You are on page 1of 23

KUMPULAN 1

Perlembagaan: Perlembagaan
Perlembagaan dikenali Persekutuan:
sebagai suatu set peraturan Perlembagaan persekutuan
atau undang-undang merupakan satu dokumen
utama yang menjadi bertulis yg mengandungi
panduan dalam undang-undang yg digubal
pentadbiran sesebuah berasakan dua buah
negara dan menentukan dokumen utama ,iaitu;
hak dan tanggungjawab a)Dokumen perjanjian
semua pihak . Persekutuan Tanah Melayu
1948.
b)Dokumen Perlembagaan
Kemerdekaan 1957.
1) Perlembagaan Malaysia dinamakan sebagai
Perlembagaan Persekutuan .
2) Kandungan Perlembagaan Persekutuan merupakan
suatu kosnsesus pemimpin pelbagai kaum.
3) Ia merupakan suatu kontrak sosial yang perlu
disedari oleh generasi masa kini bagi menjamin
keutuhan negara .
4) Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber
undang undang bertulis.
1) Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-
undang tertinggi yang menjadi rujukan dalam sistem
pemerintahan negara.
2) Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan menjadi
panduan kepada Yang di-Pertuan Agong , Parlimen,
badan pentadbiran dan sistem kehakiman dalam
melaksanakan fungsi masing masing.
3) Perlembagaan juga dikenali sebagai sumber segala
perundangan atau sumber rujukan perundangan
oleh mana mana badan penggubal undang-undang
yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
1) Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber utama
undang-undang bertulis di Malaysia.
2) Perlembagaan bertulis merupakan suatu dokumen yang
dibentuk dan disusun secara teratur dan sistematik melalui
statut atau badan perundangan.
3) Perlembagaan bertulis mempunyai sifat yang berikut:
a) Mantap dan melalui proses yang ketat sekiranya sebarang
pindaan hendak dilaksanakan
b) Dilaksanakan melalui suatu statut (Parlimen/Dewan
Perundangan Negeri/Institusi).
c) Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir.
4) Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda mengikut keadaan
semasa dengan berlandaskan proses undang-undang di
Malaysia.
Menentukan
Undang-undang sistem
tertinggi pemerintahan
negara adalah adil
dan saksama

Tidak boleh
Mewujudkan sistem bertentangan dengan
pemerintahan yang Perlembagaan
adil,maju dan teratur Persekutuan (perkara
75)
Yang di-Pertuan
Agama islam Agong dilantik
sebagai agama sebagai ketua
rasmi agama bagi
Persekutuan Persekutuan dan
di negeri sendiri

