You are on page 1of 26

PERLEMBAGAAN DAN

MASYARAKAT
MALAYSIA

MPU 3323
PERKARA ASAS DALAM
PERLEMBAGAAN
FEDERALISME, HAK
KEBEBASAN,
DISKRIMINASI
PERLINDUNGAN, KONTRAK
SOSIAL
FEDERALISME
a) Definisi: Hubungan Kerajaan Pusat &
Kerajaan Negeri.

 Kaedah untuk membahagikan kuasa kepada


2 peringkat kerajaan iaitu antara kerajaan
pusat dengan dua atau lebih kerajaan negeri.

 Setiap kerajaan dihadkan bidang kuasa


masing-masing, mempunyai sifat sedarjat
serta bebas daripada campur tangan antara
satu sama lain.
B)PEMBAHAGIAN KUASA BERDASARKAN PERLEMBAGAAN
C)PERBEZAAN SISTEM KERAJAAN & KUASA
PEMERINTAHAN
2. HAK KEBEBASAN (BAHAGIAN 2;KEBEBASAN ASASI)

PERKARA 5: KEBEBASAN DIRI

 Tidak seorang pun boleh diambil nyawanya &


dilucut kebebasan dirinya melainkan
melalui kuatkuasa undang-undang

 Jika seseorang itu ditangkap, dia


hendaklah diberitahu seberapa segera sebab
dia ditangkap & dibenarkan untuk bela diri
oleh seorang peguam yang dipilihnya
sendiri
PERKARA 6: KEABDIAN & KERJA PAKSA

 Tidakseorang pun boleh ditahan sebagai


abdi dan kerja paksa.

 Namun,undang-undang Persekutuan boleh


membuat peruntukan untuk adakan
perkhidmatan kerahan untuk maksud
negara

 Hukumanpenjara tidak dikira sebagai


kerja paksa
PERKARA 7: PERLINDUNGAN DARIPADA
UNDANG-UNDANG JENAYAH YANG BERKUATKUASA
KEBELAKANGAN & PERBICARAAN BERULANG

 Tidak ada seorang pun yang boleh


dihukum kerana sesuatu perkara yang
tidak menjadi kesalahan di sisi
undang-undang
 Seseorang yang dibebaskan tidak boleh
dibicarakan sekali lagi atas kesalahan
yang sama kecuali atas perintah
mahkamah
PERKARA 8: KESAMARATAAN DI SISI
UNDANG-UNDANG

 Semuaorang adalah sama di sisi


undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama

 Seseorangwarganegara tidak boleh


dibezakan atas sebab agama, kaum,
keturunan atau tempat lahir
PERKARA 9: LARANGAN BUANG NEGERI &
KEBEBASAN BERGERAK.

 Tidakada seseorang warganegara pun yg


boleh dibuang negeri atau ditahan drpd
memasuki negeri-negeri persekutuan.

 Namun,undang-undang boleh menyekat


kebebasan ini dengan tujuan
ketenteraman awam, kesihatan awam, dan
hukuman yang dikenakan kepada pesalah.
PERKARA 10: KEBEBASAN BERCAKAP,
BERHIMPUN DAN MENUBUHKAN
PERSATUAN

 Semua warganegara berhak untuk


bercakap, dan mengeluarkan buah
fikiran.

 Parlimen boleh mengenakan sekatan


yang difikirkan perlu demi menjaga
keselamatan persekutuan dan mana-
mana bahagiannya untuk ketenteraman
awam dan segala perbuatan yang boleh
menimbulkan kesulitan
PERKARA 10: KEBEBASAN BERCAKAP,
BERHIMPUN DAN MENUBUHKAN
PERSATUAN

 Seseorang itu boleh didakwa di bawah


Akta Keselamatan Dalam Negeri jika
didapati mempersoalkan isu-isu sensitif
seperti hak keistimewaan,
kewarganegaraan, bahasa kebangsaan,
kuota bagi orang Melayu dan kedaulatan
Raja-raja Melayu.
PERKARA 11: KEBEBASAN BERAGAMA

 Setiapindividu berhak untuk mengambangkan


agamanya tetapi undang-undang negeri dan
undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan agama di kalangan orang yang
menganuti agama Islam

 Sabah& Sarawak, undang-undang negeri yang


ingin menyekat apa-apa agama, iktikad dan
kepercayaan di kalangan orang Islam
berkehendakkan undi sebanyak 2/3 daripada
jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri.
PERKARA 12: HAK MENGENAI PELAJARAN

 Tidak terdapat sebarang perbezaan


terhadap mana-mana warganegara
semata-mata kerana agama, kaum,
keturunan, tempat lahir untuk
mendapatkan pendidikan

 Tidak terdapat perbezaan semata


kerana agama, keturunan, tempat
lahir untuk mendapatkan pendidikan
PERKARA 13: HAK TERHADAP HARTA

 Tidakseorang pun yang boleh


dilucutkan hartanya, kecuali menurut
undang-undang.

