You are on page 1of 7

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Cikgu Chong, nama saya

Janet Own QianYi, Hari ini, saya ingin membentangkan tajuk


kepentingan rakyat malaysia mematuhi prinsip-prinsip rukun
negara. Apa itu rukun negara? Rukun Negara adalah ideologi
kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos
1970 oleh tragedi 13 Mei 1969 yang Majlis Gerakan Negara iaitu
setahun selepas berlakunya menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara. Rukun negara mengandungi 5 prinsip
iaitu...........................
•Kepercayaan kepada Tuhan
•Kesetiaan kepada Raja dan Negara
•Keluhuran Perlembagaan
•Kedaulatan Undang-undang
•Kesopanan dan Kesusilaan
Rukun Negara menjadi panduan bagi rakyat memupuk semangat
setia kawan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat serta
bernegara. Kepercayaan kepada Tuhan antara lain
menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh mengukuhkan
ikatan semua bangsa seterusnya memantapkan institusi negara
kerana rakyatnya mempunyai pegangan hidup.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Tahap kesetiaan yang tinggi
diberikan kepada raja dan negara amat bersesuaian kerana raja
ialah lambang perpaduan negara.
Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat
menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau
kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan
yang tertinggi. Keluhuran perlembagaan ialah sumber
perundangan negara yang tertinggi dan harus diterima, dipatuhi
serta dipertahankan oleh rakyat. Ia memberi perlindungan
kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan
mereka sebagai warganegara.
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana
setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.
Kedaulatan undang-undang memberi keadilan kepada setiap
rakyat di negara.

Prinsip kesopanan dan kesusilaan mementingkan perlakuan


yang sopan dalam kalangan rakyat untuk menjaga hubungan
baik masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sebagai kesimpulan, rukun negara mengingatkan rakyat supaya
menghormati sensitiviti kaum agar keamanan dan keharmonian
negara dapat terus dipelihara. Mengamalkan Rukun Negara turut
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa
mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara
satu sama lain. Dengan ini, Malaysian yang aman dan damai dapat
dilahiri.

You might also like