You are on page 1of 8

MODUL 2 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.1 KELUHURAN PERLEMBAGAAN


PENGENALAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang
bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan
punca kepada semua undang-undang. Perlembagan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan
kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama,
kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

2.1.1 DEFINISI PERLEMBAGAAN

 Perlembagaan merupakan prinsip - prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan
diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim.
 Perlembagaan juga berkait dengan cara keputusan awam dicapai dan kuasa agihan antara institusi kerajaan,
sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan.
 Perlembagaan juga akan menetapkan had - had kewibawaan kerajaan dan cara - cara pemilihan serta
pelantikan pemerintah.
 Perlembagaan ialah prinsip - prinsip asas dan sumber undang-undang tertinggi negara.
 Kewujudan perlembagaan adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara, selain juga
berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang - undang sama ada di pihak pemerintah atau
rakyat.
 Perlembagaan bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.

2.1.2 TUJUAN PERLEMBAGAAN

(a) Mewujudkan pemerintahan yang adil.


Perlembagaan persekutuan digubal berdasarkan tolak ansur    dan.permuafakatan kaum.
Perlembagaan memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi turut memelihara hak
istimewa orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pembentukan integrasi kaum
yang bersatu padu dan setia kepada negar.
(b) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
Yang di-Pertuan Agong serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan
perundangan ,kehakiman,eksekutif juga tertakluk kepada perlembagaan persekutuan.
Perlembagaan persekutuan merupakan panduan dalam pemerintahan dan tindakan
pemerintah adalah berdasarkan perlembagaan.
Perlembagaan persekutuan menjamin keadilan,kecekapan dan ketelusan dalam sistem
pentadbiran dan pemerintahan. Perlembagaan menjelaskan bidang kuasa yang menjamin
kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.
(c) Menjaga keamanan dan kestabilan negara.
Sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang membataskan kebesan individu akan menjamin
keamanan dan kestabilan negara serta mengekalkan perpaduan. Pindaan terhadap
perlembagaan tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya. Perubahan pemimpin selepas
pilihan raya tidak mengubah corak pemerintahan .Rakyat mendapat jaminan undang-undang
serta tiada diskriminasi  dalam perlembagaan.
(d) Alat rujukan bagi menjelaskan masalah.
Hukuman kepada individu yang melakukan kesalahan adalah dirujuk dalam
perlembagaan Perlembagaan menjadi rujukan tertinggi dalam undang-undang yang
bertentangan.
(e) Mengekalkan identiti negara / menjamin keutuhan dan kedaulatan negara. 
Unsur-unsur tradisi dan perkara utama dalam perlembagaan persekutuan akan menjamin
riwayat negara bangsa serta mengekalkan nilai dan identiti masyarakat Malaysia

2.1.3 KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN

 Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga.


 Keluhuran perlembagaan bermaksud ketertinggian perlembagaan atau ketertinggian undang-undang.
 Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang
menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang.
 Yang di-Pertuan Agong serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan,
kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
 Melalui konsep ini, tidak terdapat institusi yang mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan
sekaligus menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.
 Badan Kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan
ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

2.1.4 KESAN SEKIRANYA NEGARA TIADA PERLEMBAGAAN

 Negara akan berada dalam keadaan huru-hara.


 Kerajaan tidak dapat mentadbir dengan senang.
 Rakyat terpaksa hidup dalam ketakutan dan kebimbangan.
 Gejala sosial akan berlaku di merata-rata tempat.
 Terjadinya rusuhan kaum.
 Pemimpin tidak akan dihormati.
 Rakyat boleh melakukan apa sahaja yang disukai.

2.2 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA


PENGENALAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan
penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa.
Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil
untuk semua pihak.

