You are on page 1of 70

ETIKA PENTADBIR

AWAM
PUAN ARENAWATI SEHAT BINTI HAJI OMAR (PUAN REEN)
rieyn77@gmail.com

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
BAB 3
ETIKA DALAM
PERKHIDMATAN
AWAM

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menerangkan Tonggak 12.
2. Menjelaskan Teras Perkhidmatan Awam dalam dasar-dasar kerajaan.
3. Membezakan Etika Perkhidmatan Awam di Amerika Syarikat dan Malaysia.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.1 PENGENALAN

 Peranan dan nilai etika kerja penting dalam pentadbiran sesebuah Negara kerana kedua-
duanya mempunyai pengaruh yang besar ke atas pembinaan peribadi yang berakhlak
tinggi.
 Bagi menjamin amalan dan pencapaian nilai dan etika kerja itu, maka setiap individu
dalam Perkhidmatan Awam bertanggungjawab memahami dan mengamalkan nilai dan
etika kerja dalam semua tindakan dan tingkah laku mereka semasa menjalankan tugas
masingmasing.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.2 USAHA-USAHA PEMBENTUKAN DAN
PENERAPAN NILAI DAN ETIKA KERJA

 Program penerapan nilai dan etika dalam Perkhidmatan Awam ada dinyatakan dalam
Tonggak 12 juga merangkumi lima aspek berikut:
(i) Nilai-nilai peribadi asas iaitu amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin,
bekerjasama, bersih, tekun dan sederhana.
(ii) Nilai-nilai yang mengutamakan pelanggan iaitu berbudi mulia, bersabar, sopan santun
dan peramah.
(iii) Nilai-nilai kepimpinan iaitu adil, berani dan syura.
(iv) Nilai-nilai profesionalisme, iaitu produktiviti dan kualiti.
(v) Nilai-nilai keagamaan iaitu bersyukur, beriman dan bertakwa.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.2.1 Tonggak 12

