You are on page 1of 8

MODUL PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PENGENALAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah
dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan
tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang.

Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara
ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183 Perkara yang tergolong dalam 15 Bahagian. Antara kandungannya menyebut
mengenai kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Kabinet.

KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi Negara dan menjadi punca kepada semua undang-undang. Oleh itu,
untuk memastikan ketertinggian perlembagaan ini kekal, maka beberapa garis panduan telah ditetapkan dan dipatuhi iaitu:

i. Perlembagaan menentukan apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. ( Perkara
Persekutuan & Perkara Negeri )
ii. Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau DUN membuat undang-
undang mengenainya. Contohnya undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar
negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan maka
undang-undang tersebut adalah tidak sah.
iii. Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, ketua Parlimen, ketua
pemerintah dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh
Perlembagaan. Baginda adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri.
iv. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa YDPA
sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan, pentadbiran dan kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
dikenakan oleh Perlembagaan.
v. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seorang warganegara dari
pulang ke tanahairnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana
individu melainkan menurut undang-undang.

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah Negara sebelum dan selepas penjajahan. Hal ini
diambil kira bagi merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah Negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak. Beberapa perkara telah
diletakkan sebagai peruntukan utama dalam perlembagaan seperti:

a. kewarganegaraan,
b. agama Islam sebagai agama rasmi,
c. bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
d. kedudukan istimewa orang Melayu
e. kebebasan asasi.

HAK-HAK ASASI

Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukan dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan asasi boleh dibahagikan
kepada 2 kategori iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan terhad . Kebebasan asasi hanya boleh diubah dengan majorit dua pertiga
daripada jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:

a. Kebebasan Diri

 Dalam Fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tidak seorang pun boleh diambil nyawanya
dan dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.1 Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu dengan
seberapa segera sebab-sebab dia ditangkap dan dia dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilih
1
Mardiana Nordin & Hasnah Hussin (2004), Pengajian Malaysia, Selangor: Fajar Bakti, hlm. 139.

1
MODUL PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

olehnya sendiri. Selain itu, seseorang yang ditangkap dan tidak dilepaskan hendaklah dibawa kehadapan seorang
majistret dalam masa 24 jam.

b. Keabadian dan Kerja Paksa

 Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan
kerja paksa.2 Segala jenis kerja paksa adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi
perkhidmatan kerahan untuk maksud-maksud Negara. Kerja yang berkaitan dengan menjalankan hukuman penjara tidaklah
dianggap sebagai kerja paksa.

c. Kesamarataan di Sisi Undang-Undang

 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak
mendapat perlindungan yang sama. Fasal 2 memperuntukkan seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata
atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara 153 yang
memperuntukan layanan istimewa bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa
lapangan seperti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dan pengeluaran permit
serta lesen.

d. Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak

 Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang
negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan
bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada undang-undang imegresen yang
berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan
Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.

e. Kebebasan Bercakap, Berhimpun & Berpesatuan

 Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap,
berhimpun dan menubuhkan persatuan3. Namun demikian, parlimen boleh mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan
keselamatan, ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyoal perkara-perkara sensitif
seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

f. Kebebasan Beragama

 Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi
setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan agama masing-masing.
 Manakala di Sabah dan Sarawak pula, undang-undang negeri yang ingin menyekat apa-apa agama, iktikad dan kepercayaan di
kalangan orang Islam berkehendakkan undi sebanyak 23 daripada jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri. Tiap-tiap
kumpulan agama berhak untuk:
a. Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
b. Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud agama dan khairat.
c. Memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

g. Kesamarataan Dalam Pelajaran

 Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang hak mengenai pelajaran. Tidak terdapat sebarang
perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk
mendapatkan pendidikan, iaitu:
a. Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang diselenggara oleh suatu pihak berkuasa awam tentang
kemasukan murid-murid atau pelajar mengenai bayaran.
b. Tentang memperuntukkan kewangan dan bantuan kewangan pihak berkuasa awam bagi menanggung atau membiayai
murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajar tertakluk kepada Perkara 153. 4
 Tiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan untuk menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan untuk pelajaran kanak-kanak
atau mengenai agama kumpulan itu. Selain itu, tidak terdapat perbezaan semata-mata sebab agama dalam mana-mana undang-
undang berkaitan dengan yayasan itu, tetapi dalam undang-undang persekutuan dan negeri, boleh mengadakan bantuan kewangan
khas bagi menyelenggara Yayasan Islam atau mengajar mengenai agama Islam kepada penganutnya.