2.2.1 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA :


Bahasa Melayu

Kewarganegaraan

Kedudukan istimewa orang Melayu

Kedudukan agama Islam

Hak kebebasan asasi
.
2.2.2 KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

 Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) sejak abad ke-15 dengan wujudnya
Kesultanan Melayu Melaka.
 Pada masa kini, bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang digunakan oleh pedagang-pedagang yang
datang dari serata dunia.
 Bahasa Melayu merupakan bahasa yang senang dipelajari dan dikuasai oleh sesiapa sahaja.
 Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk
maksud-maksud rasmi.
 Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tiada sesiapun yang dilarang daripada menggunakan
bahasa lain selain bahasa Melayu.
 Jika ada pihak yang cuba menggunakan isu bahasa di khalayak ramai, ia boleh dituduh melakukan
kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
 Antara langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu :
(a) Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956.
(b) Pelancaran "Minggu Bahasa" dan "Bulan Bahasa" .
(c) Wujud slogan "Bahasa Jiwa Bangsa".
(d) Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti
Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puterl dan Sekolah Sultan Abdul Halim.
(e) Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967.
(f) Pada tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukarkan kepada bahasa
kebangsaan secara berperlngkat-peringkat.
(g) Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 pula telah membuktikan bahawa
bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
(h) Bermula 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah untuk menggantikan
babasa Inggeris.
(i) Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990.
(j) Pelaksanaan Dasar MBMMBI bermula tahun 2012

2.2.3 PERUNTUKAN KEWARGANEGARAAN

Dalam Perlembagaan Malaysia, peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan disenaraikan dalam


Bahagian 3, perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara 23 hingga 28 Perlembagaan
Persekutuan pula menyenaraikan ciri-ciri yang berkaitan dengan kehilangan kewarganegaraan.

Seseorang boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui empat cara iaitu :


i. Secara kuat kuasa undang-undang. Terdapat dua golongan iaitu :
a) Individu yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan yang
akan
menjadi warganegara secara automatik.
b) Individu yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia dan menjadi
warganegara atas peruntukan kelayakan yang telah ditetapkan.
ii. Secara pendaftaran /permohonan.
a) Isteri dan anak warganegara
b) Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun.
c) Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka.
d) Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia.
iii. Kewarganegaraan secara kemasukan naturalisasi.
a) Individu tersebut telah menetap di Persekutuan Malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh
permohonan.
b) Berniat menjadi permastautin tetap Persekutuan Malaysia
c) Tingkah laku baik
d) Berpengetahuan dalam bahasa Melayu
iv. Kewarganegaraan secara percantuman wilayah
Ini merupakan cara termudah untuk menjadi warganegara Persekutuan. Contohnya, penduduk Singapura,
Sabah dan Sarawak mendapat taraf kewarganegaraan apabila ketiga-tiga wilayah ini menganggotai
Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Kehilangan kewarganegaraan
Seorang warganegara boleh kehilangan kewarganegaraan melalui dua cara iaitu, :
i) Pertama, individu tersebut menolak kewarganegaraannya.
ii) Kerajaan negara melucutkan kewarganegaraannya atas sebab berikut :-
a) Seseorang individu telah menjadi warganegara asing
b) Seseorang warganegara membuktikan dia tidak setia melalui percakapan atau tindakannya
c) Seseorang warganegara telah menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan atau menjalinkan
urusan dengan musuh negara
d) Seseorang warganegara memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran, telah dihukum penjara
tidak lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM 5000 tanpa pengampunan
bagi kesalahannya
e) Seseorang warganegara yang bermastautin di negara asing melebihi lima tahun secara berterusan
tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul Persekutuan

Proses Perlucutan Kewarganegaraan


Proses atau prosedur perlucutan kewarganegaraan seseorang individu adalah seperti yang berikut:
a) Diberitahu secara bertulis dengan alasan kepada individu yang dikenakan
perintah perlucutan
b) Individu berkenaan boleh merujuk kesnya kepada satu jawatankuasa siasatan
c) Kerajaan menerusi laporan daripada jawatankuasa siasatan menentukan sama
ada seseorang akan dilucutkan kewarganegaraanya atau tidak.

