You are on page 1of 14

MAHKAMAH SIVIL VS MAHKAMAH SYARIAH DI

MALAYSIA : KONFLIK BIDANGKUASA DAN


PENDEKATAN PERUNDANGAN UNTUK
PENYELESAIANNYA
BSC 3133
SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :
SYAHIRAH BINTI JOHAR (B2110043)

DISEDIAKAN UNTUK :
PUAN MARINA BINTI ABDUL MANAP
PENGENALAN

 Struktur Mahkamah di Malaysia adalah berbeza dengan negara lain di mana undang-
undang sivil ditadbir urus dibawah persekutuan dan undang-undang syariah dibwh
bidang kuasa negeri.

 Konflik antara undang-undang Islam dan Sivil telah banyak diperkatakan oleh para
ilmuan serta tokoh-tokoh perundangan memandangkan ianya merupakan isu semasa
yang masih berterusan hingga ke hari ini

 Mahkamah sivil tidak selari dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan
kecenderungan Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah
dengan menggunakan pendekatan prinsip undang-undang inggeris

 Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya konflik bidang kuasa yang berbeza
dalam satu isu undang-undang Islam di antara Mahkamah Sivil dan Syariah
HIERARKI MAHKAMAH DI MALAYSIA
SIVIL SYARIAH

MAHKAMAH RAYUAN
DAN PERSEKUTUAN
MAHKAMAH RAYUAN
SYARIAH

MAHKAMAH TINGGI
MAHKAMAH TINGGI
SYARIAH
MAHKAMAH SESYEN

MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH
MAHKAMAH
MAJISTRET
ISU
1. Mahkamah Sivil tiada lagi bidang kuasa ke atas Mahkamah Syariah

-Pindaan terhadap Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan telah dibuat


melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akta 704) yang memperuntukkan
Mahkamah Sivil tidak lagi mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa
perkara yang Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa.

-Perlembagaan telah meningkatkan taraf dengan memberikan kuasa eksklusif


kepada Mahkamah Syariah tanpa perlu campur tangan daripada Mahkamah
Sivil.

2. Bidang Kuasa Eksklusif Mahkamah Syariah dan Pengasingan Kuasa

-Mahkamah Syariah menjadi badan yang bebas dan eksklusif dalam


menjalankan urusan penghakiman tanpa perlu skeptikal kepada campur
tangan Mahkamah Sivil.

-Pengasingan bidang kuasa ini bertujuan untuk menyelesaikan konflik undang-


undang di antara Mahkamah Sivil dan Syariah
3. Konflik Undang-Undang Sivil dan
Syariah yang masih berterusan

-Bidang kuasa eksklusif yang diberikan


kepada Mahkamah Syariah masih tidak
sepenuhnya dilaksanakan kerana terdapat
beberapa keputusan yang dibuat oleh
Mahkamah Syariah telah dicabar kesahan
penghakimannya oleh Mahkamah Sivil
seperti dalam kes Teoh Eng Huat lwn Kadi ,
Pasir Mas & Anor (1990) 2 MLJ 300 .

-Mahkamah Agong telah memutuskan


bahawa agama bagi mereka yang berada
dibawah umur 18 tahun akan ditentukan oleh
ibu bapa atau penjaga walaupun Mahkamah
Syariah telah mengesahkan keislamannya.
- Isu bidang kuasa antara Mahkamah
Syariah dan Mahkamah Sivil masih
wujud walaupun perkara 121 (1A) telah
dipinda .

- Bidang kuasa untuk mendengar kes


bagi Mahkamah Syariah hanya terhad
kepada pihak-pihak yang beragama
Islam sahaja.

- Jika ada dua pihak yang terlibat di


dalam suatu pertikaian maka Mahkamah
Syariah hanya boleh membicarakan
pihak yang beragama Islam sahaja dan
bukan kepada pihak yang bukan
beragama Islam.
-Terdapat juga kes Dalip Kaur w/o Gurbox Singh v. Ketua Polis (OCPD) Balai Polis
Daerah Bukit Mertajam Pulau Pinang , dimana kes ini merupakan kes murtad yang paling
awal dibawa ke Mahkamah Sivil.

-Dalam kes ini seorang pemuda Punjabi telah memeluk agama Islam. Tidak lama selepas
itu dia mati dibunuh, ibunya seorang yang bukan beragama Islam menuntut mayatnya
yang berada dia bilik mayat Hospital Bukit Mertajam.

-Dia memohon perintah perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi bahawa anaknya telah
keluar dari agama Islam sebelum kematiannya.

-Di dalam kes ini wujudnya masalah bidang kuasa iaitu isu yang perlu diputuskan ialah isu
Syariah yang septutnya diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

-Walaubagaimanapun, pemohon seorang yang bukan Islam jadi ia berada di luar bidang
kuasa Mahkamah Syariah.