2
Ibid.
3
Ibid, hlm. 140.
4
Ibid, hlm. 141.

2
MODUL PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

 Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa-apa ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa
upacara atau sembahyang bagi sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

h. Hak Untuk Berharta

 Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali
menurut undang-undang. Undang-undang juga tidak boleh membuat peruntukan untuk mengambil atau menggunakan harta
dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi5.

i. Perlindungan daripada Undang-Undang Jenayah dan Perbicaraan Berulang

 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Melalui Perkara 7, memperuntukkan tidak seorang pun yang boleh dihukum kerana sesuatu
perbuatan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan itu dilakukan dan tidak sesiapa juga
boleh menanggung hukuman yang lebih berat bagi sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada
masa kesalahan itu dilakukan.

 Fasal 2 memperuntukkan bahawa seseorang yang telah dibebaskan ataupun disabitkan dengan kesalahan tidak boleh
dibicarakan sekali lagi di atas kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan
semula diperintahkan oleh mahkamah atasan mengenai perkara yang dia telah dibebaskan ataupu disabitkan kesalahan itu.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU SERTA HAK KAUM BUMIPUTERA YANG LAIN

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

i. Seorang yang beragama Islam,


ii. Bertutur bahasa Melayu,
iii. Mengamalkan adat istiadat Melayu,
iv. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di
Persekutuan atau di Singapura.6

Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) termasuk golongan yang menerima keistimewaan seperti mana
yang diperoleh orang Melayu di Semenanjung. Dalam hal ini, walaupun sesuatu keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dan
Bumiputera di Sabah dan Sarawak, kepentingan bagi kaum lain juga hendaklah dilindungi.

Antara perkara yang termasuk dalam soal hak keistimewaan orang melayu sebagai bumiputera ialah:

i. PERKHIDMATAN AWAM

 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tanggungjawab kepada YDPA atas nasihat Jemaah Menteri
untuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Amat penting untuk YDPA merizabkan
untuk orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak suatu kadar bilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan
awam persekutuan memandangkan sebelum ini bilangan orang Melayu yang memegang jawatan dalam pentadbiran
kerajaan sangat kurang. Pada masa Tanah Melayu dijajah oleh British, kebanyakan jawatan-jawatan rendah dalam pentadbiran
dipegang oleh orang-orang India dan Sri Lanka yang mahir bertutur dalam bahasa Inggeris. Manakala jawatan-jawatan tinggi
pula dipegang oleh orang British. Penduduk pribumi pula bekerja sebagai nelayan dan petani. Untuk memperbaiki keadaan ini,
para perwakilan daripada kaum Melayu, Cina dan India yang merangka perlembagaan telah sepakat bahawa bilangan orang
Melayu dalam pentadbiran mestilah ditambah dan diberi keutamaan. 7

ii. LAPANGAN EKONOMI

 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menghuraikan tentang keistimewaan khas orang Melayu dan Bumipetera Sabah
dan Sarawak dalam lapangan ekonomi. Dalam hal ini undang-undang Persekutuan menggariskan jika sesuatu permit atau lesen
yang dikehendaki bagi menjalankan urusan perniagaan dan perdagangan, YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak
berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan permit atau lesen bagi menentukan kadar perizaban kepada orang Melayu.

5
Ibid.

6
Ibid, hlm. 137.
7
Ibid.

3
MODUL PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

 Peruntukan ini adalah untuk menolong orang Melayu melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perindustrian
memandangkan selama ini orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi. Semenjak penjajahan British sehinggalah
kemerdekaan, orang Melayu masih kurang menceburkan diri dalam perdagangan dan perniagaan. Usaha kerajaan adalah untuk
menghapuskan pengenalan bangsa mengikut pekerjaan, terutama bidang perniagaan yang kebanyakannya didominasi oleh bangsa
asing. Usaha kerajaan selanjutnya ialah pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970-an dengan harapan orang
Melayu akan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian di Negara ini. 8