2.2.4 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU

Menurut Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:
 Seorang yang beragama Islam
 Bertutur bahasa Melayu
 Mengamalkan adat istiadat Melayu
 Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka
dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

 Bumiputera di Sabah dan Sarawak ( termasuk bukan Melayu ) akan menerima keistimewaan
seperti mana yang diperoleh oleh orang Melayu di Semenanjung.
 Namun, kepentingan kaum lain juga hendaklah dilindungi.

Antara hak istimewa orang Melayu ialah:


1. Perkhidmatan Awam
 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan tanggungjawab kepada YDPA
atas nasihat Jemaah Menteri untuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera di
Sabah dan Sarawak.
 Merizabkan satu suatu kadar bilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam
memandangkan sebelum ini bilangan orang Melayu yang memegang jawatan dalam perkhidmatan
awam masih kurang kesan dari zaman penjajahan British.

2. Lapangan ekonomi
 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menghuraikan tentang keistimewaan khas orang
Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam lapangan ekonomi.
 YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk
mengeluarkan permit atau lesen bagi menentukan kadar perizaban kepada orang Melayu.
 Membantu orang Melayu yang jauh ketinggalan sejak zaman British agar dapat terlibat dalam
bidang perdagangan dan perindustrian.
 Kerajaan ingin menghapuskan pengenalan bangsa mengikut pekerjaan.
 Usaha kerajaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) dengan harapan orang Melayu akan memiliki
sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kegiatan
Perdagangan dan Perindustrian di Negara ini.

3. Pendidikan
 Bagi mengelakkan orang Melayu ketinggalan dalam ekonomi, pembelaan pendidikan orang
Melayu sangat penting.
 Nasib orang Melayu dalam ekonomi bergantung pada pendidikan.
 Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan YDPA
bertanggungjawab untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di
Sabah dan Sarawak dengan menentukan perizaban seperti:
Biasiswa
Bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran
Lain-lain kemudahan pelajaran
Kemasukan ke universiti

 Yang di Pertuan Agong boleh memberi arahan kepada mana-mana pihak berkuasa yang
bertanggungjawab untuk melaksanakannya.
 Walaubagaimanapun kepentingan kaum lain tetap dilindungi.

2.2.5 KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN.

 Agama Islam telah bertapak di Tanah Melayu sejak awal abad ke-13 melalui penemuan batu Bersurat
Terengganu yang bertarikh 129 Masihi dan berkembang maju pada zaman pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka pada abad ke-15.
 Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi
Persekutuan, tetapi perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semua individu untuk
mengamalkan agamanya sendiri dengan cara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.
 Pada 17 Oktober 1968, bagi menyelaraskan pentadbiran hal-ehwal agama Islam di peringkat Persekutuan,
sebuah Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja.
 Anggotanya terdiri daripada :
a) Seorang Pengerusi (biasanya Perdana Menteri)
b) Seorang wakil dari setiap negeri Semenanjung Malaysia yang dilantik oleh raja negeri masing masing.
Sementara bagi Pulau Pinang dan Melaka, wakil dilantik oleh YDPA dan Sabah oleh Yang Di-pertua
Negeri Sabah serta Sarawak oleh Yang Di-pertua Negeri Sarawak.
c) 5 orang ahli yang dilantik oleh YDPA dengan persetujuan daripada Majlis Raja-raja.
 Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, agama Islam terletak dalam Senarai Negeri. Terdapat
beberapa perkara yang berada di bawah kuasa perundangan negeri mengenai agama Islam, iaitu :
a) Hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga
b) Adat istiadat Melayu
c) Wakaf
d) Fitrah
e) Zakat
f) Baitumal
g) Masjid
h) Mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap rukun Islam
i) Mahkamah Syariah
j) Mengawal iktikad dan kepercayaan di kalangan orang Islam

2.2.6 HAK KEBEBASAN ASASI

 Hak asasi ialah perkara asas yang perlu dinikmati oleh rakyat.Perlembagaan Malaysia memberikan setiap
individu mendapat hak yang bersesuian dengan fitrahnya sebagai pengiktirafan yang bersesuaian kepada
peranan dan sumbangan yang diberikan.
 Istilah 'Kebebasan Asasi' yang diguna pakai dalam perlembagaan merujuk hak asasi yang diberikan kepada
rakyat.Bahagian II, Perkara 5 hingga 13 dalam Perlembagaaan Persekutuan memperuntukan sembilan hak
asasi seperti yang berikut:

a. Kebebasan diri (Perkara 5).


