You are on page 1of 16

Exam undang-undang dalam komunikasi

UNDANG-UNDANG DAN GARIS PANDUAN OLEH KERAJAAN

Undang-Undang dan Garis Panduan oleh Kerajaan

Terdapat beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal di negara


kita Malaysia adalah untuk memastikan tindakan boleh diambil terhadap
iklan yang curang dan mengelirukan. Bagaimanapun, undang-undang
bersifat sama ada terlalu umum atau terlalu khusus untuk memberi
pengawalan yang menyeluruh dan berkesan. Undang-undang yang digubal
di bawah pelbagai akta ini turut memastikan semua maklumat yang
dibekalkan jujur, benar dan tepat. Antara undang-undang yang berkaitan
periklanan atau penyiaran maklumat ini ialah:

Garis Panduan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri


kepada Pihak Akhbar

Pihak akhbar
telah dilarang daripada menyiarkan gambar-gambar dan iklan-iklan
berikut:
82
(i) Gambar lelaki atau wanita berbogel.
(ii) Gambar lelaki yang memakai ’G’ – string sahaja.
(iii) Gambar wanita yag menunjukkan buah dada atau memakai baju
tetapi sebahagian dadanya dibuka.
(iv) Gambar wanita yang memakai seluar dalam dan coli sahaja.
(v) Gambar wanita yang memakai pakaian yang jarang atau diperbuat.
daripada kain lace atau berlubang yang mana bahagian-bahagian
tertentunya masih dilihat dengan jelas.
(vi) Iklan-iklan oleh kelab-kelab malam yang menunjukkan artis
berkeadaan separuh bogel atau bergaya dalam pos-pos lucah

Garis Panduan Kerajaan untuk Iklan-Iklan Rokok

Tujuan garis panduan ini ialah untuk


menghentikan galakan merokok sebagai satu tabiat yang sihat dan
menyeronokkan. Antara butir-butir utama garis panduan tersebut ialah:
(i) Tidak seharusnya menunjukkan sebarang anggota tubuh manusia
atau seluruh tubuh manusia atau sebarang pemetik api, beg,
binatang atau pemandangan.
(ii) Tidak seharusnya menunjukkan api rokok yang sedia menyala
atau api rokok yang sedang dinyalakan.
(iii) Tidak seharusnya menunjukkan tangan sedang mengeluarkan
rokok dari kotaknya.
(iv) Iklan rokok perlu mempunyai tanda maran ”Amaran dari
Kerajaan Malaysia: Merokok Membahayakan Kesihatan”
dalam huruf yang terang dan jelas supaya senang dibaca.

Peraturan dan Perundangan Mengawal Periklanan


Profesional

(i) Beberapa profesion seperti peguam, doktor perubatan, doktor


gigi, akauntan dan sebagainya dilarang membuat iklan.
(ii) Perkhidmatan juga tidak boleh diiklankan.
(iii) Iklan perumahan perlu mendapat kebenaran Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Akta Perihal Dagangan 1972 (Disemak 1982)

Ordinan Iklan-Iklan Lucah 1953

Ordinan (Iklan dan Penjualan) Ubatan 1956

HAD PERUNDANGAN KEBEBASAN BERSUARA

Menurut definisi, kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk


menyatakan pendapat tanpa sekatan, penapisan atau batasan.
Bagaimanapun seringkali di mana-mana negara pun hak ini tidak bersifat
mutlak dan seringkali dihadkan oleh batas-batas tertentu.

Kebebasan bersuara perlu dihadkan kerana pelbagai maksud dan


yang paling penting ialah keselamatan negara, ketenteraman awam
atau moral, penghinaan mahkamah, fitnah dan hasutan untuk
melakukan jenayah. Dalam kes Malaysia, ia juga perlu dihadkan
untuk memelihara keharmonian masyarakat iaitu kebebasan
bersuara akan dihadkan jika ia menyentuh isu yang berkaitan
dengan bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan anak
watan serta kedaulatan, kuasa prerogatif dan bidang kuasa Raja-Raja.