iii. PENDIDIKAN

 Bagi mengelakkan orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi, pembelaan pendidikan orang Melayu sangat penting. Ini
memandangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi bergantung pada pendidikan. Justeru, kemudahan khas perlu
diadakan kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi.
 Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan YDPA bertanggungjawab untuk melindung
kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perizaban kepada mereka
seperti biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran dana lain-lain kemudahan pelajaran yang diadakan
oleh kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini, YDPA boleh memberi arahan kepada mana-mana pihak berkuasa yang
bertanggungjawab untuk melaksanakannya.
 Walau bagaimanapun, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan perlindungan untuk kepentingan kaum
lain. Misalnya Fasa 4, memperuntukkan YDPA tidak boleh memberhentikan apa-apa biasiswa, bantuan dan keistimewaan
pelajaran kepada mana-mana orang selain orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Salah satu peruntukan utama
untuk orang Melayu ialah kemasukan anak-anak Melayu ke universiti dan skim biasiswa.

PROSES PILIHANRAYA

Pilihan Raya di Malaysia dijalankan bagi menunjukkan bahawa negara mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sistem pilihan raya
mula diperkenalkan pada tahun 1955 dan terus diadakan setiap lima tahun sekali sehingga kini. Fungsi utama pilihanraya adalah:

i. Untuk menentukan pemindahan kuasa tanpa kekerasan dan pertumpahan darah.


ii. Menunjukkan Malaysia mengamalkan demokrasi.

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk pilihan raya iaitu Pilihan Raya Umum dan pilihan Raya Kecil dan segala urusan pilihan raya diuruskan
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

1. PENAMAAN CALON DAN BERKEMPEN

 Beberapa syarat perlu dipatuhi bagi calon yang bertanding dalam pilihan raya samada di peringkat Dewan Undangan Negeri
atau Parlimen, iaitu:

a. Berumur 21 tahun ke atas,


b. Warganegara Malaysia,
c. Berakal/ Waras,
d. Tidak sabit kesalahan oleh mana-mana mahkamah (penjara satu tahun atau denda lebih RM2000),
e. Tidak memegang mana-mana jawatan bergaji,
f. Tidak muflis,
g. Bermastautin secara tetap dalam kawasan pilihanraya dan telah mendaftar sebagai pengundi.

 Pilihanraya hanya akan diadakan sekiranya terdapat lebih dari calon yang didaftarkan untuk bertanding dalam satu kawasan
piliharaya, jika tidak calon akan dianggap sebagai menang tanpa bertanding. Calon boleh bertanding atas nama parti atau
perseorangan.

 Pada hari penamaan calon, bakal calon perlu menyerahkan beberapa dokumen kepada pegawai bertugas, seperti:

i. Kertas penamaan calon, diserahkan antara jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi pada hari penamaan calon.
ii. Wang pertaruhan sebanyak RM 10,000 untuk calon Dewan Undangan Negeri dan RM 30,000 untuk calon Parlimen.
Wang disertakan bersama-sama kertas penamaan calon.
iii. Wang pertaruhan akan hilang sekiranya calon gagal mendapat undian sekurang-kurangnya satu perlapan daripada
jumlah undi yang diperoleh semua calon dalam bahagian piliharaya tersebut.

8
Ibid, hlm. 138.

4
MODUL PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

iv. Calon yang bertanding atas nama parti politik boleh menggunakan simbol parti masing-masing, manakala calon bebas
boleh menggunakan simbol-simbol yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya 9.

 Semasa berkempen, calon-calon dikehendaki mematuhi etika pilihanraya bagi memastikan suasana aman dan tenteram. Pada
waktu ini, mereka dibenarkan membelanjakan RM 50,000.00 bagi pilihan raya Dewan Rakyat dan RM 30,000.00 bagi pilihan
raya Dewan Undangan Negeri. Selain itu, semasa berkempen mereka dibenarkan menggunakan kaedah mereka sendiri untuk
memancing pengundi seperti mengedarkan risalah, surat, pelekat, poster, ceramah atau berkempen dari rumah ke rumah.

 Walau bagaimanapun, Semasa berkempen mereka tertakluk kepada beberapa syarat iaitu:

i. Tidak menggunakan tingkah laku atau peribadi seseorang sebagai bahan untuk berkempen dan memancing undi.
ii. Memastikan semua risalah atau bahan bercetak mengandungi alamat pencetak dan penerbit.
iii. Dilarang memberi rasuah dan sogokan.
iv. Dihalang menggunakan kekerasan, paksaan atau halangan10.

