You are on page 1of 25

PERBANDINGAN TATACARA JENAYAH DI MAHKAMAH SIVIL DAN

MAHKAMAH SYARIAH

PENGENALAN

Perlembagaan Persekutuan Jadual Sembilan memperuntukkan Senarai 1 kepada bidang kuasa


Persekutuan, Senarai 2 kepada bidang kuasa negeri dan Senarai 3 kepada bidang kuasa
bersama. Dalam konteks Mahkamah Syariah, sumber bidang kuasanya adalah berdasarkan
kepada Senarai 2, yakni Senarai Negeri. Jadual Sembilan memberikan kuasa perundangan
kepada negeri melainkan dalam soal-soal jenayah. Badan Perundangan Negeri yang telah
diberikan kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan mentadbirkan Undang-Undang Islam dan
semua hal-ehwal Islam di negeri masing-masing kecuali Wilayah Persekutuan, yang diletakkan
di bawah Persekutuan. Jadual Kesembilan, Senarai2, Senarai Negeri dalam Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan;

“Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum
Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam,
termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat,
pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan,
penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta
pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan
pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah,
khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat
Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau
manamana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman
kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama
itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;
keanggotaan, susunan dan tata cara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang
kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-
mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa
berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang
persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang
menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat
Melayu.”

1
Di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan ini juga, pihak berkuasa negeri mewujudkan
Enakmen Pentadbiran Islam Negeri, dan di bawah enakmen inilah Mahkamah Syariah
ditubuhkan. Serentak dengan ini juga, di bawah enakmen inilah diperuntukkan bidang kuasa
dan juga pegawai-pegawai mahkamah yang akan mengendalikannya. Pentadbiran mahkamah
ini juga telah diasingkan daripada pentadbiran agama Islam negeri. Oleh sebab itu terdapat
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri dan di bawah jabatan ini, diwujudkan mahkamah-
mahkamah yang diketuai oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri masing-masing.

Hal ini sebenarnya ruang yang amat besar kepada kerajaan negeri untuk mentadbirkan Undang-
Undang Islam dengan secara lebih cekap dan berdaya saing berbanding pada ketika struktur
pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Agama Islam bersama dengan lain-lain
pentadbiran di bawah jabatan ini. Bagi bidang kuasa jenayah syariah pula, telahpun ditentukan
oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Ia memperuntukkan
bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda,
ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-
hukuman berkenaan. Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di
dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah.

Di Malaysia sistem perundangan jenayah banyak dipengaruhi dengan kedatangan Biritish ke


negara ini. Manakala, Mahkamah Syariah telah sebelum kedatangan penjajah telah dijadikan
tempat bagi mendapatkan keadilan dengan kuasa rayuan diberikan kepada Sultan.Walau
bagaimanapun, selepas kedatangan British, mahkamah-mahkamah lain telah ditubuhkan di atas
nasihat pihak berkuasa British dan Mahkamah Syariah telah diletakkan ditaraf yang amat
rendah dan bidang kuasanya telah dibatasi. Sebelum 1948, MahkamahSyariah telah diletakkan
di dalam struktur dan hierarki mahkamah negara bersama mahkamah yang lain. Namun dengan
lulusnya Courts Ordinan 1948, mahkamah Syariah telah dipisahkan dari Mahkamah
Persekutuan. Namun selepas kemerdekaan Malaysia, status Mahkamah Syariah telah diubah
menjadi mahkamah yang berbidang kuasa negeri-negeri.

Oleh yang demekian, kedua sistem perundangan wujud dan mempunyai punca kuasanya yang
tersendiri serta prosedur yang sering dianggap punyai persamaan dari segi perlaksanaan.
Walaubagaimanapun, efektif dan tahap kuasa yang diberikan jelas beza apabila Mahkamah dan
Penguatkuasa Agaman dari segi Syariah tidaklah begitu luasa kerana ia dari enakmen atau
ordina sesuatu undang-undang negeri, berbanding dengan undang-undang Persekutuan yang

2
jauh lebih luas yang dimiliki Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Mahkamah di bawah
Persekutuan.

1.0 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BAHAGIAN II: KEBEBASAN ASASI

Perkara 5: Kebebasan Diri

1. Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali
mengikut undang-undang.

2. Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi
menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka
mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas
hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke
hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.

3. Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang
boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan
dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.

4. Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan
yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak
termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu
tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu: Dengan syarat
bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi penangkapan atau penahanan mana-mana orang di
bawah undang-undang yang sedia ada yang berhubungan dengan kediaman terhad, dan
kesemua peruntukan Fasal ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu
Perkara ini mulai dari Hari Merdeka. Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam
pemakaiannya bagi seseorang, selain seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di
bawah undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca
seolah-olah perkataan “tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun
dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu)”
telah digantikan dengan perkataan “dalam tempoh empat belas hari”. Dan dengan syarat
selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan
oleh mahkamah syariah, sebutan dalam Fasal ini mengenai majistret hendaklah ditafsirkan
sebagai termasuk sebutan mengenai hakim mahkamah syariah.

3
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Malaysia yang mana menjadi
tunggak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957 dan
kemudiannya Malaysia pada 16 September 1963. Ia mengandungi 15 bahagian dan 183
perkara. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
adalah terbatal.

Piagam Madinah yang telah dikodifikasikan pada tahun 622 M di kota Madinah oleh Nabi
Muhammad (SAW) setelah baginda berhijrah daripada Mekah ke Madinah kerana
diskriminasi dan penyeksaan yang dilakukan terhadap Orang Islam di Mekah. Ia juga
merupakan Perlembagaan Madinah yang menentukan hak dan kewajipan warganegara serta
kesaksamaan atas dasar tanpa diskriminasi. Beberapa artikel awal Piagam memperakui
undang-undang adat sedia ada yang diamalkan oleh kabilah yang ada di Madinah. Artikel
selebihnya dalam Piagam menentukan hak, tanggungjawab penduduk tempatan dan pendatang
dan garis panduan umum. Sebilangan besar artikel mengetengahkan prinsip-prinsip tiada
diskriminasi.

Perbandingan kuasa Persekutuan dan Negeri di Malaysia dari aspek prosedur tangkapan, reman
dan geledah harus selaras dengan peruntukkan Perlembangaan Persekutuan, yang tidak pernah
lupakan maqasid syariah - segala yang Allah SWT turunkan kepada umat manusia melalui
Rasulullah SAW iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, juga perlu dilihat
secara menyeluruh.

2.0 PROSEDUR JENAYAH DI ALAM SIVIL (PERSEKUTUAN)

2.1 Tangkapan - Penahanan

PDRM, iaitu pihak polis diberi kuasa oleh undang-undang untuk menangkap seseorang
(“OYDS” atau “Orang Yang Disyaki”) apabila mereka mempunyai syak munasabah bahawa
OYDS telah melakukan suatu kesalahan boleh tangkap. Apabila tangkapan dilaksanakan, pihak
polis diwajibkan untuk memaklumkan alasan atau sebab-sebab tangkapan dilakukan terhadap
OYDS. OYDS kadang-kadang juga dirujuk sebagai “OKT” yang boleh membawa maksud
“Orang Kena Tuduh” atau “Orang Kena Tangkap”.

Selepas tangkapan, pihak polis diberi kuasa oleh undang-undang untuk menahan seseorang
sehingga 24 jam untuk tujuan siasatan. Dalam tempoh penahanan ini, mereka juga mempunyai
budibicara untuk melepaskan beliau dengan jamin (dikenali sebagai jamin polis atau jamin
mulut), supaya OYDS dikehendaki hadir ke Balai Polis atau Mahkamah apabila diperlukan.

4
Jamin polis tersebut direkodkan dalam bentuk borang makluman yang boleh menyenaraikan
syarat-syarat jamin yang perlu dipatuhi oleh OYDS.