Akta Tandatangan Digital 1997 (tujuan)

Akta Tandatangan Digital 1997 mendefinisikan tandatangan digital


sebagai penjelmaan sesuatu mesej dengan menggunakan sistem kripto tak
semetri dengan sedemikian seseorang yang mempunyai mesej awal itu dan
kunci awam penandatangan boleh menentukan dengan tepat (Suhani
Muda dan Ahmad Shamsul Abd Aziz (2004).
Malahan, tandatangan digital ini memudahkan perdagangan elektronik (edagang)
sebagai satu kaedah operasi dan bagi memantau tandatangan
digital yang dibuat di dalam setiap transaksi elektronik. Seksyen 62, Akta
berkenaan memperuntukkan denda tidak melebihi RM 100,000.00 atau
dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya bagi
kesalahan berkaitan tandatangan digital. Seksyen 72 pula memantau
aktiviti membuka rahsia maklumat yang diperolehi di bawah akta ini di
samping tanggungjawab kerahsiaan dalam setiap aktiviti dan urusan.

Akta Teleperubatan 1997


Akta Teleperubatan 1997 pula mengawal selia aktiviti teleperubatan di
negara kita. Teleperubatan membawa maksud amalan perubatan dengan
menggunakan komunikasi audio, visual dan data. Seksyen 3, Akta
Teleperubatan 1997
1. tiada seseorang pun, selain;
(a) pengamal perubatan berdaftar penuh yang memegang suatu
perakuan amalan yang sah atau;
(b) pengamal perubatan yang didaftarkan atau dilesenkan di luar
Malaysia dan:
(i) memegang perakuan untuk mengamalkan teleperubatan yang
dikeluarkan oleh Majlis; dan
(ii) mengamalkan teleperubatan dari luar Malaysia melalui
seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang
memegang perakuan amalan yang sah boleh mengamalkan
teleperubatan.
Sebagai contoh, ketika Sukan Komanwel 1998, perkhidmatan perubatan
dan teleperubatan telah dihubungkan kepada pusat perubatan di Amerika
Syarikat dan Britain untuk mendapatkan nasihat pakar ke atas diagnosis
dan rawatan atlit-atlit dan pelawat-pelawat. Kaedah ini juga membolehkan
doktor menghantar fail-fail pesakit atau dokumen yang berkaitan seperti
X-ray dan imbasan ECG secara elektronik, dan membenarkan interaksi
bersemuka antara doktor dan pesakit. Teknologi maklumat yang hebat
dan canggih ini mewujudkan perhubungan pintar antara hospital di rantau
ini serta di seluruh dunia yang membolehkan kepakaran doktor di seluruh
dunia dapat dikongsi oleh doktor tempatan.
Akta ini juga memperuntukan peraturan dan kawalan ketat ke atas amalan
teleperubatan seperti kerahsiaan maklumat pesakit dan keperluan
pengamal perubatan mendapatkan kebenaran daripada pesakit sebelum
teleperubatan diamalkan. Menurut Seksyen 3 Akta ini, bagi sesiapa yang
melanggar aturan teleperubatan walaupun mengamalkan teleperubatan
dari luar Malaysia boleh didenda tidak melebihi RM 500,000.00 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998


Akta Komunikasi dan Multmedia (1998) pula menetapkan larangan
terhadap pemberian kandungan jelik dalam Seksyen 211(1) dan (2): 1. “Tiada
pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain
yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh
memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam
atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera,
mengugut atau mengganggu mana-mana orang.”
2. “Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
RM 50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu
tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM
1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan
itu diteruskan selepas pensabitan.”
Akta yang sama juga menetapkan hukuman bagi penggunaan tidak wajar
kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain melalui
seksyen 233 (1) iaitu:
(1) Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau
perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar
memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan
atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam
atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,
menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(2) Seseorang yang secara sedar—
(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau
perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi
maksud komersial kepada mana-mana orang; atau
(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau
perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk
digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan
(a), melakukan suatu kesalahan.
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen
ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya
RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas
pensabitan.