2. PENGUNDIAN
 Sebelum keluar mengundi, pengundi perlu mendaftarkan diri dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Selain itu, pengundi juga
tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu:
i. Warganegara Malaysia,
ii. Berumur 21 tahun ke atas,
iii. Bermastautin di sesuatu bahagian pilihan raya,
iv. Mengundi dalam satu bahagian pilihanraya sahaja11.

 Bagi warganegara yang berada diluar kawasan pilihanraya, mereka dibenarkan mengundi melalui pos. Antara individu yang
dibenarkan untuk mengundi pos ialah:
i. Anggota perkhidmatan awam,
ii. Pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian,
iii. Anggota Polis,
iv. Pegawai tentera yang berugas di perbatasan/ hutan belentara,
v. Pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar Negara semasa pengundian dijalankan 12.

 Selain itu, individu juga boleh hilang kelayakan untuk mengundi sekiranya beliau:
i. Tidak sempurna akal.
ii. Sedang menjalani hukuman penjara.
iii. Dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah13.

Suruhanjaya Pilihan Raya Penamaan calon 14 hari


menetapkan tarikh penamaan sebelum tarikh pilihan
calon dan mengundi raya

Kempen pilihan raya Menyiapkan manifesto

Tempat mengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya
memberitahu tempat mengundi Diberi kertas undi
dan tempat mengira undi

memangkah calon yang


9
Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman (2005), Kenegaraan Malaysia, Shah Alam:Fajar Bakti,dipilih
hlm 205.
10
Ibid, hlm. 205-206.
11
Hamidon Pawanteh, Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia (2005), Cerdik Publications:, hlm. 95.
12
kertas dimasukkan ke
Mardiana Nordin & Hasnah Hussin, Pengajian Malaysia , hlm. 113. dalam peti undi
13
Ibid.

5
MODUL PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

Tempat mengira undi

Pengumuman keputusan
pilihanraya oleh Pegawai Pilihan
Raya

Rajah 1: Proses Pilihanraya Malaysia14;

 Pengundian hanya boleh dijalankan di tempat-tempat yang telah diwartakan sahaja. Setiap pusat mengundi akan diketuai oleh
seorang ketua yang dilantik oleh SPR untuk menyelia semua urusan pengundian.

3. PENGIRAAN UNDI

 Proses pengiraan undi akan dilakukan pada tempat mengundi atau berkelompok dan undi-undi pos bagi setiap bahagian pilihan
raya dikira ditempat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.
 Semasa pengiraan dan penjumlahan undi, hanya orang berikut yang dibenarkan mengira undi:
i. Anggota dan pegawai SPR
ii. Pegawai yang dilantik oleh SPR
iii. Kerani yang mengira undi
iv. Calon, ejen pilihanraya serta ejen mengira undi15

4. KEPUTUSAN PILIHAN RAYA

 Keputusan pilihan raya akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengikut kawasan tersebut. Mana-mana calon
yang mendapat undi terbanyak akan di anggap menang dalam pilihan raya tersebut. Seterusnya, keputusan bagi seluruh kawasan
pilihan raya akan diumumkan dan parti yang menang dengan kelebihan kerusi majoriti akan membentuk kerajaan. 16
 Walau bagaimanapun, keputusan pilihan raya boleh dicabar melalui mahkamah sekiranya berlaku:
i. Penyogokan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang
ii. Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya
iii. Calon atau ejen calon hilang kelayakan
iv. Berlaku penipuan dan ugutan

KOMPONEN PARLIMEN

 Parlimen merupakan badan perundangan bagi Malaysia dan kedudukannya terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan pada
Bahagian 4, Bab 4, Perkara 44-65. Parlimen merupakan satu badan yang menunjukkan sekali lagi tentang kewujudan demokrasi
berparlimen melalui pemilihan ahli-ahlinya dalam Dewan Rakyat melalui pilihanraya.
 Parlimen mempunyai tiga komponen:
o Yang di-Pertuan Agung,
o Dewan Rakyat
o Dewan Negara

1. YANG DI-PERTUAN AGUNG

14
Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia, hlm. 206.
15
Ranjit Singh Malhi, Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia (2005), TQM Consultants Sdn. Bhd.:, hlm.128.
16
Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia, hlm. 207

6
MODUL PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

2.
 YDPA dilantik lima tahun sekali daripada kalangan sembilan orang raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-raja.
 Antara tugas YDPA ialah:
i. Bidang kuasa Pentadbiran (Eksekutif),
ii. Bidang kuasa Perundangan (Lagislatif),
iii. Bidang kuasa Kehakiman (Judisiari),
iv. Kuasa Budi bicara,
v. Tugas-tugas lain.