 Undang-undangjuga tidak boleh


membuat peruntukan untuk mengambil
atau menggunakan harta dengan paksa
tanpa pampasan yang mencukupi
3. DISKRIMINASI PERLINDUNGAN

 Bagi sesebuah negara yang bersifat pelbagai


etnik adalah sesuatu yang biasa apabila
perlembagaan negara tersebut memperuntukkan
konsep diskriminasi perlindungan sebagai salah
satu peruntukan yang penting dan diiktiraf.

 Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-


undang memberi perlindungan dan keistimewaan
kepada golongan atau etnik di dalam sesebuah
negara dan pada masa yang sama tidak menafikan
peluang terhadap kumpulan atau etnik lain.
 Peruntukan ini disediakan untuk membantu
sesuatu etnik di dalam beberapa aspek
kehidupan seperti perkhidmatan awam,
ekonomi dan pendidikan.

 Menerusinya, etnik yang ketinggalan dalam


arus pembangunan negara dapat dibantu dan
ditingkatkan taraf hidup mereka agar dapat
menyaingi etnik lain yang lebih
terkehadapan.
 Di Malaysia, konsep ini berlaku dalam
beberapa perkara di bawah peruntukan
perlembagaan seperti dalam peruntukan
Perkara 153 yang memberi perlindungan
kepada etnik Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak.
 Secara ringkasnya, diskriminasi perlindungan
itu dibuat dengan tujuan berikut:

1. Membetulkan semula ketidakseimbangan politik


di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat
pelbagai dan baru mencapai kemerdekaan.

Keutamaan memasuki perkhidmatan awam


diberikan kepada orang Melayu dengan tujuan
mereka boleh menguasai keadaan politik negara
kerana pegawai kerajaan memainkan peranan
penting dalam melaksanakan polisi dan dasar
pemerintah. Begitu juga dengan perkhidmatan
tentera dan polis yang dikuasai oleh majoriti
orang Melayu untuk tujuan yang sama.
2. Diskriminasi perlindungan diberi
kepada golongan minoriti supaya
kepentingan mereka dapat
dipertahankan daripada ditenggelami
golongan majoriti.
3. Perlembagaan memberi keutamaan kepada
kumpulan yang telah merasai dan mengecapi
keistimewaan itu sebelumnya.

Tujuannya adalah supaya sebarang perubahan


secara radikal tidak berlaku apabila
perlembagaan diperkenalkan.

Sesuatu keistimewaan yang telah dikecapi


sekian lama sekiranya ditarik balik sudah
tentu menyemarakkan api kemarahan kumpulan
itu. Keistimewaan orang Melayu sebenarnya
sudah wujud pada zaman penjajah hasil
perjanjian antara penjajah British dengan
Raja-raja Melayu.
4. Perlembagaan memberi kuasa kepada
kerajaan untuk memperbaiki taraf
kehidupan dari segi ekonomi, sosial
dan kebudayaan masyarakat mundur.

Tanpa diskriminasi perlindungan


ini, tidak mungkin masyarakat mundur
itu dapat bangun dan bersaing dengan
masyarakat maju. Perlembagaan India
dan Malaysia mempunyai peruntukan
yang nyata dalam hal ini.
5. Diskriminasi perlindungan juga berlaku
disebabkan oleh kompromi antara etnik
atau kumpulan tertentu semasa
perlembagaan digubal.

Sesuatu yang diberi kepada kumpulan lain


bererti kumpulan memberi itu berhak
kepada beberapa keistimewaan yang lain.
Misalnya, dalam Perlembagaan Persekutuan,
taraf kewarganegaraan yang diberi kepada
kaum imigran harus diganti dengan
pemberian beberapa keistimewaan kepada
kaum bumiputera atau dikenali sebagai
kontrak sosial.
4.KONTRAK SOSIAL(PERMUAFAKATAN SOSIAL)

Sebuah permuafakatan yang berjaya dicapai


oleh masyarakat umum meliputi semua bangsa
dan etnik hinggalah Raja-raja Melayu
terhadap kandungan-kandungan Perlembagaan
1957.

Melalui permuafakatan sosial ini, orang


bukan Melayu diberikan

(1) hak kewarganegaraan yang longgar


berasaskan prinsip jus soli.
4.KONTRAK SOSIAL(PERMUAFAKATAN SOSIAL)

(2) kedudukan orang Melayu pula dikekalkan


dalam perlembagaan dan begitu juga tentang

(3) kedudukan agama Islam,


(4) bahasa Melayu dan
(5) kedudukan istimewa orang Melayu serta
(6) kedudukan Raja-raja Melayu.
 Perlembagaan Tanah Melayu bukan
sahaja merupakan dokumen perundangan
bahkan merupakan kontrak sosial dan
perjanjian perdamaian.

You might also like