You are on page 1of 22

ASAS KEUSAHAWANAN - PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN

SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SESI JANUARI 2015/2016

TUGASAN INDIVIDU 1:

( SOALAN C )

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana di luar bandar masih dalam peringkat
memuncul ataupun tidak begitu memberangsangkan berbanding dangan industri-
industri di kawasan bandar. Kerajaan juga melalui Kementerian Pembangunan Luar
Bandar dan Wilayah telah pun mewujudkan pelbagai agensi bagi membangunkan IKS
di luar Bandar. Bincangkan senario dan keadaan semasa IKS luar Bandar

SADE 1013:
ASAS KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN UNTUK:

MATHIVANNAN JAGANATHAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA : MUHAMAD SIDIK BIN KAMIS


NO.MATRIK : 231360
PUSAT : UUM
TARIKH SERAHAN : 18 SEPTEMBER 2015
ISI KANDUNGAN ( M/S )

Muka Depan i

Skema Pemarkahan ii

1. Pengenalan 1
2. Apakah yang dimaksudkan dengan industri Kecil & Sederhana 1-2
(IKS) Luar Bandar

3. Tahap Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar 3-5

4. Kepentingan dan Sumbangan Industri Kecil & Sederhana 5-6


(IKS) Luar Bandar

5. Halangan dan Cabaran Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar 6-9

6. Sistem Sokongan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar 9-10

7. Langkah-langkah untuk Mendorong dan Membangun 11


Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar

8. Rumusan 12
9. Rujukan 13
10. Lampiran 14-19
Lampiran 1

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JJ152 SESI 2015/2016


SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SKEMA MARKAH

NO Penilaian Markah yang Markah yang


diperuntukan diperolehi
1 Pengenalan 5

2 Huraian, Perbincangan dan 20


Cadangan

3 Kesimpulan 5

4 Rujukan dan Lampiran 5

5 Kualiti Penulisan 5

6 Blog -

Jumlah Markah 40 Markah

Komen:________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________

Tandatangan Pemeriksa : ______________________________


Nama Pemeriksa : ______________________________
Tarikh : ______________________________
1. Pengenalan

Industri kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu sektor perindustrian yang
memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi
negara. Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat membangun masakini tidak akan
tercapai sekiranya tanpa sumbangan dan sokongan besar IKS. Lebih penting,
pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberansangkan sejak 1980-an dan
menjadi penyumbang kedua terbesar kepada KDNK sehingga tahun 2012 iaitu
sebanyak 25.3%. Ini telah meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam
meningkatkan ekonomi negara. Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin
penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah
negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan
pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi
negara selepas 2020. Sumbangan IKS semakin terserlah apabila dilihat membuka
banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara
dan menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih
baik, membantu dalam melahirkan dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga
kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan
membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.

2. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN INDUSTRI KECIL DAN


SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR

Pelbagai definisi diberikan oleh agensi-agensi kerajaan mengenai IKS. Badan


Penasihat Pembanguana Industri Kecil di bawah MITI mendefinisikan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan
perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti jualan tahunannya yang tidak
melebihi RM 25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.
Teras pertama dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMKe-9) menyatakan hasrat
kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara melalui pembangunan perindustrian
kecil dan sederhana. Oleh itu, terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS
yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan Malaysia ke arah mengubah dasar
ekonomi Malaysia kepada dasar ekonomi baru yang berpendapatan tinggi