Seseorang yang dilepaskan atas jamin polis tidak perlu membuat sebarang pembayaran sebagai
“cagaran”. Bagaimanapun, terdapat beberapa agensi seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah
Malaysia yang biasanya akan memerlukan pembayaran pendahuluan “up front” sebagai syarat
dilepaskan dengan jamin.

Secara teknikal tangkapan dilakukan apabila pegawai atau anggota polis memegang badan atau
menghalang pergerakan seseorang atau apabila individu berkenaan menyerah diri melalui
perkataan atau perbuatan (Seksyen 15 (1) Kanun Prosedur Jenayah).

Tangkapan boleh dikategorikan kepada tangkapan dengan waran dan tangkapan tanpa waran;

i. Tangkapan dengan waran adalah untuk kesalahan yang tidak boleh ditangkap (non-seizable
offence) sebagaimana senarai Kolum Ketiga, Jadual Pertama dalam Kanun Prosedur
Jenayah di mana kesalahan yang melibatkan hukuman penjara kurang daripada 3 tahun atau
denda sahaja.

Seksyen 38 Kanun Prosedur Jenayah menerangkan bentuk waran tangkap;

1. Tiap-tiap waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah mengikut Kanun ini
hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani sebagai yang dinyatakan di dalam
Akta Mahkamah Kehakiman, 1964, atau Akta Mahkamah Rendah, 1948, dan
hendaklah mempunyai meterai Mahkamah.

2. Tiap-tiap waran itu akan berkuatkuasa sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah yang
mengeluarkannya atau sehingga ia dilaksanakan.

Waran ialah satu dokumen yang sah dari segi undang-undang yang membenarkan seseorang
untuk melakukan tangkapan. Dalam hal ini, Majistret, Hakim, Pesuruhjaya Kehakiman dan
pegawai polis pangkat tertentu mengikut undang-undang berkenaan boleh mengeluarkan
waran kepada pegawai polis untuk menjalankan tangkapan terhadap individu yang dinamakan.

ii. Tangkapan tanpa waran lazimnya dilakukan apabila seseorang telah melakukan atau cuba
melakukan kesalahan yang boleh ditangkap (seizable offence) ketika kehadiran
pegawai/anggota polis. Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah memberikan kuasa kepada
pegawai polis untuk melakukan tangkapan bagi mengelakkan perlakuan kesalahan yang boleh
ditangkap sekiranya tiada cara lain untuk mencegah kesalahan tersebut daripada berlaku.

5
Mengikut Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah, pihak polis dibenarkan untuk menahan
tanpa waran. Antara elemen yang perlu dipenuhi adalah oleh polis untuk menangkap suspek
tanpa waran adalah jika polis menerima maklumat yang kredibel berkenaan sesuatu jenayah
oleh suspek dan juga polis mengesyaki secara munasabah suspek melakukan jenayah. Justeru
polis perlu membuat tangkapan segera.

Sebagai contoh, di dalam situasi apabila polis mengesyaki OYDS adalah orang yang
menyerang dan mencederakan seseorang dalam satu pergaduhan-perselisihan, serta maklumat
ini adalah sahih-sah, bahawa OYDS memang melakukan jenayah tersebut. Kalau hendak
tunggu waran tangkap dikeluarkan, akan ambil masa dan penjenayah mungkin akan melarikan
diri, jadi polis perlu bertindak segera sebelum OYDS melarikan diri. Begitu juga bagi jenayah
lain.

Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah menyenaraikan tanggungjawab seseorang pegawai


polis untuk memenuhi hak-hak tertentu OYDS selepas tangkapan. Walau bagaimanapun,
Seksyen 28A (8) memberikan kuasa kepada pegawai polis yang berpangkat tidak kurang
daripada Deputi Superintenden Polis (DSP) untuk menangguhkan hak-hak tersebut. Keputusan
menangguhkan hak-hak OYDS tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu
memenuhi kriteria berikut iaitu:

i. pemberian hak tersebut akan menyebabkan sama ada:

a. rakan sejenayah OKT mengambil langkah mengelakkan tangkapan, atau


b. bukti jenayah akan dipalsukan/ dimusnahkan/ disembunyikan, atau
c. saksi kes akan diugut.

ii. penangguhan soal siasat atau merekod keterangan OKT akan membahayakan keselamatan
individu lain.

Secara asasnya tangkapan dilakukan sebagai langkah terakhir atas faktor-faktor berikut:

▪ Apabila suspek berisiko melarikan diri;


▪ Apabila suspek tersebut disyaki akan melakukan kesalahan lain jika tidak ditangkap;
▪ Kesalahan yang dilakukan suspek adalah serius contohnya merompak dan membunuh;
▪ Apabila terdapat risiko bahaya ke atas keselamatan suspek atau keselamatan orang lain
jika tidak ditangkap;
▪ Sekiranya suspek boleh mengganggu saksi jika tidak ditangkap;
▪ Apabila undang-undang mewajibkan penangkapan atas kesalahan tersebut.

6
Dalam melakukan tangkapan, polis dibenarkan menggunakan sebarang langkah yang perlu
sekiranya Orang Kena Tangkap (OKT) melawan ketika proses tangkapan tersebut. Walau
bagaimanapun penggunaan kaedah tersebut tidak boleh menyebabkan kematian. (Seksyen 15
(2) dan (3) Kanun Prosedur Jenayah).

Sekiranya penangkapan dan penahanan sebelum perbicaraan amat diperlukan, wanita dan
kanak-kanak perempuan hendaklah:

i. Diperiksa badan oleh pegawai polis wanita, dan dengan cara sesuai dengan maruah
wanita.
ii. Ditempatkan dalam sel yang berasingan daripada tahanan lelaki.
iii. Sekiranya mereka mempunyai tanggungjawab menjaga anak, dibenarkan sebelum
atau semasa penahanan untuk mengatur penjagaan anak-anak tersebut, dengan
mengambil kira kepentingan terbaik kanak-kanak.
iv. Dibekalkan dengan kemudahan yang diperlukan untuk menghubungi keluarga
mereka, termasuk anak-anak, penjaga anak-anak dan peguam.
v. Dibekalkan dengan kemudahan dan peralatan yang diperlukan untuk memenuhi
keperluan kebersihan khusus wanita, dan menyediakan kemudahan pemeriksaan
dan penjagaan kesihatan wanita yang sesuai dengan maruah diri dan privasi
termasuklah hak untuk dirawat oleh pegawai perubatan.
vi. Tidak boleh dikenakan kurungan atau pengasingan disiplin sekiranya mengandung,
menyusu atau ditemani oleh bayi.
vii. Mempunyai akses kepada rawatan obstetrik dan pediatrik sebelum, semasa dan
selepas kelahiran, sama ada di hospital atau kemudahan lain yang sesuai, dan tidak
dikenakan sekatan fizikal sebelum, semasa dan selepas melahirkan anak.

Prinsip-prinsip umum penahanan kanak-kanak adalah harus dirujuk pada ‘Kanak-Kanak’


yang didefinasikan di bawah Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001 sebagai seseorang yang
di bawah umur lapan belas tahun. Undang-undang Malaysia memperuntukkan bahawa
kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dianggap sebagai tidak berkeupayaan untuk
melakukan jenayah, manakala kanak-kanak berumur antara 10 tahun hingga 12 tahun,
mempunyai anggapan keupayaan yang boleh disangkal (rebuttable presumption) dalam
menentukan tanggungjawab jenayah mereka.

7
Seksyen 82 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut:

“Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur
kurang daripada sepuluh tahun.”

