You are on page 1of 7

Bilakah Rukun Negara mula digunapakai

Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu
sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.

Kenapa Rukun Negara dibentuk
Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang
antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan
kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini
menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di
beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969,
kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.

Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin
Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat
yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir
negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr.
Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T
Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.

Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan
negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan
itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai
falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil.
Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema untuk menyambut
kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat cintakan negara dan
memupuk keharmonian kaum.


Penjelasan Maksud 5 Prinsip Rukun Negara
a) Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui
kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan
negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan,
tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di
mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang
warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan
kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan
pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang
di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap
negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda,
Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-
Pertuan Agong.

c) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau
kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang
tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di
negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara
ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.


d) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi
undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-
undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan
dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.
Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin
kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan,
di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang ijamin oleh
Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan
atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

e) Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.
Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang
bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan
yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan
juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian
dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.










Pada tahun 1991, Wawasan 2020 (W2020) telah diperkenalkan dengan objektif untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. W2020 menggariskan hala tuju untuk mencapai status negara maju
dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7 peratus setahun sehingga tahun 2020.Kunci kepada
pencapaian negara maju ialah dengan mengatasi sembilan cabaran strategik, iaitu:

Pertama
Mewujudkan
negara Malaysia
bersatu yang
mempunyai
matlamat yang
serupa dan
dikongsi
bersama. Ia
mesti menjadi
negara yang
aman,
berintegrasi di
peringkat
wilayah dan
kaum, hidup
dalam harmoni,
berkerjasama
sepenuhnya,
secara adil dan
didokong oleh
satu bangsa
Malaysia yang
mempunyai
kesetiaan politik
dan dedikasi
kepada negara;
Kedua
Mewujudkan
masyarakat
yang berjiwa
bebas, tenteram
dan maju
dengan
keyakinan
terhadap diri
sendiri, bangga
dengan apa
yang dicapai
serta gagah
menghadapi
pelbagai
masalah.
Masyarakat
Malaysia ini
mesti dapat
dikenali melalui
usaha mencapai
kecemerlangan,
sedar semua
kemampuannya,
tidak mengalah
kepada sesiapa,
dan dihormati
oleh rakyat
negara lain;
Ketiga
Mewujud dan
membangunkan
masyarakat
demokratik yang
matang,
mengamalkan
satu bentuk
persefahaman
yang matang,
demokrasi
Malaysia
berasaskan
masyarakat
yang boleh
menjadi contoh
kepada banyak
negara
membangun;
Keempat
Mewujudkan
masyarakat
yang
sepenuhnya
bermoral dan
beretika, yang
mana
warganegaranya
kukuh dalam
nilai agama, dan
kejiwaan dan
didorong oleh
tahap etika
paling tinggi;
Kelima
Mewujudkan
masyarakat
liberal dan
bertolak ansur,
rakyat pelbagai
kaum bebas
mengamalkan
adat,
kebudayaan dan
kepercayaan
agama masing-
masing dan
pada masa yang
sama,
meletakkan
kesetiaan
mereka kepada
satu negara;
Keenam
Mewujudkan
masyarakat
saintifik dan
progresif,
mempunyai
daya perubahan
tinggi dan
memandang ke
depan, yang
bukan sahaja
menjadi
pengguna
teknologi tetapi
juga
menyumbang
kepada
tamadun
saintifik dan
teknologi masa
depan;
Ketujuh
Mewujudkan
masyarakat
penyayang dan
budaya
menyayangi,
iaitu sistem
sosial yang
mana
kepentingan
masyarakat
lebih utama
daripada diri
sendiri dan
kebajikan insan
tidak berkisar
kepada negara
atau individu
tetapi di
sekeliling sistem
kekeluargaan
yang kukuh;
Kelapan
pengagihan
kekayaan
negara secara
adil dan
saksama di
mana wujud
perkongsian
sepenuhnya
bagi setiap
rakyat dalam
perkembangan
ekonomi.
Masyarakat
sedemikian tidak
akan wujud jika
masih ada
pengenalan
kaum
berdasarkan
fungsi ekonomi,
dan kesemua
kemunduran
ekonomi
berdasarkan
kaum; dan
Kesembilan
Mewujudkan
masyarakat
makmur yang
mempunyai
ekonomi
bersaing,
dinamik, giat
dan kental.

