You are on page 1of 21

Mahkamah Syar’iah dibawah Sistem Kehakiman Brunei Moden

Pensyarah kepada SD0306 Legal System of Brunei dan ASEAN

Dr Sulaiman Dorloh

Amira Syahmiena binti Suhaimey

21D0109

Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam Sistem Keadilan Jenayah


Syari’ah

Tahun 1

Fakulti Undang-undang Shariah

Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Brunei Darussalam
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
Isi Kandungan
Bab 1: Pertubuhan dan Personel Mahkamah............................................................1

Bab 2: Bidangkuasa......................................................................................................3

2.1 Bidangkuasa Am...................................................................................................3

2.1.1 Mahkamah Rendah Syariah...........................................................................3

2.1.2 Mahkamah Tinggi Syariah.............................................................................3

2.1.4 Mahkamah Rayuan Syar’iah..........................................................................5

2.2 Bidangkuasa Jenayah syari’ah..............................................................................5

2.3 Bidangkuasa Mal..................................................................................................6

Bab 3: Undang-undang Acara Mahkamah Syar’iah................................................7

3.1 Peraturan-peraturan Am........................................................................................7

3.2 Undang-undang Acara Jenayah syari’ah...............................................................9

3.2.1 Aduan dan Tindakan....................................................................................10

3.2.2 Perbicaraan dan Keputusan..........................................................................11

3.2.3 Lain-lain Hal Yang Berkaitan Dengan Prosedur Perbicaraan Jenayah


syari’ah..................................................................................................................11

3.2.4 Rayuan; Peraturan Am.................................................................................12

3.2.5 Rayuan; Acara Rayuan Jenayah syari’ah.....................................................12

3.3 Undang-undang Acara Mal.................................................................................13

3.3.1 Aduan dan Tindakan....................................................................................13

3.3.2 Perbicaraan dan Keputusan..........................................................................14

3.3.3 Rayuan Mal..................................................................................................15

Penutup........................................................................................................................16

Rujukan.......................................................................................................................17
Pengenalan
Mahkamah-mahkamah menunjukkan sistem kehakiman dijalankan di Negara Brunei
Darussalam pada era moden yang terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Awam dan
Mahkamah Khas yang mana Mahkamah Syari’ah termasuk dalam Mahkamah Khas.
Mahkamah Khas adalah sebuah institusi kehakiman yang khusus yang tidak meliputi
secara umum.

Mahkamah Syari’ah ialah sebuah institusi kehakiman yang menyelesaikan segala kes
yang berkaitan dengan hal-hal pribadi orang-orang Islam sama ada ianya kes jenayah
syari’ah ataupun kes mal berdasarkan bidangkuasa yang diperuntukkan.1 Berbeza
dengan Mahkamah Mal, Mahkamah Syari’ah adalah khusus untuk orang-orang yang
berugama Islam sahaja melainkan situasi bagi kes tersebut melibatkan orang awam
bahkan orang luar.

Bab 1: Pertubuhan dan Personel Mahkamah


Pertubuhan Mahkamah Syari’ah di Negara Brunei Darussalam diselaraskan dengan
Enakmen-Enakmen Mahkamah 1908 dimana Enakmen ini digubalkan pada tahun
1951 yang tidak membawa perubahan pada Mahkamah Syari’ah.2

Lalu pada tahun 1955, Undang-undang Majlis Ugama dan Mahkamah-mahkamah


Kadi dipersetujui pertubuhannya begitu juga dengan Mahkamah Syari’ah yang
disusunkan secara besar-besaran. Pada tahun 2001, Akta Mahkamah-Mahkamah
Syariah, Penggal 184 telah dikuatkuasakan menggantikan undang-undang yang
sebelum ini.3 Ianya membawa kepada perubahan yang besar kepada mahkamah-
mahkamah Syari’ah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah pada tahun 1996 tentang penubuhan
Mahkamah-Mahkamah Syariah. Dari petikan titah Baginda Sultan;

1
Wikipedia. (21 Februari 2022). Mahkamah Syariah di Malaysia.
2
Enakmen no.1. (1908). Laws of Brunei 1906-1930.
3
Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri. (2018). “Mengenai Mahkamah Syariah”.

