You are on page 1of 7

BAB 7

1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA


1.1 Pengenalan
Menurut D.Robertson (1993), perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan
prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan
antara autoriti awam dengan rakyat.

R. N. Gilchrist mentakrifkan perlembagaan sebagai kumplan peraturan-peraturan atau


ndnag-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menetukan organisasi
kerajaan, pembahagian kuasa antara berbagai-bagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip
umum yang menetukan bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada Hari Malaysia iaitu pada
16 September 1963. Perlembagaan ini mengandungi 15 Bahagian(Parts), 183
Perkara (Articles) dan 13 Jadual (Schedules).

1.2 Tujuan penggubalan perlembagaan


a.) Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
b.) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintahan
c.) Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
d.) Alat untuk menyelesaikan masalah
e.) Menjamin riwayat Negara bangsa
f.) Menjamin keamanan and kestabilan Negara

1.3. Bentuk Perlembagaan


Jenis Huraian
Perlembagaan  Ia merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun
Bertulis dalam satu dokumaen.
 Perlembagaan bertulis
 ini mengandungi tiga sifat utama iaitu :-
a.) kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada
peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang
membolehkannya dipinda
b.) Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap
perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi Parlimen
dilarang membuat undang-undang yang bertentangan hak asasi
manusia.
c.) Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang
dan melindungi perlembagaan.

Perlembagaan  Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul


Tidak Bertulis dalam satu surat atau dokumen
 Contoh Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah
 Parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda apa jua jenis
undang-undang tanpa sekatan kerana British mengamalkan
Perlembagaan tidak bertulis
 Ini menunjukkan ketertinggian kuasaa diperuntuk kepada parlimen
bukannya Perlembagaan.
 Perlembagaan British disifatkan sebagai Perlembagaan tidak Bertulis.

1.4 Konsep ketinggi an Perlembagaan.


a.) Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara kita.

________________________________________________________________________
Disediakan oleh : Cik Juanita bt Mohamed Muhid 1
BAB 7

Sekiranya terdapat undang-undang ( contoh : Akta, Enakmen, Ordinan dan


Sunsidiary ) bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang tersebut
akan terbatal
b.) Parlimen memperolehi kuasa daripada Perlembagaan.
 Parlimen hanya mempunyai kuasa terhad memandangkan ia tidak boleh
membuat undang-undang bagi perkara-perakara yang berada diluar
bidangkuasanya.
c.) Baginda tertakluk kepada halangan Perlembagaan
 Yang di-Pertuan Agong, seorang raja berperlembagaan di Malaysia. Ini
jelas sepertimana yang terkandung dalam lafaz sumpah baginda yang
dilakukan di hadapan Majlis Raja-Raja.
 Dari segi pentadbiran pula tindakan baginda mestilah di atas nasihat
Jemaah Menteri(Kabinet).
 Meskipun Yang diPertuan Agong (YDPA) merupakan Ketua Negara,
Baginda juga menjalankan kuasa-kuasanya mengikut kehendak-
kehendak Perlembagaan Persekutuan.
d.) Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang
dibuat oleh Parlimen sekiranya undang-undang tersebut bertentangan
dengan Perlembagaan pesekutuan.
 Ini juga bererti bahawa kuasa kehakiman mahkamah adalah tertakluk
kepada kehendak-kehendak Perlembagaan.

1.5 Ciri-ciri /Kandungan Perlembagaan


Menurut Tun Mohamed Suffian(1990), Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri
asas berikut:
(a) Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan.
(b) Sebagai negara raja berperlembagaan
(c) Sebagai negara demokrasi berparlimen.
(d) Parlimen memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.
(e) Memperuntukkan ketinggian perlembagaan
(f) Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan.
(g) Memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada
kawalan Parlimen dan Eksekutif.