Perkara mengenai kebebasan diri telah  diperuntukan dalam Fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan
yang memperuntukan tidak seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan dirinya kecuali menurut
undang-undang. Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu dengan seberapa segera sebab-sebab dia
ditangkap dan dia dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilih olehnya sendiri.Selain
itu, seseorang yang ditangkap dan tidak akan dilepaskan hendaklah dibawa ke hadapan seorang majistret
dalam masa 24 jam.

b.  Keabdian dan kerja paksa (Perkara 6)


Pekara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukan bahawa tidak seorang pun boleh ditahan
sebagai abdi dan kerja paksa. Segala jenis kerja adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan undang-undang
, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan untuk maksud-maksud negara. Kerja yang berkaitan
dengan menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap sebgai kerja paksa.

c.  Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang
(Perkara 7).
Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang kuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui Perkara 7, memperuntukan tidak seorang pun boleh dihukum
kerana sesuatu perbuatan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan itu
dilakukan dan tidak sesiapa juga boleh menanggung hukuman yang lebih berat bagi sesuatu kesalahan
daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakaukan.

Fasal 2 memperuntukkan bahawa seseorang yang telah dibebaskan ataupun disabitkan dengan kesalahan
tidak boleh dibicarakan sekali lagi di atas kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah
dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh makahmah atasan mengenai perkara yang telah
dibebaskan ataupun disabitkan kesalahan.

d.  Kesamarataan (Perkara 8).


Perlembaggaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-
undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Fasal 2 memperuntukkan bahawa seseorang
warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir.
Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukkan layanan istimewa
bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa lapangan seperti
pemegang jawatan-jawatan dalm perkhidmatan awam, pemberian permit serta lesen.

e.  Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak (Perkara 9).


Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tidak seorang pun warganegara yang
boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara berhak
bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal
ini tertakluk kepada undang-undang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini
tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman
awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.

f. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan (Perkara 10)


Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kebebasan kepada semua warganegara
untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.  Namun demikian, parlimen boleh  mengenakan
sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan, ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu
kesalahan untuk menyoal perkara-perkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

g.  Kebebasan beragama (Perkara 11).


Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi
persekutuan, tetapi setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan agama masing-masing. Setiap
individu berhak untuk mengembangkan agamanya, tetapi undang-undang negeri dan undang-undang
persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama
dikalangan orang yang menganut agama Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan diberikan kepada kerja-
kerja mubaligh di kalangan orang bukan Islam.
Manakala di Sabah dan Sarawak pula, undang-undang negeri yang ingin menyekat apa-apa agama, iktikad
dan kepercayaan di kalangan orang Islam berkehendakkan undi sebanyak 23 daripada jumlah bilangan
anggota Dewan Undangan Negeri. Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk:
i. Menguruskan hal-ehwal agama sendiri.
ii. Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud agama dan khiarat.
iii. Memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkan mengikut undang- undang.

h.  Hak terhadap pendidikan (Perkara 12).


Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang hak mengenai pelajaran. Tidak
terdapat sebarang perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata kerana agama, kaum, keturunan,
tempat lahir untuk mendapatkan pendidikan, iaitu:
i. Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang diselenggarakan oleh suatu pihak kuasa awam
ii. Tentang kemasukan murid-murid atau pelajar mengenai bayaran.
iii. Tentang memperuntukkan kewangan dan bantuan kewangan pihak berkuasa awam bagi menanggung atau
membiayai murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajar tertakluk kepada Perkara 153.

 Tiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan untuk menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan
untuk pelajaran kanak-kanak atau mengenai agama kumpulan itu.
 Selain itu, tidak terdapat perbezaan semata-mata sebab agama dalam mana-mana undang-undang
berkaitan dengan yayasan itu, tetapi dalam undang-undang persekutuan dan negeri, boleh mengadakan
bantuan kewangan khas bagi menyelenggara Yayasan Islam atau mengajar mengenai agama Islam kepada
penganutnya.
 Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa-apa ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil
bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang bagi sesuatu agama yang lain daripada agamanya
sendiri.

i.   Hak terhadap harta (Perkara 13).


Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang pun boleh dilucutkan
hartanya kecuali menurut undang-undang. Undang-undang juga tidak boleh membuat peruntukan untuk
mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi.

Jadual Sekatan-Sekatan Terhadap Kebebasan Hak Asasi


No. Jenis Undang-undang Ringkasan
1. Undang-undang Subversif  Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum
mereka yang mengancam keselamatan negara
2 Undang-undang Darurat  Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah
berkurung dan menembak serta membunuh
seseorang yang mengingkari undang-undang darurat
tanpa perbicaraan
3 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  Seseorang boleh ditahan tidak melebihi 2 tahun
tanpa perbicaraan jika pada pandangan Kerajaan,
orang itu mengancam keselamatan negara
4 Akta Universiti dan Kolej Universiti  Para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik
5 Akta Rahsia Rasmi  Tidak boleh membocorkan rahsia rasmi kerajaan
6 Akta Mesin Cetak  Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada
kebebasan untuk mengungkitkan isu-isu sensitif
yang boleh mengancam keselamatan negara
7 Akta Hasutan  Rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan
isu-isu sensitif iaitu hak-hak istimewa orang Melayu,
bahasa, kuasa raja dan kewarganegaraan
8 Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak  Berkuasa untuk mengawal kemasukkan rakyat dari
Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak

2.2.7 KONTRAK SOSIAL

Kontrak sosial merupakan permuafakatan yang ulung antara rakyat dan pemimpin bagi tiga kaum utama iaitu;
Melayu, Cina, dan India. Tiga kaum utama ini, mewakili UMNO, MCA, dan MIC yang dimeterai menerusi
Perlembagaan Persekutuan. Tolak ansur dalam permuafakatan ini melibatkan persetujuan dalam memberi
sesuatu dan menerima sesuatu yang lain seperti yang ditegaskan oleh Tuanku Abdul Rahman. Seterusnya,
melalui permuafakatan sosial ini, penggantian beri-memberi atau quid pro quo berlaku antara orang Melayu dan
bukan Melayu. Oleh itu, orang Melayu bersedia mengubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi
tanah perkongsian dengan orang Cina dan India. Orang Melayu bersetuju memberi hak kewarganegaraan
bedasarkan prinsip jus soli kepada orang-orang bukan Melayu. Antara perkongsian orang Melayu ialah
kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli.

Melalui perkongsian ini, orang bukan Melayu memberi balasan. Antara balasannya ialah, kedudukan istimewa
orang Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu, dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Permuafakatan dan tolak
ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu merupakan nilai-nilai unsur tradisi dalam Perlembagaan
Malaysia. Menurut Tun Mohamed Suffian Hashim (bekas ketua Hakim Negara) Perlembagaan Persekutuan
masih mengekalkan unsur tradisi. Antara unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan ialah
Pemerintahan Beraja, kedudukan istimewa orang Melayu, Agama Islam, dan Bahasa Melayu. Tanpa kontrak
sosial ini Tanah Melayu mungkin tidak berjaya mencapai kemerdekaan pada 1957. Kontrak sosial merupakan
asas yang menjadikan Malaysia sebuah negara merdeka di bawah sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelembagaan dengan konsep negara.

Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu
persetujuan dalam kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.
Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum,
bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana
yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah
bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.

KEPENTINGAN TOLERANSI KAUM DI MALAYSIA

 Mewujudkan perpaduan kaum


 Mewujudkan keamanan negara
 Mewujudkan perasaan hormat menghormati
 Mengelakkan pergaduhan
 Memajukan ekonomi
 Mengharumkan nama negara
 Menarik pelabur asing

You might also like