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga banyak menyediakan peluang


pekerjaan kepada masyarakat setempat dalam meningkatkan taraf hidup rakyat. IKS
juga menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan dari jumlah tenaga kerja dalam
sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan
jumlah nilai harta tetap. Usaha kerajaan membuka ruang dan peluang untuk
membangunkan sekumpulan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar
yang pelbagai dan mempunyai daya saing yang tinggi adalah tema utama ke arah
pengekalan pertumbuhan ekonomi. IKS adalah penting di dalam proses perkembangan
ekonomi dan turut memainkan peranan yang sangat penting dalam rangkaian eksport
negara. Sesetengah ekonomi negara yang maju telah berjaya kerana mereka
meletakan IKS sebagai bahagian utama ekonomi negara itu, meskipun di Malaysia
angkanya masih di tahap rendah, IKS berpotensi membuat sumbangan yang besar
kepada ekonomi dan boleh menyediakan asas-asas yang kukuh untuk menjana
pertumbuhan industri baru sementara mengukuhkan industri yang sedia ada untuk
pertumbuhan masa hadapan negara.

3. Tahap Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Jika sebelum ini
sektor pertanian menjadi teras utama dalam pembangunan ekonominya namun begitu
sejak kebelakangan ini, kesedaran mengenai peranan dan sumbangan industri kecil
dan sederhana (IKS) oleh pelbagai pihak mula meningkat. Melalui Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMKe-9), kerajaan menekan sektor perindustrian melalui
pengeluaran hasil pertanian secara komersial yang berintensifkan teknologi moden. Di
mana sektor pertanian akan diberi nafas baru supaya tampil sebagai tunggak ketiga
pertumbuhan ekonomi. Program Pertanian Baru akan dilaksana termasuk
mengorientasi semula sektor tersebut ke arah pengeluaran lebih moden dan berskala
komersil, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan meluas
sebagai pemudah dan pelaksanaan pendekatan pemasaran yang lebih baik dengan
memberi penekanan kepada piawai produk dan akreditasi lading dan peningkatan
profesionalisme.

Selain itu dari sektor pembuatan pula kerajaan menggalakkan penggunaan


teknologi tinggi dan pengeluaran produk yang mempunyai nilai ditambah lebih tinggi
akan diberi penekanan. Langkah akan diambil bagi membawa industri elektrik dan
elektronik (E&E) ke arah aktiviti nilai ditambah dan berteknologi tinggi. Di samping itu,
industri tradisional seperti kraftangan, batik dan songket akan terus dipermoden dan
dipertingkatkan setaraf dengan piawai antarabangsa. Selain itu, usaha akan diambil
untuk membangunkan dan mempromosi semua subsektor perkhidmatan.
Pembangunan pelancongan akan ditumpukan kepada peningkatan daya tarikan
Malaysia sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi dan ekopelancongan;
kebudayaan, hiburan dan kesenian; persidangan, insentif, konvensyen dan pameran
(MICE); acara sukan antarabangsa; dan aktiviti membeli-belah serta rekreasi.

Menurut Nurulhuda (2006) peranan industri kecil dan sederhana dalam


pembangunan ekonomi negara cukup besar. Sejak lima tahun kebelakangan ini,
pelbagai program untuk meningkatkan pembangunan IKS turut dirangka dan
dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan swasta dalam memastikan perkembangan
positif dalam industri ini. Kerajaan persekutuan dan negeri begitu komited dalam
merealisasikan agenda ini dengan memberi sokongan sepenuhnya melalui
penyelidikan dan pembangunan (R&D), penyediaan khidmat pengembangan dan
bimbingan meliputi bidang-bidang pembungkusan, menyediakan pasaran dan
pengedaran yang lebih luas. Selain itu juga kerajaan juga menyediakan insentif dari
segi kemudahan kredit dan modal.

