You are on page 1of 3

1.

0 EKSPORT KOMODITI UTAMA


1.1 PENANAMAN GETAH
Eksport komoditi paling utama adalah penanaman getah yang pada awalnya getah ini
merupakan tanaman eksport yang paling penting telah memperlihatkan prestasi yang semakin
lama semakin menurun peratusnya. Dalam konteks ini, isu ataupun masalah utama yang
dihadapi oleh penanaman getah adalah
I. Peningkatan dan penurunan penetapan harga
II. Kadar pulangan dan pengeluaran yang
III. Berlaku persaingan daripada pengeluaran getah tiruan
IV. Berlaku kekurangan masalah tenaga buruh
V. Berlaku peningkatan kos harga penggunaan buruh
VI. Keadaan saiz tanah yang tidak menepati standard ekonomi
Walau bagaimanapun, pengeluaran penanaman getah telah berlaku penurunan pada kadar
10.8% setahun pada RMK7. Kemerosotan ini berpunca daripada pokok yang tidak ditoreh
berikutan daripada isu kekangan tenaga buruh dan pengurangan kawasan penanaman getah.
Dalam konteks ini, pekebun kecil telah menyumbang sebanyak 79.7 daripada keseluruhan
pengeluaran dalam tempoh masa tersebut. Manakala selebihnya telah dilaksanakan oleh
sektor estet. Antara punca pengeluaran yang rendah ini adalah disebabkan oleh penukaran
berterusan kawasan tanaman getah kepada lain-lain kegunaan, kekurangan tenaga buruh dan
harga yang rendah juga tidak menggalakkan penorehan kaedah tanaman getah (Kementerian
Pertanian Malaysia, 1985)

1.2 PENANAMAN KELAPA SAWIT


Kelapa sawit merupakan tanaman yang mana ianya menggantikan peranan utama
penanaman getah yang sebelum ini menjadi sumber pendapatan eksport utama terhadap
sektor pertanian. Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah mengapa estet getah ini telah
ditukar dengan tanaman kelapa sawit. Sebagai contoh, sumbangan minyak dan isirung yang
diperolehi daripada kelapa sawit terhadap eksport telah mengalami peningkatan sebanyak
5.1% pada tahun 1970 kepada 12.6% pada tahun 1985. Kadar peningkatan eksport seunit
minyak kelapa sawit berlaku pertambahan sebanyaj 7.4% (1997) adalah disebabkan:-
I. Permintaan dari luar yang memberangsangkan.
II. Kesan daripada nilai ringgit yang rendah
III. Keadaan penawaran dunia yang begitu ketat bagi kumpulan minyak sayuran dan
lemak
1.3 PENANAMAN KOKO
Pengeluaran barangan daripada penanaman koko pula merupakan barangan yang berada
di tingkat ketiga paling penting selepas penanaman getah dan penanaman kelapa sawit.
Dalam konteks ini, penanaman koko mula diperkenalkan secara besar-besaran bermula
sekitar akhir tahun 1970-an sebagai salah satu inisiatif dalam mempelbagaikan tanaman di
sektor-sektor estet dan pekebun kecil. Hal ini demikian kerana, sebahagian besar berlaku
peningkatan pertambahan kawasan koko telah berpunca daripada kegiatan penanaman koko
yang dijadikan sebagai tanaman selingan yang diusahakan oleh pihak-piahk estet. Namun
demikian, pada sekitar tahun 1990-an apabila penetapan harga koko berlaku penurunan
kerana sambutan kepada tanaman ini semakin hari semakin kurang menggalakkan. Pada
tahun 1990, kebanyakkan estet yang terdapat di negeri Sabah merupakan 55% daripada
jumlah keluasan tanah yang ditanam dengan koko manakala para pekebun kecil datang dari
negeri Sabah.