AKTA RAHSIA RASMI 1972


Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah akta yang melindungi apa-apa maklumat
dan bahan yang berhubung dengannya termasuklah apa-apa maklumat
dan bahan lain yang dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit”
atau “Terhad”, mengikut mana-mana yang berkenaan oleh seorang
Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri atau manamana
pegawai awam. Ia didakwa menjadi batu penghalang kepada
pelaksanaan hak bersuara kerana akta berkenaan memberikan kuasa yang
luas kepada eksekutif untuk mengklasifikasikan sesuatu maklumat. Tanpa
adanya maklumat yang mencukupi sukar untuk hak bercakap
dimanfaatkan (Faridah, 2002). (Sila rujuk Bab 10 – Tanggungjawab Sosial)
untuk maklumat lanjut berkaitan Akta Rahsia Rasmi).

Bab 10

Akta Rahsia Rasmi 1972 dikuatkuasakan bertujuan untuk melindungi


maklumat-maklumat rasmi yang disifatkan rahsia kerajaan. Kebanyakan
golongan wartawan dan penulis banyak terdedah dengan akta ini kerana
kadang kala mereka mudah diberi maklumat mengenai rahsia kerajaan.
Mereka kemudian bertindak menyiarkan berita itu tanpa mengikut
undang-undang mungkin akan terdedah dengan pelaksanaan akta itu.
Malahan, tugas wartawan terutama berita penyiasatan banyak
mendedahkan wartawan dalam akta ini kerana berita penyiasatan
memerlukan maklumat mendalam. Oleh yang demikian, pencarian
maklumat menyebabkan mereka bertembung dengan maklumat sulit atau
rahsia kerajaan. Mereka juga mendapat maklumat daripada seseorang yang
mempunyai maklumat sulit atau rahsia kerajaan. Selain itu, komponen
berita penyiasatan memang mempunyai tarikan ramai jika disiarkan dalam
akhbar. Keadaan itu menyebabkan wartawan atau penulis akan berusaha
melakukan penyiasatan sesuatu perkara atau maklumat yang disampaikan
kepada mereka sebelum terperangkap dalam Akta Rahsia Rasmi 1972.
Menurut Kamal Halili Hassan (1990) terdapat tiga kategori rahsia
kerajaan, ‘paling rahsia’, ‘rahsia’, ‘sulit’ dan ‘terhad’. Kesemua kategori
adalah maklumat rahsia walaupun namanya berlainan tetapi ia tetap
disifatkan sebagai rahsia rasmi kerajaan. Dalam hal ini, sesiapa yang
mengintip atau menghampiri tempat-tempat yang dilarang oleh Akta 1972
yang boleh mengugat keselamatan atau kepentingan negara adalah
melakukan kesalahan. Menurut akta yang sama juga melarang
penyampaian sebarang rahsia rasmi dalam dua keadaan. Pertama kepada
negara asing dan kedua kepada sesiapa sahaja. Oleh yang demikian adalah
menjadi sesuatu kesalahan di bawah Seksyen 8 (1) melakukan mana-mana
kesalahan berikut:
(i) Menyampaikan suatu maklumat atau rahsia kepada sesebuah negara
asing atau sesiapa jua yang dia tidak diberi kuasa untuk
menyampaikannya.
(ii) Menggunakan rahsia rasmi untuk faedah negara asing.
(iii) Menyimpan dalam milik atau kawalannya dokumen-dokumen
rahsia yang dia tidak berhak menyimpannya.
(iv) Tidak menjaga dengan cara yang berpatutan atau bertingkahlaku
sehingga membahayakan keselamatan atau rahsia sesuatu rahsia
rasmi.
Menurut Akta Rahsia Rasmi 1972 yang dipinda pada tahun 1987 dan kini
dikenali sebagai Akta Rahsia Rasmi 1972 (pindaan 1987) mula
dikuatkuasakan pada 1 Januari 1987, sesiapa yang melanggar peruntukan
Akta 1972 boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tidak kurang
daripada satu tahun tetapi tidak melebihi daripada tujuh tahun.
Bagaimanapun, selepas pindaan pada 1987, sesiapa melakukan kesalahan
hukuman penjara sebagai suatu yang mandatori jika sabit kesalahan. Oleh
itu, mereka yang menerima sesuatu yang rahsia rasmi mestilah