Ini dapat dilihat kepada pembanguanan ekonomi yang berlaku di Malaysia mula
berubah struktur. Perubahan struktur tersebut dimana sektor perkhidmatan merupakan
sumber utama pertumbuhan, berkembang pada kadar 6.8% setahun dalam tempoh
Rancangan Malaysia ke-9 dan sumbangannya kepada KDNK meningkat kepada
58.0% pada tahun 2010. Pertumbuhan sektor perkhidmatan telah didorong oleh
prestasi kukuh subsektor kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan
perniagaan, perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran, serta
pengangkutan dan komunikasi. Sektor pertanian dijangka berkembang pada kadar
yang lebih perlahan, iaitu 3.0% setahun berbanding 3.2% setahun dalam tempoh
RMKe-8. Pertumbuhan yang perlahan ini adalah disebabkan oleh kemerosotan dalam
pengeluaran getah dan kayu balak berikutan pengurangan keluasan tanaman getah
dan pengawalan aktiviti pembalakan bagi pengurusan hutan yang mampan. Walau
bagaimanapun, peningkatan pengeluaran kelapa sawit, ternakan dan perikanan telah
menyokong pertumbuhan dalam sektor pertanian.

Proses industrialisasi merupakan antara ciri pembangunan ekonomi sesebuah


negara. Melalui proses industrialisasi yang dijalankan, pendapatan negara akan
meningkat dan diikuti dengan kenaikan dalam taraf hidup masyarakat. Dengan ini
penindustrian dianggap sebagai ‘engine of growth’.(Thirlwall, 1989). Perkembangan
sektor perindustrian di Malaysia pada masa ini masih dimonopoli oleh industri kecil dan
sederhana. Walaupun peranan industri berat masih lagi penting. Namun, keupayaan
IKS tidak boleh dipandang rendah. Berdasarkan prestasi industri yang berasaskan
sumber, ternyata IKS menunjukkan potensi yang besar berbanding industri berat. IKS
mewakili 80% daripada jumlah keseluruhan sektor perindustrian. Peratusan ini
menunjukkan betapa pentingnya sumbangan IKS dalam pembangunan ekonomi
negara.

Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang memberi perhatian
serius melalui usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk
membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Kerajaan juga menyediakan
kemudahan seperti pinjaman, khidmat nasihat dan perundingan, program latihan dan
pembangunan melalui Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(SMIDEC), Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada pengusaha-pengusaha IKS.
Tuntasnya, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini merupakan serampang dua mata
kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat
membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara Malaysia

4. Kepentingan dan Sumbangan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar


Bandar

Secara keseluruhannya IKS berupaya mencorak ekonomi masarakat setempat


dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang banyak dalam beberapa fungsi
pengeluaran dan operasi. Selain itu, peranan IKS berfungsi dalam membantu asas
industri negara. Ini adalah untuk mengelak kebergantungan secara tatal daripada
ekonomi global. IKS perlu dimajukan secara bersepadu dan menyeluruh terutamanya
dalam perhubungan ekonomi jangka masa panjang. IKS merupakan nadi serta enjin
pelaburan domestic dalam menjana ekonomi negara. Peranan IKS menjadi semakin
penting dalam merealisasikan wawasan 2020 yang bermatlamatkan sebagai sebuah
negara perindustrian. Malah satu pelan Perusahaan atau IndustrI Kecil dan Sederhana
(IKS) bagi tempoh 10tahun iaitu bermula 2010-2020 telah dirangka dan dimasukkan
sebagai sebahagian daripada model ekonomi baru (MED). Dengan itu melalui Dasar
Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
dapat memacu ekonomi rakyat dengan lebih tinggi. Dengan cara ini juga
menggalakkan peniaga menjalankan perniagaan yang lebih kreatif, inovatif dan bernilai
tinggi. Dengan cara alternatif ini pelaburan mereka akan mendapat pulangan yang
berlipat kali ganda.

