You are on page 1of 20

FORMAT UJIAN LENCANA KEAHLIAN

1) RUKUN NEGARA
Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Sejarah
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk
pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas
berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara.

Penerangan Prinsip-prinsip Rukun Negara


Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh
kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan
bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama
rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam
Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang
warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya
agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.

Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga


sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan
pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing,
prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong
sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di
setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak
beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah
merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh
taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat
setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin
tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini
akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga
negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian
ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan
diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal

yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan


hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat
sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin
bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan
kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan
dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan
bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin
pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang
akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan
licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota
masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.
Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah
termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau
dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan
Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun
dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di
negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta
bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat
yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau

sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah


kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan
kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku
masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Format Ujian
Budak-budak dapat melafazkan dan menulis dengan lengkap Ikrar Rukun
Negara.
Budak-budak memahami makna-makna Prinsip Rukun Negara dan lulus
soalan-soalan objektif & subjektif yang berkenaan

FORMAT UJIAN LENCANA KEAHLIAN


2) LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

Lambang Pengakap Malaysia


Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan
Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong
orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang
Pengakap yang sepuluh.
Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan
Pengakap"
Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia".
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unitunit pengakap:
Kuning "Pengakap Kanak-Kanak",
Hijau "Pengakap Muda",
Merah "Pengakap Remaja"
Budak-budak memahami makna-makna Lambang Pengakap Sedunia dan
Malaysia dan lulus dalam soalan-soalan subjektif yang berkenaan
Format Ujian :
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna
diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
LAMBANG PENGAKAP DUNIA

Lambang Pengakap Dunia


Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu
taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak
kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap
Sedunia.
Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
Warna putih-kesucian dan kebersihan.

FORMAT UJIAN LENCANA KEAHLIAN


3) TABIK, HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA PENGAKAP
Hormat Pengakap

Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan
jari manis diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking.
Tiga jari digunakan adalah membawa tiga pengertian:
Salam Penghormatan
Kepada ketua
Kepada bendera yang dinaikkan
Kaedah member persetiaanKepada lagu kebangsaan dimainkan
Kepada jenazah
Salam Biasa
Kepada pembesar-pembesar negeri atau Negara Kepada pemimpin Kepada
saudara Pengakap
Waktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi
bahu dan tapak tangan hadapan)
Cogan Kata Pengakap (Scout Motto)
Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza
di antara satu sama lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut:
Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout) - Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda (Boy Scout) - Selalu Sedia (Be Prepared / )
Pengakap Remaja (Rover Scout) - Pandangan Luas
Pengakap Kelana - Berkhidmat
Pengakap Budika - Berkhidmat
Format Ujian :
Budak-budak mengetahui cara memberi hormat Pengakap secara praktikal
(semasa menaik bendera dan melafazkan Persetiaan Pengakap).
Budak-budak dapat menerangkan, secara tulis, hormat dan cogan kata
Pengakap dan kumpulan.
FORMAT UJIAN LENCANA KEAHLIAN
4) SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA DAN SEJARAH PENGASAS PENGAKAP,
LORD BADEN POWELL
Sejarah Pengakap Di Malaysia

Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan


ditubuhkan secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank
Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura
untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan
Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali
Malaya. Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan
Pengakap dan dikenali sebagai "Father of Malayan Scouting".
Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap.
Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:
1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan
1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School
1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching
(hanya aktif dari 1930).
1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W.
Bloomfield
1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar
1926 - Melaka, oleh R. Brunstone
1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith
1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar
1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle
1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong
1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang
Maktab Sultan Abu Bakar).
1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.
Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927
oleh H.P. Hertslet
Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai
Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik.
Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti
penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas
malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di
bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja
Kelantan).
Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk
selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas
dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan
Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap

Antarabangsa) pada 1hb September 1957.


Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan
November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura
kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan
Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia
pada bulan Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri
daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah,
Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak,
Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu
pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan
belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari
1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50
Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh
negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala
gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.

Format Ujian :
Budak-budak memahami sejarah Pengakap Malaysia dan lulus dalam
soalan-solan subjektif & objektif yang berkenaan.

Sejarah Pengasas Pengakap (Lord Baden Powell)

Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau


singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat
Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau
Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia.
Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada
tahun
1907.

Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22
Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park,
London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden
Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang
profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada
seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai
tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa
beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di
luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di
England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi
pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada
perintah.
Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England
dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan,
lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian
di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau
telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang
tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan
terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di
India pada tahun 1876.
Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan
ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke
Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah
berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan
bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang.
Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran
"serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana keberanian dan
kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi
Kolonel.
Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri
Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat
genting, dan Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion

askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan


bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang
mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada
13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak
British datang menembusi kepungan musuh.
pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah
menggunakan
kanak-kanak
sebagai
utusan
dan
pemberitahuan
menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan
kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk
seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini
beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.
Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah
mula merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907
beliau telah siap menulis buku "Aids to Scouting". Segala pengalaman
semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada tahun 1907
juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan
pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith.
Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan
pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di
Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai
hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan "Scout Master" atau Pemimpin
Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W
Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell.
Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk
menulis dan mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada
"Scouting for Boys". Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap
sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis
bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak
kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan
perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah
berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan
Jeneral.
Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap
turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England.

Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun
1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan
Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di
London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin
Pengakap yang terulung di dunia.
Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London
menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park,
sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri
jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada
malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung
Dunia atau Chief Scout of the World.
Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga
apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua
juta orang. Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah
dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan
diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan
penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of
Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.
Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan
terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau
bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas
pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau
bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat
kepada dunia Pengakap selama 33 tahun.
Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau
disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya.
Batu nisan beliau turut diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World,
born February 22nd 1857, died January 8th 1941." Logo Pengakap dan
pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah
diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah
yang bermaksud "Gone Home". Kata-kata terakhir BP adalah seperti
berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.

Format Ujian :
Budak-budak memahami sejarah pengasas pergerakan Pengakap dan lulus
dalam soalan-soalan subjektif & objektif yang berkenaan.

FORMAT UJIAN LENCANA KEAHLIAN


5) SIMPULAN
Buku Sila (Reef Knot)
menyambungkan dua tali yang sama besar.
mengikat bungkusan, mengikat atau mematikan anduh.

Bunga Geti (Sheet bend)


menyambung dua tali yang tidak sama besar.
menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera
dengan tali

Tindih Kasih (Bowline)


menyelamatkan orang di dalam kecemasan ( menaikkan atau menurunkan
orang
mengikat atau menarik kayu

Simpul Manuk (Clove Hitch)


mengikat tali pada batang kayumengikat tail sampan atau bot semasa
berlabuh
mengikat khemah pada tiang kayu
memulakan ikatan pada kayu.

Lilit Dua Simpul (Round turn and two half hitches)


mengikat tali pada pancang khemah

Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)


Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas
dan tidak terbuang

FORMAT UJIAN LENCANA KEAHLIAN


6) 10 UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1) Pengakap adalah seorang yang DIPERCAYAI maruah dan kehormatan dirinya.
2) Pengakap adalah seorang yang TAAT kepada SPB Yang Di Pertuan Agong, Rajaraja, ibu bapa, pemimpin-pemimpin dan orang-orang di bawahnya.
3) Pengakap wajib menjadikan dirinya BERGUNA pada setiap masa.
4) Pengakap adalah BERSAUDARA pada setiap orang.
5) Pengakap adalah seorang yang baik dan BERBUDI.
6) Pengakap KASIHKAN BINATANG.
7) Pengakap adalah seorang yang MENURUT PERINTAH ibubapa atau
pemimpin.

8) Pengakap adalah seorang yang SABAR dan manis muka walaupun dalam
kesusahan.
9) Pengakap adalah seorang yang sentiasa BERJIMAT cermat.
10)
Pengakap hendaklah SUCI FIKIRAN, SUCI PERKATAAN dan SUCI
PERBUATAN.

FORMAT UJIAN LENCANA KEAHLIAN


7)

CERITA HUTAN

Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang
tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang
hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama
Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap
mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong
kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang
anak mereka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi
khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.
Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus
menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada
di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga
menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah
gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari
guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar
sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak
menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak
ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu
yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri
apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala
menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu
serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit
pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak
serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan
Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka
sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga
sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka
sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua

itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang


hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui
terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil
pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere
Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.
Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala
menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan
Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak
itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.
Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah
yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya.
Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan
benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila
anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan
kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang
Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan
berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak
serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan
atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai
anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh
membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah
bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya
termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu
malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan
sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan,
seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela,
mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing
untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah
kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut
sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia

pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota


Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere
Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku.
Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup
bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika,
mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa
menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut
Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua
anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala
itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi
anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang
bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor
pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah
hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli.
Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi
dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor
beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undangundang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo
berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya
Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan
mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara
menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera,
seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba
bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut
Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus
dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan
yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk
menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.
Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli
sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang
ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi
beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela,
Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere
Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu
tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat

baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan
dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

You might also like