus di utara China yang telah
menyebabkan berlakunya Perang China Jepun Kedua juga mendorong
CKS bagi mengambil pendirian tegas untuk berjuang bersama-sama
rakyat China melawan Jepun.
● Peperangan antara kedua buah negara ini meletus di utara China,
Shanghai pada Ogos 1937 yang mana peperangan ini sengaja
dimulakan oleh tentera KMT untuk menganggu tumpuan Jepun di
utara tersebut. Namun, hasilnya malang apabila bantuan dari Jepun
menyebabkan tentera KMT gagal menyekatnya.
● April 1938, tentera KMT di bawah Li Tsung-jen berjaya mengalahkan
tentera Jepun namun ianya tidak panjang apabila Jepun berjaya
menawan Hsu-chou dan seterusnya Wuhan pada tahun berikutnya.
● Dilihat bahawa gerakan tentera Jepun semakin berani, CKS
berharap dengan pertolongan daripada negara luar untuk datang
ke China. Dengan itu, Soviet Union telah menghulurkan pertolongan
dan sokongan ke atas China termasuklah aspek ekonomi,
ketenteraan dan politik. Sehubungan dengan itu, China turut
membeli peralatan perang dari Rusia.
● Amerika Syarikat juga turut serta dalam menghulurkan bantuan ke
atas China dengan menyediakan kelengkapan perang dan tentera
udara yang lebih efektif selain menawarkan kerjasama ketenteraan
antara China dengan Amerika Syarikat. Tambahan pula, kerajaan
Amerika Syarikat juga menggalakkan China untuk memberikan
usaha maksimum dalam memerangi Jepun di China.
● Sokongan luar ke atas negara China berjaya memusnahkan
pengkalan Jepun di China dan menyebabkan kerugian kepada
perkapalan Jepun di pesisir pantai China. Namun demikian, Jepun
melancarkan serangan balas dan disebut sebagai Operasi Ichi-Go
yang melibatkan seramai lebih 400 ribu orang tentera Jepun yang
bermatlamat untuk menyerang pengkalan Amerika Syarikat di
China.
● Operasi ini berjaya meraih beberapa wilayah ke tangan jepun
termasuklah Hunan, Honan dan Kwangsi dan pengkalan Chennault
di Kweilin dan Liuchow juga jatuh ke tangan mereka.
EKONOMI

● Zaman Chiang Kai-shek memerintah dikatakan cuba untuk


meningkatkan taraf hidup kawasan luar bandar dengan mengadakan
program pemodenan Nasionalis.
● Kelebihan program ini dilihat membawa pemodenan dari segi
pengangkutan dan perkilangan tetapi tidak menampakkan kesan
positif terhadap ekonomi di luar bandar.
● China bergelut dengan eksport sutera dan teh yang mengalami
kerugian serta persaingan dengan negara India. Penurunan
permintaan eksport di seluruh dunia menjadikan ekonomi di China
hampir runtuh pada tahun 1930an.
● Buktinya, Maria Hsia Chang menyatakan bagaimana keadaan ekonomi di China di
dalam The Chinese Blue Shirt Society: Facism and Developmental Nationalism iaitu:

“In 1934 China suffered a trade imbalance amounting $5 billion. The agrarian
sector, the mainstay of national economy, was increasingly afflicted with
disturbing signs of failure: a secular decline in per capita productivity, a
manifest decline in self-sufficiency of the Chinese peasant, and an increase in
the incidence of famine in the countryside.”

● Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perkembangan dari segi pembangunan


dari segi ekonomi di China tetapi pemodenan ini hanya dapat diperhatikan di
sesetengah tempat atau bandar-bandar utama yang melihatkan penampilan yang
lebih moden manakala kawasan pedalaman pula masih jauh ketinggalan.
● Chiang Kai-shek cuba untuk membuat kemodenan tetapi gagal. Hal ini demikian
boleh dibuktikan dengan kenyataan oleh Patricia Ebrey dan Anne Wathall di dalam
buku East Asia iaitu:

