You are on page 1of 3

RESOLUSI FORUM PENGUKUHAN KEDUDUKAN MAHKAMAH SYARIAH DI

MALAYSIA ANJURAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA

Berdasarkan kepada kesedaran akan peri penting memupuk budaya cakna, hormat
dan yakin akan Perlembagaan Persekutuan dan kefahaman tentang bidang kuasa
antara Persekutuan dan Negeri, maka kami yang bersidang dalam Forum
Pengukuhan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia pada hari ini, 17 Februari
2024 di Dewan Abdullah Bukhari Nasyrul Quran, Putrajaya ini bersepakat dengan
resolusi-resolusi berikut:

Berikrar dan mengakui bahawa:

1. Sebagai rakyat watan tercinta ini, kami berikrar dengan sepenuh hati akan
sentiasa menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran
Perlembagaan iaitu sumber perundangan yang tertinggi di negara ini. Kami
juga percaya bahawa keadilan atas kedaulatan undang-undang memastikan
setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara dan kebebasan
asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Kedua-duanya telah
termaktub sebagai antara komponen di dalam Rukun Negara yang telah
menjadi teras panduan dan gagasan kebangsaan Malaysia.

2. Memperakui keterjaminan kedudukan undang-undang syariah seperti


mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa
kepada Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang syariah.

RESOLUSI PERTAMA

1. Menyedari pertembungan dan pertindanan:

i. Kuasa dalam menggubal undang-undang mengikut batasan sama ada


Parlimen atau Badan Perundangan Negeri.
ii. Bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

2. Mencari jalan penyelesaian bagi mencari titik keharmonian antara undang-


undang sivil dan undang-undang syariah agar saling melengkapi dan tiada
pertindihan. Justeru, kajian kewajaran penggabungan institusi kehakiman iaitu
mahkamah sivil dan mahkamah syariah adalah dicadang untuk dilaksanakan
dikenali dengan nama Mahkamah Malaysia.

1/3
RESOLUSI KEDUA

Meluaskan dan memartabatkan undang-undang syariah serta bidang kuasa


mahkamah syariah menerusi pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] bagi mengelakkan
perbezaan tafsiran dan peruntukan sedia ada dicabar.

RESOLUSI KETIGA

Merangka pelan tindakan strategik, tuntas dan efektif dalam meningkatkan


kesedaran tentang peri penting budaya cakna Perlembagaan dan undang-
undang khasnya undang-undang syariah agar masyarakat terbentuk berdasarkan
disiplin ilmu yang benar, bukan berlandaskan sentimen emosi. Antaranya:

1. Memanfaatkan media massa dengan pengisian informasi berkala menerusi


bahan bacaan dan penghasilan video pendek berkaitan undang-undang
syariah dan Perlembagaan dalam bentuk yang menarik dan mudah difahami.
2. Diangkat sebagai topik dalam salah satu teras mata pelajaran di institusi
pendidikan.
3. Mengadakan jerayawara (road tour) berkala di seluruh negara.
4. Perkongsian kefahaman terhadap isu-isu Islam termasuk perundangan Islam
menerusi program mobiliti dan integrasi komuniti masyarakat Islam Malaysia
yang digerakkan oleh jaringan kerjasama antara badan bukan kerajaan (NGO)
dan pertubuhan dakwah di Malaysia.

RESOLUSI KEEMPAT

Mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama pimpinan parti politik dan


pimpinan masyarakat di Malaysia bagi tujuan penyatuan hati dalam usaha
memartabatkan undang-undang syariah agar kekal utuh di bawah Perlembagaan
Persekutuan yang merupakan sumber perundangan tertinggi di negara serta
menjamin kedaulatan undang-undang Islam. Usaha ini adalah bagi mencari titik
penyelesaian secara musyawarah tanpa prejudis dan meraikan perbezaan
pandangan tanpa menjejaskan ukhuwah dan silaturahim.

RESOLUSI KELIMA

Penempatan penasihat syariah di mahkamah sivil melibatkan persoalan atau


pertikaian undang-undang syariah ini bagi memastikan prosiding di mahkamah
berjalan dengan adil dan saksama atas khidmat nasihat pakar dalam bidangnya.

RESOLUSI KEENAM

Memberi pencerahan dan kefahaman kepada ahli parlimen termasuk yang bukan
Islam berhubung undang-undang syariah agar mereka menyokong sebarang usaha
pindaan berkaitan undang-undang syariah dan mahkamah syariah.

2/3
RESOLUSI KETUJUH

Mewujudkan imuniti bagi setiap enakmen syariah yang diluluskan oleh Badan
Perundangan Negeri dan Parlimen serta mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-
raja sebelum diwartakan.

RESOLUSI KELAPAN

Mengangkat hasil resolusi ini untuk diteliti oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji
Kompetensi Dewan Undangan Negeri kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Agama Islam (MKI) untuk perhatian dan tindakan seterusnya bagi:

i. Memastikan tiada kelompangan undang-undang atas kesalahan membabitkan


orang Islam di bawah undang-undang Persekutuan.
ii. Memperkukuhkan undang-undang syariah dan mahkamah syariah.

Sekian.
Putrajaya, 17 Februari 2024

3/3

You might also like