1
"Dengan rasa keimanan yang bulat terhadap peraturan dan undang-undang Allah,
maka Beta telah memperkenankan penubuhan Mahkamah-Mahkamah Syara'iah
sehingga ke tahap yang setinggi-tingginya, bagi menangani bukan sahaja pentadbiran
undang-undang keluarga, malahan juga di ketika yang sesuai dan munasabah akan
juga mengendalikan Qanun Jina'i Islam yakni Islamic Criminal Act selengkapnya,
sebagaimana yang dituntut oleh Allah Subhanahu Wata'ala"

Dibawah Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah, Penggal 184 ini telah mewujudkan


tiga mahkamah iaitu Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi
Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Hanya Mahkamah Tinggi Syari’ah dan
Mahkamah Rayuan Syariah sahaja yang boleh mengendalikan kes-kes rayuan seperti
ditentukan di dalam akta.

Dengan penubuhan Mahkamah-Mahkamah Syariah yang baru ini, istilah Kadhi tidak
lagi digunakan tetapi digantikan mengikut peringkat mahkamah. Mahkamah Rendah
Syariah menggunakan istilah Hakim Mahkamah Rendah Syariah, istilah Mahkamah
Tinggi Syariah adalah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan bagi istilah Mahkamah
Rayuan Syariah pula ialah Ketua Hakim Syar'ie.

Pelantikan Hakim Syar’ie dipegang oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
dengan mengeluarkan surat perintah merujuk kepada nasihat orang yang mengetahui
mengenainya yang sudah pastinya berkelayakan untuk posisi tersebut. Hakim Syari’e
mempunyai peranan dalam mengendalikan perbicaraan-perbicaraan kes sama ada kes
jenayah syari’ah atau kes mal.

Mahkamah Syari’ah secara umumnya, selain daripada Hakim Syari’e, setiap staf
mempunyai peranan dalam perbicaraan iaitu Pendakwa Raya yang menguruskan
pendakwaan dan Pendaftar Mahkamah menguruskan segala pentadbiran Mahkamah.
Ini berpandukan pada Perintah Acara Mal Mahkamah-Mahkamah Syariah 2005.

Sebarang pindaan dibuat dalam Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah Penggal 184 di


dalam Perintah Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah (pindaan) 2005.

2
Bab 2: Bidangkuasa
2.1 Bidangkuasa Am
Bidangkuasa Mahkamah Syari’ah ialah mendengarkan, membicarakan dan membuat
keputusan dalam setiap kes jenayah syari’ah dan kes mal yang berkaitan dengan orang
Islam. Setiap Mahkamah-mahkamah Syari’ah mempunyai bidangkuasa yang berlainan
dan dibataskan mengikut sesuatu kes yang diterima. Kes yang dibicarakan di
Mahkamah Rendah Syariah Besar tidak seringan daripada kes Mahkamah Rendah
Syariah.

2.1.1 Mahkamah Rendah Syariah


Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah untuk mengendalikan kes-kes mal dan
jenayah syari’ah. Ia telah dikhususkan dengan bidangkuasa yang terhad dimana
mempunyai batasan bagi setiap kesalahan dalam menjatuhkan suatu hukuman.
Bidangkuasa jenayah syari’ah tidak melebihi $10,000 atau penjara tidak melebihi 7
tahun atau kedua-duanya sekali seperti ditetapkan dalam bab 16 dari Akta Mahkamah-
Mahkamah Syariah Penggal 184. Manakala bidangkuasa mal Mahkamah Rendah
Syariah tidak melebihi dari $5,000 atau dianggarkan dengan nilainya.

2.1.2 Mahkamah Tinggi Syariah


Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidangkuasa untuk membuat perbicaraan
khususnya orang Islam bagi kes kesalahan jenayah syari’ah dan juga memutuskan
hukuman dinyatakan dalam akta bagi kesalahan jenayah syari’ah tersebut dan kes mal.
Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah diperuntukkan dalam bab 15 dari Akta
Mahkamah-Mahkamah Syariah Penggal 184. Mahkamah ditentukan kuasa untuk
menjatuhkan hukuman bagi kesalahan jenayah syari’ah sebanyak $10,000 atau penjara
tidak melebihi 6 bulan.

i. Bidangkuasa Pengawasan dan Semakan Mahkamah Tinggi Syariah


Bidangkuasa Pengawasan dan Semakan Mahkamah Tinggi Syariah diberikan kepada
Mahkamah Tinggi untuk pengawasan dan semakan ke atas Mahkamah –Mahkamah
Rendah Syariah menurut bab 19 dari Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah Penggal
184 yang tertulis:

3
(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa pengawasan dan
penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika didapati perlu,
demi kepentingan keadilan, sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan
mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam
sebarang perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam mana-mana
perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam mana-mana Mahkamah
Rendah Syariah, meminta dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh
membuat apa-apa perintah yang perlu demi kepentingan keadilan.