1.6 Perlembagaan mengatakan kuasa adalah dikongsi antara kerajaan pusat dan
kerajaan negeri. Fasal 9 perlembagaan Malaysia membahagikan kuasa tersebut
seperti berikut
KUASA KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI
Senarai pusat Senarai negeri Senarai bersama

- hal ehwal luar negeri - Undang2 islam - Kebajikan social


- pertahanan - Tanah - Biasiswa
- keselamatan dalam negeri - Pertanian dan - Taman Negara
- pentadbiran keadilan perhutanan - Kebersihan dan kesihatan
- kewangan - Kerajaan tempatan awam
- pelajaran - Kastam tempatan* - Perkapalan*
- kesihatan - Pelabuhan* - Air dan elektri*k
- dll - Jabatan ukur tanah* - Derma
- Perpustaan, muziam dan -
lain-lain
2.0 Pindaan Perlembagaan

________________________________________________________________________
Disediakan oleh : Cik Juanita bt Mohamed Muhid 2
BAB 7

 Perlembagaan Persekutuan Malaysia boleh dipinda menurut Perkara 159 dan


161E perlembagaan itu sendiri.
 Tiga cara perlembagaan ini boleh dipinda iaitu:
Cara Perkara
Memerlukan kelebihan 1. Kewarganegaraan
suara 2/3 dalam tiap-tiap 2. tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja
satu sidang Parlimen dan 3. Keistimewaan Parlimen
persetujuan Majlis Raja- Raja 4. melibatkan keutamaan Raja-Raja termasuk YDPA, Raja-Raja
Melayu dan Yang Dipertuan Negeri.
5. Jaminan perlembagaan terhadap perlembagaan negari
6. Keistimewaan Dewan Undangan Negeri
7. Bahasa Kebangsaan.
8. Kedudukan istimewa orang Melayu.
9. Kedaulatan Raja
10. Undang-undang berkaitan dengan perubahan sempadan
negeri.
Memerlukan kelebihan 2/3 1. Pemilihan keanggataan dan bidangkuasa Mahkamah Tinggi
dalam tiap-tiap satu sidang Sabah dan Sarawak
parlimen dan persetujuan 2. Perkara perundangan dan pemerintah dalam kuasa negeri,
Yan g Dipertuan Negeri hal agama. Bahasa dan kedudukan istimewa kaum
Sabah dan Sarawak. bumiputera.
3. Akta imigresen.

Memerlukan kelebihan suara 1. Pindaan berhubung kemasukan dan gabungan negeri-negeri


2/3 dalam tiap-tiap satu dalam persekutuan.
sidang parlimen.

3.0 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Peruntukan perlembagaan seperti hak asasi, kewarnanegaraan, hak istimewa orang
melayu, agama dan bahasa adalah untuk mewujudkan sebuah Negara yang demokrasi
dan adil untuk semua pihak.

3.1 HAK ASASI WARGA NEGARA.


 Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak seperti :
a) tidak boleh ditahan polis lebih 24 jam keculai selepas dibawa ke hadapan seorang
Majistret/pegawai daerah untuk mendapatkan perintah tahanan
b) berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa dan
dibela oleh peguam di mana kesalahannya dibicarakan secepat mungkin.
c) Tiada siapa pun yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali bagi perkhimatan kerahan
yang mengikut undnag-undang
d) Berhak mendapat perlindungan undang-undang dan seseorang yang telah
dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi atas kesalhan
yang sama
e) Berhak mendapat habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak sah
f) Berhak mendapat kesamarataan iaitu seseorang tidak boleh didiskriminasikan dari
segi agama,keturunan dan budaya
g) Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin dimana-mana ahagian
persekutuan
h) Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
i) Kebebasan beragama
j) Kebebasan pemilihan harta pendaftaran /permohanan

________________________________________________________________________
Disediakan oleh : Cik Juanita bt Mohamed Muhid 3
BAB 7

3.2 KEWARGANEGARAAN
 Dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga perkara 22 Perlembagaan Persekutuan
menyenaraikan peruntukkan pemerolehan kewarganegaraan.
 Seseorang itu layak mejadi warganegara Malaysia melalui 4 cara iaitu :-
a.) secara kuatkuasakan undang-undang (jadual) 1
b.) secara pendaftaran/permohonan (jadual 2 )
c.) secara naturalisasi/masukan
d.) secara percantuman wilayah

Jadual 1. Warganegara secara kuatkuasakan undang-undang


Situasi Syarat kelayakan
a. Sebelum hari Malaysia  Warganegara  Memperolehi kewarganegaraan
persekutuan 1957 secara pendaftaran atau
naturalisasi
 Lahir antara 31 ogos  Ibu bapa
1957-oktober 1962 warganegara/pemastautin tetap