Menerusi IKS, terdapat jaringan perniagaan yang meluas merangkumi jaringan


dengan sektor swasta dan sektor awam. Jaringan ini termasuklah suntikan modal,
perkongsian kepakaran dan latihan bagi menjalankan sesuatu projek. Kedua-dua
sektor ini saling melengkapi dalam mengiatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
Tanpa kerjasama dari dua sektor ini, IKS tidak mampu berkembang maju. Hal ini
kerana negara kita memerlukan kepelbagaian dalam sektor industri. Penglibatan IKS
yang aktif membolehkan asas industri yang mantap dan kukuh tanpa terjejas apabila
terdapat penarikan operasi dan peraburan sama ada dari sektor swasta mahupun
awam. Selain itu, IKS dengan penyesuaian mereka kepada intensif tenaga buruh dapat
mengeluarkan barangan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat dan firma besar.
Pembuatan barangan makanan, pakaian dan alatan perabot daripada industri kecil
sekurang-kurangnya dapat memenuhi kepuasan cita rasa pengguna dalam negeri.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa IKS juga dapat mengeluarkan barangan yang dapat
memenuhi keperluan barangan sebahagian besar golongan yang berpendapatan
rendah dan sederhana dalam negeri. Perkara ini jelas dapat dilihat dalam industri
tertentu seperti pembuatan makanan, pembuatan logam, peralatan plastik dan getah,
pakaian, peralatan perabot dan seumpamanya.

Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat, pertumbuhan sektor


perkilangan yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah negara perindustrian
2020, ternyata memerlukan sokongan dan sumbangan IKS yang lebih besar dan
bermakna.
5. Halangan dan Cabaran IKS Luar Bandar

Menurut Siti Arni (1997) terdapat tiga kelompok masalah yang dihadapi oleh
usahawan dalam sektor IKS. Masalah tersebut adalah masalah luaran dan dalaman.
Model Kajian Masalah-Masalah Usahawan Dalam Sektor IKS seperti ditunjukkan di
bawah.

Masalah Dalaman
Pengurusan, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan pengurusan
pengeluaran

Masalah Luaran
Persaingan, peraturan kerajaan, khidmat nasihat, kerjasama usahawan bumiputra,
kerjasama usahawan bukan bumiputra, bahan mentah dan inflasi.
Masalah Luaran Ddan Dalaman
Pemasaran tempatan, pemasaran eksport, lokasi, pekerja mahir dan teknologi ICT.

i. Taraf Pendidikan yang Rendah


Didapati rata-rata penduduk luar bandar yang mengusahakan projek dalam
pelbagai sektor IKS adalah terdiri daripada masyarakat yang berpendidikan akademik
sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. Mereka kurang pendedahan mengenai
peluang pendidikan kemahiran atau vokasional. Bagi penduduk luar bandar yang
berpendidikan tinggi pula lebih selesa makan gaji sama ada di sektor awam atau
swasta daripada menjadi usahawan. Mentaliti dan persepsi masyarakat terhadap
bidang keusahawanan adalah pilihan terakhir bagi yang gagal mendapatkan pekerjaan.

ii. Kurang Pendedahan Terhadap Perniagaan di Peringkat Global

Keusahawanan desa dilihat lebih kepada kegiatan sara hidup dan tiada motivasi
untuk mengembangkan perniagaan tersebut disamping tiada pengalaman dan kurang
maklumat mengenai pasaran global. Dalam persekitaran perniagaan semasa, tidak
dinafikan bahawa penggunaan teknologi (ICT) membawa kepentingan bagi
meningkatkan daya saing dan prestasi dalam IKS. Disebabkan oleh zaman yang serba
canggih dan sejajar dengan dunia tanpa sempadan memaksa industri ini bergerak
sama pantas dengan negara-negara maju yang lain. Pengusaha harus menggunakan
teknologi lebih canggih untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang boleh
memenuhi kehendak pengguna seterusnya menghasilkan keuntungan dan pendapatan
yang lebih lumayan.

iii. Kekurangan Modal atau Modal yang Terhad

Masalah kewangan atau kekurangan modal merupakan halangan utama dalam


industri kecil dan sedhanai ini. Masalah ini dihadapi oleh pengusaha-pengusaha kecil
yang dimiliki oleh ahli keluarga di mana sumber pembiayaan adalah daripada
simpanan peribadi, keluarga dan rakan-rakan. Bank-bank dan institusi kewangan
mengenakan syarat-syarat pinjaman yang ketat dan faedah yang tinggi kepada
usahawan. Selain itu, para usahawan kecil sederhana ini memerlukan cagaran dan
penjamin untuk mendapatkan suntikan modal bagi memulakan sesuatu projek. Di
samping ada kalanya institusi kewangan tidak berminat menyediakan pembiayaan
kepada sesetengah jenis perniagaan.