Kanak-kanak yang berumur antara 10 tahun hingga 12 tahun dianggap tidak berkeupayaan
melakukan jenayah melainkan dibuktikan sebaliknya. Beban pembuktian untuk
membuktikan bahawa kanak-kanak tidak berupaya untuk melakukan jenayah terletak pada
pihak pembelaan.

Seksyen 83 Kanun Keseksaan menyatakan:

“Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur
lebih daripada sepuluh tahun tetapi kurang daripada dua belas tahun yang belum cukup akal
untuk menimbangkan keadaan dan akibat perbuatannya pada masa itu.”

2.2 Reman

Sekiranya pihak polis mendapati tempoh penahanan 24 jam tidak mencukupi untuk
melengkapkan penyiasatan, mereka boleh memohon kepada Mahkamah Majistret untuk
mendapatkan perlanjutan penahanan tersebut. Ini kenali sebagai “permohonan reman”, atau
“sambung reman”.

Terdapat 2 tempoh penahanan reman yang bergantung kepada jenis kesalahan yang disiasat.
Untuk kesalahan yang dikategorikan sebagai “kurang serius”, Majistret boleh memerintahkan
reman sehingga 7 hari jumlahnya. Mahkamah tidak boleh memerintahkan 7 hari terus, tetapi
ia dipecah dua. Pada permohonan reman kali pertama, tempoh maksima ialah sehingga 4 hari
dan pada permohonan kedua (jika ada), tempoh maksima ialah sehingga 3 hari (supaya
jumlahnya tidak melebihi 7 hari).

Di akhir tempoh reman, OYDS hendaklah dibebaskan oleh polis dengan atau tanpa jamin polis.
Kebiasannya, OYDS akan dituduh di Mahkamah pada tarikh terakhir tempoh reman, atau tidak
lama selepas itu, sekiranya pihak polis yakin dengan kes yang didakwa terhadap beliau.

Untuk kesalahan yang lebih serius, Majistret boleh memerintahkan reman sehingga 14 hari
jumlahnya, dan ini juga dipecah dua dan tidak diperintahkan 14 hari terus. Pada permohonan
pertama, penahanan maksima ialah sehingga 7 hari dan pada permohonan kedua (jika ada)
penahanan maksidma sehingga 7 hari lagi (supaya jumlahnya tidak melebihi 14 hari).

8
Dalam tempoh reman, pihak polis akan menjalankan penyiasatan lanjut terhadap kesalahan
yang diadukan. Saudara anda dikehendaki menjawab sebarang persoalan Pegawait Penyiasat /
Investigation Officer (IO) dan ini akan direkodkan secara rasmi dalam suatu percakapan
bertulis yang dipanggil “statement 112”. Di samping itu, pihak polis juga akan menjalani
kawad cam, serbuan terhadap premis dan lain-lain tindakan yang perlu bergantung kepada
keperluan suatu kes bagi tujuan mengumpul bahan bukti.

Lazimnya, di akhir tempoh penyiasatan tersebut, pihak polis boleh membuat kesimpulan
berkenaan penglibatan saudara anda dalam kesalahan yang disyaki, berdasarkan bahan bukti
yang dikumpul setakat itu. Pada peringkat tersebut, adalah dikatakan bahawa siasatan telah
lengkap.

Sekiranya pihak polis berpandangan tiada kesalahan dibuktikan, mereka boleh melepaskan
saudara anda atas jamin polis. Bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa saudara anda benar-
benar terlepas daripada dakwaan sepenuhnya. Ia berkemungkinan bermaksud bahawa pihak
polis tidak mempunyai lain-lain perkara untuk disiasat sebelum membuat rumusan muktamad
berkenaan suatu dakwaan terhadap saudara anda.

Sekiranya pihak polis berpandangan terdapat bukti yang mencukupi, mereka boleh
mengesyorkan supaya pertuduhan dikemukakan terhadap saudara anda. Syor tersebut
dimajukan kepada pihak Pendakwa Raya yang mempunyai kuasa untuk memberikan kata putus
sama ada pendakwaan dikemukakan terhadap saudara anda.

Bagi kes-kes yang kurang rumit, keputusan untuk tuduh boleh dibuat sebelum berakhirnya
tempoh reman. Bagi kes-kes yang lebih rumit, adalah bukan luar biasa untuk pertuduhan
dikemukakan selepas beberapa bulan (selepas saudara anda dilepaskan atas jamin polis, di
akhir tempoh reman). Dalam keadaan sedemikian, saudara anda mungkin dikehendaki
berjumpa dengan IO apabila diperlukan untuk memberikan pernyataannya.

Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah menggariskan prosedur penahanan seperti berikut:

i. Reman dilakukan apabila didapati siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh
24 jam di bawah Seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah dan terdapat asas untuk
mempercayai bahawa tuduhan atau maklumat yang diperolehi berasas.
ii. Pegawai polis hendaklah dengan segera mengemukakan sesalinan diari siasatan dan
tertuduh kepada Majistret. Pegawai Penyiasat hendaklah memasukkan maklumat

9
berkaitan reman sebelum ini (sekiranya ada) dan kaitannya dengan kes yang sedang
disiasat di dalam Diari.
iii. Jika kesalahan yang disiasat dihukum penjara kurang dari empat belas tahun, reman
tidak boleh melebihi empat hari pada permohonan pertama dan tidak lebih dari tiga
hari pada permohonan kedua;
iv. Jika kesalahan yang disiasat boleh dihukum mati atau penjara empat belas tahun
atau lebih, reman tidak boleh melebihi tujuh hari pada permohonan pertama dan
tidak lebih dari tujuh hari pada permohonan kedua.
v. Majistret perlu mengambikira tempoh reman sebelum dan kaitannya dengan kes
yang sedang disiasat sebelum membuat keputusan berkenaan tempoh pelanjutan
reman.

2.3 Pemeriksaan

Polis diberi kuasa dan mempunyai tugas untuk menahan dan memeriksa mana-mana orang atau
kenderaan, atau untuk mendapatkan waran penggeledahan, dalam situasi tertentu.

Ketika polis menghalang atau memeriksa seseorang, dia mesti mempunyai tujuan dan bukan
dilakukan secara sewenang-wenangnya yang menyasarkan individu secara rawak. Perlu wujud
‘kecurigaan yang munasabah’ sebelum tindakan menghalang dan pemeriksaan dijalankan.
Kecurigaan yang munasabah bermaksud mana-mana anggota/pegawai polis lain dalam
keadaan tersebut akan turut merasa curiga. Kecurigaan tersebut hendaklah berasaskan kepada
maklumat risikan, aduan yang sah atau tingkah laku suspek.

Ketika polis menghalang dan memeriksa individu, kenderaan atau premis, ia mesti dilakukan
dengan adil dalam menangani jenayah. Ia bertujuan untuk menghilangkan atau mengesahkan
kecurigaan yang munasabah terhadap seseorang individu. Tindakan menghalang dan
memeriksa adalah satu bentuk penahanan walaupun tempoh yang singkat. Dengan
mengehadkan pergerakan seseorang anda menafikan kebebasan bergerak atau kebebasan
individu yang terlibat. Tindakan menghalang dan memeriksa adalah dua prosedur yang
berbeza.

Pemeriksaan tidak semestinya dilakukan selepas seseorang dihalang pergerakannya.


Pemeriksaan mungkin tidak perlu dilakukan jika tidak ada kecurigaan terhadap orang yang
dihalang.

10
Tindakan pemeriksaan hendaklah sah di sisi undang-undang iaitu individu yang melakukannya
diberikan kuasa di dalam perundangan. Pemeriksaan bertujuan untuk mengesahkan atau
menghilangkan kecurigaan yang munasabah dan perlu dilaksanakan mengikut peraturan atau
prosedur yang telah ditetapkan di dalam undang-undang.

