You are on page 1of 4

Malaysia merupakan sebuah negara yang terbilang daripada pelbagai kaum.

Oleh itu,
untuk mengenalpastikan keharmonian dan perpaduan yang sedia ada di negera kita yang kekal
dari semasa ke semasa. Rukun Negara telah diperkenalkan di negera kita.
Terlebih dahulu, kita haruslah mengetahui apa itu Rukun Negara. Rukun Negara
sebagai falsafah, etika dan ideologi negara. Oleh itu, setiap rakyat haruslah memahami latar
belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Rukun Negara digubal setelah berlakunya
peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin
negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang
lebih utuh dan kental.
Selain itu, negara Malaysia kita mempunyai cita-cita yang tinggi untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya dan mencipta masyarakat
yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama. Oleh itu, Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (2016) terdapat lima prinsip-prinsip
dalam Rukun Negara. Antara berikut adalah lima prinsip-prinsip Rukun Negara tersebut.
Kepercayaan kepada Tuhan
Melalui kepercayaan beragama akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu
bangsa dan negara yang berdaulat.Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia
tetapi agama dan agama-agama lain juga boleh diamalkan dengan aman dan tenteram.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud setiap warganegara hendaklah sepenuh
taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat
negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri
tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara merupakan sumber
perundangan yang tertinggi di Malaysia. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini terhadap hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara Malaysia.

Kedaulatan undang-undang
Prinsip ini memberi kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan dan kedaulatan ini perlu diterima
dan dipertahankan. Undang-undang bertujuan untuk menjamin kehidupan anggota masyarakat
dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan,

Kesopanan dan kesusilaan


Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat.Tujuan prinsip ini adalah untuk membentuk warga negara Malaysia yang mempunyao
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Nilai Murni yang dilancarkan oleh
kerjaan sekarang. Sifat bersopan santun dan bersusila adalah paling penting dan bermakna
dalam perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Tidak dinafikan bahawa setiap prinsip-prinsip yang dalam Rukun Negera kita telah
menjadi asas yang penting kepada pembentukan negara.Tetapi persoalannya, berapa ramaikah
dalam kalangan rakyat negara ini yang benar-benar faham atau menjadikan prinsip-prinsip
tersebut sebagai asas dalam pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan
keamanan, cinta akan negara dan cinta akan kedamaian.
Di samping itu, kerajaan kita berharap melalui Rukun Negara yang digubal akan
memajukan dari segi politik, ekonomi dan masyarakat negara kita. Tidak dinafikan bahawa
Rukun Negara telah menjadi sebuah panduan dalam politik. Antara kepentingan Rukun Negara
dalam segi politik adalah membentukan sistem petadbiran Malaysia yang berunsur demokratik.
Menurut tokoh Abdul Halim Ramli (2016) turut berkata Isu dan Persoalan Perhubungan Kaum,
'Persetujuan kaum yang dicapai dalam Perlembagaan bertunjangkan kompromi kaum yang
diasaskan oleh Parti Perikatan. Rukun Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan
kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara
serta apabila negara kita berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan
bangsa dan negara akan didahulukan. Hal ini untuk memastikan keselamatan dan kestabilan
negara kita akan dijaminkan dari semasa ke semasa.
Tambahan pula, Rukun Negara juga menjadi peranan yang penting terhadap negara kita
terutamanya mengubal undang-undang di Negara kita yang berasaskan prinsip-prinsip Rukun
Negara kita supaya semua rakyat tanpa mengira kaum,agama dan identity mempunyai peluang

yang sama untuk menikmati kekayaan negara secara bersama. Masyarakat yang adil akan
diwujudkan apabila negara kita membahagikan kekayaan dengan adil dan saksama.
Dari segi ekonomi, apabila rakyat Malaysia kita mengamalkan prinsip-prinsip Rukun
Negara dalam kehidupan mereka hal ini akan mewujudkan sebuah masyarakat yang progresif
untuk mencapai kemajuan dalam semua bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.
Hal ini memudahkan negara kita mencapai wawasan 2020 yang ditetapkan oleh Perdana
Menteri Ke-empat. Menurut Perdana Menteri ke-empat berkata ( Perutusan Perdana Menteri
sempena Tahun Baru 1982) akan membebaskan kita daripada pergantungan sepanjang
masa kepada ilmu dan kebolehan serta kekayaan negara-negara maju hal ini bermaksud
negara kita tidak akan lebih bergantungankan pada negara-negara yang maju apabila rakyat
kita berganting bahu mengamalkan prinisip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka.
Dari segi sosial pula, Rukun Negara penting kepada sebuah negara yang terbilang
daripada pelbagai kaum terutamanya negara kita Malaysia. Dengan kewujudkan Rukun Negara
di negara kita akan mencapai perpaduan antara kaum yang lain akan lebih erat hal ini kerana
semua rakyat mempunyai cita-cita yang sama untuk membentuk satu bangsa dan negara
walaupun semua yang berasal daripada perbezaan bangsa dan agama. Melalui Rukun Negara
yang akan membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa mengira
kaum tetapi mempunyai semangat cinta dan kesetiaan terhadap negara. Menurut Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj (1969) berkata bahawa 13 Mei merupakan satu pengalaman dan
pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya, kerana kejadian itu
dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya
kita terlampau lalai atau cuai. Peristiwa berdarah yang berlaku apabila sosioekonomi yang
tidak seimbang dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peristiwa turut bukitkan negara yang
berbilang bangsa ini memerlukan satu panduan untuk boleh hidup secara hormoni dan damai
iaitu Rukun Negara.
Sebagai penutup, pengamalan Rukun Negara dalam setiap rakyat seharian kehidupan
akan melahirkan masyarakat yang lebih bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum ataupun
agama serta saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan
dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi,
mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.

Rujukan:
http://www.bharian.com.my/node/112764
http://zurinahhassan.blogspot.my/2014/02/wawasan-2020.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7957-rukun-negara.html
Peristiwa 13 Mei. http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/
knowledgebase/kb_view.asp?kbid=43 [Diakses pada 4 Julai
2010]

You might also like