6. Sistem Sokongan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Luar Bandar

Menyedari industri kecil dan sederhana ini mempunyai potensi yang besar
dalam memacu negara kearah sebuah negara perindustrian kerajaan secara
drastiknya mengambil inisiatif dalam membantu sektor perniagaan kecil. Peranan
kerajaan dapat dilihat melalui penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan
sebuah badan berkanun SMIDEC atau Small Business Development Corporation di
bawah Kementerian Perindustrian Dan Perdagangan Antarabangsa. Kedua-dua
institusi ini bertanggungjawab membentuk dasar-dasar kewanan dan pencukaian bagi
meyamakan sistem bantuan sokongan kepada perniagaan kecil dan sederhana.
Secara kasarnya, bantuan sokongan yang disediakan oleh institusi kewangan
dan jentera kerajaan dapat dipecahkan kepada empat bahagian iaitu:
1. Peluang-peluang perniagaan dan pemasaran
2. Kemudahan pembiayaan dan kewangan
3. Khidmat runding cara
4. Skim latihan keusahawanan
5. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Bantuan-bantuan dari segi peluang-peluang peniagaan diuruskan oleh agensi


dan badaan kerajaan seperti Persatuan Kontraktor, Majlis Amanah Rakyat (MARA),
Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian, FAMA dan Bank Pembangunan
Malaysia Berhad bagi peringkat dalam negara. Sementara bagi usahawan peringkat
antarabangsa peluang ini dikendalikan oleh MATRADE atau Perdagangan
Antarbangsa Malaysia.
Dari segi kemudahan pembiayaan kewangan untuk modal tetap dan modal
pusingan perniagaan pula disediakan oleh institusi-institusi MIDF atau Malaysian
Industrial Development Finance, Bank Pertanian Berhad, Industrial Development Bank,
Bank Bumiputra Malaysia Berhad dan sebagainya. Bantuan ini disumbang oleh Tabung
Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) telah memberi bantuan pinjaman kepada
250,000 usahawan IKS untuk memulakan perniagaan mereka pada tahun 2013
(Bernama 9 Februari 2013). Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Tekun
Nasional (YTN) telah banyak memberi sokongan terhadap pembangunan dan
perkembangan IKS luar badar. Buktinya kedua-dua agensi tersebut telah
memperuntukkan sehingga RM50.5 juta bagi program pembiayaan kemajuan
perniagaan usahawan kecil di negeri Melaka (Utusan 24 Februari 2013).
Sementara untuk kemudahan rundingcara pula disediakan oleh agensi-agensi
yang berikut. Institusi Piawaian Perindustrian Malaysia (SIRIM), Institusi Pernyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM), Institusi Pernyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI),
Institusi Pernyelidikan Getah Malaysia (PRIM) dan Perbadanan Pengeluaran Nagara
(NPC). Kemudahan runding cara juga sebenarnya telah disediakan pada peringkat
pengajian lagi seperti Unit Penyelidikan Dan Perundangan Perindustrian (IRCU) di
Universiti Sains Malaysia, Pusat Pembangunan Perusahaan Kecil (SBDC), Universiti
Putra Malaysia dan Pusat Pembanguana Usahawan Malaysia (MEDEC) di Universiti
Teknologi Mara. Seterusnya, kerajaan persekutuan dan negeri terus memberi
sokongan melalui Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D), penyediaan khidmat
pengembangan dan bimbingan meliputi bidang-bidang pembungkusan, pemasaran
dan pengedaran, galakan untuk menceburi IKS luar Bandar serta kemudahan kredit.
7. Langkah-Langkah untuk Mendorongn dan Membangunkan IKS Luar
Bandar