 Berkaitan dengan badan perundangan (Parlimen) YDPA berkuasa untuk:

i. Memanggil Parlimen bersidang, menangguh dan membubar Parlimen,


ii. Meluluskan Rang Undang-undang(RU2).

 Berkaitan dengan badan eksekutif (kabinet), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa-kuasa tertentu kepada baginda sebagai
ketua badan eksekutif. YDPA sebagai ketua negara sekurang-kurangnya mempunyai 4 peranan penting
i. Kuasa eksekutif terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong, (Perkara 39)
ii. Kuasa melantik Perdana Menteri, (Perkara 40)
iii. Melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri, (Perkara 43)
iv. Mempersetujui atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen (Perkara 40)

Bil. Perkara Dewan Rakyat Dewan Negara


1. Syarat kelayakan ahli 21 tahun ke atas 30 tahun keatas
2. Tempoh jawatan 5 tahun 3 tahun (2 penggal= 6 tahun)
3. Bilangan ahli 219 orang ahli 69 orang
1. 2 orang bagi setiap negeri yang dilantik oleh
Dewan Undangan Negeri (DUN)
2. 2 orang wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan seorang wakil dari Wilayah
Persekutuan Labuan yang dilantik oleh YDPA
3. 40 orang ahli yang dilantik oleh YDPA
Sebab-sebab hilang 1. Gila / tidak sempurna akal 1. Dilucutkan jawatan-dengan sebab.
kelayakan 2. Muflis-yang belum dibebaskan lagi 2. Meletak jawatan.
3. Pegang jawatan bergaji sepenuh masa
dalam perkhidmatan awam
4. Tidak hadir dalam persidangan Dewan
Rakyat selama 6 bulan berturut-turut tanpa
izin dari Dewan rakyat
5. Gagal menghantar penyata perbelanjaan
pilihanraya dalam tempoh yang ditetapkan
setelah mengambil bahagian dalam
pilihanraya
6. Sabit kesalahan jenayah dalam mana-
mana Mahkamah Persekutuan-penjara
tidak kurang 1 tahun, denda tidak kurang
RM2000 dan tidak mendapat pengampunan
7. Memperoleh kewarganegaraan asing
secara sukarela dan memberi taat setia
kepada Negara itu.
Tugas/ bidang kuasa - Menggubal dan meluluskan Rang Undang- - Tugas DN-membahas RU2 lebih teliti
Undang (RU2) - Dewan Negara tidak boleh menolak RU2 yang
- RU2 kewangan hanya boleh dimulakan telah diluluskan oleh DR tetapi berkuasa
perbahasannya di DR. untuk menangguh RU2.
- Penangguhan bagi RU2 kewangan hanya
boleh dibuat selama sebulan dan bagi RU2
lain boleh ditangguhkan selama setahun
 Terdapat perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA menurut Perkara 34, Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu:

i. Tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai raja di negeri baginda, kecuali sebagai ketua agama Islam.

7
MODUL PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133

ii. Tidak boleh memegang sesuatu jawatan yang baginda ada apa-apa saraan.
iii. Tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam apa juga perusahaan.

Kesimpulan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan asas penting dalam undang-undang negara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan
sukar dilaksanakan. Hal ini bertunjangkan kepada pembentukan awal perlembagaan yang mendapat persetujuan ramai. Malah jika dilihat, sebenarnya
perlembagaan merupakan dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Maka dengan itu diharap setiap warganegara sama ada
pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya.

RUJUKAN

1. Mardiana Nordin & Hasnah Hussin (2004), Pengajian Malaysia, Selangor: Fajar Bakti.

2. Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman (2005), Kenegaraan Malaysia, Shah Alam: Fajar Bakti.

3. Hamidon Pawanteh (2005), Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia, Cerdik Publications.

4. Ranjit Singh Malhi (2005), Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia (2005), TQM Consultants Sdn. Bhd.

You might also like