 Tonggak 12 mengandungi 12 prinsip yakni menghargai masa, ketekunan membawa


kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan
sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan
berkhidmat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat mencipta.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(a) Menghargai masa
 Amalan positif: Menepati masa, menyegerakan tugas yang dipertanggungjawabkan,
mempunyai perancangan waktu yang sistematik, bijak menguruskan tempoh masa yang
diberikan, menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif, menetapkan
tarikh sasaran (target date) untuk menyiapkan kerja dan menyelesaikan tugas dalam masa
yang ditetapkan.
 Amalan negatif: Berbual-bual kosong, tidak menyegerakan tugas, tiada sense of urgency,
tidak merancang pekerjaan, tidak ada keutamaan (priority), melayan tetamu yang tidak
berkenaan, meninggalkan pejabat untuk urusan peribadi dan ke kantin dalam waktu
bertugas.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(b) Ketekunan membawa kejayaan
 Amalan positif: Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar, rajin dan sentiasa
berusaha, sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan, berpandangan jauh, bersemangat
dalam melaksanakan tugas yang diarahkan, dedikasi dalam mencapai matlamat
organisasi, sanggup berkorban, cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas, tidak patah
semangat dan bercita-cita tinggi.
 Amalan negatif: Mudah tersinggung, kurang berdisiplin, mudah putus asa, tidak tekun,
mudah mengalah, tidak bercita-cita tinggi, tidak bersemangat, tidak tahan dimarahi, tiada
inisiatif, tidak kreatif, suka bertangguh dan buat bila diarah saja bukan sebaliknya.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(c) Keseronokan bekerja
 Amalan positif: Menganggap kerja sebagi ibadat, mempunyai inisiatif sendiri,
menghasilkan sesuatu yang berfaedah, mempunyai komitmen terhadap kerja dan sedia
memberi kerjasama.
 Amalan negatif: Menganggap kerja sebagai beban, tidak komited, hanya menunggu
arahan, tidak suka menolong dan tidak boleh dipercayai dan justeru itu selalu dicurigai.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(d) Kemuliaan kesederhanaan
 Amalan positif: Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan, tidak tamakkan pangkat dan
kedudukan, tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat, bersifat pemaaf dalam pergaulan, boleh menerima
teguran, berlaku adil dalam semua tindakan, menepati janji, sedia menerima cadangan dan nasihat, jujur dan
ikhlas, merendah diri, bijaksana dalam membuat pertimbangan dan bermaruah serta berhemah tinggi.
 Amalan negatif: Menonjol-nonjolkan diri, bercakap dengan menggunakan perkataan bombastik, berkelakuan
mengada-ngada, sombong dan meninggi diri, menyukarkan persoalan yang mudah, membesar-besarkan
perkara kecil, kedekut atau berlebihan dalam memenuhi keperluan organisasi, berlebihan mengampu ketua,
memperagakan kemewahan dan merosakkan harta kerajaan, kerap menghias diri di pejabat, dan bersifat
melampau dan keterlaluan dalam semua hal.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(e) Ketinggian peribadi
 Amalan positif: Teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan, menyempurnakan tugas dan amanah, bersifat ikhlas dalam
menjalankan tanggungjawab, berilmu dan berpengetahuan luas, mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan, sedia berkorban,
berlumba-lumba membuat kebajikan, kemas dalam berpakaian, pemikiran dan tindakan, bersifat penyayang, sabar dan teguh
menghadapi cabaran, bertimbang rasa tetapi tegas, bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan, taat setia dan patuh kepada arahan,
bersyukur dan menghargai kebaikan, bersih daripada sifat dengki, bertanggungjawab dan sedia berbakti,jimat cermat dalam segala
aspek, tertib dan baik budi bicara, cergas dan cekap dalam menjalankan tugas, cekal menghadapi cabaran, bekerjasama dan saling
hormat-menghormati dan berani serta berpendirian teguh.
 Amalan negatif: Selalu berpura-pura dalam tindakan, bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk, sukar untuk membuat kebajikan,
suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat, tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan, gopoh dalam bertindak, mengampu
untuk mendapat pujian dan sanjungan, mungkir janji, suka menghina dan merendahkan usaha orang lain, pemarah dan tidak sabar,
khianat dalam melaksanakan tugas, berdendam serta hasad dengki, bersungguh-sungguh mempertahankan kelemahan dan keburukan
diri, suka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaikinya, mementingkan diri sendiri, lembap dan malas berusaha, pengotor dan
selekeh dalam pembawaan, tidak boleh dipercayai dan tidak amanah, tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri, suka membuat janji
palsu, bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan.
REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(f) Kekuatan sifat baik hati
 Amalan positif: Bersopan santun setiap masa, pemaaf dan berhemah tinggi, simpati kepada kesusahan dan
masalah orang lain, ikhlas dan bertimbang rasa, pemurah dalam usaha kebaikan, mudah mesra dan
bekerjasama, merendah diri, berbudi mulia, boleh menerima teguran, berlaku adil dalam semua tindakan
dan sedia menerima cadangan.
 Amalan negatif: Kasar dan kurang sopan, berdendam apabila tidak mendapat sesuatu kemahuan, bersikap
tidak peduli terhadap teguran dan nasihat, tidak bertimbang rasa, mementingkan diri sendiri, sombong,
bongkak dan membesar-besar diri, bermuka-muka, cepat menghukum tanpa siasatan, cepat menuduh tanpa
siasatan, suka mencaci, tidak boleh menerima kritikan, cepat membuat kritikan dan suka menghina orang.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(g) Pengaruh teladan
 Amalan positif: Sentiasa berkelakuan baik, tidak tamak kepada harta dan kedudukan, bermoral dan
berakhlak tinggi, tertib dan beradab sepanjang masa, rajin dan kuat bekerja, amanah dan
bertanggungjawab, jujur dan ikhlas dalam setiap usaha, mengutamakan masyarakat lebih daripada
diri sendiri, berpandangan jauh, berdisiplin dalam semua tindakan, sanggup berkorban setiap ketika,
gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat.
 Amalan negatif: Buruk perangai dan tingkah laku, jahil, tidak suka membaca, hasad dengki dan
buruk sangka, mempersendakan agama, kedekut dan bakhil, suka mencari helah untuk mengelak
tanggungjawab, suka mengumpat dan mengadu domba, terlalu sensitif dan cepat marah, tidak kenal
budaya sendiri, hipokrit serta berpura-pura dan tidak berpandangan jauh.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(h) Kewajipan menjalankan tugas
 Amalan positif: Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan, tekun dan sabar
menjalankan tugas, selalu mempunyai inisiatif sendiri, boleh diharapkan untuk menyempurnakan tugas,
mementingkan kualiti, cergas dan pantas bekerja, cermat, berdisiplin dalam segala perkara,
bertanggungjawab (accountable), sentiasa belajar daripada kesalahan, bersikap profesional dan cekap.
 Amalan negatif: Mudah menyeleweng daripada tanggungjawab, tidak boleh diharapkan, suka
membangkang atau berdalih apabila diberi tugas, tidak taat kepada arahan, tidak bersungguh-sungguh,
suka bertangguh, mengelak daripada tanggungjawab, tidak peka kepada kualiti, bekerja sambil lewa
dan sentiasa membuat kesilapan kerja.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(i) Kebijaksanaan berhemat
 Amalan positif: Berhati-hati apabila berbelanja, tidak membazir harta kerajaan, tahu
membezakan antara keperluan dengan kemewahan, menyelenggara harta benda kerajaan
dengan baik, bertanggungjawab terhadap perbelanjaan yang dilakukan, mengadakan
sistem kewangan yang berkesan dan menyedari bahawa hasil kerajaan datang daripada
rakyat.
 Amalan negatif: Boros dan suka membazir, memperaga kehebatan dan kemewahan, suka
bermewah dengan harta kerajaan, tidak cermat dengan harta kerajaan, suka berbelanja
besar tidak kena pada tempatnya, kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(j) Keutamaan kesabaran
 Amalan positif: Tenang menghadapi masalah rumit, mempunyai perhitungan jauh, tahan
menerima cabaran, tidak putus asa, pemaaf dan berhemah tinggi, serta cermat dalam tutur
kata.
 Amalan negatif: Selalu mengubah pendirian dan keputusan, tidak sanggup berkorban,
takut kepada cabaran, lekas mengalah, berpandangan sempit dan tidak tahan menghadapi
kesusahan.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(k) Peningkatan bakat
 Amalan positif: Memberi dorongan terhadap kreativiti, memberi pengiktirafan kepada usaha-
usaha original, memberi galakan kepada pemikiran baru, berani mencuba idea-idea baru,
memperkenalkan bakat-bakat yang ada, memupuk bakat-bakat yang ada dan menyediakan
persekitaran serta suasana yang dapat melahirkan idea-idea kreatif.
 Amalan negatif: Menyekat pemikiran baru, tidak menggalakkan percubaan, tidak mencuba
sesuatu yang baru, tidak menghargai bakat yang ada, memperkecilkan usaha-usaha original,
mengekalkan suasana yang tidak menggalakkan kreativiti dan berpuas hati dengan tahap bakat
yang ada.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(l) Nikmat mencipta
 Amalan positif: Berasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan
dimanfaatkan, sentiasa berada dalam cabaran intelektual, sentiasa mencari idea dan kaedah baru
dalam menyelesaikan masalah, bersemangat (overzealous) dalam pekerjaan, gembira melihat
wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran dan senang “bermain” dengan idea dan berani
mencuba.
 Amalan negatif: Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada, takut menemui kegagalan,
memandang remeh usaha orang lain, pemikiran tidak dinamik, mempertahankan status quo secara
membuta tuli, tidak suka pembaharuan dan tidak sabar dalam penciptaan baru.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.2.2 Nilai-Nilai Peribadi Asas