Latihan Kemahiran
Menyediakan peluang latihan secara berterusan kepada masyarakat luar bandar
dan kawasan sekitar dangan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan, kemahiran
dan keupayaan bagi menigkatkan pendapatan, peluang pekerjaan dan taraf hidup
seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Pembagunan Usahawan dan
Koperasi (MECD), Perbadanan Pembagunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

Pembiayaan Kewangan (diselia oleh kementerian kewangan)


Usaha sama intitusi kewangan telah menyediakan kemudahan pinjaman mikro
kredit kepada peminjam dangan menawarkan kadar feadah/ keuntungan yang rendah
dengan tujuan untuk membantu para usahawan menjalankan aktiviti perniagaan Skim
Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Kementerian kemajuan luar bandar & wilayah,
Bank Simpanan Nasional, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB),
Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Khidmat Nasihat dan Perundingan


Khidmat dan perundingan boleh didapati daripada Skim khidmat pakar
perunding MARA, Bahagian Pembagunan Infrastruktur Perniagaan (BPI), Persatuan
IKS Malaysia, dan Seksyen Pembagunan Industri Kecil Sederhana. Majlis Amanah
Rakyat (MARA). Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi Kerajaan yang
ditubuhkan untuk menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera,
khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan.
Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh
MARA:
Latihan Keusahawanan
Skim Latihan perintisan
Program promosi pemasaran
8. Rumusan
Secara tuntasnya industri kecil dan sederhana (IKS) ini memainkan peranan
yang lebih penting dalam memacu pertumbuhan dan pernangunan ekonomi, iks perlu
secara berterusan menyusun strategi perniagaan dan menyesuaikan untuk
menghadapi suasana ekonomi serantau dan global yang sentiasa berubah. Para
pegusaha IKS perlu lebih bijak merebut peluang yang terbuka luas dalam memajukan
taraf hidup sendiri sekaligus memajukan ekonomi negara Malaysia. Para pengusaha
haruslah membentuk perkongsian strategik dengan perusahaan perniagaan besar dan
antarabangsa untuk terus berdaya saing dan membina budaya inovasi dan
keusahawanan yang mendorong kepada perkembangan keupayaan yang kukuh bagi
mewujudkan permintaan yang tinggi terhadap produk yang dikeluarkan dan
perkhidmatan yang disediakan. Pada masa yang sama, integrasi dengan peserta
global akan membolehkan kapasiti dan keupayaan dipertingkatkan serta memberikan
kesan berganda dan limpahan yang meluas dalam ekonomi keluarga, masyarakat dan
negara.
9. Rujukan

1. IKS memacu ekonomi negara, (2013) Dimuat turun daripada


http://pmr.penerangan.gov.my
2. Mohd Asri Abdullah (1997). Pembanguanan Perindustrian Di Malaysia
Perkembangan Dan Permasalahan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
3. Mohd Asri Abdullah (1997). Tinjauan Terhadap Perkembangan Program
Bantuan Industri Kecil Dan Sederhana Di Malaysia. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti
4. Muhamad Ridzuan Amin (2009). Perkembangan Ekonomi Di Malaysia
Selangor: Mika Cemerlang
5. Nurulhuda Che Abdullah, & Ramlee Mustapha. (2006) Kajian Kes Usahawan
Tani Industri Sederhana (IKS) Bumiputra Di Negeri Terengganu. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 34(2)(2009): 143-165
6. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Dimuat turun pada 12
September 2015
7. Siti Arni (1997). Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Usahawan
Bumiputera Dalam Sektor Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Di Selangor
Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Masters thesis, University of
Malaya (unpublished).
8. Thirlwall (1989). The Economics of Growth and Development. Journal of
Economic Issues Vol. 25 (1) (1991): 241-243.
9. Norliza (Utusan 24 Februari 2013). utusanmelaka@utusan.com.my
10. http://pts.com.my/berita/sistem-sokongan-bagi-perniagaan-kecil
Lampiran:

ARKIB : 08/04/2013

Produk bermutu tarik pelancong

Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA


utusansabah@utusan.com.my

Jamawi Jaafar (kanan) dan Dayang Khatijah (tengah) semasa meninjau persiapan
Karnival IKS di Padang Bandaran Tenom, baru-baru ini.