(2) Apabila Mahkamah Tinggi Syariah meminta rekod di bawah ceraian (1), semua
prosiding dalam Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau
prosiding tersebut hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya
daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

ii. Bidangkuasa Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah


Di dalam bab 17 dan 18 dari Akta Penggal 184, bidangkuasa rayuan Mahkamah
Tinggi Syariah dibincangkan bagi setiap rayuan dibuat daripada Mahkamah Rendah
Syari’ah.

Menurut bab 17 mengenai rayuan dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah dimana
rayuan itu hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap apa-
apa keputusan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah.

Bidang kuasa jenayah mahkamah itu boleh menerima rayuan yang dibuat sama ada
oleh Pendakwa Syar’ie atau orang yang menerima hukuman penjara atau didenda dan
rayuan itu boleh dibuat terhadap pembebasan, atau terhadap penyabitan kesalahan
atau hukuman atau kedua-duanya sekali, atau mana-mana bahagiannya.

Bagi bidang kuasa malnya pula, mana-mana rayuan boleh difailkan oleh mana-mana
orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan diterima, dalam semua kes yang
melibatkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri oleh orang yang tidak bersetuju
dengan keputusan itu dan dalam semua kes berhubung dengan nafkah orang-orang
tanggungan terkilan dengan keputusan itu. Akan tetapi, rayuan tersebut tidak boleh

4
keputusan yang sudah dibuat dengan persetujuan dimana pihak itu berpuas hati akan
keputusan itu.

Dalam sebarang rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh menolak rayuan itu,
menyabitkan dan menghukum perayu, memerintahkan Mahkamah perbicaraan
memanggil pembelaan atau memerintahkan penyiasatan lanjut, menambah atau
mengubah hukuman itu, memerintahkan perbicaraan semula, atau mengubah atau
mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan bagi perkara jenayah,

Bagi perkara mal pula, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan


Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh
Mahkamah perbicaraan, membuat perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah
perbicaraan, atau memerintahkan perbicaraan semula.

Rayuan dan permohonan untuk kebenaran merayu dibawah bab 17(4) hendaklah
dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut prosedur yang ditetapkan. Namun,
dalam sebarang hal, hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh
penghakiman, perintah atau keputusan yang berkenaan dengannya rayuan atau
permohonan itu dibuat.

Mahkamah Tinggi Syariah, apabila mendengar mana-mana permohonan untuk


kebenaran merayu boleh melanjutkan tempoh untuk merayu, walaupun masanya telah
tamat atas alasan tertentu.

2.1.4 Mahkamah Rayuan Syar’iah


Mahkamah Rayuan Syar’iah memiliki bidangkuasa untuk mendengar dan
membicarakan rayuan yang dibuat daripada Mahkamah Tinggi Syar’iah. Bidangkuasa
Mahkamah Rayuan Syari’ah tertaktub dalam bab 20(1) dan (2) dari Akta Mahkamah-
Mahkamah Syariah Penggal 184.

2.2 Bidangkuasa Jenayah syari’ah


Mahkamah Syari'ah Brunei mempunyai bidangkuasa Jenayah syari’ah dimana
kesalahan-kesalahan tertaktub keatasanya adalah terhad bagi setiap mahkamah dan

5
khusus untuk orang Islam seperti disebutkan dalam akta. Bidangkuasa Jenayah
syari’ah ini boleh dibahagikan kepada enam bahagian bagi kesalahan-kesalahan iaitu:

1) Kesalahan-kesalahan matrimoni
2) Kesalahan-kesalahan berhubung dengan seks
3) Kesalahan-kesalahan berhubung dengan minuman keras
4) Kesalahan-kesalahan dari aspek keimanan
5) Kesalahan-kesalahan berhubung dengan menukar ugama dan
6) Pelbagai kesalahan-kesalahan yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

Segala keterangan mengenai kesalahan-kesalahan dan hukuman-hukuman dinyatakan


di dalam Kanun Hukuman Jenayah. Penggal 22. Tindakan kehakiman tidak boleh
diambil ke atas orang yang bukan berugama Islam tetapi mereka boleh menjadi saksi
dan malah juga didakwa bersubahat menurut syarat-syarat bahagian 5 Undang-undang
Jenayah syari’ah.