 Nilai-nilai amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih, tekun dan sederhana
merupakan nilai asas yang perlu ada pada setiap anggota Perkhidmatan Awam. Seandainya nilai-nilai ini diketepikan
sudah tentu ia akan merosakkan seluruh perjalanan pentadbiran negara.
 Seseorang anggota Perkhidmatan Awam dikehendaki melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara amanah, ikhlas
dan bersih; amanah dan ikhlas ialah satu nilai yang dapat dilihat melalui tindakan seperti menggunakan masa dengan
sebaik-baiknya, membelanjakan harta awam mengikut peraturan yang ditentukan dan jauh sekali melakukan pembaziran
dan rasuah serta menyiapkan kerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
 Seseorang anggota yang dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya tanpa pengawasan merupakan seorang
yang menghayati nilai amanah. Bersih pula dimaksudkan sebagai kebersihan moral atau fizikal. Kebersihan moral
bermakna sentiasa berfikiran bersih dalam apa jua tugas yang dilakukan. Segalanya dilakukan dengan niat yang baik dan
murni, tidak sombong, angkuh ataupun terlibat dengan sebarang jenayah dan rasuah.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Nilai-nilai tekun, dedikasi, berdisiplin, bekerjasama dan sederhana merupakan asas
penting untuk menghasilkan kerja yang cemerlang.
 Melalui pengamalan nilai-nilai ini, anggota Perkhidmatan Awam akan dapat
meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja yang cemerlang. Nilai tekun juga merupakan
faktor yang menentukan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.2.3 Nilai-Nilai Keagamaan

 Nilai-nilai yang berteraskan ajaran agama sebenarnya merupakan tunjang kepada nilai-
nilai lain.
 Penjawat awam yang berpegang teguh kepada agama masing-masing akan dapat
mencegah dan menghindarkan diri mereka daripada melakukan perkara yang
bertentangan dengan nilai-nilai murni.
 Malahan ia akan mendorong mereka untuk bekerja dengan lebih gigih dan tekun ke arah
peningkatan produktiviti dan kualiti.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.2.4 Nilai-Nilai yang Mengutamakan
Pelanggan

 Penjawat awam yang berurusan dengan orang ramai terutama yang berkhidmat di kaunter, dikehendaki memiliki sifat-
sifat tertentu seperti ceria, peramah, sabar dan sentiasa kelihatan bersedia melayani pelanggan. Nilai-nilai yang perlu
diamalkan oleh penjawat awam ialah bersopan-santun, berbudi mulia, bersabar, peramah dan bertimbang rasa.
 Mereka dikehendaki bersedia membantu orang ramai atau pelanggan dan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap,
pantas dan berkualiti. Selaras dengan itu Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil 10 Tahun 1991 –
Panduan mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter” dan PKPA Bil 3 Tahun 1993 –“Piagam Pelanggan”
telah dilaksanakan.
 Anggota-anggota Perkhidmatan Awam harus memberi keutamaan kepada nilai-nilai bersopan-santun, berbudi bahasa,
berbudi mulia, bekerjasama, cekap, pantas serta memenuhi dan mengutamakan kehendak pelanggan.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.2.5 Nilai-Nilai Kepimpinan

 Seseorang pemimpin yang baik bukan hanya terletak kepada kuasa mutlak atau
perundangan yang ada padanya atau keupayaan mendorong, merancang, membangun dan
menggembleng kerja dan kepakaran bagi mencapai matlamat organisasi.
 Tetapi pemimpin juga harus memiliki nilai dan etika kerja yang menampilkan
keunggulannya sebagai pemimpin.
 Pemimpin yang berakhlak tinggi mempunyai nilai-nilai seperti adil, bijaksana, tegas,
berani, bertanggungjawab, sabar, boleh dipercayai dan baik hati. Setiap pemimpin perlu
menunjukkan teladan yang baik kepada orang di bawahnya.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.2.6 Nilai-Nilai Profesionalisme

 Nilai profesionalisme yang sangat penting ialah berilmu atau berpengetahuan dan
mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seperti pengurusan, teknologi
maklumat, komunikasi dan sebagainya.
 Di samping itu, mereka juga perlu memiliki nilai-nilai seperti kreatif, inovatif,
bermotivasi, akauntabiliti dan intergriti. Bagi mewujudkan anggota Perkhidmatan Awam
yang mempunyai nilai-nilai tersebut, Perkihdmatan Awam menggalakkan dan
menganjurkan berbagai kursus dan seminar serta membuka peluang kepada anggotanya
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Diploma, Sarjana dan Doktor
Falsafah.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Panduan mengenai peningkatan produktiviti dalam Perkhidmatan Awam” bertujuan untuk
mendorong penjawat awam supaya lebih kreatif, inovatif, produktif dan bermotivasi
tinggi.
 Garis panduan Sistem Perakaunan Mikro” bertujuan untuk membantu meningkatkan
akauntabiliti dan intergriti dalam pengurusan kewangan di agensi-agensi kerajaan.
 Konsep akauntabiliti yang ditekankan ini penting bagi menentukan supaya pelaksanaan
tugas dapat dijalankan mengikut peraturan dan arahan yang ditetapkan.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Pemberian anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan Awam” bertujuan
mendorong serta menggalakkan penjawat awam untuk meningkatkan usaha dan
menjalankan tugas dengan bersunguh-sungguh supaya dapat mewujudkan Perkhidmatan
Awam yang cemerlang.
 Perkhidmatan Awam juga terus memberi penghargaan kepada individu dan agensi
kerajaan yang memberikan perkhidmatan cemerlang melalui pemberian anugerah.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan penjawat awam bekerja dalam satu pasukan
dan bekerjasama dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan yang
diberikan.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.2.7 Nilai Produktiviti dan Kualiti

