You are on page 1of 19

-UNDANG-UNDANG TERTINGGI

-KESEJAHTERAAN DAN
KEHARMONIAN NEGARA
- PERLEMBAGAAN DAN RAKYAT

Ahmad Farhan Zahari


Zahir Zainol Azali
Amelia Depa
KONSEP KETERTINGGIAN
PERLEMBAGAAN
 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
ialah undang-undang tertinggi Negara
dan menjadi punca kepada semua
undang-undang.
 Ketertinggian perlembagaan
persekutuan boleh difahami jelas
bawah Perkara 4(1) Perlembagaan
Persekutuan.
PERUNTUKAN KETERTINGGIAN
PERLEMBAGAAN
Parlimen

Perlembagaan

Kedudukan YDPA

Kuasa Perundangan

Kebebasan asasi
GARIS PANDUAN BAGI KETERTINGGIAN
PERLEMBAGAAN KEKAL
 Perlembagaan menentukan apakah Perkara
Persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan
dan Perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh
lakukan.
 Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama
yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri membuat undang-undang mengenainya.
Contohnya undang-undang yang boleh dibuat oleh
Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar
negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan
dalam pembentukan undang-undang di luar perkara
Persekutuan maka undang-undang tersebut adalah
tidak sah.
 Kedudukan YDPA sebagai ketua negara,
lambang taat setia rakyat, lambang negara, ketua
Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau
bagaimanapun ia tertakluk kepada halangan-
halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
Baginda adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak
mengikut nasihat jemaah Menteri.
 Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-
sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa
YDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan
(perundangan, pentadbiran dan kehakiman) juga
tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan
oleh Perlembagaan.
 Kerajaan tidak boleh membuang negara
seseorang warganegara, tidak boleh
menahan seorang warganegara dari pulang
ke tanahairnya dan tidak boleh memaksa
seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak
boleh memenjarakan mana-mana individu
melainkan menurut undang-undang.
KESEJAHTERAAN DAN
KEHARMONIAN NEGARA
HAK-HAK ASASI

Keabdian dan kerja Kesamarataan di sisi


Kebebasan diri
paksa undang-undang

Larangan buang Kebebasan bercakap, Kebebasan


negeri dan berhimpun dan
beragama
kebebasan bergerak menubuhkan
persatuan

Perlindungan daripada
Hak-hak berkenan undang-undang jenaya
Hak untuk berharta
pendidikan yang berkuat kuasa
kebelakangan dan
perbicaraan berulang
KEBEBASAN DIRI (FASAL 1,PERKARA 5)
(a) Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan
kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.

(b) Seseorang warganegara tidak boleh ditahan pihak polis lebih


daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang
majistret untuk mendapatkan perintah tahanan.

(c) Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah


diberitahu tentang sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa
segera yang boleh dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan
peguam yang dipilihnya dan dibela oelh peguan itu.

(d) Jika seseorang warganegara ditahan oleh pihak polis tidak mengikut
undang-undang, dia boleh memohon habeas corpus daripada
mahkamah untuk membebaskan dirinya.
KEABDIAN DAN KERJA PAKSA (PERKARA
6)
1. Tiada warganegara pun yang boleh ditahan
sebagai abdi.
2. Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi
Parlimen boleh, dengan undang-undang, membuat
peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi
maksud-maksud negara.
3. Kerja yang berkaitan dengan hukuman penjara
tidak dianggap sebagai kerja paksa.
KESAMARATAAN DI SISI UNDANG-
UNDANG
1. Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-
undang dan berhak untuk mendapat perlindungan yang
sama rata di sisi undang-undang.

2. Semua warganegara tidak boleh didiskriminasikan dari


segi agama, kaum, keterunan, atau tempat lahir.

3. Perkara 153, layanan istimewa bagi orang Melayu dan


kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam
beberapa lapangan seperti pemegangan jawatan dalam
perkhimatan awam, pemberian biasiswa dan
pengeluaran permit serta lesen.
LARANGAN BUANG NEGERI DAN KEBEBASAN
BERGERAK (PERKARA 9)
1. Tiada warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan
daripada memasuki Persekutuan.

2. Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya


di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana
bahagiannya.

3. Tertakluk kepada undang-undang imigresen


(Sabah&Sarawak), undang-undang berkaitan keselamatan
Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan
hukuman yang dikenakan terhadap pesalah.
KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN
DAN MENUBUHKAN PERSATUAN
(PERKARA 10)
1. Setiap warganegara bebas bercakap dan
mengeluarkan fikirannya.

2. Setiap warganegara berhak berhimpun dengan


aman.

3. Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan


persatuan.
KEBEBASAN BERAGAMA
1. Setiap warganegara berhak untuk menganut dan
mengamalkan agamanya.

2. Setiap individu berhak untuk mengembangkan


agamanya tetapi tertakluk kepada undang-undang.

3. Kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh


dalam kalangan orang bukan Islam.
HAK-HAK BERKENAN PENDIDIKAN
(PERKARA 12)
1. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana
warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan, atau
tempat lahir.

2. Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan


menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak
dalam kumpulan itu.

3. Memperuntukan kewangan dan bantuan kewangan pihak


berkuasa awam bagi menanggung atau membiayai murid-murid
atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajaran
tertakluk kepada perkara 153.
HAK UNTUK BERHARTA (PERKARA
13)
1. Tiada warganegara pun boleh dilucutkan
hartanya kecuali mengikut undang-undang.

2. Tiada undang-undang pun boleh membuat


peruntukan bagi mengambil atau menggunakan
harta dengan paksa pampasan yang mencukupi.
PERLINDUNGAN DARIPADA UNDANG-UNDANG
JENAYAH YANG BERKUAT KUASA KEBELAKANGAN
DAN PERBICARAAN BERULANG
1. Tiada seorang pun yang boleh dihukum kerana perbuatan
yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada
masa perbuatan itu dilakukan dan tiada sesiapa boleh
menanggung hukuman yang lebih berat bagi sesuatu
kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-
undang pasa masa kesalahan itu dilakukan.

2. Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada


sesuatu kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu
kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana
kesalahan itu.
 Habeas corpus
 Mesti menghadirkan orang
itu di mahkamah
 Adalah sebuah writ
(tindakan undang-undang)
yang memerlukan seseorang
yang di bawah penangkapan
dibawa ke hadapan seorang
hakim atau ke dalam
mahkamah.
 Ini memastikan seseorang
banduan boleh dibebaskan
daripada penahanan salah.
(Kurang bukti)
TUTORIAL
“Kanak-kanak adalah kurnian Tuhan yang sangat
istimewa. Mereka tidak boleh sama sekali dijadikan
buruh.”

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan DUA nilai yang patut


diamalkan oleh pihak-pihak yang menjadikan kanak sebagai pekerja
mereka.

N1- Mereka harus mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak.


Mereka harus membela, memberi naungan dan memelihara kanak
bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna dan bukan
menjadikan kanak-kanak sebagai buruh.

N2- Mereka harus menerima dan mematuhi undang-undang yang


melarang menjadikan kanak-kanak sebagai buruh.

N3- Mereka seharusnya mengamalkan nilai kepercayaan kepada


Tuhan. Mereka harus yakin tentang kewujudan Tuhan dan mematuhi
suruhaNya untuk menjaga kanak-kanak dengan baik.

You might also like