Bagi bidangkuasa jenayah Mahkamah Tinggi Syari’ah, dalam bab 15(a) Akta
Mahkamah-Mahkamah Syariah, Penggal 184 menyatakan bahwa “apa-apa kesalahan
yang boleh dihukum di bawah sebarang undang-undang bertulis yang
memperuntukkan kesalahan-kesalahan jenayah syariah, di bawah sebarang undang-
undang bertulis berkenaan dengan undang-undang keluarga Islam atau di bawah
sebarang undang-undang bertulis lain yang memberi kepada Mahkamah Tinggi
syariah bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan, dan boleh mengenakan
sebarang hukuman yang diperuntukan di dalamnya”

2.3 Bidangkuasa Mal


Bidangkuasa mal untuk Mahkamah Tinggi Syari’ah yang tertaktub dalam bab 15 (b)
dari Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah Penggal 184, kuasa untuk mendengar dan
memutuskan semua tindakan dan prosiding yang berhubung dengan:

6
1. pertunangan, perkahwinan (termasuk ta’at balik), perceraian, khulu’, fasakh,
cerai ta’liq, menentukan giliran, li’an, illa atau mana-mana perkara yang
berkaitan dengan perhubungan suami isteri;

2. mana-mana pembahagian atau tuntutan kepada mana-mana harta yang terbit


dari mana-mana perkara yang tersebut dalam perengggan kecil (i) perenggan
ini;

3. nafkah tanggungan, kesahtarafan (ithbatun nasab) atau penjagaan atau jagaan


(hadanah) kanak-kanak;

4. pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian;


5. wasiat atau pemberian semasa maradal-maut;
6. pemberian (hibah), atau penyelesaian (sulh) yang dibuat tanpa balasan wang
atau tanpa nilaian yang memadai oleh seorang Islam;

7. pembahagian dan pewarisan harta, berwasiat atau tidak berwasiat;


8. pembahagian dan pewarisan harta, berwasiat atau tidak berwasiat;
9. penentuan orang-orang yang berhak mendapat bahagian harta pusaka si-mati
Islam atau sebahagiannya yang orang-orang itu masing-masing berhak; atau

10. perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa


diberikan oleh sebarang undang-undang bertulis.

Pihak-pihak terlibat di perkara atas hendaklah berugama Islam untuk memakbulkan


syarat undang-undang

7
Bab 3: Undang-undang Acara Mahkamah
Syar’iah
3.1 Peraturan-peraturan Am
Peraturan-peraturan Am menyatakan bahwa setiap Mahkamah Rendah Syariah
mempunyai stamp khas untuk persuratan. Setiap surat dihasilkan akan dicop dan
ditandatangi oleh Pengerusi Mahkamah.

Mahkamah mempunyai bahasa yang tertentu iaitu Bahasa Melayu dan akan ditulis
sama ada menggunakan Rumi ataupun jawi dalam setiap dokumen. Mahkamah
bertanggungjawab untuk menjaga setiap dokumen, daftar perbicaraan dan kewangan
Mahkamah.

Dalam perbicaraan mal dan jenayah syari’ah di Mahkamah Syari'ah, kehadiran kedua
pihak adalah kewajipan kecuali ada kebenaran daripada Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan untuk diwakili tetapi kehadiran peguam yang bertentangan dengan
Hukum Syarak tidak dibolehkan untuk datang untuk perbicaraan.

Tambahan lagi, peraturan menerangkan bahwa hanya pegawai mahkamah atau orang
yang dibenarkan boleh memberikan saman mahkamah kepada pihak yang dikenakan
saman bagi kes jenayah syari’ah. Bagi kes Mal pula, mengikut perintah mahkamah,
penyampaian saman akan diberikan sama ada secara persendirian (personal) atau
penyampaian ganti.

Apabila penerima sama tidak mahu menerima, maka hendaklah memastikan penerima
maklum akan menerima saman itu akan segala isinya dulu, lalu boleh ditinggalkan.
Setelah penyampaian tersebut dibuat, penyampaian saman akan memfailkan
memorandum secara terperinci. Keterangan lisan boleh dibuat jika memerlukan
penyerahan.

Segala keterangan hendaklah berpandukan Undang-undang Keterangan Islam dan


boleh juga melihat pada dasar-dasar undang-undang keterangan mahkamah awam jika

8
perlu. Sewaktu dalam proses keterangan diberikan, acara mengangkat sumpah atau
ikrar dikalangan saksi-saksi untuk mengatakan keterangan yang akan diberikan itu
sebuah kebenaran. Melainkan keterangan tersebut didapati tidak benar dan
kebohongan oleh mahkamah, maka mahkamah hendaklah melaporkan kepada
Pendakwa Raya.