 Perkhidmatan Awam menjalankan pelbagai usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti.
Usaha-usaha dilihat melalui perlaksanaan PKPA Bil 4 Tahun 1991 iaitu “Garis panduan mengenai
strategi-strategi peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan awam” dan PKPA Bil 1 Tahun 1992
mengenai “Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh”.
 Semua ini memberi panduan dan menganjurkan penjawat awam supaya berusaha meningkatkan
produktiviti dan kualiti perkhidmatan masing-masing secara berterusan dan penambahbaikan
kualiti secara menyeluruh iaitu meliputi sikap dan nilai, sistem prosedur, amalan-amalan operasi,
struktur organisasi dan sebagainya.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Bagi menentukan sejauh manakah kejayaan individu atau organisasi dalam usaha
menambahkan produktiviti dan meningkatkan kualitinya, arahan telah dikeluarkan supaya
setiap agensi mengukur prestasi masing-masing di peringkat individu dan organisasi.
 Dengan cara ini setiap penjawat awam akan berusaha menjalankan tugas yang diamanahkan
kepadanya dengan lebih cekap dan berkesan.
 Pada masa ini usaha-usaha mengesan pelaksanaan pengukuran prestasi di agensi-agensi
kerajaan sedang dijalankan.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.3 TERAS PERKHIDMATAN AWAM
DALAM DASAR-DASAR KERAJAAN

 Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan berdasarkan kepada beberapa perkara:


(i) Permintaan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam semakin meningkat.
(ii) Rakyat Malaysia mahukan sebuah pentadbiran yang dapat memberi dan menyalurkan
perkhidmatan yang sistematik, cekap dan berkesan.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
Etika Perkhidmatan Awam bertujuan untuk
(i) Menyerapkan kepada semua kakitangan kerajaan semangat bekerja dengan penuh dedikasi bagi
menentukan supaya mutu prestasi Perkhidmatan Awam dapat dipertingkatkan lagi.
(ii) Mewujudkan satu perhubungan yang mesra antara semua kakitangan Perkhidmatan Awam bagi
mencapai matlamat perpaduan Negara berdasarkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.
(iii) Menimbulkan kesedaran di kalangan semua kakitangan kerajaan mengenai tanggungjawab mereka
kepada rakyat untuk membolehkan tercapainya janji-janji yang telah dibuat oleh kerajaan yang
berjiwa rakyat.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Panduan Perkhidmatan Cemerlang telah dilancarkan mengandungi teras-teras perkhidmatan awam dan
mempunyai enam tujuan:
(i) Meninggikan mutu Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.
(ii) Mengekalkan dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas yang telah
diserahkan.
(iii) Memupuk tanggungjawab bersama dalam Perkhidmatan Awam.
(iv) Mewujudkan suasana yang sihat dan cekap dalam Perkhidmatan Awam.
(v) Mengeratkan perhubungan antara semua golongan kakitangan kerajaan.
(vi) Membentuk sikap dan kewibawaan kakitangan kerajaan bersesuaian dengan semangat Rukun Negara.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.3.1 Teras Perkhidmatan I – Berazam
Meninggikan Mutu Perkhidmatan

 Menjadi tanggungjawab seseorang kakitangan kerajaan untuk memperbaiki mutu


perkhidmatannya dengan meningkatkan kemahiran menerusi latihan-latihan tertentu,
pembacaan dan perbincangan mengenai aspek pekerjaannya antara rakan sejawat.
 Kesediaan seseorang kakitangan kerajaan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dirinya
tanpa diingatkan oleh Ketua Pejabat ialah satu sikap yang terpuji.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Seseorang kakitangan kerajaan yang cekap ialah seorang yang mengetahui dan faham akan tugas-
tugasnya. Beliau mempunyai kemahiran menjalankan kerja-kerjanya dan mempunyai sikap baik
dalam melaksanakan tugas dan kewajipannya.
 Jika wujud ketiga-tiga ciri ini maka organisasi akan dapat mencapai mutu perkhidmatan yang
cemerlang.
 Mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan jika wujud usaha-usaha positif dan sikap kreatif dalam
menyelesaikan masalah sama ada daripada peringkat atasan mahupun peringkat bawahan. Ini boleh
dilakukan dengan cara mengemukakan buah fikiran atau idea-idea bernas untuk kebaikan organisasi.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Pembaharuan (inovasi) dalam kaedah bekerja juga menyumbang kepada faktor
memodenkan pentadbiran dalam pelbagai aspek.
 Dengan usaha-usaha yang dibuat oleh semua golongan pekerja, maka mutu perkhidmatan
awam dapat ditingkatkan. Secara langsung jabatan itu akan dapat memberi khidmat yang
lebih cekap dan berkesan kepada negara.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.3.2 Teras Perkhidmatan II- Bekerja dengan
Penuh Tanggungjawab