-Beberapa persoalan timbul daripada penghakiman kes ini iaitu yang pertama , Hakim
Mahkamah Agung menyatakan bahawa Perkara 121 (1A) telah pun meletakkan isu dalam
kes itu ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, tetapi Hakim tidak berkata bahawa
kes itu terletak di bawah bidang Mahkamah Syariah.

-Hakim juga tidak menyebut sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa
mendengar permohonan pemohon seorang yang bukan Islam.
PANDANGAN
TERHADAP ISU
1. Jika terdapat isu-isu Syariah di dalam
sesuatu kes di Mahkamah Sivil, yang mana
kes tersebut terletak di luar bidang kuasa
Mahkamah Syariah kerana salah satu atau
kesemua pihak di dalam kes tersebut bukan
orang yang beragama Islam, maka
Mahkamah Sivil itu hendaklah bersidang
bersama-sama seorang Hakim Mahkamah
Syariah.Jika kes itu Kes Mahkamah Tinggi,
seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Bolehlah dipinjam.

2. Jika kes itu di Mahkamah Rayuan atau di


Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Sivil
boleh pinjam seorang Ketua Hakim Syarie di
mana Mahkamah itu bersidang.
3. Peranan Hakim Syarie itu ialah untuk
menasihat hakim-hakim Mahkamah Sivil itu
mengenai sesuatu isu Syariah. Hakim
Mahkamah Sivil akan menerima pakai
keputusan Hakim Syarie mengenai isu
Syariah itu dalam membuat keputusan kes
berkenaan.

4. Kerajaan-kerajaan Negeri tidak perlu


bimbang kerana ia tidak sedikit pun
mengurangkan bidang kuasa Mahkamah
Syariah , malam menambah kuasa hakim-
hakim Syarie
PENDEKATAN PERUNDANGAN DAN
PENYELESAIANNYA
PENDEKATAN PERTAMA : BIDANG KUASA SECARA TERSURAT

- Mahkamah Syariah hanya memiliki bidang kuasa jika bidang kuasa tersebut dikurniakan secara tersurat oleh
Enakmen Negeri
- Pendekatan ini dapat dilihat dalam kes Ng Wan Chan lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
- Timbul pertikaian antara balu si mati dan Majlis Agama Islam sama ada Si mati semasa meninggal dunia
adalah seorang Budha atau Islam.
- Si balu memohon agar Mahkamah Tinggi mengeluarkan penyataan supaya mayat suaminya tidak diserah
kepada majlis.
- Majlis mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Tinggi kerana pada pandangan Majlis Agama Islam, kes ini
terletak dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
- Mahkamah Tinggi pula berpendapat seksyen 45 (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 Negeri
Selangor yang terpakai keatas Wilayah Persekutuan tidak memperuntukkan bidang kuasa kepada Mahkamah
Syariah dalam memutuskan seseorang itu seorang Islam atau tidak semasa kematiannya.
PENDEKATAN PERUNDANGAN DAN
PENYELESAIANNYA

PENDEKATAN KEDUA : BIDANG KUASA SECARA TERSIRAT

-Mahkamah Syariah mempunyaibidang kuasa ke atas persoalan undang-undang Islam kerana


ianya adalah bidang kuasa eksklusif walaupun ia tidak dianugerahkan dalam enakmen.
-Mahkamah Sivil hendaklah tidak masuk campur tangan kerana ia tidak mempunyai bidang
kuasa dalam persoalan tersebut.
-Kes Dalip Kaur lwn Pegawai Polis Daerah Bukit Mertajam, di mana Mahkamah Agung
menolak rayuan ibu si mati bahawa anaknya adalah seorang Sikh semasa kematiannya
justeru Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam memutuskan bahawa
seseorang itu masih Islam atau sebaliknya.
RUMUSAN
Konflik kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sepatutnya dapat
diselesaikan selepas berlakunya pindaan Perkara 121 (1A).

Pindaan Perlembagaan ini sepatutnya menamatkan semua masalah campur


tangan Mahkamah Sivil ke atas Mahkamah Syariah untuk selama-lamanya.

Mahkamah Sivil sepatutnya mengelakkan diri daripada melakukan campur


tangan dalam perkara yang berkaitan dengan islam yang hanya boleh
diputuskan oleh Mahkamah Syariah yang telah diberikan bidang kuasa
ekslusif.
RUJUKAN
1. Abdul Monir Yaacob & Nurul’ uyun Haji Zainal.(2017). Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan : Sejauh
Manakah Artikel ini Menyelesaikan Konflik antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil. Selangor
Darul Ehsan . Universiti Islam Malaysia. Terbitan Khas Forum Artikel 121 (1A).

2. Abdul Monir Yaacob.(2016). Perkembangan Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia. Selangor


Darul Ehsan. Universiti Islam Malaysia.

3. Namri Sidek.(2019). Fahami Jenis-Jenis Mahkamah Sivil Di Malaysia. https://iluminasi.com/bm/fahami-


jenis-jenis-mahkamah-sivil-di-malaysia.html

4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Syariah_di_Malaysia

5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kehakiman_di_Malaysia
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like