Pasukan polis boleh menghentikan mana-mana orang dengan tujuan melakukan pemeriksaan
atau penggeledahan sekiranya timbul kecurigaan dengan alasan yang munasabah seperti:

(a) untuk mendapatkan bukti atas kesalahan yang menyebabkan dia telah
ditangkap;

(b) untuk merampas barang seludup, hasil jenayah atau barang-barang lain yang
diperolehi secara jenayah atau digunakan untuk tujuan kesalahan yang
menyebabkan tangkapan; atau

(c) untuk mendapatkan bukti yang berkaitan dengan sebab penangkapan atau
untuk mencegah pelupusan bukti tersebut oleh orang kena tangkap.

Jadual 4, Seksyen 20A Kanun Prosedur Jenayah, menyenaraikan prosedur berkaitan


pemeriksaan badan antaranya membahagikan bentuk pemeriksaan badan kepada:

i. Pemeriksaan tepuk;

ii. Pemeriksaan tanggal;

iii. Pemeriksaan dalaman;

iv. Pemeriksaan intrusif

Seorang pegawai polis yang melakukan pemeriksaan badan hendaklah melakukannya secara
profesional dan menghormati maruah orang yang ditangkap. Pegawai polis hendaklah
mematuhi prosedur berikut dengan ketat:

(a) sebelum sebarang pemeriksaan dimulakan, pegawai hendaklah


memperkenalkan dirinya kepada orang yang ditangkap dan hendaklah berbudi
bahasa, profesional dan tidak boleh menggunakan bahasa atau komen yang
tidak perlu atau merendahkan orang yang ditangkap dan hanya menimbulkan
rasa malu yang minimum kepada individu tersebut;

11
(b) pemeriksaan tidak melebihi daripada yang diperlukan untuk memastikan
tiada artikel berbahaya atau menyalahi undang-undang yang disembunyikan
pada orang yang ditangkap;

(c) pegawai yang melakukan pemeriksaan hendaklah daripada jantina yang


sama dengan orang yang ditangkap;

(d) jika jantina orang yang ditangkap diragui, penentuan jantina hendaklah
melalui temu ramah atau melalui kad pengenalan diri atau surat beranak
sebelum pemeriksaan dilakukan oleh pegawai;

(e) untuk pemeriksaan tanggal, dalaman dan intrusif, pegawai kedua yang terdiri
daripada jantina yang sama dengan orang yang ditangkap mesti ada semasa
pemeriksaan;

(f) tidak ada pegawai yang boleh mendedahkan kepada orang ramai sebarang
kecelaan, kekurangan atau kecacatan bahagian badan yang didapati pada badan
orang yang ditangkap semasa proses pemeriksaan;

(g) semasa pemeriksaan, pegawai hendaklah menghormati sensitiviti agama dan


budaya, ciri-ciri fizikal, psikologi, kesihatan dan mental orang yang ditangkap.
Sebagai contoh, dalam kes yang melibatkan keperluan untuk membuka tudung
wanita atau penutup kepala lelaki, sensitiviti agama dan budaya hendaklah
dihormati;

(h) apabila seseorang yang ditangkap mengandung, tua atau Orang Kurang
Upaya, pemeriksaan harus dilakukan dengan cara yang betul
mempertimbangkan keadaan kesihatan dan fizikal seseorang.

Pemeriksaan badan hendaklah dilaksanakan secara profesional dan menghormati maruah diri
suspek serta dilakukan dengan cara yang sopan untuk mengurangkan rasa malu suspek.
Antaranya adalah pemeriksaan badan perlu dilakukan oleh individu sama jantina (Seksyen 19
(2) Kanun Prosedur Jenayah). Proses pemeriksaan badan mesti dilakukan secepat mungkin
dan pemeriksaan yang kurang intrusif didahulukan berbanding yang berbentuk intrusif
bergantung kepada kadar kesalahan atau situasi kes. Apa-apa maklumat peribadi yang
diperolehi hasil pemeriksaan terhadap suspek, tidak boleh didedahkan kepada orang ramai
kecuali melalui saluran sah undang-undang.

12
2.4 Menggeledah

Manakala bagi prosedur penggeledahan, hanya pegawi polis yang berpangkat Inspektor atau
lebih tinggi akan dibenarkan untuk membuat rampasan tanpa waran, bergantung kepada
keadaan. Di bawah Seksyen 62 Kanun Prosedur Jenayah, hanya pegawai berkenaan
dibenarkan untuk memasuki premis dan menjalankan rampasan tanpa waran, dengan
memberikan sebab munasabah untuk berbuat demikian.

Polis boleh memasuki mana-mana premis dan menggeledah premis tersebut tanpa waran
untuk mencari harta curi jika perkara-perkara berikut dipenuhi :

a. Terdapat maklumat yang diberikan kepada pegawai polis yang berpangkat tidak
lebih rendah daripada Inspektor;
b. Maklumat tersebut mestilah menunjukkan ada sebab-sebab munasabah bagi
mengesyaki bahawa barang-barang curi disimpan atau disembunyikan di sesuatu
tempat itu;
c. Polis mempunyai alasan baik bahawa barang-barang tersebut akan dipindahkan jika
terdapat kelengahan mendapat waran geledah;
d. Satu senarai barang-barang yang disyaki telah dicuri itu hendaklah diserah dan
dicatat secara bertulis dengan menyatakan bahawa barang itu telah dicuri dan
pemberitahu mempunyai alasan yang baik bagi mempercayai barang-barang itu ada
disimpan di tempat itu.

Kuasa polis untuk menggeledah tanpa waran, dalam hal keadaan luar biasa tertentu juga ada
diperuntukkan di bawah seksyen 62A Kanun Prosedur Jenayah (geledah untuk mencari
wang syiling palsu), seksyen 62B Kanun Prosedur Jenayah (geledah untuk mencari
matawang palsu), seksyen 63 Kanun Prosedur Jenayah (geledah terus) dan seksyen 116
Kanun Prosedur Jenayah (geledah oleh pegawai polis untuk menjalankan penyiasatan polis).

Peruntukkan Waran Geledah adalah di bawah Seksyen 57 KTJ menerangkan bentuk waran
geledah;

1. Tiap-tiap waran geledah yang dikeluarkan oleh sebuah Mahkamah di bawah Kanun ini
hendaklah bertulis dan ditandatangani sepertimana yang diperuntukan oleh Akta
Mahkamah Kehakiman, 1964 atau Akta Mahkamah Rendah, 1948 dan hendaklah
mempunyai meterai Mahkamah itu.

13
2. Waran itu hendaklah berkuatkuasa selama beberapa hari yang berpatutan seperti yang
tersebut di dalam waran itu.

3. Waran geledah yang dikeluarkan mengikut Kanun ini bolehlah disempumakan di mana-
mana bahagian dalam Malaysia.

3.0 TATACARA JENAYAH SYARIAH DI MAHKAMAH SYARIAH

3.1 Tangkapan

Islam mengharuskan penahanan tertuduh dan menganggapnya sebahagian dari siasah keadilan
dan urusan kehakiman. Jumhur ulama menegaskan penahanan ini hanya dilaksanakan apabila
pertuduhan disokong dan dikukuhkan dengan satu qarinah yang kuat atau jelas tanda-tanda
syak dan keraguan ke atas tertuduh atau tertuduh pernah mempunyai sejarah penglibatan dalam
jenayah.

Oleh itu pelaksanaan penahanan hendaklah dikaitkan dengan jenayah yang dilakukan dan juga
individu tertuduh itu sendiri. Penahanan hanya boleh dikuatkuasakan jika terdapat keraguan
yang kuat dan munasabah, tidak boleh melebihi tempoh yang telah ditetapkan oleh ulama atau
undang-undang dan tidak dibenarkan berlaku tekanan atau paksaan.