Bahkan lagi, Mahkamah Syari'ah ada kuasa meminta keterangan saksi atau dokumen
yang berada dalam milik mereka melalui saman. Mana-mana denda atau tindakan
diambil oleh mahkamah boleh ditetapkan ditangguhkan atau dicepatkan. Begitu juga
dengan perbicaraan boleh dipindahkan ke tempat lain tetapi dengan persetujuan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

3.2 Undang-undang Acara Jenayah syari’ah


Aduan boleh dibuat secara lisan dan bertulis kepada Pegawai Mahkamah dan Pegawai
menerima dan mencatat secara lisan dan bertulis lalu meminta pengadu untuk
bersumpah sebagai pengakuan akan kebenaran akan aduannya. Namun, jika
mahkamah meragui akan kebenaran aduannya maka boleh tidak menerima aduan
tersebut.

Mahkamah Syari'ah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman terhadap yang


dituduh agar tertuduh memberikan penjelasan setelah aduan dibuat. Orang yang
dituduh hendaklah mengetahui akan segala maklumat ringkas daripada saman
mengenai kenyataan tuduhan dan hukuman yang boleh dijatuhkan jika didapati
tertuduh itu bersalah.

Mahkamah boleh mengeluarkan waran bertujuan untuk melakukan penangkapan


keatas tertuduh untuk kehadirannya di mahkamah sekiranya diyakinkan dengan sebab
tertentu bahwa tertuduh tidak mengikuti perintah dalam saman atau tertuduh tidak
dapat dicari atau hukuman tertuduh jika didapati bersalah adalah penjara.

Walaubagaimanapun, pegawai boleh tidak menggunakan waran untuk sewaktu


penangkapan bagi orang yang didapati tidak memberikan nama dan tempat tinggal

9
yang sebenar dan membuat perbuatan yang salah disisi undang-undang atau juga
waran itu dikeluarkan namun tidak berada dalam milik pegawai ketika itu.

Setelah tertuduh menghadiri ke mahkamah melalui saman atau waran, mahkamah ada
kuasa sama ada untuk menahan tertuduh di dalam penjara atau membebaskan dengan
jaminan wang tunai untuk memastikan akan kehadirannya pada perbicaraan
seterusnya.

Mahkamah Syari'ah menempatkan orang-orang berikut untuk mengendalikan


pendakwaan jenayah syari’ah iaitu:

 Orang-orang yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
dengan bertulis

 Pendakwa Raya (lazimnya dilakukan oleh Pendakwa Raya dalam


pendakwaan)

 Pegawai Polis
 Imam atau penghulu mukim yang berada di tempat kejadian
 Penghulu daerah yang berada di tempat kejadian
 Pengadu atau pemberitahu

Ketika hendak merangkakan tuduhan, kenyataan mengenainya hendaklah cukup


tentang kesalahan ith dan boleh melebihi dari setakat satu kesalahan selagi ianya
daripada satu perkara yang sama dimana boleh dibicarakan dalam satu perbicaraan.
Ianya juga serupa dengan tertuduh dimana didakwa lebih daripada seorang.

3.2.1 Aduan dan Tindakan


Permulaan bagi perbicaraan Mahkamah dengan tuduhan dibaca oleh pendaftar dan
sekiranya tertuduh mengakui akan kesalahannya maka hukuman akan dijatuhkan
dengan sebab pengakuan tertuduh tetapi jika tertuduh tidak mengakui bersalah dan
mohon perbicaraan lanjut, Pendakwa akan membuat penerangan kedudukan undang-
undang bagi kesalahan dan perkara berkaitan untuk pembuktian. Dengan itu, saksi

10
dipanggil dan akan disoal dan ketika itu tertuduh boleh menyoal balas saksi-saksi
untuk mensahihkan kenyataan mereka.

Apabila didapati dari soal balas itu ada perkara yang timbul, Pendakwa boleh soal
balas lagi untuk memastikan lagi perkara atau kenyataan baru. Selain daripada
tertuduh dan Pendakwa, mahkamah juga boleh menanyakan soalan terhadap saksi-
saksi. Selepas keterangan diterima dari saksi-saksi, jika mahkamah tidak berpuashati
akan keterangan, mahkamah ada kuasa untuk menolak atau jika berpuashati dengan
keterangan, tertuduh dibolehkan untuk membuat pembelaan.

Sewaktu pembelaan dibuat oleh tertuduh, tertuduh memberi keterangan sama ada
dengan bersumpah atau tidak dan tertuduh tidak boleh disoal balik dengan soalan yang
tidak berkenaan dengan dakwaan tersebut. Selanjutnya, tertuduh boleh memanggil
saksi-saksinya yang memberikan penerangan untuk pembelaannya dan tertuduh
menjawab keterangan itu.