Pelaksanan Wawasan 2020 terbahagi kepada tiga fasa utama. Dasar dan strategi bagi fasa pertama Wawasan 2020 digariskan di
dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, 1991-2000 (RRJP2) iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN).DPN
mengandungi beberapa perubahan dasaryang memberi dimensi baru kepada usaha pembangunan dalam menghasilkan
pembangunan yang lebih seimbang di samping mengekalkan prinsip asas Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Di bawah DPN, strategi pembasmian kemiskinan memberi tumpuan khusus kepada penghapusan kemiskinan tegar di samping
pengurangan kemiskinan umum. Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputra yang lebih bermakna di dalam sektor moden ekonomi,
penekanan diberi kepada pembangunan komuniti Perdagangan dan Industri Bumiputera. Harapan yang lebih besar diletakkan pada
penglibatan sektor swasta dalam proses penstrukturan penyertaan Bumiputera. Pembangunan sumber manusia yang juga
merangkumi nilai moral dan etika untuk mencapai objektif pertumbuhan ekonomi dan pengagihan pendapatan turut diberi penekanan.

Dalam tempoh pelaksanaan DPN, negara menghadapi Krisis Kewangan Asia yang melanda pada tahun 1997/1998. Majlis Tindakan
Ekonomi Negara (NEAC) ditubuhkan pada Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang komprehensif telah dilancarkan
bagi menangani krisi kewangan tersebut. Antara langkah yang dilaksanakan ialah mengenakan kawalan pertukaran matawang
terpilih, dan penubuhan institusi seperti Danaharta dan Danamodal. Dasar fiskal mengembang dan dasar kewangan akomodatif
diperkenalkan bagi merangsang penggunaan, di samping mengekangkan tekanan inflasi.

Fasa Kedua Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) iaitu Dasar Wawasan
Negara (DWN) yang merangkumi tempoh 2001-2010. DWN bertujuan untuk memperkukuhkan daya saing dan daya tahan serta
mewujudkan masyarakat yang sasksama bagi memastikan kestabilan dan perpaduan negara. Dimensi baru yang diperkenalkan
termasuk:
1. Membangunkan Malaysia sebagai masyarakat berasaskan pengetahuan
2. Menjana pertumbuhan berdasarkan sumber dan kekuatan tempatan
3. Menjadikan sector pertanian, pembuatan dan perrkhidmatan lebih dinamik
4. Membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan bandar dan pedalaman serta meningkatkan
kualiti hidup kumpulan berpendapatan 30 peratus terendah
5. Mencapai penyertaan Bumiputra yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2010
Pelaksanaan fasa kedua Wawasan 2020 menghadapi cabaran berikutan momentum pertumbuhan ekonomi yang perlahan selepas
Krisis Kewangan Asia 1997/98 ditambah lagi dengan Krisis Kewangan Dunia pada tahun 2008/09. Keadaan ini menyebabkan negara
berada dalam perangkap pendapatan pertengahan dan mungkin tidak dapat mencapai objektif menjadi negara maju menjelang 2020.

Fasa ketiga Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilancarkan pada tahun 2010 merangkumi
tempoh masa 2011 hingga 2020. MBE akan menjadi pemangkin dalam menjana potensi pertumbuhan negara. Matlamat utama MBE
ialah meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan menekankan kepada tiga dimensi iaitu pendapatan yang tinggi, kemampanan dan
keterangkuman yang menekankan golongan berpendapatan 40 peratus terendah. MBE merangkumi empat tonggak transformasi
negara di bawah gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan iaituProgram Transformasi Kerajaan; Program
Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Luar Bandar. Pelaksanaan strategi MBE
diperincikan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.

You might also like