Bab 2 Bahagian III ini adalah berkaitan dengan perihal menangkap, melarikan diri dan
menangkap semula. Bab 2 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
(ETJSNS 2003) ini mempunyai 18 seksyen peruntukan secara keseluruhannya. Bab ini adalah
bersamaan dengan Bab IV Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) (KPJ), namun bab di bawah
KPJ tersebut mengandungi lebih banyak seksyen peruntukan iaitu sebanyak 21 seksyen
berbanding 18 seksyen di bawah Bab 2 ETJSNS 2003 ini. Berikut adalah peruntukan di bawah
Bab IV KPJ yang tidak terdapat di bawah Bab 2 ETJSNS 2003:-

1. Seksyen 20A: Prosedur pemeriksaan orang;


2. Seksyen 27: Tangkapan oleh orang persendirian dan prosedur dalam perkara-perkara
itu;
3. Seksyen 28A: Hak orang yang ditangkap.

Menurut Seksyen 10 ETJSNS 2003 memperuntukkan:-

(1) Dalam membuat sesuatu penangkapan Pegawai Penguatkuasa Agama, pegawai polis atau
orang lain yang membuat penangkapan itu hendaklah sebenarnya menyentuh atau mengurung

14
tubuh orang yang hendak ditangkap itu, melainkan jika orang itu menyerah diri sama ada
dengan perkataan atau melalui perbuatan.

(2) Jika orang itu dengan menggunakan kekerasan menentang usaha menangkapnya atau cuba
mengelakkan penangkapan itu, pegawai atau orang lain itu bolehlah menggunakan segala
langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini memberikan hak untuk menyebabkan kematian mana-
mana orang.

Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa tiada seorang pun boleh diambil
nyawanya atau kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang. Prinsip perundangan ini
dapat dilihat dalam penghakiman Hakim Hishamudin Mohd Yunus di dalam kes Abd Malek
Hussin lwn Borhan Hj Daud dan Yang Lain. Di dalam kes tersebut mahkamah antara lain
telah menggariskan prinsip utama sesuatu penahanan iaitu secara prima facienya sesuatu
penahanan adalah salah dan beban pembuktian adalah di atas pihak yang membuat penahanan
untuk memberikan justifikasi penahanan tersebut.

Peruntukan di bawah seksyen 10(1) ETJSNS 2003 ini menjelaskan kaedah sesuatu
penangkapan dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau mana-mana
orang yang mempunyai kuasa menangkap iaitu dengan cara:-

i. Menyentuh;
ii. Mengurung tubuh orang yang hendak ditangkap; atau
iii. Orang yang hendak ditangkap menyerah diri sama ada dengan perbuatan atau
perkataan.

Berdasarkan peruntukan tersebut, sesuatu tangkapan hanya dikatakan berlaku apabila ada
sentuhan pada badan orang yang hendak ditangkap atau sekiranya dia dikurung. Tangkapan
tidak berlaku sekiranya orang yang hendak melaksanakan tangkapan hanya menyatakan dalam
bentuk perkataan semata-mata tanpa disertai dengan sentuhan.

Seksyen 10(2) ETJSNS 2003 pula menjelaskan bahawa maksud tangkapan di bawah Enakmen
ini adalah pihak Pegawai Penguatkuasa Agama atau pihak yang mempunyai kuasa menangkap
dibolehkan untuk menggunakan segala langkah yang perlu bagi melaksanakan tangkapan
terutamanya apabila orang yang hendak ditangkap itu tidak memberikan kerjasama dan
menggunakan kekerasan bagi menghalang tangkapan untuk dibuat.

15
Di samping tatacara yang dinyatakan di bawah peruntukan ini, Penguatkuasa Agama juga
terikat dengan peraturan lain antaranya ialah Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Negeri
2007 dan juga Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri 2008.
Antara yang terkandung dalam arahan tersebut ialah keperluan membuat laporan polis di balai
polis yang berbidang kuasa setelah selesai sesuatu operasi dan terdapat tangkapan. Walaupun
begitu, amalan Pegawai Penguatkuasa Agama dalam membuat laporan polis pada setiap kali
membuat tangkapan telah ditegur oleh YAA Dato’ Abdul Hamid bin Hj. Mohamed dalam kes
Mohd. Ibrahim bin Mohd Sharif lwn Pendakwa Syarie Pulau Pinang. Kata YAA Dato’
Abdul Hamid:-

“Nampaknya Pegawai Penguatkuasa Agama pun masih silap faham tentang kedudukan
mereka. Sebenarnya mereka sendiri adalah polis bagi tujuan Enakmen Jenayah Syariah.
Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut seksyen 62 Enakmen Pentadbiran.
Enakmen Acara Jenayah Syariah memberikan mereka kuasa yang serupa dengan kuasa yang
diberi kepada pegawai polis oleh Kanun Acara Jenayah... Ertinya seksyen 54 Enakmen Acara
Jenayah Syariah mengenai seorang Pegawai Penguatkuasa Agama samalah seperti seksyen
107 Kanun Acara diberi kuasa menerima maklumat berhubung dengan perlakuan sesuatu
kesalahan jenayah syariah, sama seperti seorang Pegawai Polis diberi kuasa oleh seksyen 107
Kanun Acara Jenayah mengenai maklumat kesalahan jenayah lainnya.”

Tangkapan boleh dilakukan dalam dua keadaan iaitu tangkapan dengan waran bagi kesalahan
tidak boleh tangkap dan tangkapan tanpa waran bagi kesalahan boleh tangkap. Tangkapan
dengan waran adalah tangkapan yang dijalankan oleh sesiapa sahaja yang diarahkan dalam
waran tangkap. Biasanya tangkapan menggunakan waran tidak menimbulkan banyak masalah
berbanding dengan tangkapan tanpa waran. Waran tangkap ialah satu perintah bertulis yang
dikeluarkan oleh mahkamah kepada Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menangkap orang
yang dinamakan dalam waran itu dan membawanya ke hadapan mahkamah untuk dibicarakan.
Waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah dan waran mestilah bertulis dan ditandatangani
serta dimeterai sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 32(1) ETJSNS 2003. Pegawai
Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang menerima arahan untuk melaksanakan waran
tangkap terlebih dahulu mengenalpasti lokasi orang yang hendak ditangkap.

Manakala tangkapan tanpa waran ialah tangkapan yang dibuat oleh mana-mana orang yang
diberi kuasa menangkap tanpa perlu ada waran penangkapan bagi kesalahan boleh tangkap.
Seksyen 18 ETJSNS 2003 memperuntukkan mana-mana orang yang diberi kuasa menangkap

16
tanpa perlu ada waran penangkapan. Dalam kes-kes kesalahan jenayah Syariah terdapat tiga
pihak orang yang boleh menangkap tanpa waran. Mereka adalah Pegawai Penguatkuasa
Agama, Pegawai Polis dan Pegawai Masjid. Tangkapan oleh orang awam hanya boleh
dilakukan bagi tujuan membantu Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Polis dan Hakim
sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 8 ETJSNS 2003.

3.1.1 Perbandingan di antara seksyen 10 ETJSNS 2003 dan seksyen 15 KPJ

Secara umumnya kedua-dua peruntukan ini adalah sama kecuali bagi subseksyen 15(3) KPJ
sahaja. Di bawah subseksyen tersebut, mana-mana Pegawai Polis atau orang lain yang hendak
membuat tangkapan tidak diberikan hak untuk menyebabkan kematian pada seseorang yang
tidak dituduh dengan kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup. Berbeza
dengan seksyen 10 ETJSNS 2003 di mana tidak terdapat pengecualian sepertimana yang
terdapat di bawah subsekyen 15(3) KPJ. Peruntukan seksyen 10 ETJSNS 2003 adalah pari
materia Seksyen 10 Akta/Enakmen/Ordinan Tatacara Jenayah Syariah Negeri-Negeri kecuali
Negeri Kedah yang telah memperuntukkannya di bawah seksyen 11 ETJS(K).