TENOM 7 April - Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), khususnya di kawasan
pedalaman disarankan merebut peluang bagi memperbanyakkan pengeluaran produk
bermutu termasuk hasil kraf tangan berciri tempatan.

Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, produk tempatan yang berkualiti akan
memberikan kelebihan kepada pengusaha IKS mengembangkan perniagaan mereka,
sekali gus menembusi pasaran luar negara.

Menurutnya, ini juga berfungsi sebagai daya tarikan kepada pelancong dalam dan luar
negara untuk berkunjung ke Sabah, khususnya daerah Tenom.

"Oleh itu, kita menggalakkan pengusaha IKS mengambil kesempatan mempromosikan


produk mereka sempena Karnival Usahawan IKS yang berlangsung di Padang
Bandaran Tenom selama tiga hari sehingga Ahad ini," katanya ketika ditemui semasa
meninjau tapak karnival IKS di Padang Bandaran di sini baru-baru ini.
Jamawi berkata, karnival anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sabah bersama
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu merupakan platform terbaik
untuk mengetengahkan produk tempatan berasaskan pertanian, selain hasil kraf
tangan unik sebagai cenderamata bagi tarikan pelancong.

Katanya, karnival yang diadakan ini adalah sebagai medan untuk memasarkan produk
masing-masing dan bagi orang ramai, mereka boleh membeli produk berkaitan sebagai
sokongan kepada para pengusaha IKS di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil negeri, Dayang
Khatijah Datu Bakhtial berkata, karnival tersebut membabitkan lebih 50 gerai.

"Kami berharap karnival ini dapat mendedahkan pengunjung luar termasuk pelancong
asing tentang kekayaan serta keunikan produk kraf tangan tempatan," ujarnya
ARKIB : 24/02/2013

RM50.5j bantu usahawan kecil

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA


utusanmelaka@utusan.com.my

SEBAHAGIAN usahawan menunjukkan cek pembiayaan Yayasan Tekun Nasional


bersama Mohd. Ali Rustam (depan, empat dari kiri) pada Festival Industri Kecil
Sederhana 2013 di Kota Fesyen, MITC, Melaka, semalam. - MINGGUAN/GAIE UCHEL

MELAKA 23 Feb. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Tekun Nasional (YTN)
memperuntukkan sehingga RM50.5 juta bagi program pembiayaan kemajuan
perniagaan usahawan kecil di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembiayaan yang diperuntukkan
oleh kedua-dua agensi kerajaan itu pada tahun ini melibatkan sejumlah RM30.5 juta
oleh Mara manakala RM20 juta lagi oleh YTN.

"Selain Mara, YTN adalah antara agensi yang banyak memberikan bantuan pinjaman
kepada pengusaha di negeri ini.

"Pada tahun lalu, seramai 1,393 orang pengusaha telah direkodkan sebagai
penerima pinjaman YTN berjumlah RM15.9 juta dan pada tahun ini agensi itu
memperuntukkan sehingga RM20 juta sebagai bantuan pinjaman kepada usahawan.

"Sudah tentu peningkatan peruntukan ini adalah satu berita gembira kepada
golongan usahawan dan sewajarnya mereka mengambil peluang yang telah
disediakan," katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Industri Kecil Sederhana
(FIKS) 2013 di Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini
hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Jabatan
Ketua Menteri Melaka, Azlieza Azizan dan Rektor Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Melaka, Prof. Madya Mohd. Adnan Hashim.

