You are on page 1of 18

PENGUCAPAN AWAM

TAJUK
PERKEMBANGAN PERLANCONGAN DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH

P/SJN 152892 MOHAMAD AKHBAR BIN


MOHAMAD RIDZUAN
KURSUS KOMUNIKASI (OPERASI) GRED KHAS
BIL. 69 SIRI 1/2021

TARIKH

10 OKT 2021 HINGGA 11 NOV 2021

MAKTAB TEKNIK POLIS DIRAJA MALAYSIA


BAKRI, MUAR
JOHOR.

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 BIODATA 3

2 PENDAHULUAN 6-7

3 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI 7-9


PELANCONGAN

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI 9-11


PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN
EKONOMI NEGARA
HALANGAN DAN CABARAN INDUSTRI 11-13
PELANCONGAN

 Insiden Pencerobohan Lahad Datu

 Kejadian Penculikan Di Sabah

 Ancaman Pengganas

 Isu Moral Pelancong Asing

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN 13-16


MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN

5 PENUTUP 17

6 RUJUKAN 18

2
BIODATA

1.NAMA MOHAMAD AKHBAR BIN MOHAMAD


RIDZUAN
2.PANGKAT/NO PEMANGKU SARJAN 152892

3.TARIKH LAHIR 24 JANUARI 1985

4.KELULUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

5.STATUS BERKAHWIN

6.TARIKH MULA BERKHIDMAT 1 APRIL 2004

7.ALAMAT BERTUGAS CAWANGAN KOMUNIKASI


TSM IPD LANGKAWI
IPD LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

8.JAWATAN SEKARANG KTSMD IPD LANGKAWI

3
PENGAKUAN

Saya akui penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri

Kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

punca dan sumbernya.

….……………………………………………………………………………….
MOHAMAD AKHBAR BIN MOHAMAD RIDZUAN

PEMANGKU SARJAN 152892

20 OKT 2021

4
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana

telah membuka minda, hati dan fikiran saya untuk menjayakan tugasan yang

diamanahkan kepada saya iaitu bertajuk penyalahgunaan dadah.

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada penyelaras serta

jurulatih yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam tugasan ini.

Saya berasa bangga dan berterima kasih kepada yang telah memberi kepercayaan

kepada saya dan telah mencalonkan saya bagi menghadiri Kursus Komunikasi

(Operasi) Gred Khas Bil. 69 Siri 1/2021 di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia,

Bakri Muar, Johor.

Saya berharap kursus dan tugasan yang diberikan ini dapat memberi manfaat

kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan saya. Akhir kata, sekali lagi saya

mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pegawai panel, penilai

pensyarah, jurulatih dan rakan seperjuangan saya.

Sekian, terima kasih.

5
1.0 PENDAHULUAN

Pelancongan adalah orang yang membuat lawatan atau kunjungan pada masa

kelapangan Di Malaysia industri pelancongan mula muncul pada akhir tahun 1960.

Industri pelancongan tidak dianggap sebagai aktiviti ekonomi yang utama sehingga ke

tahun 1970 kerana pada masa itu, sumbangan komoditi utama seperti getah dan bijih

timah adalah jauh lebih penting. Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia mula

membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti

peningkatan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang

pekerjaan dan pendapatan, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan

ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan. Pelancongan merujuk kepada pelancongan

libur dan pelancongan perniagaan, dan ia merangkumi subsektor yang berikut:

penginapan, membeli-belah, produk pelancongan (iaitu ekopelancongan, pelancongan

kapal persiaran dan aktiviti lain yang berkaitan seperti spa dan kesejahteraan),

makanan dan minuman serta pengangkutan dalam negeri (inbound) dan pengangkutan

domestik.

Kini Malaysia di iktiraf pada peringkat global sebagai antara destinasi

pelancongan utama, dengan kedudukan di antara 10 teratas dari segi ketibaan

pelancong dan 15 antara teratas dari segi penerimaan global. Industri pelancongan

juga merupakan penyumbang yang penting kepada ekonomi Negara. Pelancongan

menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-

industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam

pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

Malaysia mempunyai kedudukan permulaan yang kukuh untuk melonjakkan

dirinya menjadi destinasi pelancongan yang utama. Industri pelancongan sudah

6
sememangnya besar, telah pun berkembang secara tekal dengan pantas untuk tempoh

10 tahun yang lepas dan juga mempunyai kedudukan daya saing global yang kukuh.