Sesudah itu, keputusan daripada Mahkamah dibuat sama ada mensabitkan tertuduh itu
bersalah atau tidak, tertuduh dibebaskan daripada tuduhan dengan amaran. Seandainya
tertuduh itu telah didapati bersalah, kesalahan-kesalahan lalunya akan diberitahukan
dan tertuduh yang menjadi pesalah itu boleh membuat permohonan untuk
mengurangkan dan meringankan hukuman bagi kesalahannya. Dengan itu, Mahkamah
akan menentukan hukuman berpatutan dengan kehendak undang-undang.

3.2.2 Perbicaraan dan Keputusan


Misalnya hukuman tertuduh adalah hukuman penjara, mahkamah akan menyerahkan
tertuduh kepada pegawai penjara melalui jagaan pegawai polis atau pegawai
mahkamah yang akan memberikan pegawai penjara waran berisikan arahan untuk
penyerahan tertuduh ke dalam penjara. Akan tetapi, jika hukuman tertuduh adalah
denda, tempoh masa bayaran akan diberikan oleh mahkamah secara beransur-ansur.

11
3.2.3 Lain-lain Hal Yang Berkaitan Dengan Prosedur
Perbicaraan Jenayah syari’ah
Ada beberapa prosedur perbicaraan jenayah syari’ah di bawah Mahkamah Syari'ah
yang membolehkan Pendakwa untuk menutup perbicaraan dengan syarat kes tersebut
belum ada keputusan dibuat. Mahkamah dikehendaki untuk memastikan tertuduh
memahami prosedur perbicaraan dan mempunyai peluang yang mencukupi untuk
membuat pembelaan keatas dirinya.

Setiap keterangan hendaklah diketahui dan difahami oleh tertuduh akan bahasa dan
isinya. Mahkamah Syari'ah mempunyai dua bentuk hukuman bagi kesalahan jenayah
syari’ah iaitu penjara atau denda.
Kebiasaannya, hukuman asal ialah denda, hukuman penjara juga dikenakan kepada
orang yang tidak membayar denda yang boleh dihukumkan penjara selama 7 hari.

Namun jika hukuman asal adalah penjara dan juga denda, maka mereka akan
dimasukkan ke dalam penjara dengan tempoh yang separuh daripada hukuman asal
penjara kerana kegagalan membayar denda.Tambahan lagi, ikat jaminan juga ada bagi
tertuduh yang didapati bersalah agar berkelakuan baik sepanjang tempoh masa tidak
melebihi setahun. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan juga dibolehkan agar
hukuman seseorang itu diringankan, dikurangkan atau ditangguhkan

3.2.4 Rayuan; Peraturan Am


Mahkamah Syari'ah dikehendaki untuk mengemukakan setiap rayuan ulangbicara
kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mesyuarat Ugama.
Sebelum rayuan dibuat, hendaklat disampaikan kepada mahkamah yang telah menbuat
keputusan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mesyuarat Ugama
ada kuasa untuk memerintahkan Mahkamah Rayuan Syari’ah untuk mendengarkan
dan membuka perbicaraan bagi kes rayuan itu.

Lalu, Mahkamah Rayuan Syari’ah dikehendaki untuk mengemukakan nasihat bertulis


setelah mendengar rayuan kepada baginda Sultan tentang kaedah dalam membuat
keputusan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan juga boleh menolak sebarang

12
rayuan jenayah syari’ah atau memberikan perintah untuk perkara lain untuk
memastikan keadilan.

3.2.5 Rayuan; Acara Rayuan Jenayah syari’ah


Acara Rayuan Jenayah syari’ah ialah apabila orang yang disabit atau pendakwa
berkeinginan untuk membuat pemohonan melalui borang di mahkamah yang sudah
memutuskan keputusan. Lazimnya, rayuan dikehendaki dilakukan dalam masa 14 hari
setelah keputusan dibuat oleh mahkamah. Rayuan tersebut hendaklah mengandungi
segala keterangan keputusan kesalahan atau hukuman yang hendak diadukan dan juga
sebab-sebab rayuan dipohonkan.

Selepas itu, rayuan akan dikemukakan terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan. Sebelum dikemukakan kepada baginda Sultan, salinan rekod akan disediakan
oleh mahkamah iaitu, salinan pemohonan rayuan, salinan tuduhan dan jika ada,
salinan kepada kebenaran untuk mendakwa, salinan catatan mahkamah bagi
perbicaraan, salinan-salinan bukti dan salinan keputusan mahkamah dan juga salinan
bagi alasan akan keputusan mahkamah. Pegawai Pengerusi Mahkamah hendaklah
memastikan kesahihan bagi setiap salinan rekod tersebut.