3.2 Tempoh yang Dibenarkan untuk Menahan

Berdasarkan seksyen 22 ETJSNS 2003, seseorang yang ditangkap melakukan kesalahan yang
boleh ditangkap hendaklah dalam tempoh 24 jam dari masa tangkapan dibawa ke hadapan
Hakim Mahkamah Rendah Syariah untuk dipertuduhkan atau ditangguhkan kes tersebut.
Peruntukkan ini selaras dengan Perkara 5(4) Perlembagaan Persekutuan di mana Mahkamah
Syariah juga tertakluk kepada peruntukkan tersebut sama seperti Mahkamah Sivil.
Memandangkan peruntukan dalam enakmen ini tidak menyediakan peruntukan berkaitan
tahanan reman atau penahanan lanjut untuk siasatan, maka pihak Pegawai Penguatkuasa
Agama dan juga pihak Pendakwaan hendaklah memastikan bahawa mereka telah bersedia
untuk menjalankan prosiding perbicaraan apabila suspek di bawa ke mahkamah.

Dalam isu permasalahan kesalahan yang dilakukan itu terletak di bawah bidang kuasa
Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah, ianya perlu dilihat dalam
beberapa aspek. Sekiranya tertuduh yang ditangkap tanpa waran, maka tertuduh tersebut
hendaklah di dalam tempoh 24 jam di bawa ke hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
sepertimana yang dinyatakan di bawah seksyen 22(1) ETJSNS 2003. Kemudian, sekiranya
tertuduh dilepaskan dengan jaminan di bawah seksyen 23 ETJSNS 2003 oleh Ketua
Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor, maka

17
tertuduh hendaklah diperintahkan hadir ke mahkamah yang berbidangkuasa. Oleh yang
demikian peruntukan seksyen 22 ETJSNS 2003 tidak lagi terpakai ke atas tertuduh.

Menurut seksyen 22(4) ETJSNS 2003, mahkamah boleh menangguhkan kes bagi tujuan
berikut:-

i. Persediaan untuk perbicaraan; penangguhan tersebut membolehkan tertuduh melantik


peguambela dan membolehkan pihak Pendakwaan bersedia dengan saksi-saksi
pendakwaan.
ii. Pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi Syariah sekiranya kesalahan yang dilakukan
adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

Mahkamah tidak boleh menangguhkan kes bagi tujuan membolehkan pegawai penyiasat
melengkapkan kertas siasatan. Prinsip perundangan ini dapat dilihat dalam kes PP lwn Tan
Kim San apabila pihak Pendakwaan memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan kes
sekurang-kurangya enam bulan bagi melengkapkan kertas siasatan dan permohonan itu
dibenarkan. Keputusan itu kemudiannya telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi untuk semakan
dan Hakim Harun memutuskan bahawa:-

“Prinsipnya ialah seseorang tidak sepatutnya berada di Mahkamah sehinggalah siasatan di


dalam kes terhadapnya telah lengkap dan terdapat bukti prima facie untuk mendakwa orang
tersebut atas pertuduhan.”

Hal ini selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 173(g) KPJ pari materia seksyen 96(g)
ETJSNS 2003.

Orang yang ditangkap tanpa waran tersebut di bawah ke Mahkamah oleh pihak Penguatkuasa
Agama. Semasa di Mahkamah pihak Penguatkuasa Agama bertanggungjawab untuk menjaga
dan mengawal orang yang ditangkap tersebut. Keperluan membawa orang kena tangkap pada
hari pendaftaran kes adalah selari dengan peruntukan undang-undang sekiranya orang
ditangkap tersebut tidak dilepaskan dengan bon dalam tempoh 24 jam. Bagi tujuan pendaftaran
kes, dokumen-dokumen berikut hendaklah disediakan oleh pihak Pendakwaan:-

a) Kertas pertuduhan

b) Sanksi Ketua Pendakwa Syarie bagi menjalankan pendakwaan untuk kesalahan tertentu
yang dinyatakan dalam undang-undang bertulis.

18
Setelah proses pendaftaran kes selesai, maka Mahkamah akan pada hari yang sama mendengar
pertuduhan ke atas orang yang ditangkap tersebut sepertimana yang dikehendakki oleh
Subseksyen 22(4) ETJSNS 2003. Sekiranya kes tersebut ditangguhkan, maka tertuduh boleh
dilepaskan dengan jaminan. Dalam kes PP lwn Wee Swee Siang, mahkamah telah menyatakan
bahawa pertimbangan utama dalam membenarkan atau menolak jaminan adalah bagi
memastikan kehadiran tertuduh untuk perbicaraan dan jaminan tidak sepatutnya ditolak dengan
mudahnya.

Dalam keadaaan tertuduh gagal mengemukakan jaminan, maka tertuduh akan di tahan di
penjara atau dalam jagaan polis di bawah waran penahanan sepertimana yang diperuntukkan
di bawah seksyen 22(5) ETJSNS 2003. Tempoh penahanan tersebut tidaklah melebihi tempoh
lapan (8) hari sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 107 ETJSNS 2003. Sebagai
contoh dalam kes Ketua Pendakwa Syarie lwn Abdul Kahar bin Ahmad, mahkamah telah
memerintahkan tertuduh ditahan sementara mengikut seksyen 107(1) ETJSNS 2003. Di bawah
Akta/Enakmen/Ordinan Tatacara Jenayah Syariah Negeri-Negeri tidak mengklasifikasikan
kesalahan jenayah Syariah sebagai kesalahan boleh jamin atau tidak boleh jamin. Oleh yang
demikian, semua kesalahan jenayah Syariah adalah kesalahan boleh jamin.

3.2.1 Perbandingan di antara seksyen 22 ETJSNS 2003 dan seksyen 28 KPJ

Secara umumnya kedua-dua peruntukan in mengkehendaki pihak polis atau Pegawai


Penguatkuasa Agama untuk membawa orang yang ditangkap tampa waran dalam tempoh 24
jam samada ke hadapan Majistret atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Namun begitu
terdapat beberapa perbezaan ketara di antara dua (2) peruntukan ini dan perbezaan tersebut
adalah seperti berikut:-

1. Seksyen 28(3) KPJ mengecualikan orang yang ditangkap tanpa waran dibawa ke
hadapan Majistret dalam tempoh 24 jam sekiranya orang ditangkap tersebut ditahan
atas perintah reman di bawah Seksyen 117 KPJ daripada Majistret. Peruntukan ini yang
dibaca dengan Seksyen 17 KPJ membolehkan orang yang ditangkap tersebut ditahan
reman bagi membolehkan pegawai polis yang menjalankan siasatan menyiapkan
penyiasatan. Peruntukan berkaitan perintah reman tidak terdapat di bawah Seksyen 22
ETJSNS 2003 atau mana-mana Akta/Enakmen/Ordinan Tatacara Jenayah Syariah
Negeri-Negeri.

19
2. Seksyen 22(4) ETJSNS 2003 menyatakan apabila orang yang ditangkap tersebut
dibawa ke hadapan Mahkamah Rendah Syariah, maka Mahkamah hendaklah
mendengar pertuduhan terhadap tertuduh atau menangguhkan kes tersebut. Di bawah
Seksyen 28 KPJ, tiada peruntukanseumpama peruntukan Seksyen 22(4) ETJSNS 2003
tersebut.
3. Seksyen 22(5) ETJSNS 2003 pula menyatakan apabila kes ditangguhkan dan sekiranya
tertuduh tidak dilepaskan dengan jaminan, maka tertuduh akan ditahan dalam penjara
atau jagaan polis. Di bawah Seksyen 28 KPJ, tiada peruntukan seumpama peruntukan
Seksyen 23(5) ETJS(K) tersebut.