 Setiap kakitangan kerajaan yang diambil bekerja diberi satu surat pelantikan jawatan yang
mengandungi tangga gaji dan syarat-syarat perkhidmatan.
 Ini ialah satu kontrak yang diikat antara pekerja dengan pihak kerajaan Malaysia sebagai
majikan.
 Kebanyakan daripada syarat dan rujukan kepada Perintah-Perintah Am serta aturan-aturan
lain ialah mengenai perkara-perkara yang memberi panduan apa yang sepatutnya dibuat
dan tidak patut dibuat oleh seseorang kakitangan kerajaan ketika menjalankan tugasnya.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Tanggungjawab ini boleh dilaksanakan dengan pelbagai sikap dan cara.
 Seseorang kakitangan kerajaan mungkin boleh memenuhi waktu pejabat dengan hanya
menjalankan setakat daya usaha yang minimum.
 Seseorang kakitangan lain mungkin boleh menjalankan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi dan dengan sikap yang rela menyumbangkan tenaga yang lebih supaya dia dapat
membereskan tugas-tugasnya. Di samping itu, dia rela membuat kerja yang berlebihan
bagi faedah organisasinya.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Ada dua cara bagaimana seseorang kakitangan kerajaan menghadapi tanggungjawabnya.
 Jika dua orang pekerja menjalankan satu jenis tanggungjawab dalam organisasi, maka
sudah tentulah prestasi yang ditunjukkan oleh mereka berbeza antara satu dengan yang
lain.
 Begitu juga dengan daya pengeluaran (produktiviti) mereka berdua, sudah tentu berlainan.
 Oleh kerana semua kakitangan kerajaan dibiayai oleh rakyat, maka rakyat tentu tidak
berpuas hati melihat daya pengeluaran kakitangan kerajaan tidak mencapai tahap
maksimum yang diharapkan.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Pekerja yang mempunyai sikap penuh dedikasi sentiasa menunjukkan inisiatif untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Beliau tidak hanya menunggu arahan daripada pihak atasan. Beliau akan cuba menggunakan
kebijaksanaan untuk memikirkan penyelesaian supaya keputusan dapat dibuat dengan adil.
 Banyak masalah yang dihadapi oleh sesebuah jabatan kerajaan yang perlu diselesaikan dengan cepat dan
berkesan untuk perkhidmatan yang sempurna kepada rakyat. Setiap kakitangan kerajaan perlu sedar
sekiranya tanggungjawab itu tidak disempurnakan, maka ia akan memberi kesan buruk kepada rakyat dan
negara.
 Oleh itu, prinsip bekerja dengan penuh tanggungjawab hendaklah dianuti oleh semua kakitangan kerajaan
di semua lapisan perkhidmatan.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.3.3 Teras Perkhidmatan III – Berusaha
Mengikis Sikap Mementingkan Diri

 Sikap mendalam untuk berkhidmat dengan jujur hendaklah menjadi sifat utama setiap
kakitangan kerajaan. Setiap kakitangan kerajaan perlu menganggap diri mereka sebagai
penggerak masyarakat ke arah kemajuan tanpa menggunakan kedudukan mereka untuk
mencari keuntungan sendiri.
 Sikap sombong dan meninggi diri hendaklah dihapuskan dan setiap kakitangan kerajaan
harus bersifat insaf, sopan dan berhemah tinggi.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Setiap kakitangan kerajaan mempunyai tanggungjawab dan kuasa tertentu, dan
sebahagiannya terlibat dalam urusan kewangan. Kuasa dan wang ialah amanah besar yang
mesti digunakan dengan cermat dan saksama.
 Oleh itu, setiap kakitangan kerajaan mesti bertanggungjawab penuh ke atas setiap wang
yang dibelanjakan. Perkhidmatan kerajaan tidak boleh digunakan sebagai jalan ke arah
pencapaian cita-cita sendiri.
 Kakitangan yang menggunakan kuasa untuk faedah diri sendiri dianggap menyeleweng
daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.3.4 Teras Perkhidmatan IV- Berkhidmat dengan
Penuh Muhibah dan Kemesraan

 Suasana muhibah di kalangan kakitangan kerajaan harus disalurkan kepada masyarakat


sepanjang masa supaya dapat dicontohi dan diteladani oleh masyarakat tersebut.
 Sifat sabar, bertimbang rasa, simpati, cekal menghadapi perasaan orang ramai mesti
disemai dan diamalkan oleh semua kakitangan kerajaan yang berurusan dengan orang
ramai.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.3.5 Teras Perkhidmatan V- Bekerja ke Arah
Memajukan Pemikiran Rakyat dan Pembangunan
Negara
 Setiap kakitangan kerajaan mempunyai kewajipan untuk membantu rakyat memahami
dasar kerajaan dan program-program kerajaan yang hendak dilaksanakan.
 Mereka perlu menyedarkan rakyat mengenai rancangan dan projek pembangunan yang
disediakan untuk rakyat.
 Setiap kakitangan kerajaan hendaklah sedar bahawa tidak ada pembangunan tanpa
penyertaan dan penglibatan rakyat.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.3.6 Teras Perkhidmatan VI – Bekerjasama dalam
Membanteras
Kelemahan dan Musuh-Musuh Negara

 Kerjasama merupakan alat yang penting. Tanpa kerjasama, keburukan dan kerumitan akan
timbul dan penyelarasan terlalu sukar untuk dicapai.
 Sikap kerjasama ini boleh menjadikan Perkhidmatan Awam satu perkhidmatan yang
berkesan dengan berpandukan objektif yang sama.
 Tetapi pentadbiran yang berkesan belum boleh dianggap sebagai pentadbiran bersih jika
penyelewengan dan rasuah dibiarkan berleluasa.
 Kecekapan ini hendaklah berlandaskan satu kaedah perkhidmatan dan pentadbiran yang
bersih.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.3.7 Teras Perkhidmatan VII – Berpegang Teguh
kepada Ajaran Agama