Satu salinan rekod juga akan diberikan kepada perayu selepas perayu membayar yuran
jika ada. Mahkamah juga akan menyediakan salinan kepada pendakwa. Acara Rayuan
Jenayah syari’ah akan ditetapkan tarikh perbicaraannya. Keputusan ini akan dibuat
oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mesyuarat Ugama dan
akan diumumkan setelah pengesahan Baginda Sultan.

3.3 Undang-undang Acara Mal


3.3.1 Aduan dan Tindakan
Aduan dibuat sama ada secara lisan atau bertulis kepada Pegawai Pengerusi
Mahkamah dimana aduan akan dirangka dan Plaintiff akan menandangani aduan
tersebut. Ianya dikehendaki untuk mengandungi nama. alamat, keterangan tuntutan
dan hukuman yang dinyatakan.

13
Selepas itu, saman dan surat pendakwaan akan diserahkan oleh mahkamah untuk
diberikan kepada yang tertuduh. Saman itu menetapkan tarikh dan waktu perbicaraan
dan juga dikehendaki kehadiran tertuduh bagi menjawab tuntutan yang dikenakan
keatasnya dan jika tertuduh tidak hadir maka mahkamah menganggap bahwa tuntutan
keatas tertuduh itu benar.

Untuk mengelakkan daripada tertuduh tidak hadir, amaran ditulis dalam saman.
Sebelum perbicaraan, Defendan hendaklah membuat pembelaan bertulis kepada
mahkamah.

Seandaninya tertuduh tidak melakukan pembelaan ketika pertama kali hadir


perbicaraan tetapi tertuduh memahukan untuk menjawab tuntutan, mahkamah akan
menyiasat akan alasan-alasan pembelaannya. Jadinya, alasan lain tidak boleh
disertakan dari itu tanpa pengetahuan mahkamah.

Mahkamah ada kuasa untuk membolehkan defendan untuk membuat tuntutan balas
dengan mengarahkannya untuk memindahnya pada waktu perbicaraan yang lain.
Tambahan lagi, mahkamah juga boleh memberikan perintah sementara kerana
permintaan salah satu dari pihak-pihak itu agar harta yang terbabit dalam kes tersebut
untuk dibekukan untuk menjaga keselamatan harta tersebut. Ianya juga dibuat untuk
memudahkan perbicaraan nanti agar harta itu tidak hilang sewaktu berada dalam milik
pihak.

3.3.2 Perbicaraan dan Keputusan


Kehadiran kedua belah pihak amatlah penting untuk menjalankan perbicaraan. Akan
tetapi jika pendakwa gagal untuk menghadiri perbicaraan itu, mahkamah boleh tidak
meneruskan perbicaraan tetapi jika sebaliknya dimana pendakwa hadir dan tertuduh
tidak hadir, dakwaan yang dibuat oleh pendakwa boleh dibuktikan, maka mahkamah
akan memutustkan hukuman. Perbicaraan itu boleh ditangguhkan oleh mahkamah dan
juga tuntutan balas boleh diadakan. Sekiranya tertuduh hadir perbicaraan itu dan
mengakui kebenaran tuntutan pendakwa, keterangan daripadanya tidak diperlukan dan
keputusan akan diberikan oleh mahkamah.

14
Jika tetuduh tidak mengaku bersalah dan melawan bicara, mahkamah akan
memulakan perbicaraan kepada pihak yang mempunyai hak kerana akan menerima
hukuman. Setiap pihak boleh memberikan hujjah dan mempunyai hak untuk
memberikan keterangan masing-masing dan mendatangkan saksi-saksi untuk
keterangan lanjut melalui soal siasat, soal balas, soal siasat semula dan akan disoal
oleh mahkamah. Selepas memberi keterangan, setiap pihak akan memberi ulasan akan
keterangan yang mereka berikan.

Jika mahkamah memerlukan beberapa keterangan, bolehlah mahkamah menanyakan


mengenainya daripada pihak-pihak berkenaan. Keterangan bertulis dicatit oleh
Mahkamah boleh digunakan jika saksi-saksi tidak memberikan keterangan. Setelah
keterangan berakhir didengarkan, keputusan perbicaraan itu akan dibuat oleh
mahkamah antara ketika itu atau hari dan waktu yang lain. Setelah keputusan dibuat,
pihak-pihak akan diberitahukan dan mahkamah akan mengumumkan dalam
mahkamah terbuka.

Bagi pihak yang dijatuhkan hukuman dan gagal mematuhi hukuman dikenakan oleh
mahkamah, maka mahkamah akan mengambil tindakan di atas permintaan pihak lain
atau mahkamah sendiri, Tindakan mahkamah adalah salinan keputusan atau perintah
akan dihantar di Mahkamah Majistrest serta surat permohonan dimana mahkamah itu
diminta untuk melakukan segala kuasa yang berkenaan dengan keputusan seolah
keputusan itu diputuskan oleh Mahkamah Majistret.
Ianya termasuk kuasa menangkap, menghantar ke penjara dan kuasa untuk
menyerahkan saman “judgement debtor” iaitu kepada pihak yang menerima hukuman.