membuktikan bahawa rahsia rasmi itu disampaikan kepadanya bukan atas
kehendaknya jika tidak boleh dikenakan tindakan mengikut akta ini.
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) telah dipinda dalam tahun 1986. Rang
undang-undang pindaannya dikemukakan di Parlimen sebanyak tiga kali.
Dua kali pertama ia ditarik untuk dibaiki selepas mendapat bantahan
daripada para wartawan dan pihak yang berminat. Antara perkara penting
dalam pindaan itu ialah:
(i) “Rahsia Rasmi” ditafsirkan sebagai apa-apa suratan yang dinyatakan
dalam Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan berhubungan
dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan
bahan-bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai
“rahsia besar’, “rahsia” “sulit” atau “terhad’ oleh seorang Menteri,
Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana
pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B.
(ii) Mewujudkan Seksyen baru 16A. Seksyen ini memperuntukan yang
diperakuan oleh seorang Menteri Menteri Besar atau Ketua Menteri
atau pegawai awam mengenai sesuatu suratan rasmi dengan
menyatakania suatu rahsia dianggap sebagai keterangan konklusif
dan perkara itu tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana
mahkamah atas apa-apa jua alasan.
(iii) Mengenakan hukuman penjara minimum satu tahun. Ia melibatkan
Seksyen 4(1), 7A, 7B, 8(1), 9(2), 11,12,13(1).
Persoalannya kenapa akta itu ditubuhkan tidak lain dan tidak bukan
adalah bertujuan melindungi rahsia rasmi. Mohd Safar Hashim (2004)
menjelaskan apakah jenis liputan yang dikatakan sebagai rahsia rasmi.
Antaranya terdapat dalam Seksyen-seksyen 2(2)(a), 2(2)(b), (2)(2)(c), 4, 7A
dan 8. Para wartawan mungkin terjebak dengan peraturan yang
menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk memiliki atau
dalam kawalannya sebarang kod rasmi rahsia, perkataan, tanda tangan
kedua atau kata kunci atau sebarang artikel, dokumen atau maklumat.
Wartawan juga mungkin menghadapi masalah untuk mendapat maklumat
daripada kerajaan kerana di bawah Seksyen 7A, seseorang pegawai
kerajaan boleh melaporkan perbuatan itu.
Kesalahan di bawah Seksyen 7A, ialah hukuman penjara tidak lebih
daripada tujuh tahun dan denda tidak lebih sepuluh ribu ringgit atau
kedua-duanya. Adalah juga menjadi kesalahan kerana tidak memberitahu
sumber maklumat rahsia rasmi. Malahan dalam akta ini, James Clad,
wartawan Far Eastern Economic Review telah didakwa di bawah Akta
Rahsia dalam bulan Oktober 1985. Beliau mengaku bersalah terhadap dua
tuduhan memiliki maklumat rasmi sulit mengenai perdagangan Malaysia
dengan China dan mengaku bersalah menerima secara haram maklumat
rasmi secara sulit mengenai perkembangan dalam dasar antara Malaysia
dan China. Atas kedua-dua kesalahan itu, Clad didenda RM10,000.
Selepas itu, wartawan New Straits Times Sabri Sharif telah didenda
RM7,000 kerana melanggar Akta Rahsi Rasmi. Beliau mengaku bersalah
kerana menerima sebuah dokumen rahsia rasmi yang bertajuk ”Kajian
Struktur Kekuatan TUDM 1984. Dalam kes itu, kedua-duanya hanya
dikenakan denda walaupun di bawah undang-undang itu mereka boleh
dikenakan hukuman penjara.
Kes lain membabitkan ahli politik yang melibatkan Datuk Dzulkifli Abdul
Hamid telah didakwa dan didapati bersalahn di bawah Seksyen 8 Akta
Rahsia Rasmi kerana menerima dan menyampaikan secara salah
maklumat dan dokumen rahsia. Kes lain ialah ahli politik pembangkang
Lim Kit Siang didakwa di bawah Seksyen 8(1) dan 8(2) dan didapati
bersalah kerana menerima dan menyampaikan secara salah maklumat
rasmi.