Penanaman Tahun 1980 Tahun 1985 Tahun 1995


Koko 37, 000 tan metrik 103, 000 tan metrik 131, 800 tan metrik
Jadual 3: Penurunan penanaman koko
Pengeluaran yang rendah ini berlaku berpunca daripada berlaku penurunan beberapa
keluasan, harga koko yang tidak memberangsangkan dan keadaan cuaca yang tidak
menggalakkan. Sehubungan dengan itu, jumlah keluasan tanaman koko ini diramal akan terus
menerus berlaku penurunan dan secara tidak langsung telah memaksa para estet beralih ke
penanaman yang lebih baik dan lumayan. Berikut merupakan masalah yang dihadapu oleh
para pekebun dari penanaman koko:-
I. Turun naik harga
II. Daya pengeluaran yang rendah
Namun begitu, penanaman koko ini sedikit sebanyak telah memberikan pulangan modal yang
lumayan khususnya sebagai pendapatan tambahan kepada para pekebun kecil yang
mengusahakan penanaman kelapa. Justeru itu, tanaman koko ini menjadi tanaman tunggal
dan selingan kepada penanaman kelapa. Pelbagai inisiatig masih lagi diteruskan bagi
mempergiatkan kajian-kajian untuk meningkatkan daya pengeluaran dan bagi meluaskan
skop pemasaran.

1.4 PENANAMAN LADA HITAM


Statistik penetapan harga tanaman lada hitam pada tahun 1985 dan 1986 masih kukuh
ditambah pula dengan pemberian bantuan oleh kerajaan telah mendorong pengusahaan
tanaman lada hitam dilakukan dengan lebih meluas dan perkembangan ini secara tidak
langsung telah meningkatkan pertambahan pengeluaran tanaman lada hitan sekitar tahun
1989-1990. Sehubungan dengan itu, pengurangan lada hitam semakin berkurangan sejak
tahun 1995 tetapi berlaku peningkatan kembali pada tahun 2000. Dalam konteks ini,
penanaman lada hitam merupakan tanaman eksport yang semakin lama semakin merosot
sumbangannya. Dalam pada masa yang sama, permintaan dunia serta harga yang rendah ini
sedikit sebanyak menyebabkan pengurangan tanaman lada hitam ini.

Tanaman 1980 1993 Pengurangan


Lada Hitam 32, 000 tan metrik 23 ribu tan metrik 39.1%
Jadual 3: Pengurangan lada hitam
Keadaan ini berlaku berpunca daripada permintaan dunia yang semakin hari semakin
lemah. Pengeluaran tanaman lada hitam pada ketika ini dijangka berlaku peningkatan
sebanyak 33.3% pada tahun 1997 kepada 16, 075 tan metrik yang disebabkan oleh keluasan
tanaman baru yang pada ketika itu telah mula berhasil, pengurusan lebih baik dan penetapan
harga yang lebih memberangsangkan (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
(2008). Keluasan kawasan tanaman lada hitam berlaku peningkatan daripada 10, 620 hektar
pada tahun 1996 kepada 11, 215 hektar pada tahun 1997 disebabkan daripada harga lada
hitam yang memberangsangkan dan juga ‘Skim Subsidi Lada’ secara tidak langsung dapat
membantu para pekebun kecil dalam menanam tanaman baru dan penjagaan ladang yang
matang. Dalam konteks ini, penanaman lada hitam ini lebih diusahakan oleh para pekebun
kecil yang bersifat intensif buruh dan modal.
Antara masalah yang dihadapi oleh tanaman ini adalah penyakit dan pengurusan yang
kurang cekap telah menyebabkan daya pengeluaran mengalami penurunan. Lantaran itu,
dasar, strategi dan pelbagai program bagi tanaman lada hitam ini pada masa hadapan adalah
bagi mempergiatkan penyelidikan bertujuan mengurangkan kos, meluaskan lagi pasaran dan
industri memproses dan bagi meningkatkan gred. Manakala pada tahun 2000, disebabkan
berlaku pertambahan pengeluaran hasil berikutan pengurusan ladang yang lebih efisyen.

Tanaman 1995 2000 Pengurangan


Lada Hitam 13, 000 tan metrik 24 ribu tan metrik 11,000 tan metrik
Lada Hita, 8,600 hektar 11, 500 hektar 2,900 tan metrik
Jadual 4: Peningkatan lada hitam

You might also like