“The Nationalists’ modernizing programs unfortunately failed bring


improvements to the countryside. Most peasants had seen no improvement in
their standard of living since Qing times.”
● Program pemodenan Nasionalis ini dilihat gagal membawa peningkatan di
luar bandar disebabkan tiada perubahan ketara dari segi taraf hidup
mereka sejak zaman Qing lagi.
● KMT sejak awal lagi tidak mengambil langkah untuk membantu memajukan
kawasan luar bandar.
● KMT dilihat hanya memikirkan untuk mendapatkan sokongan golongan
kapitalis, terutamanya untuk mendapatkan sokongan dalam rancangan
pembangunan negara.
● Rancangan pembangunan negara ini dikatakan merupakan rancangan
ekonomi untuk projek-projek membangunkan China tetapi penduduk luar
bandar disisihkan dalam rancangan pembangunan negara.
● Hal ini demikian, menyebabkan penduduk luar bandar tidak berpuas hati
terhadap cara pentadbiran KMT.
● Sistem Keselamatan di luar bandar yang keras ditubuhkan oleh KMT untuk
mengawal rakyat China di luar bandar agar tidak menentang kerajaan
KMT.
● Sistem ini menyukarkan rakyat China di luar bandar kerana sukar untuk
mencari rezeki disebabkan peraturan yang ketat dan mengikut sistem ini
jika mereka keluar semasa sekatan maka mereka akan dibunuh serta merta.
SOSIAL
● Shanghai menjadi tempat perjudian dan rumah pelacuran
melihatkan keadaan sosial di China.
● Kita dapat perhatikan kesannya terhadap golongan wanita. Pada
tahun 1930an, dilaporkan terdapat lima puluh ribu wanita bekerja di
Shanghai sebagai pelacur.
● Mereka tertarik untuk berhijrah ke Shanghai untuk mencari peluang
pekerjaan seperti bekerja di kilang tekstil atau sebagai pelayan.
Buktinya, lebih separuh daripada jumlah pekerja di kilang kapas
iaitu 170,000 wanita yang bekerja dalam industri.
● Kebanyakkan wanita yang bekerja sebagai pelacur atau pekerja
kilang terdiri daripada wanita muda, belum berkahwin dan buta
huruf direkrut di ar bandar oleh kontraktor buruh.
● Akibatnya, dengan kegawatan ekonomi di China juga menjadikan
banyak rakyat China menghadapi kebuluran dan menjadi mangsa
kepada pergelutan politik China.
Kesimpulan
● Kesimpulannya, Chiang Kai-shek dilihat berjaya menyatupadukan dan
memajukan China pada awalnya akan tetapi penyatupaduan tersebut mula
pudar disebabkan masalah dalaman China dan pencerobohan Jepun.
● Chiang Kai-shek banyak berdepan dengan masalah dengan pihak komunis, dan
panglima perang yang tidak setia serta KMT yang baru sahaja mendirikan
kerajaan beberapa tahun tidak mampu untuk berhadapan dengan tentera
Jepun yang mempunyai peralatan yang lengkap.
● Fokus dasar beliau hanyalah untuk kestabilan dalaman yang masih belum
kukuh lagi lalu dirinya menyasarkan komunis sebagai musuh utama yang perlu
dihapuskan daripada pencerobohan Jepun.
● Jadi, dapat diperhatikan bahawa banyak permasalahan yang berlaku dalam
dekad Nanjing dalam usaha Chiang Kai-shek menyatupadukan dan
memodenkan China tidak dapat dicapai sepenuhnya.
RUJUKAN
Chang, Maria Hsia. The Chinese Blue Shirt Society: Facism and Developmental
Nationalism. Berkeley: University of California, 1985.

Ebrey, Patricia, dan Anne Wathall. East Asia: A Cultural, Sosial, and Political
History. United State: Wadsworth Cengage Learning, 2012.

Jordan, Donald A. The Northern Expedition: China's National Revolution of


1926-1928. Honolulu: The University of Hawaii Press, 2019.
https://www.jstor.org/stable/j.ctv9zck3k.

Sufian Mansor, Aisha Bibi dan Azharuddin. "Permasalahan Kuomintang dalam


Politik China, 1911-1949: Satu Tinjauan Umum." Malaysian Journal of
History, Politics & Strategic Studies, Vol. 44, No. 2 (Dis., 2017): 73-93,
http://journalarticle.ukm.my/13360/1/21782-62685-1-SM.pdf.

Taylor, Jay. The Generalissimo: Chiang Kai-shek and the Struggle for Modern
China. London: Harvard University Press, 2009.

You might also like