AKTA HASUTAN 1970


*kesalahan di bawah akta ini

Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan-kesalahan berikut boleh


disabitkan di bawah Akta Hasutan (1969):
(i) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa apa persediaan
untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang
untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai
kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai
kecenderungan menghasut;
(ii) menyebut apa-apa perkataan menghasut;
(iii) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual,
mengedarkan atau mengeluarkan semula apa apa penerbitan
menghasut; atau
(iv) mengimport apa-apa penerbitan menghasut, melakukan suatu
kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi
kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun; dan apa apa penerbitan menghasut yang
didapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai
keterangan dalam perbicaraannya hendaklah dilucuthakkan dan
boleh dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain
sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.
Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab yang sah apa-apa
penerbitan menghasut melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan,
boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi dua ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan belas bulan atau
kedua-duanya, dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan penerbitan itu hendaklah
dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa
cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

Teori Positivist (Theory of Positivist)

Teori positivist pula melihat undang-undang sebagai suatu arahan daripada


pihak atasan atau pemerintah berdaulat seperti kerajaan sesebuah negara
yang berkuatkuasa melalui hukuman. Dengan itu, selagi arahan itu
daripada kuasa berdaulat, tanpa mengira sama ada ia adalah diktator atau
parlimen, ia adalah merupakan undang-undang yang wajib dipatuhi.
Teori Undang-undang Semulajadi (Theory of Natural Law)

Ini adalah berbeza dengan pandangan pakar-pakar teori undang-undang


semulajadi yang menekankan kepada konsep keadilan dan ketidakadilan
dalam undang-undang. John Austin (1859 dlm. Suhaini Muda & Ahmad
Syamsul, 2004) pendokong teori ini mendefinisikan undang-undang
sebagai, “sesuatu peraturan mengenai tingkahlaku manusia yagn
dikenakan dan dikuatkuasakan terhadap setiap ahli masyarakat di dalam
sesebuah wilayah, negeri atau negara”. Definisi ini menekankan konsep
undang-undang yang lebih khusus dan terkawal. Oleh itu, undang-undang
menjadi satu ketetapan yang mesti dipatuhi oleh semua.

Teori Undang-Undang sebagai Satu Hukum (Theory of


Law as a System Rules)