 Perkara ini perlu diberi penekanan dengan tujuan supaya semua kakitangan kerajaan
berpegang teguh kepada ajaran agama.
 Tanggapan yang didapati daripada penekanan ini ialah hakikat bahawa sebarang sikap
menuju ke arah tidak beragama ialah satu sikap yang bertentangan dengan kehendak
Perkhidmatan Kerajaan Malaysia.
 Jika terdapat kakitangan kerajaan yang tidak mempunyai pegangan kepada nilai-nilai
kesucian, maka tentulah mudah pengaruh anti-agama meresap masuk dalam pemikiran
mereka. Keadaan ini dengan sendirinya menjadikan jentera pentadbiran kerajaan lemah.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.4 PERBANDINGAN ETIKA DALAM
PENTADBIRAN AWAM AMERIKA SYARIKAT
DAN MALAYSIA
 Perkhidmatan Awam yang merupakan jentera pentadbiran negara perlu mendokong cita-cita ini. Tanggungjawab
memupuk kesedaran dan penghayatan nilai dan etika kerja yang tinggi di kalangan anggota Perkhidmatan Awam
banyak juga dipengaruhi oleh etika Perkhidmatan Awam di Amerika Syarikat (AS).
 Kefahaman etika di kalangan pentadbir awam yang agak rendah dikhuatiri akan mempengaruhi produktiviti, prestasi
dan imej Pentadbiran Awam keseluruhannya.
 Hasrat Malaysia adalah untuk melahirkan negara yang bersatu dengan masyarakatnya yang yakin, mempunyai nilai
moral dan etika yang kukuh, demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi,
progresif dan makmur.
 Oleh itu, diharapkan dengan kefahaman yang jitu dan penggunaannya yang mantap cita-cita tersebut akan dapat
dicapai.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.4.1 Etika Pentadbiran Awam di Amerika
Syarikat

 Rasuah banyak mempengaruhi pembangunan Perkhidmatan Awam moden di Amerika. Pada awal abad
ke-20 satu struktur dan polisi kerajaan Amerika telah banyak diubah hanya untuk mengurangkan kadar
rasuah. Perubahan ini melibatkan dua jenis:
(i) Untuk mengurangkan secara prosedur sebarang tindakan rasuah melalui konsep pengurusan seperti
memberi kontrak kepada “bidder” yang terendah, pengauditan sebelum dan selepas, “council-manager
government” dan larangan kepada konflik berkepentingan (conflict of interest).
(ii) Memperkenalkan kepada Perkhidmatan Awam sistem merit untuk pentadbir awam dan melalui konsep
seperti sifat berkecuali dan larangan kepada pengambil bahagian dalam politik.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Reformasi pentadbiran di Amerika Syarikat (AS) yang berhubung dengan etika, banyak
didorong oleh rasuah.
 Program dan struktur seperti whistleblowing, aduan hotline, lembaga dan suruhanjaya
etika, program pendidikan etika bagi pegawai politik dan pentadbiran yang dilantik dan
dipilih serta kod etika profesional adalah simbolika kepada pendekatan moden menangani
serta mengurangkan gejala rasuah.
 Dalam kehidupan awam moden bukan saja isu mengenai etika asyik timbul tetapi
penguatkuasaan terhadap perlaksanaan etika juga tiada noktahnya.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Berbekalkan alat moden sains sosial, adalah tidak mustahil untuk menilai perlakuan etika.
 Contohnya dalam kerajaan demokrasi, kewujudan nilai dalam perlembagaan dan undang-undang, boleh
dilihat sebagai penerimaan nilai-nilai yang dipersetujui bersama. Kelakuan individu dan kumpulan
dinilai melalui konvensyen sosial, undang-undang dan perlembagaan, kepatuhan dikatakan beretika, dan
jika tidak patuh, maka perbuatan tersebut boleh dikatakan tidak beretika.
 Di AS rasuah dalam jabatan kerajaan ialah fenomena yang sentiasa berlaku.
 Etika menjadi begitu penting dan mendominasikan polisi pada 1990 disebabkan oleh faktor-faktor
berikut:

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(i) Tahap rasuah dalam kerajaan meningkat dengan banyaknya.
 Di Los Angeles Datuk Bandar yang telah lama berkhidmat di situ, dipenjarakan atas tuduhan menerima
wang ganjaran dari sebuah syarikat yang berurus niaga dengan bandar tersebut. Los Angeles
mengamalkan undang-undang etika yang paling ketat di AS.
 Governer Tenneesse juga dipenjara kerana menjual ‘pardon’ dan ‘parole’ kepada banduan. Di peringkat
negeri kempen melibatkan politik wang ialah suatu perkara yang rutin. Walaupun kelihatan banyak
perlanggaran etika yang melibatkan skandal besar tidak kurang juga beratus-ratus yang lain kurang
mendapat publisiti. Ini berlaku di semua peringkat kerajaan.
 Melihat kepada kesemuanya, rasuah dan etika ialah dua perkara penting yang sentiasa akan timbul dan
sesuatu yang tidak boleh dinafikan pertaliannya juga suatu perkara yang membebankan isu awam.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(ii) Rakyat tidak boleh berkompromi dengan rasuah dalam kerajaan.
 Bagi mereka rasuah adalah salah dan menentang sekeras-kerasnya perbuatan ini.

(iii) Rasuah dalam kerajaan membawa impak yang serius.


 Kes rasuah yang berulang-ulang kali disiarkan sudah mencapai tahap “climax”. Kecaman
rakyat yang mengandungi teguran pedas terus-terusanmenjadi drama yang diulang-ulang
buat tontonan awam.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(iv) Dalam kancah politik, kebaikan dan keburukan beretika sedia difahami.
 Jadi penggunaan etika sebagai simbol kebaikan menjadi modal yang kuat dalam politik.
Keadaan ini adalah suatu fenomena yang biasa.