Program anjuran UiTM dan PKS itu berjaya menarik lebih 20 usahawan yang
berkemahiran dalam bidang keusahawanan bukan sahaja dari segi promosi,
malah kualiti pembungkusan.

Pada majlis yang sama, seramai 14 usahawan menerima cek pembiayaan


YTN berjumlah RM167,000.

Menurut Mohd. Ali, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut


membantu perkembangan perniagaan usahawan di negeri ini khususnya
dalam memasarkan produk pertanian dan industri asas tani.

"Daripada rekod yang diperoleh, pada tahun lalu seramai 228 peniaga dan telah
menerima manfaat bantuan ruang pasaran oleh FAMA di pasar-pasar tani manakala
202 orang dan peningkatan industri asas tani seramai 202 orang," katanya
ARKIB : 18/02/2013

Pengusaha IKS diberi peralatan

Oleh ZULHISHAM ISAHAK


pengarang@utusan.com.my

ABDUL Ghani Othman memperkatakan sesuatu kepada penerima Bantuan Program


Galakan Usahawan di tapak pasar malam pekan Serom, Serom 3, Ledang, baru-baru
ini.

LEDANG 17 Feb. - Seramai 81 penerima Bantuan Program Galakan Usahawan


Jabatan Pertanian negeri di tapak pasar malam pekan Serom, Serom 3 di sini kelmarin,
berazam meningkatkan produktiviti melalui bantuan mesin, peralatan dan insentif yang
diterima.

Menurut mereka, bantuan itu membuktikan kerajaan negeri serius membangunkan


sektor pertanian selain menunjukkan keprihatinan terhadap pengusaha industri kecil
dan sederhana (IKS) serta petani walaupun negeri ini terkenal dengan sektor
perkhidmatannya.

Seorang penerima, Sadeli Katimin, 43, dari Parit Haji Idris, Bukit Gambir di sini
mendapat sebuah mesin memerah santan bagi memudahkannya memproses dodol
yang diusahakannya sejak dua tahun lalu.
Beliau yang menerajui syarikat SMTC Impian Bonda Enterprise yang
memasarkan dodol ke Muar dan Batu Pahat berkata, mesin berharga RM6,000
itu mampu menambah kuantiti pengeluaran kuih tradisional tersebut.

"Jika sebelum ini pembuatan dodol agak lambat kerana saya terpaksa parut dan
kisar sendiri kelapa dan kemudian memerahnya, ini memakan masa untuk
menghasilkan dodol. Dengan adanya mesin ini ia mempercepatkan
pembuatannya.

"Diharap dengan adanya mesin ini akan dapat membantu mengembangkan lagi
perniagaan saya. Jika tidak ada permintaan dodol, saya juga menjual santan di
Pasar
Tani Bukit Gambir. Saya bercadang menambah mesin ini kerana permintaan
dodol semakin meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Serom merasmikan majlis melibatkan 81 penerima dengan 13
daripada mereka menerima bantuan projek IKS dan selebihnya menerima
insentif Program Meningkat Pengeluaran Tanaman Makanan.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri,
Datuk Ab. Aziz Kaprawi; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,
Sains,
Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan dan Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri,
Datuk Maulizan
Bujang.

Norwati Jani, 58, dari Parit Jarum Darat, turut bersyukur kerana terpilih menerima
sebuah mesin pemotong rumput kerana dapat meringankan bebannya yang
sebelum ini terpaksa memotong sendiri rumput untuk kambing peliharaan.

Ibu kepada lima anak itu berkata, dia sudah lama merancang mendapatkan mesin
berharga RM4,000 itu supaya urusan penyediaan rumput sebagai makanan lebih
100 ekor kambing dapat dilakukan dengan cepat.

"Mesin ini menjimatkan tenaga kerana sebelum ini dua pekerja diperlukan untuk
memotong rumput sebelum boleh diberi makan kepada kambing. Mesin ini
memotong rumput secara lebih halus berbanding kaedah biasa," katanya.

You might also like