Teori berkenaan undang-undang sebagai satu sistem hukum menerangkan


undang-undang sebagai satu sistem hukum yang dibentuk bagi
memastikan semua manusia hidup dalam penuh keamanan dan
keharmonian. Ini termasuklah hak-hak, tugas-tugas, dan kewajipban
manusia atau masyarakat di mana kegagalan untuk mematuhi semua
perkara tersebut akan dikenakan hukuman. Di sini dijelaskan bahawa
segala ketetapan dalam undang-undang hendaklah dipatuhi di mana
perlanggaran kepada ketetapan undang-undang akan dikenakan
tindakbalas hukuman. Walaupun banyak definisi diberikan mengenai
hukum undang-undang, namun boleh dikatakan tiada satu pun yang
memberikan penjelasan yang komprehensif.
Walaupun begitu banyak definisi undang-undang dan tiada satu pun
definisi undang-undang yang diterima umum, namun semua pihak
bersependapat mengatakan undang-undang merupakan satu set hukum
atau peraturan yang mentadbir paten-paten tingkahlaku (behaviour) dalam
sesebuah masyarakat. Di sini jelas menunjukkan bahawa di dalam
kehidupan bermasyarakat, undang-undang amat memainkan peranan dan
merupakan satu keperluan yang amat penting kepada masyarakat.
Peranan undang-undang yang pertama, ialah ia menjadi satu bentuk
arahan sosial yang diperlukan bagi memastikan sesuatu kumpulan atau
masyarakat hidup secara berterusan dalam keadaan terkawal dan harmoni.
Dalam aspek ini kebanyakan tingkahlaku sama ada merupakan sesuatu
yang wajib, dibenarkan atau dilarang adalah ditentukan oleh sosial.
Sebagai satu bentuk arahan sosial, ia membantu meningkatkan kestabilan
sosial. Semakin ramai penduduk atau kumpulan manusia, semakin
kompleks dan banyak undang-undang yang dibentuk.
Kedua, undang-undang turut memberi dan mengiktiraf hak seseorang.
Contohnya Akta Hakcipta 1987 yang merupakan satu undang-undang
yang dibentuk bagi memberi pengiktirafan undang-undang kepada hasil
karya seseorang. Dalam konteks ini, pemberian dan pengiktirafan
undang-undang kepada seseorang di atas hasil karyanya bukan sahaja
merupakan satu penghormatan malah ia juga merupakan satu galakan
kepada individu terlibat untuk menghasilkan lebih banyak karya di masa
depan.
AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997
*jenis kesalahan

Sesuatu kesalahan dikatakan berlaku apabila seseorang menyebabkan sesebuah


komputer melaksanakan apa-apa fungsi dengan niat untuk mendapat capaian
kepada mana-mana atur cara atau data yang disimpan dalam mana-mana
komputer. capaian yang diniatkan itu adalah tanpa kuasa dan beliau mengetahui
tidka mempunyai kuasa sedemikian. oleh kerana itu, kesalahan di bawah
peruntukan ini adalah seperti yang berikut:

(a) Menyebabkan komputer melaksanakan apa-apa fungsi(actus reus).


(b) Sewaktu menyebabkan pelaksanaan apa-apa fungsi itu, harus disertakan
dengan niat mendapatkan capaian itu (mens rea).
(c) Capaian itu adalah tanpa kuasa.
(d) Mempunyai pengetahuan.
Seseorang itu dikatakan mendapat capaian kepada mana-mana atur cara atau data
dan menyebabkan komputer melaksanakan apa-apa fungsi apabila melakukan
perbuatan ini iaitu:
(a) Mengubah atau memadamkan atur cara atau data.
(b) Menyalin atau mengalihkannya ke mana-mana bahantara storan selain tempat
ia disimpan atau ke tempat lain dalam bahantara storan di mana ia disimpan.
(c) Menggunakannya atau menyebabkan ia dioutput daripada komputer di mana ia
disimpan sama da dengan mengakibatkan ia dipaparkan atau mengikut apa-apa
cara ain.

Seksyen ini hanya mengutamakan niat pelaku untuk mendapat capaian, sama ada
perbuatan itu berjaya atau tidak, pelaku tetap boleh didakwa di bawah peruntukan
ini. Dalam proses mensabitkan telah memenuhi 2 elemen iaitu mens rea (niat jahat
seseorang) dan actus reus (tindakan atau perbuatan jahat).