(v) Etika kerajaan telah dibangunkan dalam bandar, negara dan negeri, masing-masing
mengeluarkan undang-undang etika yang baru.
 Institusi etika ini membekalkan kaedah yang berterusan. Perbuatan rasuah dalam kerajaan
boleh sentiasa diletakkan dalam perhatian awam.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(vi) Etika menyeberangi pelbagai lapangan polisi.
 Etika perubatan adalah signifikan dalam polisi kesihatan terutama sekali pengguguran
bayi, penamatan hayat, insuran dan perkhidmatan perubatan yang diberikan.
 Manakala etika perniagaan dalam dunia perdagangan yang juga tidak kurang signifikan
ialah mengenai kemusnahan dalam simpanan dan pinjaman.
 Begitu juga perumahan, pengangkutan, pelajaran, keselamatan awam, pertahanan negara
dan hubungan luar kesemuanya mendorong kepada perlunya etika.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.4.2 Etika Perkhidmatan Awam di Malaysia

 Strategi yang banyak berkait rapat dengan etika ialah konsep bersih, cekap dan amanah.
 Pembaharuan lebih cenderung untuk melihat aspek-aspek kelakuan dalam organisasi dan
memberi tumpuan kepada individu dan kumpulan kecil daripada ke atas organisasi secara
keseluruhan dan dengan itu menekankan satu pendekatan pembaharuan mikro.
 Oleh itu, konsep “Bersih, Cekap dan Amanah” di bawah pentadbiran Dr. Mahathir
memang selari dengan perspektif kelakuan atau psikologi budaya yang bertujuan untuk
penyebaran etika dan nilai-nilai moral.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Penerapan satu set etika di kalangan pegawai-pegawai kerajaan sebagai tambahan kepada
kod-kod prosedur dalam Perintah Am (General Orders) yang diperkenalkan oleh kerajaan
kolonial dahulu.
 Penekanan diberi kepada nilai-nilai moral dan sikap-sikap kakitangan kerajaan, manakala
Perintah Am lebih menitikberatkan prosedurprosedur kerja umum.
 Garis panduan etika kerja baru mengenai sikap kakitangan kerajaan yang seharusnya
diamalkan ialah “Bersih, Cekap dan Amanah”.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Rasionalnya diperkenalkan konsep “Bersih, Cekap dan Amanah” ialah semata-mata untuk
menerapkan nilai-nilai moral yang tinggi dan positif di kalangan kakitangan kerajaan
yang perlu mereka amalkan dalam perkhidmatan mereka.
 Objektif lahiriah konsep ini ialah hasrat untuk mewujudkan etika kerja yang baik dan
sikap-sikap baru di kalangan kakitangan awam dengan keutamaan yang tinggi diberikan
kepada produktiviti dan kualiti kerja. Istilah-istilah dalam slogan konsep kerajaan “Bersih,
Cekap dan Amanah” telah ditakrifkan seperti berikut:

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(i) Slogan “Bersih” bererti bahawa seseorang penjawat awam itu seharusnya mempunyai satu
moral, nilai-nilai etika dan disiplin kerja yang tinggi. Ia juga menerangkan pentingnya sikap
berkecuali di pihak pegawai kerajaan dan sepatutnya tidak berat sebelah dalam apa jua
keputusan yang melibatkan orang awam. Bersikap “Bersih” juga bererti seseorang pegawai
kanan itu tidak harus mementingkan diri sendiri, menjauhkan diri daripada bersikap dengki
khianat dan benci-membenci.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(ii) Manakala “Cekap” pula bererti seseorang penjawat awam itu hendaklah berani dan cepat
mengambil sebarang tindakan. Seseorang pegawai awam juga harus berhadapan dengan
sebarang krisis dengan tenang. Pegawai-pegawai kerajaan diberitahu supaya “kekal dengan
prinsip dan tegas” serta berkeyakinan diri sendiri (self confident). Selain itu, ciri-ciri lain
termasuklah “Cekap”, iaitu kreatif dalam kerja, produktif, mempunyai kualiti kerja yang baik,
berpandangan jauh, mempunyai sikap yang proaktif, berpengalaman dan pakar dalam
beberapa bidang.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(iii) “Amanah” bererti seseorang penjawat awam itu hendaklah rela menjalankan
tanggungjawab dan tugasnya dalam bidang kuasanya dengan keyakinan diri dan amanah
supaya mencapai objektif yang dikehendaki dalam organisasi itu. Selain itu, seorang penjawat
awam juga diharapkan berkelakuan jujur, amanah dan ikhlas sama ada kepada dirinya, rakan-
rakan sekerjanya atau organisasinya.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(a) Strategi pelaksanaan etika
 Dalam mempromosikan slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” tersebut, kerajaan telah
melancarkan berbagai-bagai usaha ke arah menggilap sikap pegawai kerajaan dengan
menyuntik keadah-kaedah atau strategi-strategi baru yang pada asasnya bersifat struktur
dan prosedur.
 Ciri-ciri pembaharuan struktur dan prosedur yang dikaitkan dengan konsep “Bersih,
Cekap dan Amanah” itu dibahagikan kepada beberapa prosedur pentadbiran, teknik dan
kaedah-kaedah kerja seperti berikut:

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
I. Memperbaiki sistem kerja dan prosedur:
(i) Sistem punch card.
(ii) Pengenalan tanda nama.
(iii) Konsep ruang dan pejabat terbuka.
(iv) Manual prosedur kerja.
(v) Sistem fail meja.
(vi) Garis panduan kiriman pos.
(vii) Pengurusan melalui mesyuarat.
(viii) Program pengukuhan produktiviti.
REENSLIDESJANUARY2018UU
M
II. Memperbaiki perkhidmatan kepada orang awam:
(i) Pusat bayaran setempat (one stop payment centre).
(ii) Pusat perkhidmatan setempat (one stop service centre).
(iii) Pusat bayaran lesen setempat.
(iv) Perkhidmatan kaunter cekap dan mesra.
(v) Kotak cadangan.
(vi) Sistem GIRO.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
III. Penggunaan automasi dan teknologi.