3.3 Penggeledahan

Penggeledahan adalah satu kuasa yang diberikan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama oleh
undang-undang bagi menyempurnakan tugasnya dalam melakukan siasatan terhadap sesuatu
kes. Ianya bertujuan bagi mendapatkan bahan bukti yang relevan yang boleh membantu
mengaitkan suspek dengan kesalahan yang disyaki dilakukan. Terdapat dua (2) kaedah yang
digunakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama dalam menjalankan penggeledahan iaitu
penggeledahan tanpa waran dan penggeledahan dengan waran. Kuasa untuk menggeledah
adalah berkaitan terhadap orang/tubuh badan atau premis.

Bagi penggeladahan tanpa waran, Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat sesuatu
penyiasatan boleh menggeledah menurut seksyen 63 ETJSNS 2003 jika Pegawai Penguatkuasa
Agama tersebut berpendapat bahawa adanya keperluan untuk suspek mengemukakan dokumen
atau benda lain bagi membantu penyiasatan, dan suspek tersebut bermungkinan tidak akan
mengemukakan dokumen itu, maka Pegawai Penguatkuasa Agama bolehlah menggeledah
untuk mencari dokumen atau benda itu. Subseksyen 63(1)(b) ETJSNS 2003 juga membenarkan
suatu penggeledahan dibuat oleh seorang pegawai penyiasat di mana-mana tempat untuk
mencari dokumen atau benda lain sekiranya mempunyai sebab mempercayai bahawa dokumen
atau benda lain tersebut tidak diketahui berada dalam milikan mana-mana orang.

Berdasarkan peruntukan seksyen 63 ETJSNS 2003, penggeledahan hendaklah dilakukan oleh


Pegawai Penguatkuasa Agama yang menjalankan siasatan. Dalam kes Mohammad Syafiq
Dollah lwn Sarjan Mejar Abdul manaf Jusoh & Yang Lain, Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur, inter alia memutuskan bahawa penggeledahan mengikut seksyen 116 KPJ pari
materia seksyen 63 ETJSNS 2003 hanya terpakai kepada pegawai penyiasat dan bukannya

20
pegawai tangkapan. Manakala subseksyen 63(2) dan (3) menyatakan bahawa penggeledahan
tersebut boleh dilakukan sendiri oleh pegawai penyiasat tersebut atau mana-mana pegawai
bawahannya setelah menerima perintah bertulis yang menyatakan dokumen atau benda yang
dicari dan tempat yang hendak digeledah.

Selain itu, penggeledahan dengan waran pula boleh dilakukan dengan cara memohon waran
kepada mahkamah. Menurut seksyen 44 ETJSNS 2003, mahkamah mempunyai kuasa untuk
mengeluarkan waran geledah bagi alasan-alasan berikut:-

i. Apabila Mahkamah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa saman di bawah


Seksyen 42 ETJSNS 2003 tidak akan dipatuhi;
ii. Apabila harta atau dokumen itu tidak diketahui oleh Mahkamah berada dalam milikan
mana-mana orang,
iii. Apabila Mahkamah berpendapat bahawa maksud keadilan atau siasatan, perbicaraan
atau posiding berkaitan tidak akan tercapai kecuali melalui penggeledahan atau
pemeriksaan am; atau
iv. Mahkamah mempunyai sebab mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan
berdasarkan maklumat atau selepas suatu siasatan dijalankan.

Bagi permohonan waran geledah di bawah Seksyen 44(1) (a) ETJSNS 2003 ini, permohonan
di bawah Seksyen 42 ETJSNS 2003 hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum waran geledah
di bawah peruntukan ini. Secara umumnya terdapat dua (2) jenis penggeledahan iaitu geledah
orang atau tubuh badan dan geledah premis. Bagi geledah orang atau tubuh badan, ianya
bertujuan bagi memastikan tiada sebarang barang bahaya dan bagi mencari bahan bukti.
Sebagai contoh dalam kesalahan berjudi, Pegawai Penguatkuasa boleh memeriksa orang
tersebut bagi mencari bahan bukti seperti tiket perjudian, kad judi dan sebagainya. Menurut
seksyen 15 ETJSNS 2003, Di bawah peruntukan Subseksyen (1), Pegawai Penguatkuasa
Agama atau pegawai Polis yang membuat tangkapan diberi kuasa untuk memeriksa dan
menvita segala barang yang dijumpai pada orang yang ditangkap selain daripada pakaian yang
perlu dipakainya. Barang-barang yang dijumpai tersebut kemudiannya hendaklah diletakkan
dalam jagaan selamat. Sekiranya dipercayai barang tersebut digunakan untuk melakukan
kesalahan, maka barang-barang tersebut boleh ditahan sehinggalah orang yang ditangkap itu
dilepaskan atau dibebaskan. Pemeriksaan dan penyitaan tersebut berlaku di dalam dua keadaan
iaitu:-

21
i. Apabila Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai Polis membuat tangkapan
menurut suatu waran tangkap yang tidak membenarkan jaminan atau menurut waran
yang membenarkan jaminan tetapi orang yang ditangkap tersebut gagal mengemukakan
jaminan tersebut; atau
ii. Apabila Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis membuat tangkapan tanpa
waran dan orang yang ditangkap tidak dapat mengemukakan jaminan.

Subseksyen (2) pula mengkehendaki Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang
membuat tangkapan untuk menyediakan senarai sitaan bagi barang-barang yang disita di
bawah subsekyen (1). Senarai sitaan tersebut hendaklah ditandatangani oleh pegawai tersebut.

Seterusnya, bagi geledah premis pula, ianya bertujuan untuk mendapatkan bahan bukti atau
mencari suspek yang dipercayai berada di suatu tempat. Seksyen 11 ETJSNS 2003
menerangkan tatacara yang perlu dipatuhi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai
Polis dalam melaksanakan penggeledahan tempat yang dimasuki oleh orang yang hendak
ditangkap. Subseksyen 11(1) menyatakan bahawa Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai
Polis mempunyai kuasa untuk masuk bebas ke dalam mana-mana tempat sekiranya mempunyai
sebab mempercayai bahawa orang yang hendak ditangkap telah masuk atau berada di dalam
premis tersebut. Di dalam keadaan tersebut, orang yang tinggal di tempat itu atau penjaga
tempat itu hendaklah membenarkan Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis masuk
bagi maksud penggeledahan tersebut.

Peruntukan di bawah Subseksyen ini hanya boleh diguna pakai apabila terdapat "sebab
mempercayai" bahawa orang yang hendak ditangkap telah masuk atau berada di dalam premis
tersebut. Oleh yang sedemikian, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang
hendak melaksanakan penggeledahan di bawah Subseksyen ini hendaklah mempunyai alasan
yang mencukupi bagi menyokong kepercayaan tersebut. Dalam hal ini mahkamah mempunyai
bidang kuasa bagi melihat dan menilai samada wujud alasan tersebut. Mana-mana Pegawai
Penguatkuasa Agama tau Pegawai Polis yang memasuki mana-mana tempat berdasarkan kuasa
yang diberikan di bawah peruntukan ini tidak boleh disabitkan dengan kesalahan menceroboh
walaupun tanpa waran tangkap. Namun begitu tindakan Pegawai Penguatkuasa Agama atau
Pegawai Polis tersebut hendaklah dilaksanakan dengan suci hati (good faith) dan bukan
sebaliknya.