 Lahir di persekutuan  Ibu bapa


selepas September warganegara/pemastautin tetap
1962 tidak menjadi warganegara
mana-mana Negara lain.
 Lahir di luara  Bapa warganeara/berkhidmat
Persekutuan pada dengan kerajaan persekutuan.
atau selepas merdeka  Kelahiran didaftar dengan
pejabat konsul Persekutuan

b. Selepas hari Malaysia  Lahir di Malaysia  Ibu atau ayahnya seorang


warganegara atau pemastautin
tetap
 Lahir diluar Malaysia  Bapanya seorang warganegara
atau berkhidmat dengan
kerajaan
 Dalam tempoh setahun selepas
kelahirannya, kelahirannya
perlu didaftar di pejabat konsul
Persekutuan

Jadual. 2 Warganegara secara pendaftaran


Situasi Syarat Kelayakan
 Isteri dan anak warganegara  Masih berkahwin warganegara
 Bermastautin di Malaysia selama 2 tahun
 Berkelakuan baik
 Seseorang yang kurang 21 tahun  Di daftar oleh ibubapa atau penjaga jika salah satu
pihak tersebut merupakan warganegara.
 Di lahirkan sebelum oktober 1962
 Seseorang yang berumur 18 tahun  Bermastautin selama 5-7 tahun
atau lebih dilahirkan di Persekutuan  Berniat menjadi pemastautin tetap persekutuan
sebelum hari Merdeka  Pengetahuan bahasa melayu
 Berkelakuan b baik
 Seseorang berumur 18 tahun di Sabah  Bermastautin di Persekutuan Malaysiasebelum hari
dan Sarawak Malaysia
 Selepas Hari Malaysia, bermastautin di Persekutuan
selama 7-10 tahun permohonan.

________________________________________________________________________
Disediakan oleh : Cik Juanita bt Mohamed Muhid 4
BAB 7

Jadual. 3 (warganegara secara kemasukan)


situasi Syarat kelayakan
 Warganegara asing berumur 21 tahun  Bermastautin 10-12 tahun sebelum tarikh permohonan
ke atas  Berniat menjadi pemastautin tetap persekutuan
 Contoh : Indonesia, Bangladesh, Loas  Berkelakuan baik
 Pengetahuan mencukupi dalam bahasa melayu.

Jadual. 4 (warganegara secara pencatuman wilayah)


situasi Syarat kelayakan
 Pergabungan wilayah dengan tempat  Warganegara Singapura
dia bermastautin  Warganegara United Kingdom serta tanah-tanah
jajahan dan pemastatutin tetap Sabah dan Sarawak
 Warganegara sabah dan Sarawak

3.3 HAK KEISTIMEWAAN ORANG-ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA.


Takrifan orang melayu dalam perlembagaan
 Dalam perlembaagn menurut perkara 160 (2), seseorang Melayu mestilah :
a) berketurunan melayu
b) menganut agama islam
c) bertutur dalam bahasa Malaysia
d) mengamalkan adat istiadat Melayu
e) dilahirkan dipersekutuan atau singapura sebelum hari merdeka.
 Bumiputera di Sabah dan Sarawak tergolong menerima keistimewaan seperti
mana diperolehi orang Melayu di Tanah Melayu.
Perkara Huraian
160(2)  Kuota peluang pendidikan, Ekonomi dan Perkhidmatan awam disediakan untuk
golongan bumiputera
 Yang Dipertuan Agong bertanggungjawab melindungi hak-hak istimewa
bumiputera dan hak-hak yang sah bagi rakyat bukan bumiputera

3.4 BAHASA KEBANGASAAN


Perkara Huraian
152  Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara.
 Bahasa Melayu yang dimaksudkan boleh dalam bentuk huruf jawi atau rumi
 Penggunaan bahasa Inggeris dalam majlis-majlis Mesyuarat undangan atau
mahkamah dibenarkan untuk tempoh 10 tahun selepas merdeka
 Namun tiada sesiapapun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain
madksud-maksud rasmi) atau dariapda mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
 Maksud Rasmi ditakrifkan sebagai apa-apa maksud sesuatu kerajaan Persekutuan
atau kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa
awam.
 Perkara ini juga, melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun dilarang
daripada menggunakan bahasa lain.