Bagi kesalahan yang disabitkan di bawh pertuduhan seksyen ini, hukumannya adala
boleh didenda tidak melebihi RM50000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-
duanya
ESEI

Akta Hakcipta 1987 (Pindaan 1997)


*kesalahan hak cipta 1997
*pengecualian akta hak cipta 1997
Akta Hakcipta 1987 (pindaan 1997) ditandatangani oleh Yang diPertuan
Agong pada 30 April 1987.Akta ini memansuhkan Akta Hakcipta 1969.
Akta ini dipinda oleh Akta Hakcipta (Pindaan) 1997. Antara sebab utama
pindaan ini ialah berikutan masalah pemindahan karya hak cipta melalui
Internet.
Malaysia ialah satu daripada negara-negara yang menyertai Konvensyen
Berne. Ini bermakna, karya-karya dari semua negara dalam Konvensyen
ini menikmati perlindungan pada taraf yang sama dengan karya-karya di
Malaysia. Walau bagaimanapun, karya dari negara yang tidak menyertai
Konvensyen Berne juga berhak mendapat perlindungan sekiranya karya
itu "mula-mulanya diterbitkan di Malaysia" atau "mula-mulanya
diterbitkan di tempat lain tetapi diterbitkan di Malaysia dalam masa tiga
puluh hari dari penerbitan di tempat lain itu".
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Hakcipta_1987)
Jenis-jenis karya yang dilindungi oleh akta ini ialah:
(i) Karya sastera
(ii) Karya muzik
(iii) Karya seni
(iv) Filem
(v) Rakaman bunyi
(vi) Siaran
Secara umum, hak cipta yang terdapat pada karya sastera, muzik atau seni
selain daripada fotograf wujud sepanjang hayat si pencipta dan wujud
sehingga 50 tahun selepas kematiannya. Bagi karya-karya jenis lain pula,
jangka masa hak cipta ialah sehingga 50 tahun selepas karya itu mula-mula
diterbitkan.
Tidak seperti undang-undang hak cipta di negara lain, Malaysia mengakui
hak cipta bagi karya yang dibuat oleh Kerajaan atau pertubuhan Kerajaan.
Ini dinyatakan dalam seksyen 11 (1). Sebagai perbandingan, undangundang
hak cipta Amerika Syarikat tidak merangkumi karya-karya yang
dibuat oleh kerajaan, kecuali sekiranya karya itu adalah untuk tujuan
dagangan atau tujuan-tujuan khas lain. Oleh itu, hampir semua karya yang
dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah di dalam domain awam.
Antara ciri unik yang terdapat dalam Akta Hakcipta 1987 ialah kewujudan
kuasa untuk menguatkuasakan Akta tersebut. Akta ini memperuntukkan
bahawa seorang pegawai polis boleh, dengan waran yang dikeluarkan oleh
majistret, memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa untuk
mencari serta menyita apa-apa salinan langgaran hak cipta dan
menggunakan kekerasan bagi menggeledah tempat itu. Oleh itu, untuk
mendapat maklumat lanjut mengenai Akta Hak Cipta 1987 (pindaan
1997), anda boleh mendapat fakta dan maklumat itu dalam Bab sembilan
modul ini.

AKTA FITNAH (1957)

*fitnah tidak sengaja (pembelaan)