Subseksyen 12(2) pula menyatakan sekiranya Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai
Polis tidak dibenarkan masuk ke dalam premis tersebut, maka mereka boleh secara sah

22
memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar bagi tujuan melaksanakan penggeledahan
tersebut. Namun tindakan sedemikian hanya boleh dibuat setelah Pegawai Penguatkuasa
Agama atau Pegawai Polis tersebut memberitahu kuasa dan maksud penggeledahan dan setelah
permintaan hendak masuk telah dibuat. Peruntukan di bawah Subseksyen ini turut
membenarkan Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai Polis memasukki mana-mana
tempat secara kekerasan dalam keadaan waran tangkap boleh dikeluarkan tetapi tidak boleh
diperolehi tanpa memberi orang yang hendak ditangkap itu peluang melarikan diri. Namun
sekiranya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai Polis mempercayai bahawa orang
hendak ditangkap berada di dalam premis tersebut dan pada masa yang sama pintu premis
tersebut sedia terbuka, maka tiada keperluan bagi pihak Pegawai Penguatkuasa Agama atau
Pegawai Polis untuk menunggu atau membuat permintaan secara formal sebelum memasuki
premis tersebut.

Terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan pengkaji undang-undang berkenaan terma


‘waran’ yang digunakan dalam peruntukan subseksyen 11(2) ETJSNS 2003. Menurut Profesor
Shamrahayu A. Aziz dalam bukunya Criminal Procedure in the Syariah Courts menafsirkan
perkataan ‘waran’ dalam subseksyen 11(2) sebagai waran geledah. Manakala menurut Syeikh
Ahmad Tarmizi Abd Halim dalam bukunya Ibnu Najah Mengupas Tatacara Jenayah di
Mahkamah Syariah (Ulasan dan Perbandingan) JILID 1 menafsirkan ‘waran’ merujuk kepada
waran tangkap disebabkan peruntukan tersebut adalah di bawah Bab 2 berkaitan perihal
menangkap, melarikan diri dan menangkap semula.

Seterusnya, seksyen 48 ETJSNS 2003 memberikan kuasa kepada hakim untuk mengeluarkan
suatu waran geledah jika hakim mempunyai sebab mempercayai seseorang itu telah dikurung
secara salah. Oleh itu, setelah waran tersebut dikeluarkan, orang yang kepadanya waran itu
diarahkan bolehlah mencari orang yang dikurung di tempat yang dinyatakan di dalam waran.
Jika orang yang dikurung itu ditemui, maka orang tersebut hendaklah dibawa di hadapan hakim
untuk perintah selanjutnya. Sebagai contoh, waran geledah boleh dimohon di bawah
peruntukan ini bagi kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup
sebagai suami isteri di bawah seksyen 33 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Seorang
suami boleh memohon waran geledah kepada mahkamah bagi mencari isterinya yang dikurung
secara salah di rumah ibu bapanya dengan tujuan menghalang suami isteri yang sudah bernikah
dengan sah daripada hidup bersama.

23
Selanjutnya, penjaga tempat yang boleh digeledah dengan suatu waran geledah hendaklah
membenarkan pegawai atau orang yang melaksanakan waran geledah itu untuk bebas masuk
ke dalam tempat tersebut dan memberikan kemudahan kepada pegawai atau orang yang
melaksanakan waran itu. Sekiranya penjaga tempat tersebut tidak memberikan kerjasama atau
kebenaran, maka subseksyen 49(2) memberikan kuasa kepada pegawai atau orang yang
melaksanakan waran geledah untuk memecah buka pintu atau tingkap tempat itu bagi tujuan
melaksanakan waran geledah tersebut. Walau bagaimanapun, tindakan memecah pintu dan
tingkap hanya boleh dilakukan setelah permintaan hendak masuk telah dibuat dan pegawai atau
orang yang melaksanakan waran itu terlebih dahulu memberitahu kuasa dan maksudnya dalam
melaksanakan penggeledahan.

3.3.1 Perbandingan Penggeledahan Tanpa Waran Menurut Seksyen 63 ETJSNS 2003


Dengan Seksyen 116 KPJ

Secara substantifnya kedua-dua peruntukan tersebut adalah sama.

3.3.2 Perbandingan Penggeledahan Dengan Waran Menurut Seksyen 44 ETJSNS 2003


Dengan Seksyen 54 KPJ

Secara substantifnya kedua-dua peruntukan tersebut adalah sama, namun terdapat dua (2)
perbezaan yang ketara di antara seksyen 44 ETJSNS 2003 dan seksyen 54 KPJ iaitu:-

i. Di bawah seksyen 44(1) ETJSNS 2003 terdapat empat (4) keadaan yang menyatakan
di mana suatu waran geledah boleh dikeluarkan manakala di bawah seksyen 54(1) KPJ
hanya terdapat tiga (3) keadaan suatu waran geledah dapat dikeluarkan. Di bawah
seksyen 54(1) KPJ, tidak terdapat peruntukan yang sama maksud dengan seksyen
44(1)(d) ETJSNS 2003; dan
ii. Di bawah seksyen 54 KPJ, terdapat peruntukan subseksyen (2) di mana peruntukan
tersebut menyatakan bahawa hanya Mahkamah Tinggi sahaja mempunyai kuasa untuk
mengeluarkan waran geledah kerana mencari sesuatu artikel pos, telegram atau
dokumen lain yang ada dalam milikan pihak berkuasa pos atau telegraf. Peruntukan
bagi maksud yang sama tidak terdapat di bawah seksyen 44 ETJSNS 2003.

24
KESIMPULAN

Tatacara jenayah Syariah yang diamalkan di Mahkamah Syariah negeri-negeri merupakan


adaptasi daripada Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang diguna pakai di Mahkamah Sivil
dengan beberapa pindaan bagi disesuaikan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan
hukum syarak. Kewujudan kepada tatacara ini mampu menjamin penguatkuasaan undang-
undang jenayah Syariah berjalan dengan teratur, sistematik serta memberi keadilan kepada
pihak-pihak. Selain itu, tatacara ini menjadi platform yang inklusif kepada umat Islam di
Malaysia dalam menuntut keadilan kerana ianya berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam dan
secara tidak langsung mendapat kepercayaan serta keyakinan daripada umat Islam akan
institusi kehakiman Islam.

Tatacara jenayah Syariah mahupun Kanun Prosedur Jenayah merupakan garis panduan yang
berperanan penting dalam memastikan penguatkuasaan dan pendakwaan sesuatu kesalahan
jenayah dapat dilaksanakan dengan standard dan tidak kucar-kacir. Pihak penguatkuasa dan
pendakwa tidak akan tersasar dalam melaksanakan tugas masing-masing kerana kedua-dua
peruntukan tersebut mengandungi segala aspek prosedural yang menjelaskan berkaitan
tindakan atau tatacara bagi sesuatu kesalahan. Justeru, pelaksanaan keadilan dapat diteruskan
dengan telus kerana wujudnya panduan serta manual ini walaupun terdapat perbezaan di antara
peruntukan-peruntukan tersebut.

Kesimpulannya, prosedur jenayah sivil meletakkan kepentingan masyarakat sebagai kriteria


utama dalam pembentukkan peruntukannya dan keutamaan yang sama juga diberikan dalam
tatacara jenayah Syariah kerana kedua-dua kaedah penguatkuasaan itu mempunyai elemen
kepentingan awam, moral dan agama yang mesti diberi perhatian oleh pihak berautoriti dalam
merangka dan melaksanakan sebuah undang-undang.

RUJUKAN

Syeikh Ahmad Tarmizi b. Abd Halim. 2022. Ibnu Najah Mengupas Tatacara Jenayah di
Mahkamah Syariah (Ulasan dan Perbandingan) JILID 1. Kajang: Anaasa Publication.

Shamrahayu A. Aziz. 2011. Criminal Procedure in the Syariah Courts. Swee & Maxwell Asia.

Siti Zubaidah Ismail. 2016. Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

25

You might also like