Asas yang kukuh ini dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan sumbangan sektor

pelancongan kepada ekonomi Negara.

2.0 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang

maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta

memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang

pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang

menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran

asing (Berita Harian, 9 Jun 2001).Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta

pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan

negara ketiga paling ramai menerima pelancong diAsia Timur – selepas China dan

Hong Kong.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat

berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi

juga menawan warga tempatan. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak

yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang

kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju

negara maju dalam abad ini.· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi

baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan

membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu

seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa,kemudahan lapangan terbang, kebersihan

7
persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya

menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat

Malaysia.· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada

kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan

berjuta-juta ringgit)di dalam dan luar negara.

Penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah pada

tahun 1987 telah memainkan peranan dalam menyediakan insentif, meningkatkan

mutu kemudahan asas, membuat promosi yang lebih menyeluruh dan menyediakan

peruntukan untuk memajukan industri ini. Kemudiannya kementerian ini telah

ditukarkan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia sehingga ke hari ini.

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam

ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar

Negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas

dan tenaga, dan petroleum. Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca

kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor

pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan

infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari

luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada

ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan

yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu

memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah.

Walaubagaimanapun, sektor pelancongan negara telah mula dilihat mengalami

8
perkembangan positif pada era tahun 70an. Ketibaan pelancong melalui udara dan air

ke Malaysia telah meningkat.

Sektor pelancongan negara dilihat semakin berkembang pada awal tahun 80-an.

Pada ketika ini negara sudah aman daripada ancaman komunis dan juga ancaman luar.

Pada tahun 1987, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah ditubuhkan.

Kemudian pada tahun 1990 kerajaan telah menaiktaraf kementerian tersebut kepada

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Dengan penubuhan

tersebut, ia telah merancakkan lagi pembangunan industri pelancongan negara.

3.0 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI


PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI
NEGARA

Kepentingan dan sumbangan dari segi ekonomi negara melalui sektor pelancongan

ialah melalui pengaliran wang asing masuk ke dalam negara. Pelancong yang datang

dari negara luar harus menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit

Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank

tempatan atau di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian

disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari

luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada perniagaan

yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja

menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan

keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.

Menurut Datuk Seri Najib Razak 2015 Industri pelancongan telah memberi

sumbangan ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan Program Transformasi

Negara (NTP), sektor pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar

9
kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 bilion atau 14.9 peratus

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2014. " mampu menarik 27.44 juta

pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72 bilion. Sejak pengenalan NTP,

industri pelancongan telah memainkan peranan dalam membuka peluang baharu

untuk rakyat Malaysia .Melalui (NTP) ini sektor pelancongan secara langsung

memanfaatkan rakyat Malaysia pada tahun lepas dengan industri itu menarik

pelaburan sebanyak RM19.4 bilion serta mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang

pekerjaan. Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki Malaysia daripada keindahan

pulau-pulau Borneo sehingga ke hutan tropika dan syurga membeli-belah, pihak

kerajaan menjadikan industri pelancongan sebagai sempadan baharu dalam

menghadapi cabaran ekonomi semasa pengumuman langkah-langkah proaktif

ekonomi baru-baru ini telah menyaksikan peruntukan tambahan RM80 juta untuk

memperhebatkan aktiviti promosi di pasaran terpilih termasuk di negara-negara

ASEAN, China dan India.

Sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Ini

adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat

penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru pandu

pelancong dan perkhidmatan yang lain-lain. Pelancong asing amat menggemari

makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka

diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima

bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung

yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di

restoran yang didirikan secara terapung di atas air.

10
Dari segi politik,sektor pelancongan dapat memperkenalkan negara Malaysia ke

luar dunia.Sebagai contoh melalui kejohanan perlumbaan bermotosikal dunia (Moto

Gp) dan perlumbaan F1 di litar Sepang, acara tersebut secara tidak langsung dapat

mempopularkan negara Malaysia di kalangan peminat sukan permotoran dunia.

Selain dari itu , penganjuran kejohanan tersebut dapat membuktikan kepada negara

luar bahawa negara Malaysia mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia

yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana dan selaras dengan slogan

‘’Malaysia Boleh’’.