________________________________________________________________________
Disediakan oleh : Cik Juanita bt Mohamed Muhid 5
BAB 7

3.5 AGAMA RASMI


Perkara Huraian
1  Agama Islam sebagai agama bagi persekutuan(rasmi)
 Perkara ini juga, memberi kebebasan kepada semua individu untuk mengamalkan
agama masing-masing
 YDPA merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sahaja, Melaka, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan( Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya
 Manakala Sultan menjadi Ketua agama Islam bagi negeri baginda.
 Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negeri seperti berikut :-
a.) Hukumsyarak dan undang-undang diri dan keluarga
b.) Adat Istiadat Melayu
c.) Wakaf
d.) Zakat
e.) Baitumal
f.) Masjid
g.) Mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang islam
terhadap rukun islam
h.) Mahkamah syariah
i.) Mengawal akidah dan kepercayaan dikalangan orang islam

3.6 YANG DIPERTUAN AGONG


 Sistem Raja Berperlembagaan ini merupakan tunggak terpenting dalam
keseluruhan susunan pemerintahan dan pentadbiran negara kita ini
 Raja Berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan
perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja
Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis
Raja-Raja.
 Dalam pemerintahan , YDPA berhak memperoleh maklumat pemerintahan
negara daripada pihak Jemaah menteri sebagaimana diperuntukan dalam
perlembagaan.

 Pemilihan Yang di-Pertuan Agong


Jawatan Yang di-Pertuan Agong diisi secara pilihan seperti yang ditetapkan
dalam Perlembagaan Malaysia.
a) Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih
b.) Raja-raja sahaja yang boleh mengundi
c.) Pemilihan dibuat berdasarkan giliran.

 Peraturan Perlembagaan boleh mempercepatkan perubahan giliran.


a.) Seorang Raja/Sultan mangkat semasa dalam jawatan sebagai Yang di-
Pertuan Agong.
b.) seseorang Sultan/Raja yang giliran negerinya tiba dan baginda didapati
layak, menolak jawatan Yang di-Pertuan Agong
c.) Seseorang Sultan/Raja, tatkala giliran negerinya tiba, didapti tidak layak oleh
Majlis Raja-Raja.

 Had kuasa Yang di-Pertuan Agong


a.) Baginda tidak boleh melakukan kesalahan yang terkandung dalam kanun

________________________________________________________________________
Disediakan oleh : Cik Juanita bt Mohamed Muhid 6
BAB 7

keseksaan dan undang-undang di Malaysia


b.)Baginda tidak boleh meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada 15 hari
kecuali atas lawatan rasmi atau dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
c.)Baginda tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang bentuk perniagaan

3.7 Kuasa-kuasa Yang di Pertuan Agong

Kuasa Budi Bicara


 Mengisytiharkan menyetujui dan menolak permintaan
pembubaran parlimen atas nasihat Perdana Menteri.
 Melantik perdana Menteri
 Memanggil dan mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja
Melayu bagi membincangkan kedudukan orang melayu,
Bahasa Melayu, Agama Islam dan kedudukan Raja-raja
Melayu.
 Merasmikan pembukaan dan penutupan persidangan
parlimen

YDPA

Badan Perundangan Badan Pemerintahan


 Mengisytiharkan menyetujui dan  Melantik perdana menteri dikalangan ketua
menolak permintaan pembubaran parti politik yang menag majoriti dalam
parlimen atas nasihat Perdana pilihanraya
Menteri.  Melantik jemaah menteri atas nasihat
 Merasmikan pembukaan dan Perdana menteri
penutupan persidangan parlimen  Menjadi ketua agama islam bagi negeri
 Mengesahkan rang undang-undang baginda sahaja, Wialyah persekutuan (Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Sabah,
Sarawak, Melaka dan Pualau Pinang
 Melantik duta/diploamat atas nasihat perdana
menteri
 Menlantik 40 ahli dewan negara atas nasihat
perdana menteri.
 Melantik ketua audit negara atas nasihat
perdana menteri
 Mengisytiharkan darurat atas nasihat
perdana Menteri
 Pemerintahan tertinggi angkatan tentera
Malaysia
 Memberi pengampunan atas nasihat
Lembaga Pengampunan

________________________________________________________________________
Disediakan oleh : Cik Juanita bt Mohamed Muhid 7

You might also like