IV. Kawalan pengurusan kewangan.

V. Penerapan nilai-nilai dan etika-etika kerja di kalangan pegawaipegawai

kerajaan.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Penerapan nilai-nilai positif di kalangan pegawai kerajaan telah dimasukkan ke dalam program
pembaharuan. Antaranya ialah
(i) Kebertanggungjawaban (accountability).
(ii) Pengurusan diri sendiri (self management).
(iii) Kerjasama.
(iv) Pembangunan diri (self development).
(v) Rajin dan dedikasi.
(vi) Kejujuran intelektual.
(vii) Semangat berpasukan.
(viii) Berjimat-cermat.

(ix) Integriti.
REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(x) Sikap yang responsif.
(xi) Disiplin diri.
(xii) Berorientasikan pelanggan.
(xiii) Berorientasikan prestasi.
(xiv) Sikap keusahawanan (enterprising).

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(b) Penilaian terhadap pembaharuan etika
 Percubaan mempromosikan konsep kerajaan “Bersih, Cekap dan Amanah” telah dibayangi dengan
wujudnya suasana politik wang serta amalan membeli undi yang berleluasa berlaku semasa mesyuarat
UMNO di semua peringkat iaitu daripada cawangan, bahagian dan majlis tertinggi.
 Terdapat begitu banyak isu skandal kewangan seperti isu BMF, tiga projek gergasi iaitu jambatan Pulau
Pinang, Bangunan Daya Bumi dan Proton Saga (yang jelas sama sekali kini telah menjadi antara kejayaan
besar Malaysia) dan lain-lain skandal kewangan yang melibatkan syarikat kawalan kerajaan iaitu Sports
Toto, KWSP, syarikat kepunyaan UMNO seperti United Engineering, Fleet Group dan Zainecon Bumi
Sdn. Bhd. Pada masa yang sama, berlaku salah pengurusan ekonomi yang membawa kepada kemerosotan
ekonomi negara.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Usaha-usaha pembaharuan terpaksa dihadapi. Segala prosedur dan teknik bar yang
diperkenalkan dalam perkhidmatan awam dikatakan berkait rapa dengan slogan “Bersih,
Cekap dan Amanah”.
 Umpamanya, beberap pembaharuan dikatakan telah berjaya menyelamatkan keadaan
krisis politik yang berlaku pada 1987. Sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaa
mengambil sikap berkecuali dan tidak mempedulikan krisis politik tersebut.
 Mereka telah menjalankan tugas seperti biasa, sama seperti sebelum krisis berlaku.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Institusi-institusi yang berkuasa di Malaysia seperti perkhidmatan awam, mahkamah-
mahkamah dan elit-elit politik dikatakan lebih kuat daripada institusi berpenyertaan
seperti Parlimen, parti-parti politik atau badan-badan bukan kerajaan.
 Oleh itu, diandaikan bahawa pembaharuan pentadbiran secara relatifnya memang
disokong oleh pegawaipegawa kerajaan yang tidak membuat sebarang percubaan untuk
menghalang sebarang usaha pembaharuan yang diperkenalkan.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
(c) Kepimpinan melalui teladan
 Konsep kepimpinan melalui teladan ini juga merupakan satu slogan yan bertujuan untuk menggilapkan
moral dan sikap pegawai kerajaan. Ini telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.
Mahathir Mohamad pada tahun 1983. Pemimpin kerajaan sama ada ahli-ahli politik atau pegawai
kerajaan tidak syak lagi dikehendaki menunjukkan satu set contoh yang baik.
 Amat penting bagi mereka untuk memahami dan mengamalkan standard-standard yang baik supaya
contoh-contoh baik mereka akan ditiru oleh kakitangan bawahan mereka dan juga orang awam.
 Kepimpinan melalui teladan menjelaskan lagi konsep “Bersih, Cekap dan Amanah”.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
 Penilaian bengkel bersama dengan satu tinjauan mengenai kepimpinan melalui teladan yang dikendalikan
INTAN telah mengeluarkan beberapa hasil dapatan.
 Satu daripada dapatan itu ialah orang awam dan pegawai-pegawai kerajaan berpendapat bahawa
keseluruhan kualiti perkhidmatan kerajaan telah bertambah baik dengan pesatnya sejak perlaksanaan
slogan tersebut.
 Satu daripada cara untuk memberikan contoh yang baik kepada orang awam ialah dengan membaca lebih
banyak buku pengurusan yang akan memberi panduan kepada pembaca memperbaiki sikap yang baik.
 Usaha-usaha untuk menerap perubahan sikap pegawai-pegawai kerajaan melalui program di atas tidak
boleh dilihat sebagai sesuatu yang betul-betul berjaya dalam jangka pendek sebab ia melibatkan
pembinaan suatu sikap atau rasa komitmen yang menyeluruh daripada individu-individu dan juga
perkhidmatan awam keseluruhannya.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M
3.5 KESIMPULAN

 Etika perkhidmatan awam lahir daripada kesedaran bahawa profesionalisme


perkhidmatan awam perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan kakitangannya
hendaklah bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
 Ini amat penting kerana perkhidmatan awam sedang memikul beban untuk melaksanakan
pembangunan yang pesat dalam konteks sebuah negara yang sedang membangun dan
maju seperti Negara ini.
 Konsep meninggikan prestasi perkhidmatan awam yang diharapkan akan memberi kesan
langsung dan nyata kepada rakyat berikutan dengan perlaksanaan Etika Perkhidmatan
Awam.

REENSLIDESJANUARY2018UU
M

You might also like