3.3.3 Rayuan Mal


Secara lazimnya, sebarang rayuan yang dihadapkan terhadap Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mesyuarat Ugama dikehendaki untuk difailkan di
mahkamah yang membuat keputusan itu. Rayuan itu akan dikenakan bayaran yuran
dan notis rayuan itu dibuat sepanjang 14 hari dari Tarikh keputusan dibuat dan
hendaklah dihantar ke mahkamah. Perayu boleh merayu mengenai tidak

15
berkemampuan untuk membayar yuran dengan kebenaran baginda Sultan. Satu
salinan notis akan diberikan dengan tempoh masa yang terdekat.

Ada beberapa salinan rekod yang diperlukan untuk penyediaan rayuan. Salinan
alasan-alasan keputusan akan diberikan oleh Pegawai Pengerusi Mahkamah kepada
perayu yang disertakan juga salinan catatan perbicaraan dan salinan dokumen-
dokumen yang lain. Setelah salinan rekod sudah ada kesemuanya, notis mahkamah
akan diberikan kepada perayu mengenai perkara tersebut.
Setiausaha Mahkamah akan menyediakan empat salinan rekod untuk kepada
dikemukakan terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Mahkamah akan
memberikan satu salinan lagi untuk diberikan kepada responden.

Rekod rayuan akan mengandungi surat permohonan rayuan, salinan dakwaan, salinan
pembelaan bertulis, salinan surat-surat perintah sementara, salinan-salinan eksibit,
salinan catatan, mahkamah mengenai prosising mahkamah, salinan keputusan, salinan
alasan-alasan keputusan, salinan notis rayuan dan indeks. Mahkamah hendaklah
memberitahu kepada sitiausaha mengenai perkara dimana mendapati bahwa rekod
tidak dibuat dengan baik dan tidak mengikut peraturan atau difailkan ketika waktu
sudah tamat, atau responden tidak menerima sebarang notis,

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memerintahkan Mahkamah Rayuan
Syari’ah untuk mendengarkan kes rayuan mal. Kemudian, Mahkamah Rayuan
Syari’ah akan menasihati mengenai kaedah untuk membuat keputusan kepada baginda
Sultan.
Ini kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan mempunyai kuasa sebanding
dengan mahkamah untuk mengubah hukuman, membuat keputusan, membicarakan
atau mengadakan perbicaraan yang lain. Mahkamah akan menahan sebarang
hukuman-hukuman yang dibuat daripada dilaksanakan selagi keputusan rayuan belum
diumumkan.

Penutup
Kesimpulannya, setiap mahkamah memiliki bidangkuasa yang berlainan yang
memainkan peranan masing-masing yang amatlah penting walaupun prosedur akan

16
hampir sama menurut kes-kes yang dikendalikan dan juga kuasa yang terhad dengan
sesuatu hukuman bagi kesalahan-kesalahan. Ianya juga untuk membezakan akan kes-
kes jenayah syari’ah dan juga mal dari segi pembukaan kes, prosedurnya dan
keputusannya. Bagi pendapat saya, mahkamah Segala hukuman yang dikenakan
sepanjang kes Mahkamah Syari’ah bertujuan untuk menetapkan keadilan itu berjalan,
menjaga hak-hak manusia dan jua memelihara Maqasid Islam.

Rujukan
BUKU:

Siti Zaliha Binti Haji Abu Salim. (2006). Sistem Kehakiman Brunei: Satu Kajian
Perbandingan Dengan Sistem Kehakiman Islam– Mahkamah Syari’ah (pp. 125-144).
Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, Universiti Brunei
Darussalam.

LAMAN WEB/ ARTIKEL:

Wikipedia. (21 Februari 2022). Mahkamah Syariah di Malaysia. Diambil pada 14 Jun
2022 dari ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Syariah_di_Malaysia

Enakmen no.1. (1908). Laws of Brunei 1906-1930.

17
Mahkamah-Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam. (2022). “Mahkamah”.
Diambil pada 14 Jun 2022 dari
https://www.e-syariah.gov.bn/portals/syariah/branches/

Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri. (2018). “Mengenai Mahkamah


Syariah”. Diambil pada 14 Jun 2022 dari http://jkn.gov.bn/SitePages/Mengenai
%20Mahkamah%20Syariah.aspx

18

You might also like