*Justifikasi@ kebenaran
*komen berpatutan
*nyatakan 3jenis fitnah

Fitnah adalah sebarang tuduhan yang mendorong kepada merendahkan


plaintif di dalam fikiran anggota masyarakat yang berfikiran waras,
menyingkirkannya daripada masyarakat atau mendedahkannya kepada
kebencian, kehinaan atau kebodohan (Kamal Halili, 1990). Di Malaysia,
Akta Fitnah (1957) digunakan bagi menyekat kebebasan bersuara apabila
berlaku keadaan di mana kata-kata yang diucapkan boleh menyebabkan
reputasi seseorang atau pihak berkenaan terjejas (Sila rujuk Bab 5 –
Pelanggaran Hak Individu untuk maklumat lanjut berkaitan Akta Fitnah,
1957).
Kebebasan bercakap tidaklah merupakan lesen untuk menjejaskan
maruah seseorang. Kesalahan memfitnah berlaku apabila terdapat dalam
suatu kenyataan kecenderungan untuk mengadakan pendapat yang
bertentangan mengenai seseorang oleh orang lain walaupun tiada siapa
yang percaya kenyataan tersebut sebagai benar (Faridah, 2002).
Selain menjaga maruah individu, kebebasan bercakap disekat untuk
menjaga kehormatan institusi tertentu, terutamanya kehakiman.
Penghinaan Mahkamah ialah mekanisme untuk memelihara integriti
badan kehakiman sebagai badan yang bebas dan berperanan menegakkan
keadilan. Integriti ini perlu dipelihara untuk mengelakkan masyarakat
hilang keyakinan dan timbul huru-hara. Batasan ini juga hendaklah
digunakan secara berhati-hati oleh Mahkamah agar ini tidak menjejaskan
perjalanan tugas pihak peguam dan menimbulkan sangkaan bahawa
Mahkamah itu sendiri tidak boleh dikritik dan menggugat kepercayaan
orang awam kepada Mahkamah.
Walau bagaimanapun, bukan tujuan undang-undang fitnah untuk
melarang orang bersuara atau mengeluarkan buah fikirannya. Oleh sebab
itulah di bawah undang-unndag fitnah pertimbangan yang wajar dibuat
antara memelihara kebebasan bersuara dan mengkritik pada satu pihak
lagi (Kamal Halili, 1990).
Contoh kes fitnah yang pernah dibicarakan adalah kes Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Dr. Nordin Kardi yang menyaman
penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin, dan tiga defendan
lain iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ketua Pengarang dan Editor
akhbar Suara Keadilan di bawah Akta Fitnah 1957. Dalam kes tersebut,
Mahkamah Tinggi mengarahkan defendan membayar ganti rugi sebanyak
RM7 juta kepada Tan Sri Dr. Nordin Kardi dan Universiti Utara Malaysia
setelah defendan menyiarkan artikel yang memfitnah bahawa Tan Sri
Nordin telah menciplak karya Muhtar Suhaili, bekas Presiden Majlis
Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
bertajuk “Mahasiswa dan Tanggungjawab Mengurus Kejayaan.”
Defendan didapati bersalah melakukan fitnah libel kerana artikel yang
disiarkan telah menjatuhkan maruah Tan Sri Nordin sebagai seorang
Naib Canselor dan turut menjejaskan imej Universiti Utara Malaysia.

Terdapat dua bentuk fitnah iaitu:


1. Libel
Libel merupakan kenyataan atau representasi fitnah dalam bentuk yang
kekal. Ini termasuklah gambar, patung, tulisan, cetakan, tanda atau
lambang kepada umum. Penyiaran fitnah menerusi telekomunikasi sama
ada melalui radio dan televisyen juga perlu dianggap sebagai libel kerana
Seksyen 3 Akta Fitnah 1957 menyatakan bagi maksud undang-undang
libel dan slander, penyiaran perkataan-perkataan dengan cara komunikasi
radio hendaklah dianggap sebagai penerbitan berbentuk tetap. Ia boleh
diambil tindakan per se (tindakan bersendirian) tanpa perlu membuktikan
wujudnya kerosakan khas.
107
2. Slander
Slander pula merupakan kenyataan atau representasi fitnah menerusi
perkataan atau tindakan (gestures). Untuk berjaya dalam sesuatu tindakan
undang-undang, wujudnya kerosakan khas perlu dibuktikan terlebih
dahulu. Di bawah common law, keadaan-keadan berikut boleh diambil
tindakan per se:
(i) Fitnah terhadap seseorang melakukan kesalahan jenayah yang
boleh dihukum penjara.
(ii) Fitnah terhadap seseorang menghidap penyakit berjangkit yang
mengakibatkan dia disisih oleh masyarakat.
(iii) Fitnah yang menghina kesucian dan menjatuhkan maruah seorang
wanita dan gadis.
(iv) Fitnah yang menjejaskan profesion serta perniagaan seseorang.
Salleh (1994) meringkaskan dua elemen ini dengan menyatakan bahawa
libel adalah fitnah yang ditujukan kepada mata manakala slander adalah
fitnah yang ditujukan kepada telinga.

You might also like