Kedudukan
Sultan/Raja agama islam tidak
mempunyai kuasa boleh
dalam bidang dipersoalkan
agama di negeri kerana tertakluk
masing-masing. kepada Akta
Hasutan.
1.Dua kategori kebebasan asasi rakyat adalah seperti yang
berikut:
(a)KEBEBASAN MUTLAK
Sebagai contoh:Bebas daripada penghambaan.
(b)KEBEBASAN BERSYARAT ATAU KEBEBASAN
TERHAD.
Semua kebebasan asasi boleh dibatasi oleh undang-
undang.
2.Beberapa jenis kebebasan asasi adalah seperti berikut:
(a)Kebebasan diri dan kebebasan nyawa.
(i)Hak seseorang mempertahankan kebebasan diri
Setiap warganegara berhak mempertahankan kebebasan
diri daripada dilucutkan dan diambil nyawanya.
(ii)Hak undang-undang terhadap warganegara
Undang-undang berhak melucutkan kebebasan diri dan
mengambil nyawa seseorang warganegara.
(iii)Hak seseorang yang ditahan
Secara umumnya,kebebasan diri melibatkan hak seseorang
yang ditahan oleh pihak polis.
Seseorang perlu diberitahu sebab dia ditangkap.
Seseorang yang ditahan oleh pihak berkuasa dibenarkan
berunding dengan peguamnya (hak ini dikecualikan
kepada seseorang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-langkah
Khas)2012(SOSMA)(Dahulu dikenali sebagai Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA)atau Akta Kediaman
Terhad).
(iv)JAMINAN NYAWA
Secara umumnya, kebebasan nyawa melibatkan
perlindungan dan jaminan terhadap nyawa.
Jaminan nyawa adalah nyawa seseorang terpelihara kecuali
diambil melainkan dengan keputusan mahkamah.
(b)LARANGAN PENGABDIAN DAN KERJA PAKSA.
(i)Seseorang individu tidak boleh dijadikan hamba
(ii)Seseorang individu dilarang bekerja secara paksa
(iii)Larangan tersebut tidak terpakai apabila seseorang
terlibat dengan kerahan tenaga seperti Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN)atau hukuman penjara.
(c)PERLINDUNGAN PENGUATKUASA UNDANG-
UNDANG TERBELAKANG
(i)Seseorang tidak boleh dihukum atas perbuatan
lampau.
(d)Perlindungan pembicaraan berulang.
(i)Seseorang tidak boleh dibicarakan semula di
mahkamah di atas kesalahan yang sama.
(ii)Pengecualian jika mendapat perintah daripada
Mahkamah Tinggi dengan tujuan semakan semula
terhadap keputusan terdahulu.
(e)KESAMARATAAN DI SISI UNDANG-UNDANG
(KECUALI YANG DITETAPKAN OLEH PERLEMBAGAAN)
(i)Setiap individu mendapat perlindungan sama rata.
(ii)Tidak boleh membeza-bezakan seseorang atas sebab
agama,kaum,keturunan,tempat lahir atau negeri di mana
dia tinggal.
(f )KEBEBASAN BERGERAK
(i)Boleh bergerak ke mana sahaja dalam Persekutuan
kecuali mengikut sekatan undang-undang yang
diperuntukkan mengikut perlembagaan.
(ii)Contoh sekatan ialah Akta Kediaman Terhad dan
kemasukan orang semenanjung ke Sabah dan Sarawak.
(g)KEBEBASAN BERCAKAP,BERHIMPUN DAN
MENUBUHKAN PERSATUAN
(i)Seseorang individu bebas menyuarakan pandangan
(ii)Wujud sekatan terhadap kebebasan tersebut bagi
memelihara ketenteraman dan keselamatan negara.
(h)KEBEBASAN BERAGAMA
(i)Islam agama rasmi persekutuan
(ii)Membenarkan agama lain diamalkan dalam kalangan
penganutnya.
(iii)Hal ehwal berkaitan dengan agama Islam terletak pada
Yang di-Pertuan Agong bagi empat buah negeri tanpa
Sultan manakala negeri-negeri lain diletakkan di bawah
kuasa Sultan.
(i)HAK MENDAPAT PENDIDIKAN
Semua rkayat berhak mendapat pendidikan
(j)HAK TERHADAP HARTA
(i)Harta seseorang dilindungi oleh undang-undang
(ii)Tidak boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut
undang-undang
(iii)Tidak boleh diambil hartanya seseorang tanpa
pampasan yang sewajarnya.
1.Perkara 152 perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan.
2.Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan.
3.Walau bagaimanapun,penggunaan bahasa rasmi mengecualikan
perkara yang berikut:
(a)Perhubungan antarabangsa
(b)Latihan oleh pakar antarabangsa
(c)Kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri
(d)Nasihat perundangan yang merujuk naskhah bahasa Inggeris.
4.Kedudukan bahasa Melayu tidak boleh dipersoalkan kerana
tertakluk kepada Akta Hasutan.
5.Pindaan dilakukan dengan mendapatkan persetujuan daripada
Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sebelum sokongan 2/3 ahli Parlimen.
6.Bahasa asing boleh terus dipelajari.
1.Kandungan Perlembagaan merupakan satu kompromi
antara kaum Melayu ,Cina dan India bagi menjamin
kestabilan dan perpaduan negara.
2.Pemimpin Melayu yang diwakili oleh UMNO bersetuju
menerima orang-orang bukan Melayu menjadi
warganegara melalui prinsip jus soli(kerakyatan secara
automatik).
3.Manakala pemimpin Cina (MCA)dan pemimpin India
(MIC)bersetuju mengakui kedudukan istimewa orang
Melayu yang merupakan penduduk peribumi.
4.Perkara 153,perlembagaan Malaysia
memperuntukkan beberapa keistemewaan manakala
Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa(mengikut bidang
kuasa Jemaah Menteri)untuk memelihara perkara
yang berikut.
(a)Perkhidmatan Awam
-Perkhidmatan tentera
-perkhidmatan Kehakiman dan undang-undang
-Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
-Perkhidmatan Awam Bersama
-Perkhidmatan Polis
-Perkhidmatan Awam Negeri
-Perkhidmatan Pelajaran

(ii)Perlindungan Perlembagaan
Perlindungan Perlembagaan terhadap penjawat awam
adalah seperti yang berikut:
-Penjawat awam tidak boleh diambil tindakan oleh pihak
berkuasa yang lebih rendah daripada yang melantiknya.
Penjawat awam tidak boleh dikenakan tindakan tanpa
diberi peluang munasabah untuk didengar.
(i)Kerajaan hendaklah menyediakan peruntukan
kepada orang Melayu dan Bumiputera untuk
menerima pembiayaan pendidikan.
(ii)Perlembagaan memperuntukkan kuasa
menyediakan pembiayaan biasiswa/danasiswa kepada
kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
(iii)Perlembagaaan juga membenarkan pihak-pihak
swasta untuk menyediakan biasiswa/danasiswa
kepada pemohon.
(i)Untuk meningkatkan pendidikan,kaum Melayu
diberikan keistemewaan tertentu seperti menubuhkan
institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) dan Universti Teknologi MARA
(UiTM).
(ii)Kerajaan juga memberikan peluang mereka
melanjutkan pelajaran keluar negara bagi
meningkatkan pendidikan.
(iii)Institusi pengajian perlu menyediakan peruntukan
kuota pada kadar tertentu kepada orang-orang Melayu
dan Bumiputera untuk mendapat tempat di universiti
pendidikan.
(i)Perlembagaan menentukan bahawa kerajaan
bertanggungjawab menyediakan peruntukan kuota ke
atas Melayu dan Bumiputera terlibat dalam aktiviti
perniagaan.
(ii)Pihak berkuasa yang meluluskan permohonan
tersebut perlu memenuhi tuntutan perlembagaan
berhubung dengan pemberian permit dan lesen
seperti permit pengangkutan.
(i)Perlembagaan juga menyediakan kuota yang
tertentu kepada kaum Melayu dan bumiputera dalam
pelaksannan dasar-dasar kerajaan.
(ii)Antaranya ialah kuota pemberian kontrak
perbekalan dan perakuan Tanah Rizab bagi kaum
Melayu dan Bumiputera.

You might also like