4.0 HALANGAN DAN CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN

Sektor pelancongan di negara Malaysia berkembang maju dan menjadi

sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di

negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah

menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang

pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan

luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak

mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam

terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh sektor pelancongan di negara ini seperti

berikut :-

4.1 INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU

Insiden pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu, Sabah bukan sahaja telah

menjejaskan sektor pelancongan negara tetapi juga sektor perkhidmatan seperti

perbankan dan perniagaan di beberapa kawasan sekitarnya. Sehubungan itu, kerajaan

sedang berusaha memulih dan mengembalikan keamanan di kawasan berkenaan

11
melalui kawalan keselamatan yang dilaksanakan oleh pasukan keselamatan negara.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kemerosotan

sektor pelancongan itu tidak dapat dielakkan apabila nasihat perjalanan dikeluarkan

oleh negara luar terhadap rakyat mereka yang ingin bercuti ke Malaysia. Krisis

pencerobohan Lahad Datuk bukan sahaja memberi impak kepada sektor pelancongan

negara, malah sektor perkhidmatan lain turut menerima tempiasnya.

4.2 KEJADIAN PENCULIKAN DI SABAH

Kejadian penculikan di Pulau Pom Pom Sabah boleh berlaku di mana-mana di

dunia ini tetapi jika ia berlaku berulang kali (di Sabah), ia boleh menghantar mesej

kepada seluruh dunia mengenai kelemahan sistem keselamatan negara. Pencerobohan

pengganas bersenjata di Kampung Tandua Lahad Datu pada awal tahun juga memberi

kesan kepada industri kes bunuh dan penculikan di Pulau Pom-Pom bukan kes

terpencil tetapi perlu diberi perhatian serius kerana modus operandi yang sama akan

digunakan oleh penceroboh Sulu di masa depan. Oleh itu, tindakan segera perlu

diambil untuk memastikan sistem keselamatan diselaraskan di antara agensi-agensi

keselamatan berkenaan.

4.3 ANCAMAN PENGGANAS

Tindakan kerajaan Australia memberikan peringatan supaya berhati-hati

dengan ancaman pengganas ketika melawat Malaysia tidak menjejaskan industri

pelancongan negara ini. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed

Nazri Abdul Aziz berkata, peringatan itu bukan dikhususkan kepada Malaysia sahaja.

Sebenarnya amaran itu bukan diberikan terhadap negara kita saja, malah ianya untuk

12
seluruh negara yang turut berasa terancam dengan kehadiran ekstremis agama seperti

IS itu.

4.4 ISU MORAL PELANCONG ASING

Sebagai sebuah negara Islam dan penduduknya berpegang kepada nilai-nilai

ketimuran dan menjaga adab sopan, kita tentunya berasa tidak senang dengan

tindakan pelancong asing yang tidak menghormati budaya kita apabila bertandang ke

negara ini. Kes-kes seperti yang melibatkan pelancong asing seperti berjemur di

pantai tanpa pakaian/separuh bogel , melakukan jenayah dan terlibat dalam aktiviti

pelacuran menjadi isu moral. Pelancong yang bertanggungjawab tentunya akan

menghormati budaya, agama dan sensitiviti penduduk di sesebuah negara yang

dilawati, bukannya membawa pelbagai masalah kepada negara yang dikunjungi.

5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN


MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN

Di antara langkah utama untuk meningkatkan industri pelancongan negara

ialah kerajaan perlu memperlengkapkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan

di negara ini sehingga menjadi prasarana kelas pertama terutamanya destinasi yang

menjadi tumpuan pelancong. Melalui kajian yang di buat ,faktor utama kehadiran

pelancong ke sebuah negara adalah kerana kemudahan prasarana seperti

pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara tersebut. Hal ini

kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara memerlukan keselesaan dan

mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkapkan kemudahan

pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong

13
sampai ke destinasi yang akan dituju. Sebagai contoh kehadran pelancong yang

datang ke negara malaysia adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai.

Pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan penginapan yang selesa seperti

hotel, chalet, tandas, bekalan air dan elektrik turut menjadi faktor penting dalam

menarik banyak pelancong mengunjungi negara ini. Kemudahan penginapan penting

kerana situasi ini akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal

lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal ini akan

mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus

membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel

dan rumah penginapan yang dibina di bandar atau di desa di seluruh negara

membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke

negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa

dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Masalah tandas yang terhad dan berbau

busuk selain bekalan air dan elektrik yang kerap meragam perlu diatasi. Prasarana ini

hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini. Tegasnya,

keselesaan pelancong ketika menginap di negara kita perlu dititikberatkan agar

industri ini dapat dibangunkan.

Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

(LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik

yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti

boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada

menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media

elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan kewujudan halaman

14
pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan

Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha

LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60

buah bas di kota London pada suatu ketika dahulu menandakan usaha serius pihak

terbabit dalam menarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat

yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang

melawat negara kita pada suatu hari kelak. Pendek kata, komitmen kerajaan dengan

badan-badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara kita ke peringkat global

turut merancakkan perkembangan industri ini.

Langkah-langkah keselamatan juga perlu agar memastikan kepuasan dan

kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa

dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong.

Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis

menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul

kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat

mungkin. Kejadian seumpama ini akan membimbangkan pelancong untuk melancong

di negara kita dan sekali gus akan mengancam industri ini. Oleh itu, pihak berautoriti

perlulah menambahkan bilangan anggota keselamatan terutamanya di destinasi

tumpuan pelancong agar keselamatan dan kesejahteraan pelancong akan terjamin.

Rondaan juga perlu dilakukan dengan lebih kerap dan lebih banyak pondok

keselamatan didirikan.

Masyarakat juga boleh bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam

memartabatkan bidang pelancongan negara. Sikap ramah dan suka membantu

15
pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus

dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan kehadiran pelancongan di dalam negara

ini.Sebagai contoh pemandu teksi yang dianggap sebagai duta pelancongan negara

haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan

atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Rakyat

perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana budi bahasalah

yang mencerminkan budaya bangsa Malaysia yang berbilang kaum.

16
6.0 PENUTUP

Sektor pelancongan merupakan satu industri yang amat penting bagi sesebuah

negara khususnya negara Malaysia dalam menjana pertumbuhan ekonomi. Kehadiran

perlancongan yang berkunjung di dalam negara dapat meningkatkan hasil pendapatan

negara dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini. Pergerakan dan

perbelanjaan para pelancong mampu meningkatkan pendapatan negara melalui cukai

membeli belah, cukai penginapan, cukai makanan dan juga melalui pertukaran

matawang asing. Di samping itu, sektor pelancongan juga dilihat mampu menjana

pendapatan dan ekonomi penduduk setempat dengan penyertaan mereka dalam

industri tersebut. Kerajaan Persekutuan telah melakukan pelbagai pelaburan dengan

jumlah peruntukan dana yang tinggi bagi membangunkan sektor pelancongan negara.

Perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau segmen

di luar tarikan keindahan alam semula jadi. Strategi kepelbagaian segmen tarikan

pelancongan memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk menawarkan produk

pelancongan yang lebih berdaya saing. Sumbangan sektor pelancongan terhadap

pendapatan negara akan terus meningkat. Kedudukan ekonomi, politik, sosial dan

keselamatan yang baik menjamin bahawa negara ini akan menjadi pilihan utama

pelancong asing. Kedatangan hampir 30 juta pelancong asing saban tahun

membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa depan yang sangat cemerlang dalam

sektor pelancongan. Diharap industri pelancongan di Malaysia terus berkembang dan

memberi pulangan yang lumayan kepada pendapatan Negara dan rakyat Malaysia.

17
7.0 RUJUKAN

Abdullah R. (2012). The Economic Impact of the Tourism in Malaysia : An


Input Output Analysis. Diambil dari http://etd.uum.edu.my/3552/7/s810163(1) .pdf

Johan M. (2015). Industri Pelancongan Malaysia Masih Berdaya Saing.


Diambil dari
https://www.mier.org.my/newsarticles/archives/pdf/musalmah28_4_2015.pdf.

Malia J. (2013). Usaha-Usaha Untuk Memajukan Pelancongan Negara.


Diambil dari
http://bmutkspm.blogspot.my/2013/07/karangan-spm-bahagian-b-
usahausaha.html#sthash.AYvokPMk.dpbs

18

You might also like